“Cameron?”
Qisha Delisa sedikit
terkejut. Cameron?
“Kenapa Qisha? Dah
pernah pergi ke?” soal Hadif Fayyadh.
“Tak la...” Qisha
Delisa terdiam sekejap.
Cameron? Aku tak
pernah pergi pun cum aku pernah minta pada Wan Firaz untuk ke sana tetapi
sering kali aku ditipu olehnya. Pelbagai alasan diberinya dan aku masih di
sini. Sehingga aku pernah bernekad tidak mahu pergi ke situ pun. Tetapi...
Hadif... Qisha Delisa memandang wajah suaminya yang ceria itu.
Aku tak minta pun dia
dah berikan. Dah tunaikan perasaan hati yang terpendam lama ini. Tetapi tiada
daya untuk aku menerima permintaan ini.
“Jadi, Qisha nak ke
mana?” soal Hadif Fayyadh lembut.
“Tak tahu. Aku dah
lama tak pergi melancong.”
“Dah lama tak pergi
melancong? Eh, tak kan playgirl macam kau, tak ada yang bawa kau pergi
melancong?” pelik Hadif Fayyadh.
“Kalau aku ikut
mamat-mamat yang suka ambil kesempatan tu, hilanglah maruah aku ni. Gerenti.” Jawab
Qisha Delisa.
Memang aku playgirl
tetapi aku jadi begitu kerana layanan dan sikap Wan Firaz pada aku. Tapi tak la
sehingga nak beri maruah aku pada lelaki itu. Siapa dia nak ambil maruah aku?
“Lupa pulak aku! Yang
dah halal ni pun masih tak dapat lagi maruah yang di jaga tu. Memang hebat
pertahanan yang digunakan.” Hadif Fayyadh memandang Qisha Delisa.
Qisha Delisa
terperangkap dengan kata-katanya sendiri.
“Bila kau nak bagi...?”
soal Hadif Fayyadh lagi. Nadanya lembut tapi bahasanya kasar.
Qisha Delisa menelan
liur.
“Ambik kau!” Serentak
itu, tangan nakal Qisha Delisa mencelup dalam air lalu dihalakan pada Hadif
Fayyadh.
“Oi!” marah Hadif
Fayyadh. Dia baru sahaja mahu beromantik tetapi ini pula yang berlaku.
“Aku tak nak air ni. Aku
nak kau, Qisha.” Marahnya lagi.
“Kalau nak aku,
cubalah dapatkannya!” cabar Qisha Delisa.
“Kau tunggu! Kalau aku
dapat, jangan harap kau boleh lari.” Cabaran yang diberikan oleh Qisha Delisa
di sambut baik oleh Hadif Fayyadh. Dia mengejar isteri tercinta.
Qisha Delisa
terperangkap. Dia tidak tahu mahu berlari arah mana. Belakangnya Hadif Fayyadh.
Depannya kolam air yang terbentang luas.
“Nak terjun ke?”
Dari jauh Hadif
Fayyadh tersenyum lebar. Dia yakin yang Qisha Delisa tidak akan terjun.
“Qisha!” panggil Hadif
Fayyadh supaya Qisha Delisa berasa gerun.
Akhirnya Qisha Delisa
terjun juga dalam kolam.
“Qisha!” panggil Hadif
Fayyadh lagi sekali. Sanggup gadis itu terjun ke dalam kolam daripada menyerah
maruahnya pada aku. Hatinya terkilan dengan sikap itu.
Hadif Fayyadh tersenyum
hambar. Dia terus tinggalkan Qisha Delisa di situ juga. Dia tiada mood
tiba-tiba.
Qisha Delisa yang
menyedari yang Hadif Fayyadh tidak mengejarnya lagi terasa pelik.
“Kenapa dengan Hadif?
Tak nak kejar aku lagi ke?” Dia rasa bersalah pula.
Dia duduk di tepi
kolam dengan baju yang basah kuyup itu.
