Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 8 - Part 2

“Kau ni...”

“Hadif, terima kasih tau...” ucap Qisha Delisa. Betul kata Qaseh malam tu.

“Qisha, kau kena cari lelaki yang sayang kau, bukan kau sayang dia tapi dia tak sayang kau. Aku rasa Hadif tu memang dah padan sangat dengan kau...” terngiang-ngiang suara Qaseh.

“Tiba-tiba ucap terima kasih ni?”

“Saje...”

“Kalau kau nak terima kasih sangat, jadi isteri aku dulu. Tapi kau kemalangan ni, terpaksa cancel majlis kita hari khamis ni.”

“No! Jangan!” terkejut Qisha Delisa dengan kata-kata Hadif Fayyadh. Dia nak juga kahwin dengan Hadif Fayyadh masa tu.

“Kau cedera teruk la...”

“Ala, aku kahwin bukan buat apa. Duduk je kan?” soal Qisha Delisa.

“Memanglah duduk je, tapi malam kau kena layan suami pula...” Hadif Fayyadh buat muka nakal.

“Itu kita tangguh tahun depan....”

“Ish, kau ni! Mana boleh tangguh malam pertama. Malam pertama mesti di buat masa hari pertama....”

“Kalau macam tu kita buat malam ke 100?” Qisha Delisa membuat lawak. Padahal hatinya berdebar kencang. Dia takut untuk melalui malam tersebut.

“Okey. Macam ni... Malam tu kita tangguh sampai kau dah sembuh ye?”

“Memahami betul bakal suami aku ni. Ini yang sayang lebih!” Qisha tersenyum manis. Sempat tangannya yang tidak berbalut itu menarik pipi Hadif Fayyadh.

“Apa main tarik-tarik ni? Kang aku tarik kau dalam pelukan aku, baru tau...” Hadif Fayyadh tidak suka Qisha Delisa menyentuhnya. Bimbang dia yang tidak dapat mengawal dirinya untuk menyentuh gadis itu.

“Sentuh sikit pun nak marah...” Qisha Delisa ketawa kecil. Hatinya tenang...

Tanpa mereka berdua sedari, ada mata yang memerhati mereka.

Wan Firaz menumbuk strengnya. Mendengar khabar Qisha Delisa kemalangan, dia segera ke hospital tetapi Hadif Fayyadh yang tiba dahulu.

Lelaki ni memang selalu kacau aku dengan Qisha. Aku tak boleh biarkan dia lama-lama. Makin lama aku tengok dia, makin aku rasa nak bunuh-bunuh!

Wan Firaz terus menekan minyak dan memandu dengan laju.

*****

Dari jauh Hadif Fayyadh melihat Qisha Delisa termenung. Sejak gadis itu bersetuju mahu berkahwin dengannya, kerap sungguh datang ke rumahnya. Malah boleh bermalam di rumah. Nasib baik Datin Marissa tidak kisah. Tambahan pula Qisha baru keluar dari hospital petang tadi.

“Qisha...” panggil Hadif Fayyadh dengan penuh kelembutan.

“Hadif!” Qisha Delisa terkejut. Dia teringat akan pertemuannya dengan Wan Firaz baru-baru ini.

“Malam ini kita akan bernikah...” Hadif Fayyadh ingatkan Qisha Delisa.

“Ya...” Syukur wajahnya tidak ada yang calar. Cuma balutan di tangan sudah dibuka. Cuma di kaki sahaja belum.

“Aku harap kau terima perkahwinan kita dengan rela hati. Bukan kerana game love...” Hadif Fayyadh harap sangat Qisha Delisa menerimanya sebagai suami dalam erti sebenar.

“Game love, Hadif... Game love. Bila dah game over, masa tu baru aku terima kau sebagai suami aku yang sebenar...”

Hadif Fayyadh mengutuk dalam hati. Menyesal aku wujudkan game love ni. Tak pasal-pasal jadi macam ni. Tapi kerana game love Qisha setuju nak kahwin dengan aku.

“Qisha, aku nak jadi suami kau...”

“Ya, kau akan jadi suami aku...”

“Tapi dalam hati kau...”

“Hati aku kosong, Hadif. Tak ada sesiapa dalam hati ini.”

