Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 19 - Part 2

Wan Firaz ketawa sekuat hati. Puas hatinya dapat bercakap dengan Qisha Delisa. Suara perempuan yang amat dirinduinya. Sungguh merdu suara itu.

“Qisha... Qisha Delisa. Mrs. Delicious aku. Ah! Rindunya!” Dirinya makin tidak menentu.

Dia mencapai telefon bimbit lalu menekan beberapa punat dan keluarlah gambar Qisha Delisa yang di ambil beberapa tahun lalu. Ketika Qisha Delisa menjadi miliknya. Peristiwa dulu menerjah dalam kotak fikirannya.

---

Wan Firaz tersenyum melihat Qisha Delisa yang menjadi miliknya. Gadis itu tidur dengan lenanya.

“Kau memang cantik dan suci...” Wan Firaz terus tinggalkan Qisha Delisa. Memang sikapnya begitu. Lepas bersama, dia akan tinggalkan gadis itu. Dia suka rasa lebih bebas selepas itu.

Sempat dia mengambil gambar Qisha Delisa yang tidur itu. Nampak sangat comel.

Keesokkan harinya, Qisha Delisa mencari Wan Firaz.

“Kenapa tinggalkan Qisha macam tu je?” soal Qisha Delisa.

“Abang ada hal.”

Mendung wajah Qisha Delisa.

“Bila kita boleh jumpa lagi?” soal Qisha Delisa. Dia rasa cinta untuk Wan Firaz mula bercambah. Dia dah serahkan benda yang paling berharga pada lelaki itu.

“Macam ni Qisha, isteri abang tak tahu pasal kita...”

“Isteri?” Qisha Delisa terkejut. Selepas apa yang berlaku, baru dia nak beritahu yang dia sudah ada isteri?

“Sayang dah tak boleh lari dari aku.”

“Kau penipu!” marah Qisha Delisa. Dia tidak tahu apa-apa mengenai isteri Wan Firaz.

“Qisha, hanya cara ini yang boleh aku buat untuk memiliki kau. Kau jangan risau aku akan ceraikan isteri aku nanti.” Bahasa abang sudah bertukar.

Runtuh hati Qisha Delisa mendengar kata-kata Wan Firaz.

“Kau? Aku?” Nafasnya kasar. “Okey! Fine! Aku tak nak jumpa kau lagi!” geram Qisha Delisa.

---

Wan Firaz ketawa lagi apabila teringat Qisha Delisa marah dulu.

“Dia marah dulu sebab dia sayang aku. Aku tahu. Dia masih cintakan aku. Aku yakin sebab dia pernah cakap sekali dia jatuh cinta, dia akan cinta sampai bila-bila. Kau akan kembali semula pada aku, Qisha!” Yakinnya.

Kisah mereka bercinta berputar hebat dalam fikiran Wan Firaz.

“Qisha, abang cintakan Qisha. Kita kahwin ye?” Wan Firaz melamar Qisha Delisa.

“Abang ni biar betul. Qisha ni tak layak untuk abang.” Qisha Delisa menolak. Dia tidak suka pada Wan Firaz. Dia takut mahu jatuh cinta dengan lelaki itu. Sebab baginya, sekali dia jatuh cinta, dia akan mencintai lelaki itu seumur hidupnya walaupun siapa lelaki itu.

“Eh, apa yang layak-layak ni? Ingat temuduga kerja ke? Abang dah cakap dengan ayah Qisha, dia setuju je.”

Makin terkejut Qisha Delisa. Ayah setuju? Dia makin sakit hati. Ayah tu yang tak layak tentukan perkahwinannya. Aku baru 18 tahun, sudah mahu berkahwin. Tidak! Ayah tak boleh paksa aku kahwin dengan lelaki ni.

“Tak nak la abang. Qisha lebih suka fokus pada kerja dulu. Qisha tak nak ada komitmen lagi.” Macam-macam alasan yang diberikan olehnya.

“Qisha...” panggil Hadif Fayyadh.

Pecah ingatan Qisha Delisa mengenai Wan Firaz. Dia memandang Hadif Fayyadh.

