Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 11 - Part 1

Selepas sarapan, Hadif Fayyadh duduk sebentar di halaman rumah. Di situ ada satu buaian yang cantik. Dia tenang berayun di situ sambil melihat tumbuhan dan bunga yang mekar berkembang.

Baru sebentar tadi Dato Malik memberitahunya mengenai Dato Darwish dan peti elektrik di rumahnya.

“Dato Darwish kena pukul sampai pengsan?” Hadif Fayyadh terkejut. Siapa yang tergamak melakukannya.

“Entahlah, papa tak tahu. Yang pasti, ayah Qisha tak dapat datang disebabkan dia pengsan. Dia benar-benar kecewa kerana tak dapat nikahkan Qisha...” Dato Malik tersenyum tawar. Dia pun akan turut bersedih jika dia pun tak dapat nikahkan anak perempuannya.

“Yang pasal peti elektrik tu? Macam mana pula papa?” Hadif Fayyadh bertanya pula mengenai elektrik yang terputus itu.

“Ini satu lagi masalah.” Dahi Dato Malik berkerut. Dia seperti memikirkan sesuatu.

“Kenapa papa?” Hadif Fayyadh tidak sabar mahu mengetahuinya.

“Ada orang sengaja mahu elektrik terputus semalam.” Yakin Dato Malik.

“Tak tengok kat cctv ke?” cadang Hadif Fayyadh.

“Tak nampak siapa pelakunya. Papa rasa yang pasal Dato Darwish dan peti elektrik ni, orang yang sama melakukannya.” Dato Malik sangat yakin dengan kata-katanya. Tak kan ada orang yang tidak suka dengan perkahwinan ini anaknya.

“Hadif pun rasa begitu la...” Hadif Fayyadh bersetuju. Dia bukan apa. Macam-macam yang berlaku pada malam pernikahannya. Tetapi dia tidak dapat meneka siapa yang melakukakannya.

“Qisha ada musuh ke? Atau musuh Hadif?” tiba-tiba Dato Malik bertanya. Dia merenung wajah anak lelaki itu. Dia tahu yang Hadif Fayyadh sudah insaf tetapi perempuan yang mengejarnya ramai. Manalah tahu ada yang iri hati dengan pernikahan ini.

“Eh, mana ada papa!” Hadif Fayyadh yakin sangat yang dia tiada musuh. Dia sudah pastikan sangat mengenai itu.

“Tak akan tak ada? Qisha tu playgirl dan Hadif ni playboy. Mesti ramai perempuan dan lelaki luar sana yang sedih sebab kau orang kahwin...” sukar untuk Dato Malik percaya.

“Tak mungkin la papa. Sebelum nak kahwin dengan Qisha, saya dah berpisah dengan dia orang semua.” Hadif Fayyadh cuba menyakinkan ayahnya. Dia benar-benar tidak berhubung dengan perempuan yang pernah jai kekasihnya.

“Baguslah begitu.” Dato Malik menarik nafas lega. Kalau boleh dia tidak mahu ada apa-apa yang merosakkan rumahtangga anaknya. Tambahan pula Qisha Delisa itu bukan menantu pilihannya. Tetapi hatinya rasa sejuk apabila melihat gadis itu mengekalkan tudung di kepala di dapur tadi. Rupanya Qisha Delisa ini seorang yang mudah dibentuk. Itulah harapannya.

“Abang, mari makan,” ajak Datin Marissa. Dia meminta Qisha Delisa yang panggil tetapi gadis itu menolak. Malaslah mahu memaksa. Asalkan Qisha Delisa ada di sini sebagai menantunya.

“Mar... Ya abang dan Hadif datang ni...” jawab Dato Malik.

Dato Malik dan Hadif Fayyadh menuju ke ruang makan. Ketika itu Qisha Delisa sedang sibuk menyusun pinggan.

“Duduk Qisha...” jemput Dato Malik.

“Terima kasih pak cik...”

“Eh, pak cik? Panggil je papa,” ramah Dato Malik.

“Tak biasa lagi...” Qisha Delisa tersenyum.

Hadif Fayyadh pula berwajah serius. Dia memikirkan mengenai game love dan perkara yang berlaku semalam. Apa yang aku kena lakukan?

“Hadif...” panggil Qisha Delisa. Dia ingin tanya yang suaminya mahu makan apa... Sama ada mee goreng atau nasi goreng tetapi wajah termenung itu tidak dapat disembunyikan lagi.

“Hadif anak mama...” Giliran Datin Marissa pula yang panggil. Penuh keibuan caranya memanggil. Tetapi itu tidak mampu menyedarkan Hadif Fayyadh.

Dato Malik rasa geram. Depan rezeki pula anak aku duk termenung.

“Hadif!” kuat sekali suara Dato Malik.

“Ya papa!” Hadif Fayyadh terkejut dan terus gelabah. Terus hilang ingatannya tentang segalany. Fokusnya pada meja makan.

“Kenapa ni Hadif? Ada masalah ke?” soal Datin Marissa. Tiga orang panggil baru nak sedar. Muka pun serius. Pasti ada masalah!

