Bab 14
Hadif Fayyadh
termenung tepi kolam. Semalam melihat Qisha Delisa lemas, sudah mampu membuat
dada pecah. Mujur tiada apa-apa yang berlaku.
Hari ini hari ke tiga
perkahwinan aku dan Qisha. Tetapi masih tak ada apa-apa yang berlaku antara
dirinya dan isteri. Apa yang perlu aku buat ye?
Dia turun ke dalam
kolam. Membiarkan dirinya dibasahi. Cuti perkahwinan seminggu memang bosan jika
si isteri lebih suka membuat halnya sendiri.
Aku nak ajak keluar,
takut jumpa dengan Wan Firaz. Bila jumpa mamat tu, aku rasa menyampah. Merosakkan
mood aku je. Geram hati Hadif Fayyadh.
Dia masuk ke dalam
air. Menahan nafas dalam air sambil memejam mata. Untuk beberapa seketika, dia
mencelikkan matanya semula. Dia terkejut melihat Qisha Delisa depannya yang
sedang menahan nafas juga.
Disebabkan terkejut,
dia hilang nafas. Pantas dia naik ke permukaan air untuk menarik nafas.
“Qisha!” marah Hadif
Fayyadh. Boleh mati terkejut dia.
Qisha Delisa pula
ketawa kecil. Seronok dapat kenakan Hadif Fayyadh.
Hadif Fayyadh
terbatuk-batuk. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Sesak nafas dibuatnya.
Semalam hampir lemas
tapi hari ni tahan nafas macam orang pandai berenang je. Geram Hadif Fayyadh.
“Sorry, Hadif!” Qisha
Delisa meminta maaf. Dia ke tepi kolam lalu duduk di situ. Membiarkan kakinya
sahaja di dalam air.
“Sorry, pergi lari
la...” geram Hadif Fayyadh.
“Eh, bukan sorry naik
lori ke?” Qisha Delisa masih ketawa kecil.
“Pantun aku sendiri
la...” Hadif Fayyadh berkata. Dia menghampiri Qisha Delisa. Sengaja dia berada
di depan isterinya lalu memeluk pinggang isterinya.
“Abang rindukan
sayang...” bisik Hadif Fayyadh perlahan.
“Eh, apa ni?” Qisha
Delisa tidak suka dipeluk begitu. Lagi pun dia tak dengar apa yang dikatakan
oleh Hadif Fayyadh. Dia menolak tubuh suaminya.
Hadif Fayyadh
mendonggak lalu meleraikan pelukkan.
“Kenapa? Kau tak suka
aku ke?” soalnya.
“Hadif...” Qisha
Delisa merenung wajah suaminya. Perlahan tangannya menyentuh pipi suaminya.
“Suka hati aku la!”
Qisha Delisa mengusik rambut Hadif Fayyadh yang basah itu dengan kasar
“Ini aset aku ni,
Qisha!” Hadif Fayyadh kecewa dengan tindak balas isterinya tetapi dia cuba
ceria. Lantas dia menarik Qisha Delisa ke dalam kolam. Mereka bermain air
bersama.
“Ya Allah! Pengantin
baru ni! Pagi-pagi hari dah main kolam. Masuk sekarang sebelum mama tarik
telinga kamu berdua.” Marah Datin Marissa yang baru muncul itu.
Hadif Fayyadh dan
Qisha Delisa memandang antara satu sama lain. Akhirnya mereka berdua tersenyum.
Mereka ke tepi kolam.
Hadif Fayyadh mengambil tuala. Tiba-tiba dia dapat satu idea nakal.
“Qisha, tolong lap
aku!”
“Lap kau?” Qisha
Delisa menggaru kepala. Nak lap macam mana? Keringkan rambut dia ke? Dia
keliru.
“Ye lap aku!” Hadif
Fayyadh menghampiri Qisha Delisa yang sedang duduk di kerusi. Dia pun duduk di
lantai membelakangi Qisha Delisa.
“Apa ni?”
“Jangan banyak cakap.
Cepat la!” Hadif Fayyadh memaksa.
