Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 16 - Part 2

Serentak itu Wan Firaz menikam perut Hadif Fayyadh dengan pisau tersebut.

“Hadif!” jerit Qisha Delisa. Dia tersedar dari mimpi tersebut.

“Qisha, kau ni dah kenapa? Tiba-tiba menjerit.” Hadif Fayyadh baru sahaja membuat bayaran baju yang ingin dibelinya. Apabila dia tiba di sofa Qisha Delisa duduk, gadis itu sedang tidur. Dia baru sahaja mahu mengejut Qisha Delisa bangun tetapi tiba-tiba menjerit.

Qisha Delisa masih terkejut. Mimpi itu seperti benar-benar berlaku. Dia mula rasa bimbang dengan keselamatan Hadif Fayyadh. Dia merenung muka Hadif Fayyadh.

Pantas di peluk tubuh itu. Dia menangis bersungguh-sungguh. Walaupun tiada sekuman cinta pun untuk lelaki itu tetapi itu tetap suaminya. Suami yang akan melindunginya.

“Qisha?” Hadif Fayyadh tersentak Qisha Delisa memeluk tubuhnya. Erat pula tu. Kenapa dengan Qisha ni? Buat aku bimbang je. “Qisha sayang...” Lembut suaranya memanggil si isteri.

Laju sahaja Qisha Delisa memandang wajah suaminya. Dia suka Hadif Fayyadh panggilnya begitu. Dia ingin sangat di belai oleh Hadif Fayyadh.

Kepalanya di usap perlahan. Hadif Fayyadh tersenyum.

“Jangan bimbang, aku ada di sisi kau. Kau jangan takut ye? Jom kita balik. Aku tengok kau pun dah letih sangat.”

“Okey kita balik!” pantas Qisha Delisa menjawabnya. Dia bimbang jika mereka terserempak dengan Wan Firaz. Lelaki itu kejam.

Mereka berdua bertolak pulang ke rumah. Kelihatan ada sebuah kereta di halaman rumah. Mungkin Datin Marissa ada tetamu.

“Assalamualaikum...” Hadif Fayyadh memberi salam.

Qisha Delisa hanya mengikut langkah suaminya.

“Waalaikumusalam... Hadif, Qisha... Mari sini. Ayah Qisha datang ni.” Datin Marissa tersenyum. Tanpa sesiapa tahu, Datin Marissa dan Datuk Darwish berkawan baik.

“Ayah...” Qisha Delisa terkejut dengan kehadiran lelaki tua itu. Melihat kepalanya berbalut itu menjadi tanda tanya. Apa dah jadi pada ayah?

“Qisha...” Dato Darwish melihat wajah satu-satunya anak yang disayangi. Anak yang tabah menghadapi dugaan hidupnya.

“Kenapa dengan kepala ayah?” Qisha Delisa bertanya. Dia jadi bimbang pula. Selalunya dia akan marah pada Dato Darwish tetapi sejak berkahwin, hatinya jadi lembut. Dia tidak dapat membenci ayahnya lagi.

“Entahlah, sebelum ayah datang ke majlis perkahwinan Qisha, ada orang pukul kepala ayah. Dua hari juga masuk hospital. Ini baru keluar je.” Dato Darwish mengusap pipi anaknya. Hilang rasa rindu pada arwah isterinya. Wajah Qisha Delisa saling tidak tumpah seperti ibunya.

Mesti kerja Wan Firaz ni. Aku tak akan maafkan dia. Sampai ayah aku pun dia nak pukul. Hatinya sayu.

“Ayah!” lantas di peluk Dato Darwish. Dia rindukan ayah. Hampir bertahun-tahun dia menyimpan perasaan ingin memeluk ayah. Kini, barulah dia dapat melakukan. Ayah... Qisha sayangkan ayah.

“Qisha... Sabar sayang. Maafkan ayah. Selama ini ayah abaikan kamu dan arwah mak kamu. Ayah minta maaf Qisha...” Air mata Dato Darwish ingin mengalir.

“Qisha maafkan ayah. Tapi ayah janji jangan buat Qisha macam tu. Jangan hina Qisha. Jangan pukul Qisha. Jangan paksa Qisha suka Wan Firaz lagi.” Air mata Qisha Delisa mengalir. Apabila teringat peristiwa lalu yang amat perit itu.

“Tidak sayang. Ayah doakan Qisha bahagia dengan Hadif.” Mata Dato Darwish memandang Hadif Fayyadh yang setia berdiri di tepi sofa. Mengharap lelaki itu akan menjaga Qisha Delisa lebih baik daripada dirinya.

“Terima kasih ayah. Malam ni ayah makan sini ye. Qisha masak.” Qisha Delisa gembira. Kalau dari dulu aku maafkan ayah, pasti lagi banyak masa aku dapat habiskan bersama ayah.

“Qisha, ayah nak sangat makan masakan Qisha. Tapi... Qisha tahu la Datin Farhana. Ayah datang sini pun dia tak tahu.” Dato Darwish serba salah.

