Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 17 - Part 1

Bab17

Qisha Delisa masih tidak mengerti dengan air muka Hadif Fayyadh yang tiba-tiba serius. Baik aku keluar dari bilik ni. Mengamuk tiba-tiba ni buat aku rasa seram sejuk. Mana pergi senyuman yang sentiasa ikhlas tiap kali memandang aku tu?

Dia berdiri dan ingin keluar dari bilik tersebut.

“Qisha, kau jangan...” geram Hadif Fayyadh lantas menyambar lengan Qisha Delisa. Matanya memandang tepat ke dalam mata isterinya. Hatinya berdebar hebat dengan apa yang mengganggu fikirannya sebentar tadi.

“Jangan apa?” soal Qisha Delisa. Bertambah keliru dibuatnya. Dia menarik lengannya yang dipegangg itu.

“Qisha!” marah Hadif Fayyadh. Dia tidak akan sesekali lepaskan pegangan itu.

“Hadif!” Qisha Delisa pun tak boleh sabar. Sesedap hati sahaja tinggikan suara. Lepas tu main pegang-pegang pula.

“Qisha!” lawan Hadif Fayyadh lagi.

“Hadif!” Qisha Delisa pun tidak mahu mengalah.

Mata mereka saling berpandangan. Merenung satu sama lain sehingga mereka puas.

“Kau dengar sini! Kau jangan sesekali fikir yang kau boleh tinggalkan aku selepas kahwin dengan aku.” Hadif Fayyadh geram. Dia masih merenung tajam.

“Apa?” Qisha Delisa terkesima. Akhirnya dia menarik nafas lega. Ingatkan apa la tadi. Suka buat gempak la si Hadif ni. Dia buat muka selamba.

“Qisha!” Kini suara Hadif Fayyadh bertukar lembut. Dia benar-benar risau yang Qisha Delisa akan meninggalkannya nanti. Dia sayang sangat pada isterinya. Dia nikahi Qisha Delisa dengan rasa ikhlas dan cinta. Bukan semata-mata game love. Dia mahukan isterinya menjadi isteri dalam kata erti sebenar.

“Hadif, dengar sini!” Giliran Qisha Delisa pula berkata-kata. Dia mencengkam bahu Hadif Fayyadh dengan dua tangannya.

Hadif Fayyadh terkaku seketika. Tak pernah pula Qisha Delisa memperlakukannya seperti itu.

“Aku tak kan tinggalkan kau. Kau kan dah janji akan lindungi aku sehingga hujung nyawa kau. Tak kan aku nak tinggalkan penyelamat aku kan?” Qisha Delisa mengerakkan keningnya. Turun naik. “Betul kan?” Dia tersenyum. Sebenarnya hatinya sedikit tenang apabila mengetahui perkara sebenar.

“Betul ke ni?” Hadif Fayyadh benar-benar terkejut. Betul ke yang Qisha Delisa tidak akan tinggalkannya? Dia bersyukur.

“Betullah. Kau ingat kahwin ni perkara buat main.” Qisha Delisa meleraikan pegangannya.

“Yelah! Inikan perkahwinan pertama. Mesti kita akan cuba kekal kan?” Hadif Fayyadh rasa tenang. Dia sebenarnya baru terfikir apabila lepak tepi kolam tadi. Bimbang Qisha Delisa akan tinggalkan dia selepas dia berjaya singkirkan Wan Firaz dalam hidup isterinya.

“Ya... Mestilah! Ini perkahwinan pertama...” Qisha Delisa sedikit tergagap. Entah mengapa hatinya jadi tidak sedap pula mendengar ayat Hadif Fayyadh.

“Baguslah macam tu!” lantas Hadif Fayyadh memeluk isterinya.

“Eh, tak payahlah peluk! Aku... Aku nak pergi minum air kejap. Kau tidur la dulu.” Qisha Delisa menolak tubuh Hadif Fayyadh dan terus berlari ke dapur.

Nasib baik lepas.

Selepas minum, dia lepak di tepi kolam. Tenang sahaja tengok kolam itu. Tiba-tiba ingatan lalu mengganggu fikirannya.

“Lepaskan aku! Aku tak nak kahwin dengan kau!” Qisha Delisa menolak Wan Firaz. Lelaki itu terlalu memaksanya.

Memang dulu dia menyukai Wan Firaz. Tetapi sejak mengetahui yang Wan Firaz ini sudah berkahwin. Terus hilang hormatnya. Tambahan pula isterinya, Julia, memang tidak menyukainya. Susahlah hidupnya selepas ini.

“Kenapa? Sebab aku dah kahwin? Tak apa la. Kau jadi bini aku nombor dua!”

“Noway!” marah Qisha Delisa. Sejak itu dia mula melarikan diri dari lelaki itu.

Kenapa aku boleh terlibat dengan kehidupan Wan Firaz. Qisha Delisa merenung lagi air kolam itu. Mujur ada Hadif. Kalaulah dia tak ajak aku kahwin, pasti setiap hari lelaki itu akan ganggunya. Dahlah! Tidur lagi bagus!