“Ye lah!” Qisha
Delisa mengalah. Dia biarkan sahaja Hadif Fayyadh duduk di depannya. Dikeringkan
rambut Hadif Fayyadh dengan tuala.
Hadif Fayyadh pula
sengaja meletakkan ke dua lengannya di atas paha Qisha Delisa.
“Jangan la!” Qisha
Delisa menolak lengan Hadif Fayyadh. Dia tidak suka.
“Biarlah!” Hadif
Fayyadh tidak mahu mengalah.
“Kau ni! Suka menggatal
ye?” marah Qisha Delisa sambil mengeringkan rambut Hadif Fayyadh dengan kasar. Ditolak-tolak
kepala itu.
“Aduh! Sakitlah! Perlahan
sikit!” adu Hadif Fayyadh. “Aku kan playboy. Gatal tu tak pernah jauh dari aku.
Cuma kali ini, aku nak menggatal dengan je...” Serentak itu dia berpaling dan
memeluk gadis itu. Kepalanya di dada Qisha Delisa.
“Gila!” Qisha Delisa
terus menolak kepala itu dan berdiri tegak.
Hadif Fayyadh ketawa.
Dia berjaya membuat muka Qisha Delisa merah. Malulah tu. Dia gembira walaupun
tolakkan kuat Qisha Delisa menyebabkan dia tercium lantai tetapi dia puas!
“Qisha, jangan lupa! Kita
nak pergi nombor telefon baru!” jerit Hadif Fayyadh sebelum Qisha Delisa
menghilang.
Selepas Hadif Fayyadh
mengelap tubuhnya, dia menyidai seluar basahnya itu. Kini, dia hanya bertuala.
Berjalan-jalan dalam rumah dengan keadaan yang lengkap berpakaian itu.
“Ya Allah, Hadif! Sejak
bila perangai kamu macam ni...” Datin Marissa terkejut melihat keadaan anaknya
itu. Tak malu sungguh!
“Kenapa mama?”
“Kamu ingat rumah
kita ni apa? Tak malu ke orang gaji kita tengok. Kamu ni!” geram Datin Marissa.
“Ala mama... Saje
Hadif nak tunjuk badan Hadif yang seksi ni... Sekali sekala. Bukannya selalu,”
gurau Hadif Fayyadh. Suka benar melihat Datin Marissa membebel.
“Bertuah punya
budak...”
“Mama, jangan la
marah.” Pujuk Hadif Fayyadh. “ Mama, nanti Hadif dan Qisha nak keluar. Nak beli
nombor telefon baru.” Dia terus berlalu selepas Datin Marissa angguk kepala.
Dia terus masuk ke
dalam bilik. Qisha Delisa tiada di situ. Mungkin dalam bilik air. Dia
menghampiri laci tepi meja. Laci itu dibuka. Dia mengambil telefon bimbit yang
dibuat dalam mood senyap.
“Banyaknya mesej.
Dari...” Hadif Fayyadh membuka peti mesej. “Wan Firaz...” Dia membaca satu
mesej yang paling baru masuk.
Qisha, kau ni
sombonglah! Kau ingat dengan perkahwinan kau ni, kau selamat dari aku? Tak mungkin!
Aku akan pastikan kau bercerai dengan penyibuk tu! –Wan Firaz-
Mamat ni dah
melampau. Sakit hatinya membacanya.
“Wan Firaz yang mesej
ke?” Qisha Delisa keluar dari bilik air. Dia nampak Hadif Fayyadh sedang
membaca sesuatu di telefon bimbitnya. Wajah
suaminya sedih.
“Biasalah Qisha.”
Cepat-cepat Hadif Fayyadh padam semua mesej. Dia takmahu Qisha Delisa rasa
bersalah dengan kewujudan mesej-mesej ini.
“Bagi aku baca. Dia
tulis apa...” pinta Qisha Delisa.
“Nah!” Hadif Fayyadh
hulurka telefon bimbit itu dan berlalu ke bilik air.
“Eh...” Qisha Delisa
mencari mesej, tetapi kosong. “Hadif!” geramnya.