“Datin Farhana... Ye lah, ayah. Qisha faham. Ayah janji ayah kena datang esok ke sini. Sarapan pagi! Boleh?” pinta Qisha Delisa.

“Baiklah! Pukul 8 ayah sampai ni. Boleh Datin Marissa?” Dato Darwish memandang Datin Marissa pula.

“Boleh sangat Darwish. Kau macam tak biasa dengan aku pula.” Datin Marissa tersenyum.

“Terima kasih. Ayah balik dulu. Jaga diri...” Selepas bersalaman, Dato Darwish terus pulang ke rumahnya.

“Awak ke mana?” sapa Datin Farhana. Hatinya sakit. Apabila dia pergi ke hospital untuk menjemput suaminya, lelaki itu hilang pula.

“Saya pergi cari ketenangan...” Dato Darwish terus ke bilik. Badannya rasa penat.

“Awak jangan nak tipu. Ingat saya tak tahu, awak pergi jumpa anak perempuan perampas tu.” Marah Datin Farhana.

“Farhana! Jaga mulut tu. Jangan nak hina mereka lagi!” Dato Darwish mengamuk.

“Awak jangan lupa. Disebabkkan saya, abang dapat kemewahan. Disebabkan saya, abang dapat pangkat Dato tu.” Geram Datin Farhana. Dia tidak puas hati kerana kena tengking.

“Dan disebabkan awak, keluarga saya musnah!” kali ini Dato Darwish tidak akan mengalah. Kemaafan Qisha Delisa membuatkan semangatnya untuk mempertahankan mereka begitu kuat.

“Bini pertama awak tu yang curang dengan awak. Bukan salah saya kalau keluarga awak musnah. Ia musnah disebabkan awak yang ceraikan dia tanpa menyiasat.” Datin Farhana masih boleh selamba.

Dato Darwish meraup wajahnya. Benar! Dia yang salah. Dia seperti tidak pernah mengenali Qizaha yang setia.

“Awak tu yang bodoh!” sengaja Datin Farhana berkata begitu.

“Awak jangan nak kurang ajar dengan saya. Saya ni masih suami awak. Jangan cabar saya ceraikan awak pula.”

“Cerailah! Saya tak takut. Kalau awak ceraikan saya, awak tak dapat apa-apa. Gelaran Dato pun tak padan dengan seorang muflis macam awak.”

“Baiklah! Aku, Mohammad Darwish Bin Osman ceraikan kau, Nur Farhana Binti Salman dengan talak satu.” Dato Darwish menarik nafas lega. “ Kita jumpa di mahkamah!”

Dato Darwish menghampiri almari bajunya. Dia membuka lacinya yang paling bawah dan mengeluarkan satu beg plastik.

“Ini sahaja pakaian yang aku beli dengan wang aku sendiri...” Dia menanggalkan pakaian dan seluarnya. Kini, dia memakai pakaian yang sudah lusuh. Baju dan seluar itu dibeli oleh isterinya, Qizaha. Pakaian ini lebih selesa daripada pakaian tidak pernah ikhlas untuk dipakainya.

Datin Farhana masih terkaku.

“Aku pergi dulu!” Dato Darwish keluar dari bilik tersebut.

“Awak, jangan pergi awak! Jangan tinggalkan saya!” rayu Datin Farhana. Dia tidak menyangka yang Dato Darwish akan bertindak seperti ini. Sebelum ini, lelaki itu hanya tunduk dan diam sahaja.

Dato Darwish terus melangkah tanpa mempedulikan sesiapa lagi. Dia berjalan tanpa arah tujuan.

“Masjid...” Dia mengambil keputusan untuk bersolat di masjid dan berehat sekejap.

Dia termenung. “Macam mana nak jumpa Qisha dengan pakaian macam ni?”

Dato Darwish berfikir sejenak.

*****

Qisha Delisa baru sahaja siap mandi. Selepas itu, Datin Marissa panggilnya solat berjemaah dan makan malam bersama.

Dalam fikirannya cuma satu.. macam mana nak tidur?

Malam pertama, mujurlah tak ada elektrik. Malam kedua aku pengsan sebab lemas. Malam ni? Apa aku nak buat? Kalau aku tak sedarkan diri, tak apa la. Aku tak kisah dia nak buat apa pada aku tapi malam ni rasa berat mata ni nak lelap. Bebel hatinya.

Tiba-tiba pintu bilik di buka dari luar.

“Hadif!” Qisha Delisa tersentak melihat muka Hadif Fayyadh yang serius. Tiba-tiba serius ni? Cuak pula aku rasa.

“Qisha!” jerit Hadif Fayyadh lalu menutup pintu dengan kuat!

“Kau... Kau dah kenapa?” Qisha Delisa sedikit gagap. Dia tidak pernah tengok Hadif Fayyadh bercakap dengan nada yang kuat seperti itu.

“Qisha, kau jangan...” geram Hadif Fayyadh.

“Jangan apa?” Qisha Delisa bertambah keliru.

“Qisha!” marah Hadif Fayyadh.


p/s: kenapa pula dengan hadif ni? buat muka serius? sakit perut ke? tunggu sambungannya nanti...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.