Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 15 - Part 2

“Atok!” panggil Hadif Fayyadh lemah. Tok Sulaiman tidak sedarkan diri.

Dalam pandangan kabur, dia nampak seorang lelaki keluar dari kereta itu. Dengan luka yang berdarah di lengan lelaki itu, dia mencabut nombor plat keretanya depan dan belakang. Dia terus meninggalkan tempat tersebut kerana dia tidak cedera teruk.

Hadif Fayyadh mengerang kesakitan. Dahinya cedera. Kepala mula rasa pening. Mulalah mengalir cecair berwarna merah dan pekat.

“Ya Allah, tolong hamba-Mu ini.” Doanya.

Kebetulan dua gadis lalu di situ.

“Ya Allah, ada orang masih hidup! Cepat kita tolong.” Kata seseorang yang sayup-sayup di telinganya.

“Qisha, bahaya kau tolong dia. Biar orang lelaki yang buat.” Seorang gadis berkata.

“Tak boleh! Aku kena selamatkan dia. Kalau tak sempat macam mana...”

Dengan sisa tenaga yang ada Hadif Fayyadh menanggalkan tali pinggang keledarnya. Dia membiarkan dua gadis itu menarik tubuhnya keluar dari situ.

Selepas tubuhnya di tarik oleh gadis itu, dia teringat Tok Sulaiman.

“Kau tak kan apa-apa!” kata gadis itu lagi.

“Qisha, cepatlah!”

Hadif Fayyadh sudah mula berpinar-pinar. Pandangannya kabur. Apa yang dia nampak gadis itu berbaju kurung pink dan berambut pendek yang sedang membelakanginya. Gadis itu semakin menghilang digantikan dengan beberapa orang manusia yang berlari-lari ke arahnya.

Dumm!

Bunyi letupan. Kereta Tok Sulaiman dan kereta lelaki yang melanggar mereka, meletup. Mujur tubuh Tok Sulaiman sempat di keluarkan oleh gadis tadi.

“Hadif!” panggil Qisha Delisa apabila melihat suaminya mengelamun. Kata-kata lelaki itu terhenti lama.

“Masa tu kan? Kan apa? Apa yang berlaku. Ceritalah.”

“Atok kemalangan. Ada orang langgar kereta kami masa tu.” Jelas Hadif Fayyadh dengan tidak terperinci.

“Sabarlah...” pujuk Qisha Delisa lagi. Kasihan Hadif Fayyadh. Lantas dia memeluk lelaki itu. Dia juga pernah merasai kehilangan seseorang. Air matanya mengalir. Ibu, Qisha rindu sangat pada ibu... Rintih hatinya.

“Qisha, janganlah nangis. Aku nangis, kau pun nak nangis juga.” Kata Hadif Fayyadh sambil meleraikan pelukkannya.

“Aku nangis bila tengok kau nangis. Rasa sayu je hati. Sebak jiwa ni...” kata Qisha Delisa perlahan.

“Dah la...” Air mata Qisha Delisa di lap oleh Hadif Fayyadh. “Jom kita jumpa nenek...”

Mereka naik ke atas dan menuju ke bilik nenek, Nek Su.

Ketika pintu di buka, Nek Su sedang menjawab soalan matematik.

“Assalamualaikum...” Hadif Fayyadh memberi salam.

“Waalaikumusalam... Hadif, cucu nenek...” gembira sungguh Nek Su.

“Nenek apa khabar? Kenalkan ini isteri Hadif, Qisha...” Hadif Fayyadh bersalaman dengan Nek Su.

“Hadif, cucu nenek. Hello Qisha.” Mereka pula bersalaman. “Qisha, tolong nenek jawab soalan matematik ni.” Pintanya.

“Soalan Math?” Qisha Delisa mula gelabah. Dulu di sekolah, dialah orang paling benci mata pelajaran itu. Kini, ada nenek suruh jawab soalan matematik. Rasa nak pengsan.

“Senang je ni, nenek.” Hadif Fayyadh menyampuk. Baginya matematik ni senang je.

Sekelip mata sahaja Hadif Fayyadh dapat menjawabnya. Qisha Delisa mula rasa kagum.

“Nenek rehat la...”

Nek Su terus berbaring dan pejamkan mata.

“Kenapa nenek awak macam tu?” soal Qisha Delisa berbisik.

“Macam ni la nenek sejak atok meninggal dunia. Atok suka baca buku Inggeris dan jawab soalan matematik. Itu sebab nenek selalu buat perkara yang Atok selalu lakukan.” Hadif Fayyadh menarik tangan Qisha Delisa keluar dari bilik tersebut.

“Kasihannya. Macam tu lah cara nenek untuk menghilangkan rindu pada arwah atok. Kalau kau rindukan aku, satu je kau boleh buat.” Hadif Fayyadh berkata.

“Apa dia?” soal Qisha Delisa. Dia juga nak tahu apa yang lelaki itu suka lakukan.

“Aku suka tersenyum. Jadi kalau kau rindukan aku, cukuplah tengok gambar aku tersenyum. Dan aku yakin, kau pun turut tersenyum.” Hadif Fayyadh tersenyum lebar. Ikhlas untuk Qisha Delisa.

Hati Qisha Delisa berdebar hebat. Senyuman itu sungguh memikat hatinya. Pantas dia menggelengkan kepala. Dia tidak mahu terus hanyut dengan senyuman itu.

