Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 14 - Part 2

Tiba-tiba wajah Hadif Fayyadh yang tersenyum kini serius.

Qisha Delisa terkaku.

“Qisha!” Tangan Hadif Fayyadh membelai pipi kanan isterinya dengan lembut. “Tak payah fikir sangat pasal Wan Firaz tu. Tahulah aku nak buat apa dengan mamat tu. Kau akan selamat dengan aku. Sekarang ni, pergi pakai tudung, kita nak keluar...” arah Hadif Fayyadh lalu mencium rambut Qisha Delisa. Untuk beberapa seketika sahaja, dia terus berlalu.

Terdiam Qisha Delisa. Dia masih memikirkan kata-kata Hadif Fayyadh.

Alamak! Tertinggal dompet pula... Hadif Fayyadh terus berpatah balik. Dia memulas tombol pintu dan melihat Qisha Delisa masih di tempat yang sama. Kenapa ni?

“Qisha...” Panggil Hadif Fayyadh.

“EH!” Qisha Delisa terkejut.

“Cepatlah pakai tudung. Kau nak naik kereta atau motor?” soal Hadif Fayyadh dengan senyuman nakal.

“Motor!” pantas Qisha Delisa menjawabnya. Entah mengapa dia suka naik motor. Dapat memeluk Hadif Fayyadh secara tidak langsung kot.

“Tak payah! Aku baru teringat ada barang yang aku nak beli. Kang naik motor, payah nak bawa barang... Cepat tau siap! Aku tunggu dalam kereta.” Hadif Fayyadh terus berlalu selepas mengambil dompetnya.

“Baik tak payah tanya tadi!” geram Qisha Delisa. Dia segera memakai tudung.

Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Ada mesej daripada Qaseh.

“Nasib baik Qaseh. Kalau mamat tadi, dah kes naya dah! Merosakkan mood je.”

Dia membuka peti mesejnya lalu membacanya

KEJAHATAN YANG MENYUSAHKANMU LEBIH BAIK DI SISI ALLAH SWT BERBANDING KEBAIKAN YANG MEMBUATKANMU KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI (SOMBONG). Copy paste dari FB – Qaseh-

“Apa Qaseh ni? Mulalah tu nak berpujangga dengan aku...” Sempat Qisha Delisa tersenyum. “Baik aku cepat! Nanti suamiku itu membebel mengalah perempuan.”

“Kenapa lambat sangat? Jahit tudung ke?” sinis Hadif Fayyadh. Kereta mula bergerak.

“Ala, lambat 10 minit je. Lagi pun saya baru nak pandai pakai tudung. Jadi lambat la sikit,” balas Qisha Delisa.

“Kalau baru nak belajar, pakai la tudung sarung je...” cadang Hadif Fayyadh. Pandangannya masih fokus di jalan walaupun mulut itu mula membebel.

“Sarung? Tak nak la! Baik pakai bawal. Simple dan ringkas.”

“Kenapa tak cuba shawl?”

“Lagi tak reti nak pakai.” Berkerut muka Qisha Delisa mendengarnya. Berlilit sana sini. Tengok dalam majalah Nur dan Dara pun masih tak pandai nak pakai.

“Nanti aku ajar....”

“Kau pandai ke?”

“Pandai la juga...”

“Okey...”

“Lepas pergi nombor baru kau ni, aku nak bawa kau ke satu tempat...” Hadif Fayyadh tersenyum. Dia yakin yang Qisha Delisa suka.

“Mana?”

“Rumah atuk dan nenek angkat aku. Aku pasti kau akan suka punya.” Hadif Fayyadh sempat menjeling Qisha Delisa. Teringin sangat mahu melihat air muka gadis itu.

“Kenapa kau yakin sangat ni?” Qisha berpusing sikit badannya untuk melihat Hadif Fayyadh. Dari sisi, lelaki itu nampak kacak sangat. Dia suka melihat keindahan itu.

“Aku yakin la. Kau tunggu je.”

“Kalau aku tak suka?” duga Qisha Delisa.

“Kalau kau tak suka, kau boleh pergi jumpa Wan Firaz.” Sengaja Hadif Fayyadh berkata begitu. Nadanya bergurau.

“Mulalah kau nak mengarut ye.” Pantas tangan Qisha Delisa mencubit pinggang Hadif Fayyadh.

“Opocot! Wei gelilah!” marah Hadif Fayyadh. “Aku tengah memandu ni!” sambungnya lagi.

“Sorry... Sorry...” pohon Qisha Delisa. Tidak elok dia bergurau apabila Hadif Fayyadh sedang memandu.

“Kalau nak sorry aku, kena peluk aku!” Hadif Fayyadh tersenyum nakal.

“Baik kau fokus memandu, kalau tak aku cubit pinggang kau tu...” ugut Qisha Delisa. Ada hati nak menggatal dengan aku.

“Okey! Okey!” Hadif Fayyadh mengalah apabila melihat gaya Qisha Delisa yang ingin mencubitnya.

“Tahu takut!” Qisha Delisa tersenyum kemenangan. Gembira benar hatinya.