“Soal Wan Firaz tu tak payah fikir sangat. Makan nasi tu. Nanti lapar.” Sambung Hadif Fayyadh lagi.

“Dah pukul tiga pagi ni. Tak elok makan banyak-banyak.” Tolak Qisha Delisa. Otaknya masih memikirkan kata-kata Wan Firaz.

Ya, mungkin dulu dia sanggup buat apa sahaja demi cintanya tetapi jika cinta itu membuat tubuhnya sakit. Aku sanggup melupakannya dan mencari cinta yang sebenar. Kau silap Wan Firaz! Aku tak kan jadi patung yang bernyawa dalam rumah kau! Geramnya.

“Kenapa ni?” Hadif Fayyadh duduk sebelah Qisha Delisa. Rapat.

“Hadif!” Qisha Delisa menolak tubuh itu.

“Tadi bukan main peluk kita. Sekarang ni dah benci.” Hadif Fayyadh masih mahu mengusik Qisha Delisa. Penerimaan gadis itu mengenai game love ketiga memang membuat hatinya gembira. Qisha akan jatuh cinta pada aku.

“Biarlah! Kau tu miang sangat. Playboy!” geram Qisha Delisa.

“Tak kisah lah! Saya tunggu playgirl ni muncul dalam diri kau. Aku tunggu kau gedik, manja, goda aku je. Semuanya dengan aku...” Hadif Fayyadh tersenyum. Kali ini lagi lebar. Dia bangun dan meninggalkan meja makan. Dia duduk di ruang tamu menonton tv.

Qisha Delisa hanya memandang sahaja langkah Hadif Fayyadh. Masih ada ke sikap playgirl aku? Sikap playgirl tu hanya dibuat-buat. Bukannya semula jadi. Boleh ke muncul? Aku bukan jenis perempuan yang gedik sangat pun apabila bersama lelaki.

Dia menggaru kepalanya. Buntu!

“Tengok cerita apa tu?” Selepas siap mengemas di dapur, dia hadir dengan sekotak air milo. Kelihatan Hadif Fayyadh sedang berbaring di depan tv. Dia duduk di sebelah suaminya berbaring.

“Cerita astro Ria ni. KL Gangster dua.” Hadif Fayyadh berkata.

Qisha Delisa rasa gementar. Dia tidak suka cerita ini. “Hadif, boleh tak tukar cerita lain?” pintanya.

“Kenapa?”

“Please...” Rayu Qisha Delisa.

“Okey.” Hadif Fayyadh terus menukar ke tv lain. Ada cerita drama ulangan di tv3. Layan sahaja.

Selepas habiskan sekotak milo, Qisha Delisa berbaring di sebelah Hadif Fayyadh.

“Hadif, apa yang Wan Firaz bagitau kau siang tadi.” Sengaja dia letakkan tangannya di dada Hadif Fayyadh. Lagaknya seperti mahu menggoda. Nak korek rahsia, mesti guna teknik godaan.

Hadif Fayyadh menggenggam tangan Qisha Delisa itu. Dia tidak menjawab persoalan itu. Ingatannya terus pada peristiwa siang tadi.

Sementara Hadif Fayyadh menunggu Qisha Delisa membeli, dia melepak di luar kedai. Dia dah selalu datang Langkawi jadi dia rasa bosan sikit.

“Mana Qisha? Dia dah tinggalkan kau ke?” Wan Firaz muncul.

“Kau?” Hadif Fayyadh menggelengkan kepala. Sampai ke sini mamat ni mengintip Qisha? Tak ada kerja ke? Aku kena telefon ayah Qisha, tanyakan menantu dia ni tak ada kerja lain ke? Dah kaya sangat ke sampai tak payah kerja.

“Aku tak payah nak bersembunyi lagi. Biar aku berterus-terang. Qisha akan jadi milik aku.” Wan Firaz berkata dengan penuh yakin.

“Tak payah berangan.” Hadif Fayyadh tidak mahu melayan kata-kata Wan Firaz. Dia ingin berlalu pergi.

“Tunggu!”

“Apa lagi kau nak?”

“Kau tentu nak tahu kisah silam Qisha yang sentiasa menjadi rahsia.” Kata-kata Wan Firaz berjaya membuat Hadif Fayyadh langkah itu terhenti.

