Hadif Fayyadh sedang
memikirkan cara untuk Qisha Delisa sendiri yang menceritakan kisah silamnya
sendiri tetapi dia yakin yang gadis itu tidak akan memberitahunya. Jadi, dia
ingin lupakan kisah silam Qisha Delisa. Dia hanya mahu gembira bersama gadis
itu.
“Hadif, kita nak ke
mana ni?” soal Qisha Delisa. Tangannya terus ditarik dan menuju ke bilik tidur
mereka.
“Ke mana lagi. Tidur la.”
Sengaja Hadif Fayyadh berkata begitu. Dia ada agenda lain untuk isterinya.
“Tidur? Kenapa tak
cakap awal-awal. Kau tidur dulu. Aku tak mengantuk la.” Kata Qisha Delisa. Kepalanya
sarat memikirkan sama ada Wan Firaz ceritakan hal sebenar atau tidak.
“Kau kena teman aku
tidur. Meh!” Tarik Hadif Fayyadh ke katil. Mereka berbaring bersama. Itu sahaja
yang Hadif Fayyadh mahukan.
Qisha Delisa hanya
membiarkan tubuhnya di peluk suami. Otaknya ligat berputar pada peristiwa yang
membuat dia benar-benar menyesal.
Qisha Delisa dan Wan
Firaz sudah bernikah atas sebab permintaan Dato Darwish. Itu pun secara
senyap-senyap sahaja. Qisha Delisa terpaksa menerima ini semua.
“Akhirnya Miss
Delicious abang ni dah jadi Mrs.Delicious abang. Sweetnya...” Pantas Wan Firaz
memeluk tubuh Qisha Delisa.
Qisha Delisa
tersenyum tawar. Perkahwinan ini berlaku terlalu cepat.
Baru beberapa jam
mereka berkahwin.
“Qisha tak ada baju
lain ke nak pakai?” soal Wan Firaz.
“Kenapa dengan baju
Qisha, abang?” soal Qisha Delisa pula. Dia melihat bajunya. Hanya Tshirt yang
sedikit longgar dan kain batik.
“Cuba sayang pakai
yang seksi sikit. Baru sedap mata abang memandang.” Wan Firaz berkata.
“Tak biasa la.” Tolak
Qisha Delisa.
“Kalau sayang nak
tahu, lelaki suka perempuan seksi tau. Tapi kalau boleh, abang nak sayang seksi
untuk abang seorang je...” pinta Wan Firaz dengan pandangan yang tajam ke arah
Qisha Delisa.
Qisha Delisa menelan
liur. Takut sungguh dia dengan pandangan suami sendiri. Bukan menikam kalbu
tetapi pandangan yang penuh dengan nafsu.
“Macam ni seksi
apa...”
“Ala, abang suka baju
yang seksi...” Qisha Delisa menjarakkan diri tetapi tubuhnya di tarik oleh Wan
Firaz. Hidung itu suka benar bermain di pipinya. Cukup membuat dia rasa geli
tetapi ditahan sahaja.
“Thank Qisha...”
bisik Wan Firaz.
“Thank untuk apa?” Qisha Delisa memandang wajah Wan
Firaz.
“Sebab kahwin dengan
abang. Abang nak Qisha selalu di sisi abang.”
“Insya-Allah, kalau
abang tak buat hal.” Qisha Delisa ketawa kecil. Kata-kata itu hanya gurauan
sahaja baginya. Sikapnya yang suka bergurau itu sebenarnya tidak digemari oleh
Wan Firaz. Wan Firaz tidak suka bergurau.
Tiba-tiba wajah Wan
Firaz serius.
“Kenapa ni?” Soalnya.
“Tak ada apa-apa. Jom!”
Wan Firaz telah mengambil mahkota kesucian Qisha Delisa dengan secara halal.
Tiada dosa yang Qisha Delisa lakukan.
Keesokan Qisha Delisa
tersedar. Dia pelik kerana Wan Firaz tiada di sisinya. Puas di hubunginya
tetapi tiada. Kebetulan ketika itu dia berada di sebuah villa yang dia sendiri
tidak pasti di mana. Wan Firaz yang membawanya selepas majlis akad nikah yang
dibuat secara kecil-kecilan.
