Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 15 - Part 1

BAB 15

Hadif Fayyadh dan Qisha Delisa berjalan beriringan untuk mencari sebuah kedai menjual nombor telefon. Sempat Hadif Fayyadh menjeling tangan Qisha Delisa yang terhayung-hayung. Kalau dapat pegang, memang bahagia. Tiba-tiba senyuman dia menjadi lebar. Sebelum dia berenang pagi tadi, dia dah uruskan semua lengkap.

“Ini untuk kau!” Hadif Fayyadh menghulurkan kertas A4 yang sudah berlipat-lipat itu.

“Kertas apa ni?” Qisha mengambilnya. Perlahan dia membuka lipatan kertas tersebut. Biji matanya mengecil sedikit.

GAME LOVE 2 :

Berpegangan tangan tiap kali keluar. Tidak kira apa yang dirasai saat itu. Marah? Sedih? Gembira? Berpegangan tangan perlu dilakukan.

Berkerut dahi Qisha Delisa.

“Macam tak ada kaitan dengan Wan Firaz pun....?” mukanya tiada perasaan.

“Eh, ada la!” jawab Hadif Fayyadh.” Cuba kau fikir betul-betul. Bila kita keluar sahaja, mesti terserempak dengan Wan Firaz. Melalui game love ni, kita akan terselamat. Dia mungkin memerhati kita dari jauh. Mana la kita tahu. Kalaulah dia tahu yang kau ni hanya berpura-pura, kau dapat bayangkan apa dia akan buat pada kau?” suara Hadif Fayyadh serius. Lagaknya seperti menceritakan sebuah kisah yang sangat seram.

Qisha Delisa berfikir. Dia menelan liur. Pantas tangannya mencapai tangan Hadif Fayyadh. Dia rela. Dia akan selalu pegang tangan itu tiap kali keluar dari rumah.

“Kau dapat bayangkan?” soal Hadif Fayyadh sambil membalas genggam tangan isterinya.

Qisha Delisa mengangguk kepala. Dia menyimpn kertas itu untuk di masukkan dalam fail.

Hadif Fayyadh tersenyum. Qisha, kau ni comel betul!

“Jom kita pergi kedai telefon tu.” Kini mereka berdua berada di shopping Mall.

“Okey.” Qisha Delisa rasa bahagia. Dia tersenyum.

Mereka berdua duduk di kerusi yang ada sambil memerhati nombor telefon yang ada.

“Nak celcom atau maxis?” soal Hadif Fayyadh.

“Nak Digi, boleh tak?” jawab Qisha Delisa.

“Tak payahlah. Aku guna Maxis. Jadi kau pun kena guna Maxis. Murah sikit. Kau biasa guna bill atau topup je?” soal Hadif Fayyadh lagi.

“Aku biasa topup je.”

“Topup? Kau guna bill la senang. Kalau ada kecemasan kan susah. Nak pergi beli topup pula. Jangan risau, aku bayarkan tiap-tiap bulan tapi kau jangan nak bergayut dengan orang lain pula.” Amaran Hadif Fayyadh.

Apa kena dengan si Hadif ni? Dia tanya aku tapi dia yang buat keputusan. Aku sekeh baru kau tau. Geram Qisha Delisa dalam hati.

“Okey! Beli nombor ini... 0171985055.” Hadif Fayyadh tersenyum.

“Nombor ni peliklah.”

“Apa yang peliknya. Aku dilahirkan pada 01. Bulan 7, tahun 1985 dan yang belakang ni pula tarikh lahir kau. Lahir pada 05. Bulan 5. Sesuai la tu.”

“Aku nak yang ini. Ini tarikh lahir aku...” Qisha Delisa tunjuk nombor lain.

“Tak boleh! Tauke, saya mahu yang ini.” Hadif Fayyadh terus berkata pada tauke Cina di kedai itu.

“IC?” Hadif Fayyadh hulurkan tangannya.

“Kejap!” Qisha Delisa mencari kad pengenalannya. “Nah!” Dia menghulurkan pada Hadif Fayyadh.

Sempat Hadif Fayyadh melihat kad pengenalan Qisha Delisa. Hatinya tersentak. “Ini muka umur berapa?”

“Lainkan muka aku? Pucat sikit! Masa ni aku baru lepas dari selamatkan orang yang kemalangan. Ngeri kemalangan dia. Aku yang tengok ni, sampai pucat muka. Lagi pun ini kali pertama aku potong rambut pendek... Macam... Ni...” tiba-tiba hati Qisha Delisa jadi sayu. Ketika itu juga dia sedang melarikan diri dari Wan Firaz. Dia terpaksa korbankan rambut kesayangannya demi penyamaran yang lelaki itu tidak akan berjumpa dengannya.

“Apa?” hati Hadif Fayyadh masih berdebar. Dia jadi ingat kembali apabila melihat gambar di kad pengenalan Qisha Delisa. Semasa dia jumpa dengan Farisya, ingatannya samar-samar tetapi kini ia jelas dalam kotak fikirannya.

“Kenapa kau terkejut sangat ni?”

“Tak ada apa-apa. Ini Tauke...” Kad pengenalan diberikan pada Tauke Cina itu. Selepas daftar dan Hadif Fayyadh belikan Qisha Delisa telefon baru, mereka berjalan bersama sambil berpegangan tangan.