“Wan Firaz?”

“Kenapa kau sebut namanya...” Qisha Delisa melenting tiba-tiba. Dia rasa nak marah.

“Dia kan bekas kekasih kau. Tiada perasaan sayang pada dia walaupun sebesar zarah?” soal Hadif Fayyadh untuk menguji Qisha Delisa.

“Hadif, kau jangan salah faham. Aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan.” Qisha Delisa bangun dan melangkah perlahan kerana kakinya masih sakit.

“Qisha...”

“Hadif, aku kahwin dengan sebab aku percaya kau akan melindungi aku dari lelaki yang berniat jahat pada aku. Itu je...” Harapan Qisha Delisa begitu tinggi terhadap Hadif Fayyadh.

“Melindungi kau? Pasti aku akan melakukannya...”

Qisha Delisa terus berlalu pergi.

*****

Dato Darwish tidak sempat mahu pulang ke rumah untuk menukar pakaiannya. Terlalu banyak kerjanya di pejabat pada hari ini.

“Dah pukul 8 malam. Aku tak sembahyang Maghrib lagi ni... Kejap lagi aku nak ke majlis kahwin Qisha.” Segera Dato Darwish ke surau berhampiran. Menunaikan solat Maghrib. Memang dulu dia banyak meninggalkan solatnya tetapi kini dia insaf. Dirinya terlalu banyak dosa. Dosa terhadap anak perempuannya, Qisha Delisa dan isteri tersayang, Qizaha.

Selepas berniat. “Allahuakhbar!”

Bukk!

Ada seseorang telah memukul belakang Dato Darwish. Dia pengsan.

*****

Qisha Delisa gelisah menanti Dato Darwish datang. Lepas Isyak, majlis akad nikah akan dijalankan.

“Mana ayah ni? Aku call tapi tak dijawabnya...” makin gelisah. Dia menanti dengan sabat di bilik.

“Qisha, mana ayah Qisha?” Soal Datin Marissa. Walaupun tak ramai tetamu yang datang, majlis ini harus diteruskan.

“Tahniah!” Wan Firaz ucapkan pada Hadif Fayyadh. Tahniah kau tak kahwin dengan Qisha!

“Terima kasih. Terima kasih juga sudi datang. Sekarang kami tengah tunggu ayah Qisha datang...” Hadif Fayyadh tersenyum. Tidak sabar untuk memiliki Qisha.

“Kalau ayah Qisha tak datang, majlis tetap diteruskan ke?” Sengaja Wan Firaz bertanya.

“Tak. Qisha mahukan ayahnya juga yang jadi wali...”

“Tak apa ke? Ramai tetamu yang datang ni.”

“Kami dah buat persediaan jika ayahnya tidak datang....”

“Persediaan apa?” Wan Firaz ingin tahu.

“Ayah Qisha sudah beritahu kami, jika dia tidak hadir, dia sudah minta diwalikan oleh wali hakim. Jadi tak ada masalah. Tapi Qisha tak tahu hal ini.”

Tanpa pengetahuan sesiapa, semalam, Dato Malik dan Hadif Fayyadh pergi berjumpa dengan Dato Darwish sendiri. Mujur Dato Darwish seorang yang peramah. Dilayan kami dengan baik.

“Hadif, Qisha panggil sekejap...” Datin Marissa menghampiri anaknya.

“Baiklah mama. Minta diri ya....” Hadif Fayyadh terus meninggalkan Wan Firaz.

Wan Firaz meramas-ramas tangannya. Dia benar-benar geram. Dia ingat rancangannya akan berjalan dengan lancar tetapi majlis ini tetap berjalan tanpa Dato Darwish.

Tiada cara lain untuk menghalang perkahwinan mereka ini?

“Qisha...” panggil Hadif Fayyadh.

“Ayah aku tak datang lagi.”

“Aku rasa dia tak datang la. Jadi kita nikah diwalikan wali hakim je...”

“Tapi...”

“Bersiap je ye...”

“Baiklah...”


p/s: siapalah yang pukul dato darwish ni? dugaan betul si qisha ni nak kahwin...jadi ke Qisha kahwin malam tu??? tunggu bab 9 hihihi

Previous: Bab 8 - Part 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.