Selepas selesai mandi
dan berpakaian, dia keluar dari villa tersebut. Kelihatan ada jiran di kawasan
itu.
Qisha Delisa hanya
tersenyum pada pemuda itu tetapi pemuda itu menghampirinya pula. Perasaan risau
mula menerjah. Tambahan pula Wan Firaz tiada.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam...”
Qisha Delisa terpaksa melayannya.
“Baru pindah sini ke?”
“Tak la. Datang sini
untuk beberapa hari sahaja.” Qisha Delisa tersenyum.
“Oh! Nama saya Ahmad.
Awak?” soalnya lagi.
“Nama saya Qisha.”
“Cantik nama tu?”
Qisha Delisa ketawa
kecil. Tak pernah orang memuji namanya begitu.
“Mana ada... Biasa
sahaja.”
Belum sempat mereka
berdua berbual lebih lanjut, sebuah kereta masuk di perkarangan rumah itu.
“Abang...” panggil
Qisha Delisa. Dia rasa syukur sebab suaminya pulang tepat pada masanya.
Wajah Wan Firaz
serius.
“Siapa ni sayang?”
“Jiran kita, Ahmad
namanya.” Jelas Qisha Delisa.
“Hai bro. Aku tinggal
di rumah tu je.” Sapa mesra Ahmad.
“Okey. Jom sayang! Masuk!”
dingin Wan Firaz. Dia menarik tangan Qisha Delisa dan tidak mempedulikan Ahmad.
Ahmad rasa pelik.
“Perempuan secantik
Qisha ni kahwin dengan lelaki yang dingin macam ni. Tak kan bahagia la...” kata
Ahmad tetapi mampu didengari oleh Wan Firaz walaupun dia tidak memandang Ahmad
lagi.
Pintu di tutup rapat
oleh Wan Firaz.
“Kenapa kau keluar
tanpa izin?” Wan Firaz mula mengamuk. Api cemburunya membara dalam hati. Dia
memang tak boleh melihat Qisha Delisa bersama lelaki lain. Dulu tak apa. Tapi sekarang
perempuan ini miliknya.
“Apa abang cakap ni?
Qisha tak ke mana pun. Depan rumah tu je?” Qisha Delisa tidak mengerti mengapa
Wan Firaz tiba-tiba mahu marah.
“Aku tak suka kau
bercakap dengan lelaki lain! Aku nampak kau cakap lagi! Nahas kau!” jerit Wan
Firaz lalu menarik tangan Qisha Delisa ke bilik utama.
“Kau duduk sini!”
katanya lagi lalu mengunci pintu tersebut dari luar.
“Abang! Kenapa ni?”
tanya Qisha Delisa sambil cuba memulas tombol pintu. “Kenapa kunci Qisha kat
sini! Abang!” panggilnya lagi.
Air matanya mengalir
kerana sedih dengan sikap lelaki itu.
Dia dikurung sehingga
malam. Tidak di beri makan dan minum. Perut yang rasa lapar di tahan. Tekak yang
rasa dahaga cuba dibasahi dengan liur. Perit yang dirasai. Sejak pukul 8 pagi
tadi sehingga 10 malam masih tiada tanda yang Wan Firaz mahu membuka pintu
tersebut. Dia benar-benar terseksa.
Berbaring tubuhnya di
atas katil dengan linangan air mata. Apakah nasib dirinya? Disebabkan terlalu
penat dan tiada tenaga, akhirnya dia terlelap.
Dia tersedar apabila
terasa tubuhnya dipeluk dan dicium.
“Abang!” panggilnya
lemah.
“Abang rindu pada
sayang. Abang nak sayang malam ni.” Rayu Wan Diraz.
“Qisha tak nak abang.
Qisha lapar.” Kata Qisha Delisa dengan lemahnya.