*****

Farisya semakin hari, semakin tidak menyukai Wan Firaz. Di awal perkahwinannya dengan Wan Firaz, dia rasa bahagia. Sejak Qisha Delisa berkahwin, lelaki itu berubah menjadi kasar. Kalau bertemu muka, pasti ada sahaja yang digaduhnya.

Aku bosan hidup macam ni! Papa, kenapa papa kahwinkan Sya dengan lelaki ini? Farisya benar-benar tertekan.

“Buatkan aku kopi...” Wan Firaz muncul. Dia duduk di ruang tamu yang ketika itu Farisya sedang berehat. Mungkin perempuan itu malas mahu keluar.

“Aku malas”! Farisya tidak mempedulikan permintaan Wan Firaz.

Mendengar perkataan malas, Wan Firaz terus menghampiri Farisya. Dia menarik kasar rambut itu. Kalau ikutkan hati panasnya, sudah lama muka tersebut makan penumbuknya. Tetapi dia tahu itu bukan satu perkara yang bagus. Dato Darwish sudah meletakkan kepercayaan kepadanya. Dulu Qisha, sekarang Farisya. Dia tidak akan mensia-siakan peluang ini untuk memiliki syarikat Dato Darwish.

“Sakitlah!” terkejut Farisya dengan tindakan kasar Wan Firaz.

“Aku suruh kau buat kopi je. Kalau Qisha, mesti dia tak pernah bantah cakap aku.” Wan Firaz teringatkan Qisha Delisa. Dia masih memikirkan cara terbaik untuk memiliki gadis itu.

“Qisha tu bodoh!”

Kali ini Wan Firaz tak boleh bersabar. Dia terus menampar pipi kanan Farisya selepas melepaskan pegangannya di rambut isterinya.

Pang!

“Kau jangan nak hina Qisha. Dia lebih baik daripada kau! Penipu!” Wan Firaz rasa geram. Dia terus berlalu keluar dari rumah tersebut.

Farisya memegang pipi kanannya yang rasa sakit dan perit. Tiada guna dia menangis. Tiba-tiba dia teringatkan Hadif Fayyadh. Lelaki itu sentiasa melayannya dengan baik kerana namanya Qisha.

“Awak Qisha...?” tegur Hadif Fayyadh.

Farisya terkaku.

“Awak ke yang selamatkan saya dari kemalangan. Saya dengar orang panggil nama awak, Qisha. Betul ke? Awak ni Qisha?” soal Hadif Fayyadh bertalu-talu.

Farisya cuak. Ketika itu dia di hospital. Kebetulan dia demam dan duduk di wad kecemasan itu. Dia merenung wajah lelaki itu. Kacak! Cuma kepala yang berbalut dengan pembalut kain putih.

“Ya, saya Qisha. Saya yang selamatkan awak.” Farisya mengaku. Padahal dia sendiri tidak tahu Qisha yang dimaksudkan oleh lelaki itu siapa.

“Saya Hadif. Hadif Fayyadh!” Wajah lelaki itu ceria sangat. Ini kali pertama dia berjumpa dengan lelaki itu.

Sejak itu, Farisya sering keluar bersama Hadif Fayyadh. Lelaki itu melayan dia seperti puteri sehingga Hadif Fayyadh meluahkan perasaannya.

“Saya sayangkan awak, Qisha. Saya cintakan awak!” sungguh-sungguh lelaki itu meluahkan perasaan.

“Kalau awak sayang saya, awak tak akan ada perempuan lain! Penipu!” marah Farisya. Dia ingin berlalu. Ketika itu mereka berada di gym.

“Tengku, ini kad pengenalan Tengku. Maaf, menyusahkan Tengku.” Seorang pekerja muncul dan memulangkan kad pengenalannya. Dia mula rasa tidak tenang. Al-maklumlah ini kali pertama Hadif Fayyadh mencarinya di gym.

“Tengku?” Hadif Fayyadh rasa tidak tenang.

“Tak ada apa-apa. Okeylah. Terima sebab cintakan saya. Saya pun cintakan awak...” Farisya bersetuju.

Hadif Fayyadh mula rasa ada yang tak kena. Pantas tangannya mengambil kad pengenalan itu.

“Tengku Farisya Adillla? Apa semua ni? Nama kau Qisha kan?” Soal Hadif Fayyadh untuk kepastian.

“Bukan. Nama aku Farisya.” Jujur Farisya.

“Kau penipu!”

Sejak itu Farisya tidak berjumpa dengan Hadif Fayyadh lagi sehingga Wan Firaz hadir dan dia berkahwin dengan lelaki itu.

“Ah!!!” Farisya menjerit. Dia benar-benar tertekan dengan kehidupannya bersama Wan Firaz. Ingatan lalu betul-betul membuat dia rasa rindu pada Hadif Fayyadh.

“Hadif....” hanya air mata sahaja menjadi teman paling setia ketika ini.


p/s: setiap orang ada kisah pilunya.... harap semua sabar, tabah menghadapinya....tunggu bab 15 pula ye...terima kasih pada yang sudi baca dan komen...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.