Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 6 - Part 2

“Please setuju dengan permintaan aku itu. Game Love. Daripada Hadif Fayyadh.” Terkejut Qisha Delisa apabila melihat nama pengirimnya.

Entah mengapa dia tidak jadi untuk membuang bunga tersebut.

Petang itu dia pulang kerja dengan wajah yang ceria dengan bunga roses kuning. Dia memang gilakan kuning.

Hadif Fayyadh yang memerhati dari jauh juga turut rasa gembira apabila melihat wajah ceria Qisha Delisa. Kadang-kadang gadis itu akan mencium bunga pemberiannya itu. Wah! Bahagianya perasaan ini.

Sudah dua hari Qaseh di Brunei. Kesunyian benar-benar menyelubungi hati Qisha Delisa. Tambahan pula semua lelaki yang selalu bersamanya sudah tidak dilayan. Hadif Fayyadh juga senyap sejak aku menghalaunya bersama Wan Firaz tempoh hari.

Tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada Farisya dan ingin berjumpa. Terpaksalah dia berjumpa dengan perempuan tak berapa betul itu.

“Kau nak apa jumpa aku ni?”

“Aku sakit hati dengan kau! Aku tak suka kau rapat dengan Hadif.” Marah Farisya.

“Eh, kau tu dah ada suami. Sibuk dengan lelaki lain tu kenapa?” kata Qisha Delisa. Dia berkata begitu bukan sebab dia mahukan sangat si Hadif Fayyadh tu tetapi sekadar mengingatkan status Farisya sebagai isteri orang.

“Aku masih cintakan dia. Aku sayangkan dia...”

“Kalau sayang kau tak akan kahwin dengan lelaki lain. Kau ingat Hadif nak terima kau semula? Tak mungkin la!” Qisha Delisa tersenyum sinis. Dua tiga hari ni hidupnya sedikit bosan. Seronok pula hari ni dapat buat orang sakit hati.

“Kau diam! Pukul dia!” arah Farisya.

Qisha Delisa terkejut dengan kehadiran beberapa perempuan lain. Mungkin kawan-kawan Farisya. Kes naya ni! Mana aku nak lari!

Belum sempat Qisha Delisa melangkah kaki, tubuhnya sudah ditolak dan rebah dilantai. Tiga orang perempuan duduk atas badannya dan menumbuk tubuhnya.

“Jangan lupa muka dia! Tumbuk kasi lebam! Cacat pun tak apa!” arah Farisya. Sakit hati dia melihat perempuan ini.

Belum sempat ditumbuk muka Qisha Delisa, ada pengawal keselamatan di kawasan itu menghampiri.

“Oi!”

“Lari! Lari!” bergegas empat perempuan berlari meninggalkan Qisha Delisa yang terbaring lemah.

Qisha Delisa di hantar ke hospital dengan segera.

Qisha Delisa tersedar. Nasib baik muka aku selamat.

“Semua gara-gara kaulah aku pula yang jadi gila.” Hatinya sakit.

Gila fikirkan permainan yang kau dah buat. Tak pasal-pasal aku terpaksa juga yang kena join. Tapi aku tak nak kahwin dengan si gila, Hadif Fayyadh! Tak nak! Jerit hatinya sungguh-sungguh.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar.

“Qisha, kau okey tak?!” Hadif Fayyadh cemas. Dia baru dapat panggilan dari Datin marissa mengenai keadaan Qisha Delisa. Datin Marissa tidak dapat pergi melawat sebab mengikut suaminya ke Kelantan.

“Kalau okey, aku tak kan masuk hospital. Kau ni tanya la soalan yang buat orang sakit dengar pun rasa macam tak sakit.” Geram Qisha Delisa. Skait hatinya bertambah.

“Aku tanya dalaman kau tu. Hati kau. Okey ke tak?” wajah bimbang Hadif Fayyadh dipandang sekilas oleh Qisha Delisa. “Gila! Si Farisya tu memang gila! Dia pergi serang kau tu kenapa? Kan dia dah kahwin.”

“Dia dia memang dah kahwin tapi nak kau jadi milik dia juga.”

“What!” Hadif Fayyadh terkejut. Dah kahwin tapi nak lelaki lain? Pelik.

“Kenapa terkejut sangat ni? Biarlah. Boleh dia kahwin dengan kau dan aku tak payah masuk permainan kau yang mengarut ni. Lebih baik aku masuk permainan congkak.” Qisha Delisa hampir lupa pada musuhnya Wan Firaz. Lelaki itu akan mengganggunya.

“Qisha. Sabar! Aku tak tahu apa-apa. Kalau dia jadi macam ni...” otak Hadif Fayyadh berfikir sejenak. Kalau minah tu masih sukakan aku, maknanya si Wan yang buat Qisha menangis tempoh hari pun mesti bebas la nak keluar dengan perempuan mana pun dan dia mesti cari Qisha. Ish, tak boleh jadi ni!

“Kalau dia masih sukakan kau, maknanya dia tak nak ada perempuan lain dekat dengan kau. Kaulah pergilah kahwin dengan dia. Menyusahkan aku je...” Qisha Delisa beri cadangan.

“No. No. No!” jari telunjuk Hadif Fayyadh bergerak. “Kau yang kena kahwin dengan aku, okey kan?”