Qisha Delisa menuju ke biliknya.

“Eh, dah tidur si Hadif ni?” Segera dia memadamkan lampu. Dia lebih selesa tidur dalam keadaan gelap. Dia berbaring sebelah Hadif Fayyadh. Kepalanya penat. Sebelum matanya hampir terlelap, dia sempat menatap wajah Hadif Fayyadh.

Rambut itu dibelai dengan tangannya.

Ish, tak kan aku suka pada Hadif? Tapi tak salah kalau aku suka pada Hadif. Lagi pun dia lebih baik dari Wan Firaz. Nampak je muka suci tapi perangai macam apa. Kalau Hadif lain la... Baik je dengan aku. Cuma bahasa tu kasar sangat.

Hati Qisha Delisa terus berbicara.

Tanpa dia sedari, dia semakin rapat dengan pembaringan Hadif Fayyadh.

Si Hadif ni ada bibir yang cantik. Bila dia senyum tu. Hati mana-mana perempuan pasti tergoda. Patutlah layak jadi playboy. Ada ciri-ciri menggoda rupanya.

Tangan Qisha Delisa merayau tubuh Hadif Fayyadh.

Aku ni dah lebih ni? Baik tidur...

Qisha Delisa berpaling dari terusan menilik wajah suaminya. Baru sahaja mata terpejam, dia terasa ada tangan memeluk pinggangnya.

Hadif? Dia belum tidur lagi? Jadi, maknanya dia perasan apa yang aku buat tadi? Muka Qisha Delisa mula terasa hangat. Dia malu.

Di sebabkan terlalu malu. Dia hanya kaku dalam pelukan Hadif Fayyadh sehingga esok.

Pagi itu, dia bangun terlebih dahulu dan sibuk memasak. Hari ini Dato Darwish nak datang. Dia tidak sabar menanti ayahnya itu datang.

“Awal bangun...” sapa Hadif Fayyadh. “Mesti lena gila sebab tidur dalam pelukan suami kan?” usiknya.

Qisha Delisa tersenggih. Dia termalu.

“Eh, kenapa ayah tak sampai lagi!” Dia tidak menyentuh apa-apa makanan pun. Dia mengharap ayahnya datang makan bersama.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Dato Darwish masih tidak muncul lagi. Sengaja Qisha Delisa menunggu di pagar.

“Qisha, udahlah tu! Ayah tak kan datang?” kata Hadif Fayyadh. Dia kasihan melihat Qisha Delisa menunggu seperti itu. Dengan tidak makan apa-apa pun.

“Qisha tunggu ayah. Qisha call ayah tapi tak dapat.” Qisha Delisa menjadi lemah. Harapannya terlalu tinggi. Air matanya mengalir.

“Janganlah menangis. Jom kita masuk dan makan ye...” pujuk Hadif Fayyadh.

Qisha Delisa mengalah.

Tanpa mereka berdua sedari, Dato Darwish ada berhampiran rumah itu. Dia menyorok di sebalik pokok. Dia dapat mendengar dengan jelas perbualan anak perempuannya dengan menantu.

“Maafkan ayah Qisha...”

******

Qisha Delisa masih termenung. Selepas makan, dia duduk di tepi kolam sambil merendamkan kakinya. Walaupun cuaca panas tetapi air itu masih kekal sejuk dan dingin. Selesa sangat.

“Termenung!” sapa Hadif Fayyadh. Dari jauh dia nampak wajah isterinya yang sedang memikirkan sesuatu.

“Tak la...” Qisha Delisa memandang Hadif Fayyadh yang berdiri di sisinya. Kemudian, dia kembali memandang air kolam.

“Jom kita pergi honeymoon.” Spontan Hadif Fayyadh berkata. Dia memandang Qisha Delisa. Ingin sekali melihat air muka isterinya.

Qisha Delisa sedikit terkejut.

“Aku tahu kita kahwin ni tak macam pasangan suami isteri yang lain tapi aku nak bawa kau jalan-jalan. Nak tak?” pujuk Hadif Fayyadh lagi. Kalau boleh dia mahu isterinya setuju.

“Boleh juga...” Tanpa berfikir panjang, Qisha Delisa bersetuju. Sudah lama aku tidak melancong.

“Kau nak ke mana?” Hadif Fayyadh mula teruja. Persetujuan isterinya membuatkan hatinya gembira. Terima kasih Qisha gembirakan aku.

“Aku? Aku tak kisah. Asalkan tempat itu dapat tenangkan jiwa aku, aku tak kisah.” Qisha Delisa tersenyum.

“Dalam Malaysia je boleh tak? Memandangkan cuti aku pun tak banyak mana. Isnin depan dah nak kerja semula.”

“Boleh je...”

“Kita ke Cameron nak tak? Sebab sini yang paling dekat.” Cadang Hadif Fayyadh. Pasti Qisha Delisa suka.

“Cameron?”

Qisha Delisa sedikit terkejut. Cameron?


p/s: lor kenapa Qisha ni terkejut sangat... Kenapa Cameron? dia suka atau tak ni? blur di buatnya...tunggu sambungannya...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.