“Apa yang kau gelengkan tu?” Pelik Hadif Fayyadh rasa. Tiba-tiba sahaja Qisha Delisa menggelengkan kepala.

“Saje. Senaman kepala. Lepas ni kita nak ke mana ye?” Cepat-cepat Qisha mengubah topik. Dia tidak mahu Hadif Fayyadh menerokai apa yang ada dalam hatinya. Dia mudah rasa terharu.

“Ada-ada je kau ni. Kita solat zohor dulu. Kemudian pergi makan.”

“Okey...”

Mereka berdua solat berjemaah. Makan pun berjemaah. Orang gaji di rumah itu sudah menyediakan makanan tengah hari. Walaupun ala kadar, ia tetap membuka selera.

Mereka berdua meneruskan pemanduan ke bandar.

“Aku tak sangka kau ni makan petai!” Qisha Delisa ketawa kecil. Nampak sahaja macam playboy, kaki perempuan dan kasanova tetapi makan petai. Makin galak dia ketawa.

“Hina ke orang makan petai.” Geram juga Hadif Fayyadh. Isterinya ketawa macam dia sedang buat lawak pula.

“Saya tak kat hina pun cuma rasa nak ketawa. Kau sakit hati ke?” soal Qisha Delisa.

“Sakit juga hati ni. Baik cepat-cepat kau sembuhkan sakit ni sebelum aku bawa kau jumpa Wan Firaz.” Ugut Hadif Fayyadh.

“Main ugut-ugut pula.”

“Suka hatilah. Cepat!” Hadif Fayyadh masih fokus pada pemanduannya.

“Baiklah!” Qisha Delisa mengalah.

Hadif Fayyadh tidak sabar mahu mengetahui isterinya memujuknya dengan apa. Manalah tahu pujuk dengan menyerahkan jiwa dan raganya. Itu yang selalu dia mimpikan.

“Hadif...” panggil Qisha Delisa dengan penuh manja. Tangannya bermain di leher Hadif Fayyadh.

Serentak itu Hadif Fayyadh menekan brek mengejut.

“Gelilah!”

Qisha Delisa mengeluh. Dia memeluk tubuh. “Bosan la! Kau ni kuat menggeli la.” Keluhnya. Dulu dengan Wan Firaz dia selalu menggoda macam tu, tak ada pula macam ni.

“Kau tu, nak sentuh aku. Cakap dulu. Bagi aku bersedia dulu.” Hadif Fayyadh pula marah. Dia tak tahu kenapa sensitif sangat apabila ada orang menyentuh leher dan mencuit pinggangnya.

“Lagi satu... Sedapnya mulut cakap aku bosan. Aku buat kau tak bosan baru kau tahu.” Nada Hadif Fayyadh berbunyi geram. Pemanduannya bermula semula.

“Okey. Hati kau sakit lagi ke?”

“Makin sakit hati ini.”

“Kau suka minum air apa?” soal Qisha Delisa.

“Jangan natukar topik. Aku tengah marah ni.” Hadif Fayyadh tidak berpuas hati dengan cara Qisha Delisa melayannya.

“Jawab aje la...”

“Aku suka minum milo ais.” Hadif Fayyadh mengalah. Sempat dia menjeling Qisha Delisa yang mengeluarkan telefon cikainya.

“Ak nak kacau Qaseh kejap.” Qisha Delisa tersenggih.

“Kau ingat ke nombornya?”

“Mestilah ingat.”

Hadif Fayyadh hanya mampu menggeleng.

“Hello, boleh bercakap dengan Qaseh.”

“Ya. Saya! Ini siapa?”

Qisha Delisa ketawa kecil. Dia sudah menukarkan suaranya kepada suara yang kasar sedikit. Itu sebab Qaseh tidak dapat menjangka.

“Saya suka kan awak! Saya sayang awak!”

“Gila!” Qaseh terus putuskan talian.

Qisha Delisa ketawa kecil lalu tersenyum memandang telefon cikainya.

“Sedapnya kenakan kawan sendiri.” Sempat Hadif Fayyadh menjeling isterinya. Senyuman itu nampak ceria dan memikat hatinya. Qisha, kenapa kau ni comel sangat? Tak jemu aku untuk melihat senyuman itu.

Hatinya berdebar. Kini, dia fokus pada pemanduannya. Dia ingin membeli barang sedikit di kedai. Sekarang, dia pula yang tersenyum.

“Ni senyum tak ingat dunia, ada apa-apa ke? Share dengan aku.” Qisha Delisa memandang wajah Hadif Fayyadh. Teruja. Moodnya benar-benar baik.

“Aku bayangkan seseorang...” sengaja Hadif Fayyadh biarkan tergantung.

“Bayangkan siapa?” berkerut dahi Qisha Delisa.

Hadif Fayyadh hentikan keretanya. Dia sudah sampai tempat yang tujui. “Aku bayangkan Qisha Delisa, cium aku.” Dia ketawa kecil.

“Hadif!” Qisha Delisa ingin mencubit lelaki itu tetapi dia sudah keluar dari kereta.

“Jom!” ajak Hadif Fayyadh pula dengan senyuman yang ceria.

Kini, giliran Qisha Delisa pula yang tersentak. Senyuman itu benar-benar memikat hatinya dalam diam.

“Jom!” Qisha Delisa hanya mengikut sahaja.


p/s: Kali ni biasa je....bab 16 ada kejutannya...insya allah hihihih

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.