“Tak ada apa-apa mama. Jom makan. Qisha, saya nak nasi goreng.”

“Baiklah!”

Selepas makan, Hadif Fayyadh terus ke ruang tamu dan lagi sekali dia termenung di situ.

“Hadif...” tegur Qisha Delisa apabila melihat lelaki itu mempunyai ciri-ciri orang yang sedang termenung.

“Qisha... Duduk la!” Hadif Fayyadh bergerak sedikit. Memberi ruang kepad Qisha Delisa untuk duduk.

“Terima kasih. Dari jauh aku tengok...”

“Bukan aku tapi Qisha...” pantas Hadif Fayyadh memotong kata-kata Qisha Delisa. “Kalau susah sangat, saya awak je. Saya tak kan paksa awak untuk panggil saya ‘abang...”

“Okey, thank Hadif. So, apa yang buat awak termenung tu? Tak nak kongsi dengan saya.”

“Jom ikut saya ke bilik!” Hadif Fayyadh menarik tangan Qisha Delisa.

Mereka masuk ke bilik Hadif Fayyadh. Qisha Delisa duduk di birai katil.

“Macam ni Qisha. Saya nak terangkan pada Qisha tentang game love.” Hadif Fayyadh menghampiri printernya untuk mengambil apa yang telah di printer pagi tadi.

Qisha Delisa sudah bersedia.

“Sebelum Qisha setuju dengan perkahwinan ini, Qisha ada beritahu yang Qisha tak nak Wan Firaz ganggu hidup Qisha kan?” tanya Hadif Fayyadh. Dia mahu kepastian semula.

“Ya...”

“Saya tanya Qisha lagi sekali. Qisha kahwin dengan Hadif sebabkan Game Love atau sebabkan saya suami, Qisha...” Dia setia menanti.

Qisha Delisa terdiam. Dia tidak menyangka yang Hadif Fayyadh akan bertanya soalan ini.

Kalau ikutkan hatinya, dia terima sahaja Hadif sebagai suaminya sahaja. Dia selesa berada di sisi lelaki itu tetapi.. Wan Firaz selalu kacau aku. Aku kena cari pelindungan. Semestinya melalui game love, lelaki itu tidak akan mengganggu aku lagi.

“Ya. Disebabkan game love...” jawab Qisha Delisa.

Lagi sekali hati Hadif Fayyadh kecewa. Dia tahankan perasaannya.

“Okey saya nak tanya... Kenapa segala gangguan yang dibuat oleh Wan Firaz pada Qisha, Qisha tak pernah bagi tahu Hadif?”

Qisha Delisa terdiam.

“Qisha cuma tak nak Hadif risau...” kata Qisha Delisa. Dia tidak pasti itu hanya sekadar alasan atau sebaliknya.

“Tapi Hadif lagi risau jika Qisha tak beritahu saya pasal ni. Okey pagi tadi Wan Firaz ada bagi mesej tapi saya dah padam. Mesej tu menyakitkan hati bila saya baca...”

Qisha Delisa terkejut.

“Dia tulis apa?” Qisha Delisa mendekati Hadif Fayyadh. Dia benar-benar ingin tahu apa yang ditulis oleh lelaki itu.

“Biarlah rahsia. Tapi saya tak suka Qisha macam tu.”

“Okey. Sorry...” Pantas Qisha Delisa berkata.

“Nah! Ini dokumen pertama untuk Game love...”

Hadif Fayyadh menghulurkan satu helai kertas. Qisha Delisa menyambutnya.

“Macam ni la Qisha, saya cadangkan Qisha beli nombor telefon baru, tapi nombor yang selalu dia mesej tu, biar sahaja.”

“Kenapa biarkan sahaja?”

“Sebab nanti dia akan menyangka yang Qisha guna nombor telefon bimbit itu. Pastikan nombor telefon yang baru dia tak tahu. Hanya orang penting dan rapat je yang tahu. Lagi satu nombor tu saya yang akan pegang. Okey?”

“Okey...”

Qisha Delisa suka cara Hadif Fayyadh. Benar-benar rasa selamat. Pasti Wan Firaz tidak akan mengganggunya dan dia tenang bersama suaminya. Ada senyuman terukir dibibirnya.

Hadif Fayyadh yang melihat senyuman itu rasa sakit hati. Qisha tak terima aku kerana mahu bersama aku. Dia berkahwinan dengan aku disebabkan game love. Game yang aku wujudkan sendiri. Permainan yang aku mulakan dahulu.

“Kenapa muka awak sedih je?”

“Tak ada apa-apa...” jawab Hadif Fayyadh. Dia terus keluar dari bilik tersebut.

Qisha Delisa hanya mampu melihat sahaja.

“Apa kena dengan Hadif ni? Pelik betul!” Qisha Delisa tidak mahu mempedulikan Hadif Fayyadh. Dia terusan menatap kertas itu.

“Game Love yang pertama baru sahaja bermula....” Dia tersenyum.


p/: mula juga game love pertama....adakah perasaan kecewa hadif membuatkan hatinya tawar untuk terus bersemuka dengan Qisha???tunggu part2 pula esok lusa kot...smoga terhibur membacanya...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.