Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 3 - Part 1

Aku masih tak puas hati dengan cara si Hadif mengenakan aku tadi di meja makan. Rasa mahu disekeh kepala mamat tak cukup sifat tu. Geram sungguh... Qisha Delisa teringat peristiwa tersebut.

“Kenapa dengan rasanya?” Datin Marissa bertanya. Pelik dengan sikap anaknya itu.

“Qisha, kau masukkan apa dalam gulai telur ni?” soal Hadif Fayyadh dengan seriusnya.

“Masukkan telurlah...” jawab Qisha Delisa selamba walaupun hatinya berdebar kencang. Aku dah lama tak memasak ni. Rasa tangan ni keras sikit tapi resipi mak selalu aku ingat.

“Telur ayam ke telur itik?” soal Hadif Fayyadh lagi.

“Telur ayam la. Rumah kau ni mana ada telur itik...” Geram pula Qisha Delisa rasakan. Hadif Fayyadh seperti mahu mengenakannya.

“Hadif, kamu jangan nak menghina makanan. Mama makan, rasanya sedap je...” Datin Marissa membela nasib Qisha Delisa.

Qisha Delisa rasa terharu. Inilah kali pertama dia menyokong kata Datin Marissa.

“Mama, Hadif tak kata tak sedap. Cuma Hadif nak tanya resipi je. Sedap sangat! Boleh jadi isteri Hadif dah si Qisha ni, mama...”gedik Hadif Fayyadh.

“Betul ke ni? Mama lagi gembira jika Hadif kahwin dengan Qisha.” Datin Marissa tersenyum sampai ke telinga.

Ini yang tak sedap didengar. Baru je aku nak jadi penyokong tetap mak cik kecik ni tapi jadi macam ni pula.

Qisha Delisa diam dan teruskan makan. Lebih baik makan daripada melayan dua beranak yang kadang-kadang tak betul.

“Qisha!” jerit Datin Marissa membuatkan ingatannya pada makan tengah hari menghilang. Dia sudah lama bersiap.

“Ya, mak cik!”

“Dah siap ke? Hadif tunggu kat kereta tu.”

“Ya, mak cik! Saya datang ni...” Bergegas Qisha Delisa keluar dari bilik dan menuju ke luar rumah. Pakaiannya sudah di letak dalam beg kertas.

Sebaik sahaja Qisha Delisa tiba, mereka berdua terus pergi selepas bersalaman dengan Datin Marissa.

Dari jauh Qisha Delisa sudah dapat mendengar kemeriahan perkahwinan kawan Hadif Fayyadh yang dibuat di dewan sebuah hotel. Majlisnya nampak mewah.

“Ada bawa kad jemputan?” soal perempuan yang menjaga kaunter sebelah pintu masuk.

“Ada...” Hadif Fayyadh menghulurkan sekeping kad.

“Nama tuan ada. Boleh tak beritahu nama pasangan Tuan...” pinta perempuan itu lagi.

“Qisha Delisa Binti...” belum sempat Hadif Fayyadh menyebut nama penuh Qisha Delisa, kata-katanya sudah dipotong.

“Tak payah Binti la. Adik, tulis jer Qisha Delisa.” Pangkah Qisha Delisa. Dia benci pada ayahnya. Jadi tak perlulah nama itu disebut.

“Baiklah! Tuan Puan boleh masuk ke dalam.” Perempuan itu akur sahaja.

“Kau ni suka pangkah aku ye?” tanya Hadif Fayyadh. Dia merenung tajam pada mata Qisha Delisa. Geram sungguh dengan minah ini.

“Suka hati aku la. Kau yang ajak aku datang sini tapi banyak songgeh pula. Aku cau, baru kau tau,” ugut Qisha Delisa. Geram pula yang dirasainya.

“Eh, Qisha! Janganlah sayang. Kau teman aku pun, aku dah bersyukur. Rasa nak buat sujud syukur sekali.” Manja Hadif Fayyadh.

“Sujud Syukur? Kau sembahyang gak ye? Ingatkan tau play je.” Sinis Qisha Delisa. Patutlah di rumah tadi aku nampak si Hadif ni sembahyang dan aku juga tak pernah tengok dia pergi disko. Mungkin playboynya takat belanja perempuan shopping dan makan je kot.

“Play pun ada Pause. So, masa pause la kita buat ibadah.” Hadif Fayyadh tersengih. Pandai pula aku jawab. Insaf sekejap. Sembahyang tak pernah lengkap. Tadi pun mama yang suruh. Kalau tak, aku tidur tak ingat dunia! Aduh!

“Oh, macam tu pula.”

“Kau jangan mengata aku. Kau dan aku sama je. Kau tu sembahyang ke? Seksi bukan main lagi ni. Syukur mak aku belikan jubah. Kalau tak, mesti kau tak pernah pakai macam ni kan?” Giliran Hadif Fayyadh pula sinis.

“Aku? Aku tak sembahyang pun...”Selamba Qisha Delisa berkata. Dirinya terlalu banyak dosa yang di buat. Benarkan lelaki sentuh tangannya, berpakaian seksi. Dia rasa dirinya tak layak untuk menerima semua kebaikkan dari yang Maha Esa.

“Termenung pula! Dahlah! Aku nak perkenalkan kau pada pengantin hari ni.” Hadif Fayyadh tarik tangan Qisha Delisa. Dia tidak mahu merosakkan mood cerianya ini.

Mereka berdua masuk ke dalam dewan. Memang sah minah ni kaya. Tak apa Qisha, aku akan buat kau merana sebab mainkan cinta aku. Kau, Qisha yang aku cintai selama ini tapi kau tipu aku. Nama palsu yang kau guna itu sangat menyakitkan hati aku. Tapi aku bersyukur kerana tidak berkahwin dengan penipu macam kau!

“Aku dengar mak cik kata, ini perkahwinan kekasih kau yang nama Qisha, betul ke?” soal Qisha Delisa. Merosakkan nama baik gadis bernama Qisha je minah ni. Okey. Aku nak tengok sama ada aku atau dia yang lebih cantik.

“Mama ni memang tak boleh simpan rahsia.” Hadif Fayyadh sedikit marah. “Ya, dia kata namanya Qisha tapi rupa-rupanya nama sebenarnya ialah Tengku Farisya Adilla. Anak Datuk Darwish. Eh baru aku ingat, nama ayah kau pun Darwish juga kan?”

“Diamlah kau!”

p/s: marah pula si Qisha ni...lor kenapa marah? betul ke nama ayahnya darwish...tak lama lagi kisah keluarga qisha akan terbongkar...yeke? nantikan bab seterusnya....

Previous: Bab 2 - Part 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.