Wan Firaz terus
mengamuk apabila mendengar ayat Qisha Delisa. Qisha tak nak abang. Qisha tak
nak abang. Kata-kata itu terus kedengaran di telinganya.
“Kenapa? Kau nak jantan
sebelah tu layan kau!” Wan Firaz mula angin.
“Apa abang cakap ni? Abang
kurung Qisha. Tak bagi Qisha makan atau minum. Mana Qisha ada tenaga.” Qisha
Delisa cuba memberitahu apa yang dia rasa.
“Kau diam! Aku cakap!
Aku nak kau layan aku malam ni! Kau tak boleh lawan cakap aku!” Wan Firaz mula
gila. Dia mencium dan koyakkan baju Qisha Delisa. Dia tidak peduli apa yang
isterinya cakap. Nafsunya harus dipenuhi.
Qisha Delisa tidak
mampu melawan. Hanya air mata yang
mengalir. Kesal dengan perkahwinan yang baru berusia dua hari itu.
Pagi itu, Wan Firaz
hilang lagi. Setelah apa yang dia mahukan, isterinya akan ditinggalkan. Kesempatan
ini, Qisha Delisa memakai pakaian dan menuju ke dapur. Dia mahu mengisi
perutnya. Hampa! Tiada apa-apa di dapur.
Lantas dia keluar
dari rumah itu, dari jauh dia nampak Ahmad sedang bersarapan di halaman
rumahnya. Kakinya berat mahu menuju ke situ. Bimbang Wan Firaz akan pulang.
“Lapar...” Mula 8
pagi semalam sehingga jam 9 pagi hari ini, sudah 24 jam dia tidak menjamah
apa-apa malah tenaganya dipergunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab
itu.
Dia campak tepi Wan
Firaz. Dia campak rasa malunya. Dia terus menuju ke rumah Ahmad.
“Assalamualaikum...”
perlahan suara Qisha Delisa. Dia benar-benar lemah. Dia hanya perlu makan
sahaja.
“Waalaikumusalam.
Qisha, kenapa muka awak pucat sangat ni?” soal Ahmad dengan cemas. “Awak duduk
dulu.”
“Sayang, ambilkan air
milo untuk jiran kita.” Panggil Ahmad.
“Baiklah abang!”
Isteri Ahmad, Mila menyahut panggilan suaminya. Dia hadir bersama air milo
panas dan roti.
Qisha Delisa rasa
lega sebab Ahmad sudah berkahwin.
“Saya Mila.”
“Saya Qisha...”
Mereka berdua bersalaman. “Jemput makan ya? Saya nak pergi ambil mee goreng kat
dalam kejap.” Mila masuk semula ke dalam rumahnya.
Qisha Delisa begitu
terliur melihat roti sandwich yang sudah dibuat itu. Baru sahaja tangannya
ingin mencapai ada nama yang diseru. Semestinya namanya.
“Qisha!”
Wajah serius Wan Firaz
terukir.
Qisha Delisa terkejut
dengan kehadiran Wan Firaz. Pantas dia menghampiri lelaki itu dan berpaut di
lengan itu.
“Abang...”
Wan Firaz mengamuk
melihat Qisha Delisa bersama lelaki lain. Dia yakin lelaki itu yang cuba
menggoda Qisha Delisa. Dia meleraikan pegangan Qisha Delisa dengan kasar sehingga
seluruh tubuh gadis itu terus terlayak ke belakang.
Qisha Delisa
hampir-hampir terjatuh.
“Abang...” Dia
terjerit kecil. Hampir menangis di buatnya kerana dia dapat menjangka apa yang
akan berlaku. Dia datang ke sini pun sebab Wan Firaz tidak menyediakan makanan
untuknya.
Wan Firaz tidak
mempedulikan jeritan Qisha Delisa. “Kau tak tahu ke kau tu milik aku?”
jerkahnya ke arah Qisha Delisa. Matanya merenung tajam.
Qisha Delisa
menundukkan kepala.
Wan Firaz memandang
ke arah lelaki itu pula. “Lelaki bangsat!” kasarnya. Selamba kau mahu merampas
benda yang dah memang milik aku. Dia hilang sabar. Terus dia berjalan ke arah
lelaki itu pula.