Hadif Fayyadh menutup
pintu bilik air. Dia tersenyum tetapi hanya seketika. Hatinya rasa sakit. Sakit
dengan layanan Qisha Delisa. Sakit dengan mesej-mesej Wan Firaz yang boleh
dikatakan sangat melampau. Sakit dengan Farisya yang mempermainkan kata
cintanya.
Dia terus basai
tubuhnya dengan air pancut yang membuatkan tubuhnya sedikit dingin. Tenang menyelubungi
hatinya. Dia hanya mahu ketenangan.
Sebaik sahaja siap
mandi, Hadif Fayyadh keluar dari bilik air. Dari jauh dia nampak Qisha Delisa
sedang membaca dokumen game love.
Dia yakin yang Qisha
Delisa masih tidak perasan dengan kehadirannya di situ kerana mata gadis itu
terpejam.
Game love? Baru game
yang pertama. Buatlah banyak game sikit. Barulah seronok. Sejak aku kahwin
dengan Hadif ni, si Wan Firaz tu tak berjaya kacau aku. Tak sabar. Atau aku
kena minta Hadif buat satu game untuk kenakan mamat tak guna tu? Okey ke macam
tu? Aku ni dah bertudung, tapi hati macam tak bersih je. Nak balas dendam....
Ahh! Aku keliru... Kalau boleh aku nak dia terseksa macam aku terseksa dulu...
Ingat dahulu mengamit fikiran Qisha Delisa.
“Mana Qisha ambil
kucing ni?” soal Wan Firaz.
“Jumpa tepi jalan. Kasihan
dia, abang. Qisha nak jaga dia.”
“Qisha, abang kan tak
suka kucing. Kucing ni pengotor. Nanti bulunya lekat kat seluar abang. Abang tak
suka!” marah Wan Firaz.
“Tapi abang, kasihan
la kucing ni. Qisha janji, Qisha akan jaga elok-elok. Dia tak kacau abang. Cuma
Qisha je yang berani kacau abang...” Qisha Delisa cuba bermanja dengan Wan
Firaz agar lelaki itu membenarkan dia membela kucing itu.
“Pandai pujuk abang
ye?” Wan Firaz merenung Qisha Delisa.
Qisha Delisa membalas
renungan Wan Firaz yang penuh dengan nafsu serakahnya. Lagi sekali dia menjadi
milik lelaki itu.
Dada Qisha Delisa
rasa sakit. Sakit mengingati peristiwa yang tidak pernah menjadi kerelaan
hatinya.
Chup!
Bunyi apa tu? Qisha
Delisa pelik.
Chup!
Eh, lagi sekali bunyinya.
Akhirnya Qisha Delisa
mencelikkan matanya.
“Hadif!” geramnya dengan mata terbeliak.
“Kau tu... Aku cium
pipi kanan pun tak sedar. Jadi aku cium pipi kiri pula. Tapi kalau kau masih
tak sedar juga, aku cium yang merah comel tu...” Hadif Fayyadh memandang bibir Hadif
Fayyadh yang merah dengan gincu. Nampak menggoda.
“Kau ni!” makin geram
Qisha Delisa di buatnya.
“Kenapa dengan aku?
Kau pun nak cium aku ke? Boleh! Tak payah minta izin pun. Aku bagi kau cium dua
puluh empat jam. Tanpa henti pun tak apa...” Hadif Fayyadh tersenggih.
“Buruk peil!” jerit
Qisha Delisa.
Tiba-tiba wajah Hadif
Fayyadh yang tersenyum kini serius.
Qisha Delisa terkaku.
“Qisha!” Tangan Hadif
Fayyadh membelai pipi kanan isteirnya dengan lembut. “Tak payah fikir sangat
pasal Wan Firaz tu. Tahulah aku nak buat apa dengan mamat tu. Kau akan selamat
dengan aku. Sekarang ni, pergi pakai tudung, kita nak keluar...” arah Hadif
Fayyadh lalu mencium rambut Qisha Delisa. Untuk beberapa seketika sahaja, dia
terus berlalu.
Terdiam Qisha Delisa.
p/s: Huru hara hubungan mereka berdua ni....tapi apa-apa pun semoga terhibur membacanya...