Qisha Delisa terus merempuh masuk ke bilik
Hadif Fayyadh. Dai tidak peduli yang lelaki itu sedang bermesyuarat dengan
seseorang.
“You keluar dulu,” arah
Hadif Fayyadh. “Kenapa datang sini? Bukan ke kau elergik nak datang ke pejabat
aku ni?” sinis Hadif Fayyadh.
“Aku ni bukannya suka
sangat menghina orang tapi aku rasa aku patut cakap. Mak kau tu gila!” geram
Qisha Delisa.
“Sedapnya mulut
bercakap yang mama aku gila. Meh aku cium sekali!” geram Hadif Fayyadh sebab
ada orang kata Datin Marissa begitu. Sejak peristiwa malam itu, ini baru dia
nampak muka Qisha Delisa. Wajahnya tak bermaya.
“Dah memang mak kau
gila. Ada ke patut dia suruh aku kahwin dengan kau sebab kau dah tak teruna
lagi,” jelas Qisha Delisa.
“Ini memang dah gila.
Ish, mana pula mama aku tahu yang aku dah tak ada teruna ni?” Hadif Fayyadh
sedang memikirkan sesuatu.
“Jadi betul la ni?”
giliran Qisha Delisa tergamam.
“Ish, kau ni! Aku
hanya sentuh bini aku je. Perempuan lain, jangan harap.”
“Lepas tu kau
berkepit dengan perempuan lain itu bukan namanya sentuh. Inilah lelaki! Tak
boleh dipercayai!” geram Qisha Delisa. “Kau bagi amaran pada mak kau tu. Jangan
sedap-sedap nak suruh orang kahwin dengan
anak sendiri. Dahlah player. Kalau ustaz, nak juga aku!”
“Ada ke ustaz nak
minah rosak macam kau ni?” geram juga Hadif Fayyadh apabila Qisha Delisa
berkata begitu padanya. Aku sungguh-sungguh nak kahwin dengan kau, boleh pula
keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.
“Sebab aku tahu yang
aku rosak, aku nak ada orang yang bimbing aku. Orang paling rapat dengan aku
nanti adalah suami aku. Jadi mudahlah kalau suami aku tu ustaz.”
“Tak kan tercapailah
impian kau tu.”
“Sudahlah! Kau
warning mak kau!” Qisha Delisa mahu melangkah keluar.
“Nanti!” jerit Hadif
Fayyadh.
“Apa?”
“Aku rasa jodoh kau
dengan aku.”
“Kenapa kau cakap
macam tu...?”
“Dah banyak kali kau
di takdirkan jadi milik aku?”
Qisha Delisa membuat
muka.
“Walaupun kita selalu
ditakdirkan begitu tapi kau dan aku tak pernah bersatu.” Dia terus berlalu
pergi.
Hadif Fayyadh
merenung tajam ke arah Qisha Delisa. Aku tahu dia tidak akan bersetuju, tapi
hati aku, mata aku dan semua berkaitan dengan aku, tak rela tengok dia bersama
lelaki lain. Sejak lelaki itu muncul aku ada perasaan macam ni.
“Setuju aje la!”
tegas suara Hadif Fayyadh selepas dia bangun dan menyambar lengan Qisha Delisa.
“Lepaslah! Aku cakap,
aku tak setuju. Kau ni tak faham bahasa ke?” geram Qisha Delisa. Dia cuba
menarik tangannya.
“Kau kahwin dengan
aku, senang cerita!” Hadif Fayyadh tersenyum.
“Cerita memang senang
tapi aku tak nak. Semua yang berkaitan dengan kau, aku tak nak.” Tegas Qisha
Delisa pula.
“Apa teruk benar ke
aku ni?”
“Teruk, buruk, rosak,
punah dan sebagainya la.”
“Kau ni dah over
sangat.” Marah pula Hadif Fayyadh apabila dikatakan begitu.
“Memang betul pun.”
“Kalau macam tu kita
buat game love?” cadang Hadif Fayyadh tiba-tiba.
“Aku tak tahu main
game. Kau mainlah seorang.” Qisha Delisa.
“Game love ni bukan
game biasa-biasa. Ia luar biasa.”
“Ada aku kisah.”
“Kau memang tak
kisah. Tapi tentu kau berminat nak main jika ada abang Wan kesayangan kau
tu...”
“Gila! Aku benci dia
la...”
“Kalau kau nak tahu,
dia suka kau dan dia nak rebut kau dari aku. Kan aku ada bagitau malam tu yang
kau ni bakal isteri aku...” kata Hadif Fayyadh sambil tersenyum. Syukur! Idea
ni datang sendiri. Okey juga buat minah ni cuak.
“Sejak bila pula aku
jadi milik kau sampai dia kena rebut dari kau. Malam tu berlakon je...” Hati
Qisha Delisa berdebar hebat. Dia tidak akan sesekali menerima Wan Firaz dalam
hidupnya. Tidak akan!
“Tak kisahlah! Tapi
dia kata akan masuk meminang kau. Jadi kau pilih, aku atau dia...”
“Tentunya aku pilih
diri sendiri, korang ni tak layak digelar suami untuk mana-mana isteri.” Qisha
Delisa rasa sakit hati. Begitu mudah lelaki memainkan perasaan wanita dan kini
mahu dia bersama mereka semula. Noway!
