Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 2 - Part 1

Mengingati seseorang yang kita benci tetapi perasaan sayang itu masih ada, sangat menyakitkan hati.

Air mata Qisha Delisa mengalir. Dia bencikan lelaki itu. Kisah silamnya membuatkan dia bersikap sebegini.

Dia mahu salahkan siapa jika dia jadi begini? Lupa agama dan maruah diri? Sebab maruah aku dipijak-pijak tanpa belas kasihan oleh lelaki itu. Kau yang salah! Kau penyebab aku jadi perempuan tidak baik ini! Kau penyebabnya! Aku benci kau!

Pang!

Dia tercampak pasu kristal ke dinding kerana terlalu geram. Aku benci kau! Jangan pernah kau muncul dalam hidup aku lagi. Jika kau muncul, aku tak akan teragak-agak untuk membuat kau terseksa... Lebih terseksa dari apa yang aku rasa.

Akhirnya matanya semakin kuyu dan layu. Kepenatan melayan telatah Hadif Fayyadh membuatkan dia cepat terlena.

“Sampai hati Qisha buat abang macam ni... Abang tak bersalah.” Seorang lelaki merayu pada Qisha Delisa.

“Padam muka kau! Berani kau lukakan hati aku. Kini kau rasakan kesakitan hati aku ini!” Qisha Delisa sedang memegang parang. Mahu dipotong satu persatu tubuh badan yang telah menghancurkan dirinya.

“Kring! Kring! Kring!” ada bunyi telefon.

“Aku dah nak potong kau pun, masih ada hati nak jawab telefon...” marah Qisha Delisa.

“Bukan telefon abang tapi telefon sayang...” tiba-tiba lelaki yang merayu-rayu tadi bertukar wajah. Wajahnya sangat ceria dan dia cuba mengampiri Qisha Delisa.

“Jangan dekat dengan aku! Jangan! Jangan!”

“Ya Allah!” Nama suci itu yang disebutnya. “Rupanya aku mimpi...” Tanpa Qisha sedari, dia tetap takut pada lelaki itu. Dapatkah dia membenci sepenuhnya pada lelaki yang pernah bertakta dalam hatinya?

“Siapa pula call aku pagi buta ni?” Segera dia menjawab panggilan tersebut yang sudah berbunyi masuk ke tiga kali.

“Hello...”

“Wei! Cepatlah turun! Aku tak sabar nak tengok kau ni?” kata Hadif Fayyadh dengan suara yang begitu bersemangat. Manalah tahu Qisha keluar dengan baju tidur yang seksi macam hari tu. Tak sabar nak tengok.

“Bagi aku satu jam. Nak bersiap!” kata Qisha Delisa selamba.

“Satu jam? Lamanya. Mati kering aku kat sini!” Hadif Fayyadh tidak berpuas hati. Dia rasa geram dengan sikap gadis itu.

“Kau nak aku teman kau atau tak ni?” soal Qisha Delisa dengan suara yang manja. Sengaja dia berkata begitu.

“Main ugut-ugut manja pula! Bagi penampar kan! Yelah. Aku tunggu kat luar rumah kau ni...” Hadif Fayyadh mengalah. Kalau dia tak jadi pergi, parah plan aku nanti. Sabar ye Hadif...

“Tau takut!” Qisha Delisa tersenyum. Dia bersiap ala kadar sahaja. Bukannya ke mana, ke rumah Datin Marissa je.

Pagi itu, dia mengenakan seluar jeans ketat berwarna hitam dan t-shirt berwarna merah. Kecantikannya begitu terserlah dengan warna kulitnya putih bersih itu. Rambutnya pula dibiar lepas selepas di sikat kemas.

“Sorry lambat...” kata Qisha Delisa sambil membuka pintu belah penumpang.

“Lambat dua jam... Gila!” marah Hadif Fayyadh. Lama gila aku tunggu minah ni...

“Gila ye?” Qisha Delisa tutup pintu kereta milik Hadif Fayyadh dan berjalan masuk ke dalam rumah.

“Qisha!” tersentak Hadif Fayyadh lalu memanggil gadis itu. Pantas juga dia keluar dari kereta dan mencapai lengan Qisha Delisa.

“Lepaslah!” geram Qisha Delisa.

“Okey! Okey! Sorry, my dear. Jom! Nanti lambat pula.” Hadif Fayyadh tarik lengan Qisha Delisa dan membuka pintu belah penumpang. “Jemput masuk tuan puteri...” manis sekali kata-katanya.

“Terima kasih, hamba saya...” kasar Qisha Delisa.

“Hamba pun hamba la. Janji tuan puteri sudi mengikut patik ke pondok patik yang hina itu. Ibunda hamba sudah lama menanti.”

“Baiklah...” Qisha Delisa rasa gembira dapat tundukkan seorang lagi lelaki.

“Assalamualaikum...” Hadif Fayyadh memberi salam sebaik sahaja tiba di rumahnya.

“Waalaikumusalam... Mana Qisha?” soal Datin Marissa. Dapat berjumpa dengan Qisha Delisa memang rasa seronok. Dia tahu yang gadis ini selalu melarikan diri tiap kali terserempak dengannya. Hal ini berlaku kerana dia sudah mengetahui kisah silam Qisha Delisa secara tidak sengaja. Perbualan gadis itu ditelefon suatu masa dahulu membuatkan dia tahu segalanya.

“Ini Qishanya...”

“Mak cik...” Qisha tersengih. Malas dia mahu memanggil datin atau permintaan orang tua ini sendiri, mama. Oh, tidak!


P/s: maaf pendek-pendek saya update...idea pun tersekat-sekat...harap boleh bersabar dan jangan geram-geram yer....saya akan cuba buat yang lebih baik...insya allah... semoga terhibur membacanya....

Previous: Bab 1 - Part 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.