Pelbagai andaian yang
muncul di benak fikirannya.
Betul ke cara aku ni?
Wan Firaz dah ambil maruah aku dengan begitu mudah tetapi lelaki sebaik Hadif
payah untuk mendapatkannya. Kenapa? Teruk sangat ke perangai Hadif sampai aku
tak boleh terima?
Kebuntuan kian
terasa. Lama dia di situ.
“Aucccukk!” Qisha
Delisa bersin. Mungkin air kolam yang sejuk ini.
Dia segera ke bilik
untuk menukar pakaian. Dia akan dapat demam jika tidak segera mandi dan tukar pakaian
yang kering.
Selesai semua, dia
mencari kelibat Hadif Fayyadh. Beberapa seketika, barulah dia perasan, motor
berkuasa tinggi milik Hadif Fayyadh sudah tiada di tempat asal. Tahulah dia
yang Hadif Fayyadh sudah keluar.
“Kenapa dia nak marah
aku?”
Dia masih memikirkan
soal itu. Apa yang seharusnya dia lakukan.
Waktu petang barulah Hadif
Fayyadh pulang.
“Kenapa keluar tak
ajak aku?” soal Qisha Delisa sebaik sahaja Hadif Fayyadh masuk ke dalam bilik.
Hadif Fayyadh
membisu.
“Kau dengar tak?”
geram Qisha Delisa.
“Kau diam!” jerkah Hadif
Fayyadh tiba-tiba. Lelaki itu terus menuju ke bilik air.
Saat pintu bilik air
tertutup, air mata Qisha Delisa mengalir. Dia tidak pernah rasa sedih seperti
ini.
Dia mengambil telefon
bimbitnya lalu ke halaman rumah. Hanya seorang sahaja yang sudi mendengar
luahan hatinya. Qaseh.
“Aku sedih, Qaseh.
Hidup aku tak habis-habis di duga. Suami aku tak macam suami kau. Kau bertuah
Qaseh.” Itulah ayat pertama yang Qisha Delisa katakan sebaik sahaja mendengar
suara Qaseh menjawab salam dan meluahkan tentang sikap Hadif Fayyadh dan
perbuatan Wan Firaz.
“Sabar Qisha. Kan
impian aku mahu duduk di rumah. Berkhidmat untuk keluar dengan izin Allah.
Alhamdulillah. Insya-Allah, semua dugaan kau itu akan dibalas dengan
kebahagiaan yang tak terhingga.”
“Tapi Qaseh.
Sepanjang aku mengenali kau, kau sentiasa bernasib baik dan bertuah. Aku ni.
Sering di uji. Sejak ibu aku meninggal. Aku serba kekurangan...”
“Alhamdulillah Qisha.
Isnya-Allah. Allah bagi serba cukup. Walaupun ada rasa lompang, tapi Allah Maha
baik. Jangan bersedih. Wan Firaz hanyalah salah satu ujian untuk menguji Qisha
sahaja. Taat Qisha pada suami. Jangan terpedaya dengan tipu helah Syaitan yang
sentiasa menyesatkan kita, Qisha.”
“Kau ni Qaseh, buat
aku tersentuh. Dah nangis ni. Qaseh, aku sayang kau!” Qisha Delisa mengelap air
matanya. Dia rasa bertuah memilik Qaseh sebagai sahabatnya.
“Allahumma sholli
a'la sayyidina muhammad. Ketika tersentuh hati Qisha, Allah lah yang
menyentuhnya dengan cinta. Allah yang Maha Baik dan sayang pada kau. Allah yang
Maha Baik telah mengatur jodoh kau. Jangan bimbang tentang Wan Firaz tu. Minta
pertolongan daripada Allah. Insya Allah... Allah akan tolong. Allah akan bagi
pada hamba-Nya yang bersungguh-sungguh. Qisha, hikmah itu ada, cuma sama ada
kita tidak melihat, atau belum melihatnya. Demi Allah, aku juga sangat
menyayangimu.” Qaseh juga tersentuh. Dia kasihan melihat kehidupan Qisha. Sejak
kecil dilanda pelbagai masalah dan dugaan.
