Delisa menanti dengan
sabar di ruang menunggu di syarikat Hadif Fayyadh. Dia dah janji akan pergi
tengok baju nikah kejap lagi. Tiba-tiba dia ternampak Wan Firaz yang baru masuk
ke ruang itu. Tidak sempat dia mahu melarikan diri.
“Qisha...”
“Kau....”
“Qisha, maafkan
Farisya. Aku dah basuh dia cukup-cukup. Sanggup dia buat orang yang aku sayang
ni macam ni...” Tangan Wan Fariz cuba menyentuh wajah Qisha Delisa tetapi di
tepisnya.
“Aku okey...”
“Qisha, kita kahwin?
Aku akan jaga kau elok-elok macam dulu.” Wan Firaz masih dalam penyesalan
dengan apa yang dia lakukan dulu.
“Sudahlah! Aku tak
nak!” Qisha Delisa menolaknya.
“Hai, Wan Firaz.
Qisha, maaf tunggu aku lama sangat tadi. Ada hal sikit.” Hadif Fayyadh muncul.
Kacau daun je mamat
ni. Tiap kali aku nak cakap dengan Qisha, ada je menyibuk. Aku rasa nak bunuh
je kau! Wan Firaz memaniskan mukanya walaupun hatinya lain.
“Hai... Baiklah saya
pergi dulu...” Wan Firaz rasa lebih baik dia beredar daripada hatinya sakit
melihat aksi-aksi mesra mereka berdua.
“Tunggu Wan Firaz.
Ini kad untuk kau. Jangan lupa datang malam jumaat ni. Itu pun kalau sudi
datang. Hanya orang istimewa sahaja yang dijemput tau. Okeylah. Bye...”
Wan Firaz
mengambilnya sambil melihat pasangan itu berlalu pergi.
“Jemputan
perkahwinan?” Menggigil tangannya membaca nama itu. “Qisha Delisa kahwin dengan
Wan Firaz?” hatinya makin sakit.
Kad jemputan itu
dikoyaknya lalu di buang dalam tong sampah berdekatan.
Aku tidak akan
biarkan mereka kahwin dengan mudah. Susah payah aku mencari Qisha dan bila dah
jumpa, dia dah nak kahwin dengan orang lain. Mana boleh Qisha. Kau tak boleh
buat aku macam ni... Mungkin silap aku dulu tapi aku nak kemaafan dari kau dan
kau akan kembali di sisi aku seperti dulu. Qisha...
*****
Wan Firaz balik ke
rumahnya dengan keadaan marah. Marah sebab Qisha Delisa akan berkahwin dengan
lelaki lain.
“Ingatkan dah tak
reti nak balik rumah ni...” Farisya menegur Wan Firaz. Sejak dia dipukul oleh
Wan Firaz kerana mencederakan Qisha Delisa, dia tidak lagi ambil kisah pasal
gadis itu lagi.
“Kau diam! Nanti
makan penyepak aku pula!”
“Sudahlah! Qisha akan
berkahwin dengan Hadif. Dia akan bahagia bersama lelaki itu.” Sengaja Farisya
membakar hati suaminya. Padahal hatinya sakit juga sebab Hadif jadi berkahwin
dengan perempuan tak tahu malu tu.
“Aku kata diam! Kau
tu... Patutnya kahwin dengan Hadif. Bukannya Qisha...”
“Tapi kalau kau tak
kahwin dengan aku pun, kau tak kan jumpa Qisha kan?” Farisya tidak peduli itu
semua.
“Kita patut ada
rancangan untuk pisahkan mereka...” Wan Firaz ligat berfikir.
“Tak payahlah fikir
sekarang! Kau tunggu dia kahwin, pasti pergaduhan dan penceraian akan
berlaku...”
*****
Qisha Delisa resah
dan gelisah. Sejak tiga tahun lalu, dia tidak pernah berjumpa dengan ayahnya,
Dato Darwish. Dulu ayahnya seorang pemandu anak Dato Mazlan tetapi anak
perempuannya begitu suka dengan ayah. Lalu ayah meninggalkan aku dan ibu
sendirian . Digantung tak bertali. Sejak itu aku benci dengan ayah! Ayah
memusnahkan kehidupan aku.
Apabila aku siasat.
Farisya adalah adik tiri aku. Lecehnya!
Qisha Delisa cuba
bertenang. Walau bagaimanapun dia perlukan Dato Darwish sebagai walinya apabila
dia berkahwin nanti.
“Aku kena pergi jumpa
dia juga...” Qisha Delisa nekad akan pergi berjumpa dengan Dato Darwish.
Kini, dia berada
depan bilik ayahnya itu.
“Jemput masuk cik
Qisha. Dato Darwish sudah lama menunggu.” kata setiausaha ayahnya.
Kaki melangkah masuk
ke dalam bilik tersebut.
“Qisha Delisa...” Dato
Darwish menyebut nama anaknya.
“Aku datang sini
bukan nak kan harta kau, cuma...”