“Aku tak puas hati la! Aku nak beli telefon yang mahal, tapi kau belikan aku yang cikai ni. Rm60 je. Aku mampulah nak beli yang mahal.” Qisha Delisa membebel. Dia meluahkan apa yang dirasanya.

“Masalahnya, telefon kau yang lagi satu dah cukup mahal dan canggih. Nanti kau tukar la sim. Yang cikai ni nanti bagi aku.” Jelas Hadif Fayyadh. Asyik membebel. Dia mahu termenung pun tak lepas sebab terpaksa mendengar syarahan percuma gadis ini.

“Ye lah!” Qisha Delisa mengalah. Dia melihat apa lagi yang ada dalam beg kertas tersebut. Beli telefon cikai pun dapat macam-macam ye?

“Qisha!” pantas Hadif Fayyadh menarik tubuh isterinya supaya bersandar di dinding di satu sudut. Dia merapatkan mukanya dengan Qisha Delisa.

“Kenapa...” belum sempat Qisha Delisa bercakap hingga habis, jari Hadif Fayyadh bergerak ke bibirnya. Maknanya dia suruh diam.

Selepas beberapa minit, Hadif Fayyadh menarik tangan Qisha Delisa ke tempat letak kereta.

“Kau dah kenapa ni? Macam nampak hantu je? Tapi hantu, siang hari ni mana nak muncul.” Bebel Qisha Delisa. Dia memang tak puas hati dengan Hadif Fayyadh. Asyik nak kena ikut arahannya sahaja.

“Aku nampak Wan Firaz. Kau nak jumpa dengan dia ke?” jelas Hadif Fayyadh sambil teruskan pemanduannya.

“Tak nak! Tak nak!” Qisha Delisa menggelengkan kepala.

“Dah lama aku nak tanya kau soalan ni. Kenapa kau takut sangat dengan dia? Apa yang dia dah buat pada kau sampai kau takut macam ni?” soal Hadif Fayyadh. Dia rasa pelik.

Qisha Delisa tersentak dengan pertanyaan Hadif Fayyadh. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Yang pasti kisah silamnya bersama lelaki itu tidak boleh Hadif Fayyadh tahu.

“Kan aku ada cakap sebelum ni. Dia teman lelaki aku. Bekas kekasih aku. Dia duakan aku. Aku benci sangat dia. Aku tak nak jumpa dia. Tambahan pula dia nak kat aku semula. Lagilah aku takut.” Nada suara Qisha Delisa kurang menyakinkan.

“Dia seksa kau ke?” teka Hadif Fayyadh.

“Seksa? Mestilah dia seksa hati dan perasaan aku...” Qisha Delisa mula menggelabah.

“Seksa fizikal kau sekali?” duga Hadif Fayyadh lagi.

“Mana ada. Cukuplah Hadif! Kau nak bawa aku pergi mana?” Cepat-cepat Qisha Delisa menukar topik.

Mereka berdua tiba di sebuah rumah banglo.

“Rumah siapa ni?”

“Inilah rumah arwah atok dan nenek. Waktu begini nenek tidur. Jom jumpa nenek dulu.” Ajak Hadif Fayyadh.

“Ini ke gambar atok kau?” soal Qisha Delisa. Dia seperti pernah tengok muka warga emas itu.

“Ya. Aku tahu kemalangan itu disengajakan. Tetapi aku ingat satu perkara yang selalu atok cakap pada aku dari aku kecil sehingga nyawa terakhirnya.” Wajah Hadif Fayyadh sedih.

“Apa dia?”

“When someone does something to hurt you, make a promise to yourself and to Allah S.W.T that you will never do the some thing to anyone else...” tiba-tiba air mata Hadif Fayyadh. Betapa dia rindukan atok, Tok Sulaiman.

“Sabarlah...” pujuk Qisha Delisa. Dia menarik tangan Hadif Fayyadh supaya duduk di sofa yang ada. Dia menepuk belakang Hadif Fayyadh.

“Masa tu kan...” Hadif Fayyadh mula bercerita.

“Atok, jangan pandu laju macam tu.” Hadif Fayyadh marah Tok Sulaiman. Ini kali pertama lelaki itu memandu.

“Jangan risau. Atok ada lesen la.” Tok Sulaiman tersenyum.

Tiba-tiba ada sebuah kereta dari belakang. Dia membawa kereta itu laju sangat. Malang tidak berbau. Kereta mereka berdua berlanggar.

Bang!

Bunyi perlanggaran kuat sekali. Tubuh Tok Sulaiman berdarah dalam sekelip mata kerana hentakan yang kuat ke stereng kereta.

Hadif Fayyadh juga terhantuk tetapi tidak kuat mana kerana tali pinggang kelendar yang dipakainya. Jika tidak, pasti tubuhnya sudah tercampak ke depan dan jatuh ke dalam gaung. Matanya sedikit kabur.

“Atok!” panggil Hadif Fayyadh lemah. Tok Sulaiman tidak sedarkan diri.


p/s: kasihan Hadif....sedih..tapi atok dia pandai speaking....hihih tunggu sambungannya lagi...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.