“Kisah silam Qisha?” Hadif Fayyadh benar-benar mahu mengetahui. Qisha Delisa tidak pernah menceritakannya. Dia nak tahu.

“Kau nak tahu kan?” Wan Firaz senyum kemenangan.

“Ya, aku nak tahu.” Hadif Fayyadh berkata.

Wan Firaz menghampiri Hadif Fayyadh. Dia berbisik di telinga Hadif Fayyadh.

“Aku akan bagitau kau.” Dia jarakkan sedikit tubuhnya.

“Qisha Delisa. Mrs. Delicious aku. Aku dah jatuh cinta dengan dia masa dia umut 18 tahun. Muda kan? Dia sangat cantik dan comel masa umur tu.” Wan Firaz memuji kecantikan Qisha Delisa yang menjadi kegilaannya.

“So...” Hadif Fayyadh mula rasa tidak sedap hati kerana di puji itu adalah isterinya sekarang. Semestinya dia cemburu kerana tidak pernah tahu mengenai Qisha Delisa. Dia mengenali gadis itu pun masa umurnya 22 tahun. Itu pun sebab dia jadi model tak bertauliah.

“Qisha begitu sukakan aku. Dia sanggup buat apa sahaja untuk aku. Sehingga sanggup...” Wan Firaz sengaja berhenti bercakap. Matanya melirik melihat Hadif Fayyadh.

Marah! Aku nak kau marah! Jika kau marah! Tercapai matlamat aku! Dia tersenyum.

“Sehingga sanggup apa?” Hadif Fayyadh mengawal nada suaranya.

“Sehingga sanggup menyerahkan mahkota yang paling berharga bagi perempuan pada aku. Setiap hari kami melakukannya tanpa rasa jemu. Aku tak tipu. Kau dah kahwin dengan dia, kau periksa la sendiri.” Wan Firaz tersenyum.

“Tak guna kau! Aku tahu Qisha tak macam tu. Qisha pandai jaga maruahnya!” Hadif Fayyadh mempertahankan isterinya.

“Kau akan tahu sendiri. Aku ada satu lagi rahsia Qisha yang akan buat kau meletup macam kena bom!” Wan Firaz berkata lagi. Makin sakit hati Hadif Fayyadh, makin gembira hatinya.

“Kau diam!”

“Walaupun Qisha jadi milik aku, tapi aku terdera dia la. Aku dera emosi dan fizikalnya dengan rasa cinta yang melampau. Ah! Rindunya aku pada Qisha.” Wan Firaz makin seronok dengan kisah silam yang direkanya.

“Binatang!” marah Wan Firaz.

“Hadif! Kau ni kuat beranganlah! Aku tanya ni...” Qisha Delisa menyedarkan Hadif Fayyadh dari ingatan tadi.

Ketika itu Qisha Delisa, tidak lagi berbaring. Dia sudah duduk bersimpul dengan sopannya.

“Qisha jom!” Hadif Fayyadh tutup tv dan menarik tangan Qisha Delisa.

“Jom ke mana?” Qisha Delisa keliru. Soalannya tidak dijawab tapi berlaku benda lain pula.

Hadif Fayyadh tersenyum penuh makna.

p/s: ish, ke mana pula si Hadif ni ajak Qisha pergi. ada aje dia. senyum memanjang bila bahagia. untuk pengetahuan semua, sambungan bab ke 20 akan di update lepas raya. esok pagi. subuh-subuh lagi saya dah bertolak balik ke kampung di kelantan.(doakan saya sekeluarga selamat sampai ke destinasi).. kat kg saya tu susah nak dapat line internet. jadi terpaksa tunggu seminggu untuk update bab 20...harap bersabar... 

di sini saya, azalea eshal mengucapkan SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR DAN BATIN... jika ada yang tak best ke? lambat update ke? saya minta maaf di atas kekurangan dan kelemahan saya selama menjadi penulis. terima kasih yang masih sudi menyokong karya saya.

YAHOOOOO! BALIK KAMPUNG! JOM BALIK KAMPUNG!


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.