Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 3 - Part 2

“Diamlah kau!”

“Betullah. Entah-entah kau orang ni adik beradik tiri.” Teka Hadif Fayyadh lagi.

“Mana ada. Bapak aku dah lama mati...” kata Qisha Delisa. Ayah dah lama mati dalam hati aku sejak khabar berita dia menduakan mak tanpa sebab.

“Oh yeke? Maaf... jom kita pergi jengguk bilik pengantin.”

“Okey!” Qisha Delisa ikut sahaja ke mana sahaja Hadif Fayyadh menarik tangannya.

Hadif Fayyadh tersenyum apabila masuk ke kamar pengantin. Tengku Farisya Adilla menantinya di situ. Pasti dia terkejut.

“Selamat pengantin baru!” sinis nada Hadif Fayyadh.

“Datang juga kau. Tak rasa sakit hati ke?” Tengku Farisya Adillla berkata. Dia sudah lengkap dengan gaun pengantin yang terdedah bahunya.

“Aku datang bukan nak rasa sakit hati tapi aku datang nak buat kau rasa sakit hati.”

“Maksud kau?”

“Kenalkan, bakal isteri aku. Qisha tapi nama dia memang Qisha. Tak macam kau... Nama pun tak jujur dengan aku apatah lagi cinta kau. Untuk pengetahuan kau, dia lebih cun, seksi dan meletup dari kau! Kau menyesal tak tinggalkan aku yang cintakan kau sepenuh hati dulu...?” soal Hadif Fayyadh dengan wajah yang ceria. Sengaja dia menyebut perkataan dulu dengan nada yang panjang. Dia gembira dapat kenakan Tengku Farisya Adilla.

“Kalau kau cintakan aku sepenuh hati, kenapa kau ada perempuan lain?” sakit hati Tengku Farisya Adilla. Dia tidak sengaja memberitahu Hadif Fayyadh mengenai nama Qisha itu. Dia terpaksa memberi nama palsu untuk menguji lelaki ini tetapi tak sangka berlarutan seperti ini. Sebab itu dia hanya bersetuju berkahwin dengan pilihan papanya, Wan Fariz.

“Kan aku dah beritahu kau. Aku cinta kau seorang tapi perempuan lain sekadar mengisi kekosongan masa aku bila kau tak ada,” jelas Hadif Fayyadh.

Tengku Farisya Adilla rasa tertipu. Dia masih sayangkan Hadif Fayyadh tetapi disebabkan perempuan sekeliling lelaki itu membuat dirinya cemburu. Dia jadi marah pada Qisha Delisa yang nampak sopan berjubah itu.

“Tak guna punya perempuan!” Tengku Farisya Adilla menolak tubuh Qisha Delisa sekuat hati sehingga perempuan itu tercampak ke belakang dan kena pada dinding.

“Kau gila ke, Sya!” marah Hadif Fayyadh. Dia menghampiri Qisha Delisa. Mana mungkin dia biarkan gadis itu dibuli begitu setelah membantunya untuk menyakitkan perempuan yang sudah curang dan menipu padanya.

“Qisha, you okey tak?” cemas Hadif Fayyadh. “Sya, kau dah melampau!” geram Hadif Fayyadh.

“Tak apa. I okey.” Qisha Delisa menjeling tajam arah Farisya. Kau buat aku sakit ye? Aku lebih pakar buat hati perempuan macam kau sakit hati.

Perlahan-lahan tangan Qisha Delisa melingkari leher Hadif Fayyadh. Dia membuat muka sedih. Walaupun tolakan tadi membuat badannya lemah tetapi semangat nak sakitkan hati perempuan gedik ini lebih menguasai.

“Sayang, I rasa bersyukur you tinggalkan perempuan ni.” Tiba-tiba Qisha Delisa bersuara sambill berdiri dengan bantuan Hadif Fayyadh. Tubuhnya rasa sengal-sengal sedikit.

“Kenapa?” Hadif Fayyadh rasa hairan. Dia tidak kisah jika Qisha Delisa ingin memeluknya begitu. Tangan Qisha Delisa lembut sahaja.

“Sebab dia bukan sahaja gila di luar malah di dalam pun gila juga!” geram Qisha Delisa sambil tersenyum sinis.

“Tak guna!” Farisya ingin menampar muka perempuan itu tetapi tangannya di halang oleh Wan Firaz.

“Sayang, sabar. Siapa mere...ka...?” Wan Firaz terkejut melihat Qisha Delisa di sini. Dia kenal gadis itu.

“Qisha?”

“Abang Wan?” tiba-tiba nada suara Qisha Delisa berubah. Pantas dia keluar dari kamar itu dan diekori oleh Hadif Fayyadh.

“Qisha!” panggil Hadif Fayyadh. Dia memanggil Qisha Delisa berkali-kali.

Akhirnya langkah Qisha Delisa berhenti di kereta Hadif Fayyadh. Dia bersandar di situ sambil memeluk lututnya. Sakitnya berkali ganda dirasainya. Terutamanya di hatinya.

“Dia dah muncul...” perlahan suaranya tetapi Hadif Fayyadh mampu mendengan dengan jelasnya.


p/s: maaf kali ni pendek sangat....kepenatan semalam masih terasa...pening2 kebukit freser pun masih terasa...maaf ye...lelaki yang menyakitkan hati itu dah muncul...saya janji bab 4 akan jadi panjang...doakan saya....

Previous: Bab 3 - Part 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.