“Wan, kau dah salah
faham ni... Aku...” Ahmad cuba menjelaskan sesuatu. Dia kenal lelaki itu
melalui isterinya.
Buku lima Wan Firaz
hinggap tepat di atas hidung lelaki itu. Kesabarannya sudah kemuncak. Dia
hilang segala pertimbangan.
Ahmad pula tidak
bersedia langsung menyebabkan dia tidak sempat mengelak.
Bukk!
“Firaz!” panggil
seseorang dari satu sudut.
Wan Firaz memandang
ke arah suara tu.
“Mila?” Hati Wan Firaz
gementar.
“Berani kau pukul
laki aku! Aku tidak akan teragak-agak cakap pada Julia yang kau ada perempuan
lain.” Ugut Mila.
“Mila, apa kau cakap
ni? Ju dah tau pasal Qisha la.” Wan Firaz mula rasa tidak sedap hati. Dia harus
meninggalkan tempat ini segera.
Wan Firaz terus
menarik tangan Qisha Delisa dan masuk ke Villa tersebut.
“Kemas pakaian kau!
Kita balik!”
“Kenapa?”
“Aku kata kemas!
Kemaslah! Jangan banyak soal!” Wan Firaz mengamuk lagi.
Dengan tenaga yang
masih bersisa itu, Qisha Delisa mengemas pakaiannya. Mereka terus menuju ke
tempat Wan Firaz dan Julia tinggal bersama. Dia akan jadikan Qisha Delisa orang
gaji di situ. Jadi, Julia tidak akan mengeskinya.
Sebaik sahaja sampai,
Qisha Delisa suruh tinggal di bilik orang gaji. Dia dikerah membuat kerja rumah
oleh Wan Firaz.
Wan Firaz mahu Julia
melihat Qisha Delisa sebagai seorang gaji dan tanpa sebarang keistimewaan
padanya.
Qisha Delisa terpaksa
bekerja dan kini sudah dua bulan dia bekerja. Hanya di beri air dan roti sahaja
untuk dirinya. Itu atas arahan Wan Firaz.
“Abang, saya ni
isteri abang. Kenapa buat Qisha macam ni?”
“Ini balasan untuk
kau sebab kau bercakap dengan jantan lain!” jerkah Wan Firaz.
“Aku tak bersalah!”
geram Qisha Delisa.
Pang!
“Jangan sesekali
kurang ajar dengan aku!” Wan Firaz terus tinggal Qisha Delisa setelah nafsunya
dipuaskan dengan tubuh isterinya yang sentiasa membuat dirinya tergoda.
Selepas Wan Firaz
pergi, Julia pula muncul.
“Perempuan yang amat
kasihan. Isteri tetapi di layan macam orang gaji. Kasihan sungguh madu aku ini.”
Julia berkata.
Julia, isteri pertama
Wan Firaz. Dia tahu segala-galanya dari mulut Wan Firaz sendiri. Sakitnya hati
ini ditipu.
Sejak itu dia sering
didera oleh Julia jika Wan Firaz tiada di rumah. Zahir dan batinnya terseksa.
Zahirnya di seksa oleh Julia dan batinnya pula lelaki durjana itu, Wan Firaz.
Qisha Delisa tidak
dapat bertahan lagi. Dengan bantu Kak Mah, dia dapat menghubungi Qaseh. Qaseh
akan membantunya melarikan diri dari situ. Ya! Aku perlu lari dari situ.
“Kak Mah! Kak Mah!”
teriak Wan Firaz memanggil pembantu rumahnya.
Kak Mah baru sahaja
selesai menghidangkan makanan.
“Ada apa, tuan?” Takut-takut
Kak Mah mahu bertanya. Tambahan pula, Wan Firaz memegang sepucuk pistol. Cukup
menakutkan hati tuanya.
“Kak Mah nampak Qisha
tadi lari ikut mana?” soal Wan Firaz dengan muka marah. Dia tidak akan lepaskan
Qisha. Jika Qisha tak ada disisinya. Lebih baik Qisha mati.