“No. No. No away!” Qisha Delisa terus tarik selimut putih itu lalu berbaring. Malas mahu melayan Hadif Fayyadh. Dia membelakangi lelaki itu.

“Malulah tu!” Hadif Fayyadh mula perasan seorang diri.

“Oi! Bangunlah!” kejut Hadif Fayyadh apabila melihat Qisha Delisa masih tidur. Dia mengoncang katil hospital itu.

“Kau gila ke kejut orang sakit macam tu...” marah Qisha Delisa. Dia cukup tak suka orang kejut dia bangun macam tak ada adab langsung. Perlahan dia bangun dari terus berbaring. Sudah beberapa hari dia sini tetapi masih tidak boleh pulang gara-gara Hadif Fayyadh tidak izinkan.

Kau ingat kau doktor ke? Aku dah sihat la...

Sebenarnya Hadif Fayyadh sudah sampai setengah jam lebih tadi. Dia menatap wajah Qisha Delisa yang tidurnya nampak tenang sekali.

Rambut yang hampir menutup wajah gadis itu diselak ke belakang.

Wajah kau memang cantik. Tanpa mekap pun tetap menawan. Kenapa dulu aku tak nampak semua ni Qisha. Kalau tak aku dah lama kahwin dengan kau kan? Mesti sekarang kita dah ada anak-anak yang comel.

Mata Hadif Fayyadh terusan merenung wajah Qisha Delisa.

Mungkin dulu aku ada Farisya. Itu pasal aku tak pandang kau sangat. Qisha... Qisha... Aku sayang kau. Aku tinggalkan semua perempuan semata-mata nak bersama kau. Qisha... Qisha...

Tangan Hadif Fayyadh bermain di bibir Qisha. Ingin sekali dia mencium bibir itu. Tiba-tiba Qisha Delisa bergerak. Pantas juga Hadif Fayyadh berdiri jauh dari wajah itu lalu mengoncang katil itu.

Itulah al-kisahnya...

“Aku gilakan kau! Aku dengar kau tak makan semalam...”

“Macam mana aku nak makan. Buat bubur, tawar... Masak ayam pedas, harap merah je, tapi pedasnya zero... tak ada selera aku nak makan...” Qisha Delisa membuat muncung sambil melihat perutnya.

“Disebabkan aku sayang kau, aku dah buat bubur ayam yang ada rasa sedap ini...”

“Ye ke? Nak! Nak!” Qisha Delisa teruja.

“Tapi ada syaratnya...”

“Tak payah cakap... Syaratnya kahwin dengan kau kan?”

“Tahu pun...”

“Nantilah aku fikir... sekarang ni kau bagi aku makan dulu...” mata Qisha Delisa asyik memandang bekas makanan yang berisi bubur.

“Yelah!” Hadif Fayyadh mengalah lalu menghulurkan sudu pada Qisha Delisa.

“Sedapnya!” puji Qisha Delisa.

“Sedap ke! Nak rasa!” kata Hadif Fayyadh.

Mata Qisha Delisa terkebil-kebil memandang Hadif Fayyadh. “Tadi kata kau yang buat, tapi ni kau nak rasa pula?”

“Memang aku buat tapi aku tak sempat rasa sebab dah lambat...”

“Kalau kau nak rasa, ambil sudu lain...”

“Aku nak rasa guna sudu kau tu...”

Qisha Delisa membuat muka tak puas hati.

“Aku ni tak gosok gigi lagi, tergamak ke nak rasa guna sudu aku ni?” sengaja Qisha Delisa berkata begitu. Suruh si Hadif Fayyadh ni geli...

“Tergamak la...”

“Mengarut je kau ni Hadif! Aku nak makan dengan tenang ni...”

“Okey! Okey! Aku gurau je... Makan la... Aku potong buah!”

“Buah! Aku nak epal merah! Epal merah!”

“Sejak bila pula kau berubah jadi kanak-kanak riang ni?” soal Hadif Fayyadh. Qisha Delisa nampak comel betul begitu.

“Sejak kau manjakan aku...” lancar sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Qisha Delisa. Pantas dia menutup mulutnya.

“Kalau kau kahwin dengan aku, tiap-tiap hari aku manjakan kau...” Hadif Fayyadh tersenyum.

“Ye ke? Manja yang macam mana?” saja Qisha Delisa menduga.

“Aku suapkan kau makan, mandikan kau, tukarkan baju kau...”

“Kau ni dah over sangat? Kau ingat aku baby ke sampai semua tu aku tak boleh nak buat...” Entah mengapa dia rasa malu tetapi tidak akan sesekali dia tunjukkan pada Hadif Fayyadh. Nanti dia bertambah perasan.

“Biarlah! Sebab aku dah tinggalkan semua perempuan semata-mata untuk kau. Jadi aku kena layan kau sepenuhnya...”

“Kau nak jadi gila kuasa ke?”

“Bolehlah juga.”

“Tak jadi aku nak kahwin dengan kau.”

Qisha Delisa terus makan bubur ayam yang sedap itu dan kemudian dia makan epal pula. Dia memang suka makan-makanan yang sedap.


p/s: perasaan cinta dah muncul ke?tapi si Qisha ni tak setuju nak join game love bila dia kena kahwin dengan Hadif....tunggu bab seterusnyalah...macam mana si qisha ni boleh setuju hhihi terima kasih semua yg masih menyokong karya saya....

Previous: Bab 6 - Part 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.