“Kita baru berjumpa
tapi Qisha dah cakap kasar dengan ayah...” Dato Darwish tidak ambil hati dengan
kata-kata kasar Qisha Delisa. Salah dirinya meninggalkan Qisha dan isterinya,
Qizaha tanpa apa-apa kata.
“Okey ayah. Qisha
bukan nak jumpa ayah sangat tapi ada hal penting ni...” Qisha Delisa tidak
memandang pun wajah Dato Darwish.
“Okey. Apanya?”
“Qisha tak kisah ayah
tak nak bertanggungjawab pasal saya dulu tapi Qisha harap sangat ayah hadir di
majlis pernikahan saya pada malam jumaat ini. Jadi wali Qisha. Itu je...” Qisha
menghampiri Dato Darwish yang duduk di kerusinya.
“Ini kad jemputan.
Datanglah ayah. Tanpa ayah, majlis itu tidak akan berjalan...”
Qisha Delisa terus
berlalu pergi. Dia menarik nafas lega sebab dapat lakukan apa yang dia mahukan.
“Alhamdulillah...”
“Qisha!” panggil
seseorang sebaik sahaja dia keluar dari bilik tersebut.
Qisha Delisa
terperanjat. Dia lupa yang syarikat ayahnya ialah tempat Wan Firaz berkerja.
Qisha mula menggigil. Teringat peristiwa paling baru dia bersama Wan Firaz di
rumahnya tempoh hari. Takut!
Qisha Delisa tidak
mampu bergerak.
“Qisha, kenapa ni?
Tak sihat ke?” Wan Firaz menegur. Wajah pucat itu membuat dia rasa bimbang.
Ingin sekali dia menyentuh pipi yang selalu menjadi miliknya itu.
“Aku sihat...”
“Datang sini nak
jumpa abang Wan ke?”
“Tak la. Jumpa ayah
sekejap...” Sikit pun Qisha Delisa tidak memandang Wan Firaz.
Wan Firaz rasa marah
dengan layanan dingin Qisha Delisa terhadapnya.
“Malam ni kalau kau
tak datang rumah aku, aku yang akan datang rumah kau...” bisik Wan Firaz. “Kau
tahu rumah yang aku maksudkan...”
Menggeletar bibir
Qisha Delisa.
“Aku... Aku tak dapat
datang...” Dia beranikan diri untuk menjawabnya.
“Aku tak peduli.
Malam ni kau mesti datang...” bisikan itu semakin halus di pendengaran Qisha
Delisa.
“Kau nak apa dari aku
hah? Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Kau yang campak aku supaya jauh dari
kau. Kau yang singkirkan aku dari hidup kau. Kau nak apa lagi...” nada suara Qisha
Delisa keras tetapi perlahan sahaja.
“Aku nak kau. Masa tu
aku terlalu marah. Aku cemburu tengok kau dengan lelaki lain. Aku tak dapat
kawal perasaan aku. Aku sayangkan kau Qisha...” jelas Wan Firaz.
“Cukup! Hari khamis
ni aku akan berkahwin. Tinggal dua hari lagi. Aku tak akan datang rumah kau!”
Qisha Delisa terus melangkah pergi. Pantas! Cepat sungguh langkahnya.
“Ya Allah, tenangkan
hatiku...” Qisha Delisa masuk ke dalam kereta dan kunci kereta cepat-cepat.
“Qisha, buka pintu
ni!” tiba-tiba Wan Firaz muncul.
Qisha Delisa
terkejut. Tanpa berfikir panjang, dia hidupkan enjin dan memandu kereta
meninggal Wan Firaz.
“Tak guna punya
perempuan!” geram Wan Firaz.
Qisha Delisa terus
memandu tanpa arah tujuan. Malang itu tidak berbau. Qisha Delisa kemalangan.
Keretanya berlanggar sebuah kereta. Mujur tiada yang kehilangan nyawa cuma
cedera parah sahaja.
“Qisha! Qisha!”
panggil Hadif Fayyadh. Hampir separuh nyawanya hilang apabila mengetahui khabar
berita ini.
“Ini kan hospital.
Tak payahlah kau terjerit-jerit macam tu.” Qisha Delisa ingin ketawa melihat
mimik muka Hadif Fayyadh yang risaukan dirinya.
“Aku tahu...”
Qisha Delisa
tersenyum.
“Apa senyum-senyum?
Aku punya la risaukan kau. Boleh kau senyum-senyum?” geram Hadif Fayyadh. Dia
perhatikan wajah bakal isterinya.
Mujur muka yang
cantik tu tak calar tapi tangan dan kaki sudah berbalut. Bersyukur sangat tak
ada yang patah.
Sempat Hadif Fayyadh
bertanya pada orang yang melanggar Qisha Delisa. Mujur sempat brek. Kalau tak,
mesti keadaan Qisha Delisa lebih teruk.
“Senyum tu kan
sedekah. Aku sedekah pada kau.”
p/s: masih kasar Qisha pada Hadif...bila nak lembut2 ni.dah nak kahwin kot...hihihihi