“Err... ke belakang
tuan? Dia lari dengan seorang gadis,” jelas Kak Mah. Cemas!
Wan Firaz berdengus
marah. Dia tahu gadis yang dimaksdukan oleh Kak Mah itu ialah Qaseh, sahabat
baik Qisha Delisa.
“Sudahlah tu, tuan.
Kasihan Qisha.” Kak Mah tiba-tiba berani bersuara.
“Kasihan?” Wan Firaz
langsung tidak kasihan.
“Kasihan Qisha.
Setiap hari berkurung di rumah ini. Dia buat banyak kerja tetapi hanya di beri
makan roti dan air sahaja. Puan Julia pun ada dera Qisha. Tuan tak boleh
buat...”
“Kak Mah!” jerkah Wan
Firaz tiba-tiba.
Kata-kata Kak Mah
terhenti. Dia segera berpaling dan terkocoh-kocoh menuju ke dapur.
Pantas Julia bergegas
mendapatkan Wan Firaz. Riak wajahnya cemas dan kurang senang.
“Sabar abang. Jangan
dengar cakap Kak Mah. Qisha sengaja mahu cari jantan lain.” Hasut Julia.
Wan Firaz menjegilkan
matanya. Kata-kata Julia benar-benar mencabar kesabarannya.
“Aku ni tak cukup
untuk dia sampai nak cari jantan lain!” marah mengusai Wan Firaz.
“Abang dah cukup
sempurna bagi Ju tetapi Qisha, Ju tak tahu...” batu api Julia makin
menjadi-jadi.
“Kau diam, Ju!” makin
membara api kemarahannya.
“Ju tak boleh diam!
Ju ni isteri abang. Abang asyik ayik mahukan Qisha je. Asyik Qisha, Qisha,
Qisha...” luah Julia.
“Hei, perempuan! Kau
ni dah kenapa?” Wan Firaz mencebir.
“Ju sakit hati,
abang! Sakit sangat! Dah lama Ju pendam rasa sakit ni! Ju benci betina tu!”
Julia menjerit secara tib-tiba. Tanpa disangka-sangka, dia menerkam ke arah Wan
Firaz. Dia cuba merampas pistol daripada tangan lelaki itu.
“Ju!” cemas. Dia
bergelut dengan Julia.
Pang!
Tangan Wan Firaz
hinggap di pipi Julia. Kuat!
“Kalau kau buat macam
ni lagi. Aku ceraikan kau!” Kuasa berada di tangan Wan Firaz. Dia meninggalkan
Julia yang masih terkejut. Dia mahu mengejar Qisha Delisa.
Dua bulan mereka
berkahwin, hanya Qisha Delisa yang berjaya membuat hatinya puas walaupun Qisha
Delisa hanya kaku tiap kali dia menyentuh gadis itu. Kecantikan Qisha Delisa
sudah mengatasi segala-galanya. Mana mungkin dia lepaskan Qisha.
Akhirnya, Qisha
Delisa menangis mengenangkan perjalanan kehidupan dua bulan perkahwinannya
dengan Wan Firaz. Sungguh terseksa! Sungguh perit! Isteri tetapi tidak dilayan
seperti selayaknya. Aku benci Wan Firaz!
Dia memeluk tubuh
Hadif Fayyadh. Lelaki ini penyelamat. Lelaki ini pelindungnya. Walaupun kami
sudah bersama dan Hadif Fayyadh tahu yang dia tiada dara lagi, lelaki itu
tenang dan tidak membencinya. Dia bersyukur.
Hadif Fayyadh pula
yang terlalu mengantuk hanya membalas pelukan isterinya. Tidurnya lena malam
itu.
P/s : dapat juga update bab baru...baru je sampi rumah di selangor...terus update...pasti ada yang menunggunya...terima kasih....itulah kisah silam Qisha yang Hadif tak tahu....hanya Qisha, qaseh dan wan firaz je yang tahu...apakah yang terjadi jika hadif yang tahu hal sebenar??? marahkah dia?