“Sedihnya... Kita
tersenyum setiap hari tapi hati kita, hanya Allah yang tahu...Tapi kita tetap kena
teruskan hidup selagi diizin-Nya... Betul kata Qaseh, semua itu ada hikmahnya.”
Sedikit sebanyak hati Qisha Delisa sedikit tenang.
“Qisha, kalau aku ada
di sisi kau, pasti aku akan belai kau. Seperti biasa aku akan hadiahkan bahu
buat kau bersandar. Qisha, kau
menangislah tapi lepas nangis. Inshaa- Allah senyum dan bangkit semula ye?”
pujuk Qaseh. Dia hanya mahu Qisha Delisa bahagia dengan Hadif Fayyadh. Dia
yakin yang lelaki itu akan membentuk sahabatnya ke arah yang lebih baik.
“Qaseh... Rindunya
aku kat kau... Qaseh yang selalu beri aku nasihat. Beri aku semangat.
Rindunya...” Qisha Delisa tahu yang dia baru berjumpa dengan Qaseh. Di majlis
akad nikahnya tetapi inilah di panggil sahabat sejati.
“Gedik ye kau ni,
Qisha.” Qaseh tersenyum. “Aku minta maaf Qisha. Maaf sebab aku tak hadir di
saat kau memerlukan aku di sisi. Kini, kau tinggal di rumah Hadif. Tak dapat
aku nak jumpa kau selalu sebab jauh.” Qaseh juga rasa sedih. “Tapi Qisha...
Allahu Robbi. Walaupun jauh, aku sering doakan kau, Qisha. Doakan kesejahteraan
dan kebahagian kau. Amin Ya Allah.” Qaseh doakan untuk sahabatnya itu.
“Okey! Okey! Lupakan
yang sedih. Kau bila nak ada baby ni? Aku tak sabar nak jadi mak cik ni...”
Qisha Delisa tersenyum manis.
Kedengaran Qaseh
ketawa kecil.
“Pandai kau tukar
topik ya. Jika ada rezeki, ada la. Apa-apa aku bagitau kau. Tapi apa yang
paling penting, kau kena ingat, sakit, sedih, rindu, susah payah itu semua
nikmat. Nikmat sebelum kita menempah bahagia.” Nasihat itu juga pada dirinya
sendiri. Qaseh juga ada masalah. Tetapi dia tidak sanggup menyusahkan Qisha
Delisa dengan masalahnya. Dia harus tabah.
“Terima kasih Qaseh.
Aku ingat!”
“Okeylah, Shahril dah
balik tu. Dia nak makan ni. Apa-apa call je aku! Aku sayang kau, Qisha!” luah
Qaseh. Entah mengapa kali ini dia rasa tersentuh sangat dengan nasib yang
menimpa Qisha Delisa.
“Mestilah! Kau
satu-satunya kawan yang aku ada. Janji! Jangan tinggalkan aku! Okeylah. Kau
pergilah. Nanti suami kau marah pula.”
“Okey. Kirim salam
pada Hadif. Assalamualaikum..”
“Insya-Allah.
Waalaikumusalam.” Talian ditamatkan.
Aku harus kuat. Aku
kena hadapi Wan Firaz. Aku tidak akan melutut pada dia walau apa pun terjadi.Dan...
Aku harus memujuk Hadif Fayyadh. Aku rindukan kenakalan dan selalu usik aku.
Hadif...
“Kenapa nangis ni?”
soal Hadif Fayyadh yang tiba-tiba muncul depannya.
p/s: macam2 yg berlaku... mujur ada kawan sebaik qaseh...ada lagi ke kawan macam qaseh ni???cemburunya...