Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 1 - Part 1
.

Bab 1

Qisha Delisa baru sahaja keluar dari tandas. Baru rasa perut ni lega sikit. Dia tersenyum bahagia. Nikmat senikmatnya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia menjawabnya. “Hello!”

“Qisha...” satu suara di hujung talian.

“Kau nak apa?” marah Qisha Delisa. Dia tidak gemar betul dengan mamat seorang ini.

“Qisha Delisa! Sini rupanya kau!” tegur seseorang dan orang yang menegurnya itu sedang menghubunginya.

Qisha Delisa tersentak. Eh, jumpa pula mamat ni mencari aku! Cabut cepat! Langkah seribu! Terburu-buru dia melarikan diri.

“Oi! Jangan la lari. Lagaknya aku macam nak rogol kau pula!” kata lelaki itu dalam corong telefon bimbitnya. “Aku Hadif Fayyadh la!”geramnya.

“Nasib kau!”

Hadif Fayyadh tidak pedulikan orang sekelilingnya. Dia terus mengejar gadis itu berpakaian seksi.

“Hadif ni dah gila!” Qisha Delisa berlari seperti dia dikejar oleh seorang pencuri.

“Qisha Delisa!” panggil Hadif Fayyadh lagi dengan kuat. Aku cakap jangan lari, minah ni terus lari. Baru sebentar tadi dia tersempak dengan Qisha yang sedang membeli belah.

“Oi! Pekak telinga aku dengar kau jerit! Aku letak telefon ni baru kau tahu!” ugut Qisha Delisa.

“Kalau kau letak telefon ni, aku tidak teragak-agak untuk saman kau,” ugut Hadif Fayyadh pula.

“Tolonglah jangan jadi gila kuasa. Cukuplah bos kawan aku, Putra Huzaiman yang gila kuasa,” geram Qisha Delisa.

“Peduli apa aku! Dia jadi terkenal pun sebab dia gila kuasa. Aku pun nak terkenal macam dia. Baik kau berhenti sekarang juga!” tegas sekali kata-kata Hadif Fayyadh.

“Kau cari orang lain...” dalam berlari, Qisha Delisa sempat berkata-kata. Lembut dan memujuk.

“Tak nak! Aku nak juga kau!” Hadif Fayyadh tetap mahu memaksa Qisha Delisa menemaninya ke majlis perkahwinan itu. Hanya perempuan itu yang menepati ciri-ciri yang di mahukan.

“Kau cari orang lain... Orang lain... Orang lain la!” nada suara Qisha mula tinggi. Langkahnya terhenti. Nafasnya turun naik. Mungkin lelah berlari sebentar tadi. Telefon bimbitnya di simpan semula dalam beg tangannya.

“Kau je yang aku mahu?” Hadif mula berjiwang. Sebaik sahaja dia menghampiri gadis itu, lengan itu dicengkam kuat.

“Sakit la!” marah Qisha Delisa.

“Nanti kau lari lagi!”

“Suka hati aku la! Itukan hobi aku. Kau tak tahu ke?” marah Qisha Delisa. Mamat ni memang tak tahu adab dengan perempuan ke? Kasar memanjang.

“Tak tahu pun hobi kau tapi yang penting aku nak kau!” Hadif Fayyadh tidak boleh bersabar lagi.

“Kau cakap macam kau dah jatuh cinta dengan aku je?” duga Qisha Delisa sambil merenung tajam lelaki yang mencengkam kuat lengannya.

“Apasalahnya... Kau aje yang jual mahal dengan aku...” Hadif mula bermain mata pula. Tangannya sebelah lagi mahu mengelus pipi Qisha Delisa tetapi pantas ditepis.

Hadif Fayyadh tersenyum. Qisha Delisa adalah satu-satu perempuan yang sukar untuk dia tawan. Itu membuatkan dia makin geram.

“Kau teman aku ye, sayang?” pujuk Hadif Fayyadh lagi.


P/S : Adakah Qisha Delisa menerima ajakan yang kasar melampau oleh Hadif Fayyadh...? tunggu bab 1 part 2..insya allah dalam masa terdekat...

Previous: teaser GM

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.