“Pedas betul mulut
minah ni!”
“Qisha, aku tak tipu.
Dia akan masuk meminang kau. Kau bayangkan yang kau akan jadi isteri ke dua
dia...”
Qisha Delisa berhenti
meronta. Bini nombor dua? Hatinya makin kuat berdebar. Dia tidak mahu berdepan
dengan Wan Firaz lagi. Lelaki itu terlalu kejam baginya.
“Apa susah! Aku tolak
aje pinangannya.”
“Suka hati kau la.
Kalau dia cari kau, tengok kau single. Aku pasti, dia akan menghuru-harakan
hidup kau...” Hadif Fayyadh melepaskan pegangannya di lengan Qisha Delisa. Dia
duduk kembali di kerusinya.
“Aku bagi tempoh pada
kau nak fikir sampai esok. Kalau kau tak setuju. Aku anggap kau tak pernah
berkawan dengan aku...”
“Baiklah!” Qisha
Delisa terus berlalu.
Sebaik sahaja gadis
itu menghilang, Hadif Fayyadh berdiri tegak.
“Risiko! Risiko!
Kenapa aku cakap tak nak kawan dengan dia dah. Kalau dia tak setuju, macam
mana? Terlepas aku nak kahwin dengan Qisha. Macam mana ni?”
“Oh tidak!” Hadif
Fayyadh menjerit kegeraman.
Qisha Delisa
melangkah perlahan keluar dari bilik Hadif Fayyadh. Dia terfikirkan kata-kata Hadif
Fayyadh. Wan Firaz akan mengganggu hidupnya?
“Tak nak!”
“Hello my Mrs.Delicious...”
Ada seseorang yang berbisik di telinga Qisha Delisa.
Terbeliak mata Qisha
Delisa mendengar suara itu. Dekat sungguh di telinganya. Tubuhnya mula
mengeletar.
“Abang... Abang
Wan...” suaranya tersekat-sekat.
“Seksinya
Mrs.Delicious abang ni. Semalam dulu nampak ayu dengan jubah. Sekarang ni
nampak delicous sangat. Abang rasa nak makan-makan je.” Wan Firaz membuat suara
geram.
Mata Wan Firaz
memandang tubuh Qisha Delisa. Gadis itu memakai tshirt leher V putih dan seluar
jeans ketat berwarna hitam. Dua warna kesukaannya. Warna putih memang seksi.
Qisha Delisa menelan
liur.
“Mrs.Delicious buat
apa kat sini?” Lelaki itu semakin hampir dengannya.
“Aku... Aku nak jumpa
buah hati aku la!” Pantas Qisha Delisa masuk semula ke dalam bilik kerja Hadif
Fayyadh.
Hadif Fayyadh pula
terkejut dengan kehadiran Qisha Delisa semula. Makin terkejut melihat Wan Firaz
yang sedang tersengih memandang Qisha Delisa.
“Sayang, maaf pergi
tandas lama pula. Mesti you rindukan I kan?” Laju sahaja Qisha Delisa berlakon.
Dia memeluk lengan Hadif Fayyadh.
Hadif Fayyadh pula
rasa bahagia dapat dipeluk begitu. Bertuahnya lengan aku hari ni....
“Mestilah I rindukan
sayang...” Dagu Qisha Delisa di sentuh lembut.
Qisha Delisa membuat
muka.
Hampir tergelak Hadif
Fayyadh dibuatnya.
“Hai...” Wan Firaz
menyampuk.
“Encik ni...” tanya Hadif
Fayyadh.
“Lupa nak kenalkan
diri. Saya Wan Firaz, wakil dari Syarikat Darwish Berhad untuk kerjasama dalam
projek QOP.”
“Oh, papa ada bagitau
saya. Saya Hadif Fayyadh, ketua eksekutif pemasaran.” Giliran Hadif Fayyadh
pula memperkenalkan diri.
“Memandangkan sudah
dekat waktu lunch. Apa kita kita berbincang sambil lunch...”
“Saya...”
Hadif Fayyadh
memandang wajah Qisha Delisa. Gadis itu menggeleng.
“Maaflah. Buah hati
saya ni tak suka makan bersama orang lain. Dia nak makan dengan saya je...”
“Kalau macam tu, lain
kali la kita berbincang lagi. Saya pergi dulu.” Selepas mereka bersalaman, Wan
Firaz terus meninggalkan bilik pejabat itu.
Akhirnya terduduk
Qisha Delisa di lantai pejabat Hadif Fayyadh. Kakinya tak kuat untuk berdiri
lagi.
“Hello my
Mrs.Delicious...” suara itu terngiang-ngiang di telinga Qisha Delisa. Aku boleh
jadi gila jika mendengar suara itu. Semangat aku hilang!
“Qisha...” Hadif
Fayyadh menghampiri gadis itu. “Kau okey tak?”
“Hadif! Aku setuju!
Aku setuju nak join game love yang kau katakan tu.”
“Tapi ada satu syarat
besar yang kau kena buat...”
“Apa dia?”
“Kahwin dengan
aku...”
Terbeliak mata Qisha
Delisa mendengar perkataan kahwin...
p/S: dua part sekali update...sebab lepas ni internet dah slow...takut tak sempat...semoga terhibur membacanya....sekian terima kasih...terima kasih sangat2 pada yang sudi baca dan komen...sangat hargai...