Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 25 - part 2
“Ayah, kad pengenalan jangan lupa. Hah! Surat temu janji pun jangan lupa… Lagi…” kata Qisha Delisa sambil mengintai keluar rumah. Terbeliak matanya melihat seseorang. Hatinya berdebar-debar.

Apa aku nak buat ni? Qisha Delisa gelabah. Kejap dia duduk. Kejap dia berdiri. Kejap lagi dia berjalan segenap ruang tamu itu. Apa aku nak buat ni?

“Qisha, kenapa ni? Kalut je ayah tengok?” soal Dato Darwish. Tadi bukan main kecoh lagi. Ini diam membisu pula. Sepatah haram tidak bercakap.

“Ayah, tolong Qisha?” mohon Qisha Delisa. Dia menggenggam tangan ayah tercintanya.

“Untuk anak ayah, semuanya boleh. Apa dia sayang?” Dato Darwish tersenyum. Dia amat gembira jika dapat membantu Qisha Delisa.

“Ayah, kat luar sana bekas suami Qisha tengah tunggu. Qisha tak tahu nak buat apa?” Qisha Delisa buntu.

“Siapa? Wan Firaz?” soal Dato Darwish. Kalau Wan Firaz yang datang menyibuk kat sini. Memang aku akan maki hamun lelaki itu. Dia tidak menyangka yang dia kahwinkan Qisha dengan lelaki yang kaki dera, kaki pukul, kaki perempuan dan segala kaki untuk Wan Firaz.

“Bukan ayah…” Wajah Qisha Delisa sayu. Dia tidak kuat untuk menghadapi Hadif Fayyadh. Bimbang hatinya cair dengan layanan. Tambahan pula, Hadif Fayyadh kembali semula untuk merebut hatinya. Dia tak nak begitu mudah untuk dia menerima lelaki itu kembali. Tak nak!

“Oh, Hadif! Qisha kan rindukan dia?” soal Dato Darwish lagi. Anaknya kalut seperti ini kerana kehadiran Hadif Fayyadh depan rumahnya. Qisha, ayah yakin yang kamu ni cintakan Hadif tapi menidakkan perasaan itu.

“Ayah… Ayah jangan lupa dia dah ceraikan Qisha…” Qisha Delisa ingatkan Dato Darwish mengenai apa yang Hadif Fayyadh lakukan padanya.

“Memang dia ceraikan Qisha, tapi semua itu berlaku kerana Wan Firaz kan? Dahlah. Ayah dah lambat nak pergi temu janji dengan doktor. Mana teksi ni?”

Qisha Delisa menepuk dahinya. Dia lupa mahu menghubungi teksi kerana melihat kehadiran Hadif Fayyadh di depan rumahnya.

“Ya Allah! Qisha lupalah nak call, ayah!”

“Maknanya, Qisha nak Hadif hantarkan kan? Biar ayah yang cakapkan.” Dato Darwish melangkah ke arah pintu rumah mereka.

Pantas Qisha Delisa menghalang Dato Darwish. Apa kena dengan ayah ni? Macam nak satukan aku dengan Hadif sahaja. Aku tak nak. Tak nak buat masa ni… Biarlah setahun ke? Dua tahun lagi baru bersama. Itu pun kalau Wan Firaz tak kacau aku…

“Jangan ayah!”

“Kenapanya?” Dato Darwish merenung wajah Qisha Delisa. Bersungguh benar menghalangnya.

“Tak ada apa-apa. Tak baik susahkan orang ayah. Biar kita susah tapi jangan sesekali susahkan orang lain.” Nasihat Qisha Delisa. Pandai sungguh aku bagi nasihat. Nasihat pula bapak sendiri. Tak kena masa betul la.

“Okey. Kalau macam tu, kita naik bas sahaja la. Ayah dah lambat. Minggu lepas ayah kena marah dengan doktor sebab datang lambat.” Dato Darwish dimarahi kerana datang lambat. Ketika itu, mereka terlepas bas dan terpaksa naik teksi. Teksi pula lambat.

“Ayah, kalau kereta saya tak rosak, tak payah nak buat macam ni lagi.” Qisha Delisa berkata. Tanpa Dato Darwish sedari, kereta Myvi milik Qisha Delisa telah dijual. Demi membayar wang pendahuluan rumah sewa dan membeli mesin jahit. Duit selebihnya di simpan untuk waktu-waktu kecemasan.

“Ye lah. Jom!”

Mereka berdua keluar dari rumah tersebut. Qisha Delisa akan memastikan pintu rumah dikunci dengan baik. Bimbang juga jika pencuri masuk. Paling bahaya jika pencuri masuk rumah yang tak ada apa-apa. Mungkin disebabkan terlalu bengang atau marah kerana mereka tidak dapat mencuri apa-apa, pasti nyawa manusia menjadi taruhan. Dia tidak mahu itu yang menimpa dia dan Dato Darwish. Selalu dia berdoa.

Hadif Fayyadh yang menyedari Qisha Delisa dan Dato Darwish baru keluar dari rumah, segera berdiri tegak daripada bersandar pada kereta. Dia mahu memohon maaf pada Qisha Delisa tentang kelanjurannya. Benarlah kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur lagi, tetapi terlajak kata, badan binasa.

Dia membantu Dato Darwish membuka pintu pagar dan menutupnya semula. Selepas itu dia bersalaman dengan Dato Darwish.

“Assalamualaikum, Dato…”

“Waalaikumusalam. Tak payah berdato-dato. Panggil je ayah. Sempat dato Darwish menjeling ke arah Qisha Delisa yang mula tidak selesa itu. Mahu memandang pun tidak mahu.

“Ayah…” Hadif Fayyadh tersenyum. “Ayah nak ke mana? Mari saya hantarkan…” Ramah Hadif Fayyadh. Dia hanya memandang sekilas pada Qisha Delisa.

Gadis itu hanya mengenakan sepasang baju kurung lusuh dan tudung bawal yang sesuai. Sungguh ayu. Jika Qisha Delisa, memang nampak cantik. Setiap wanita yang dilahirkan, apabila pakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. Insya-Allah, kecantikan itu akan terserlah dengan sendirinya.

“Ayah nak ke hospital. Qisha ni, lupa nak telefon teksi. Entah apa yang diingatnya. Jadi, kami nak naik bas kat hujung jalan tu.” Jelas Dato Darwish. Dia mahu satukan Qisha Delisa dan Hadif Fayyadh semula.

“Kalau macam tu, biar saya yang hantar ayah. Ayah cakap je akak nak pergi mana, Hadif akan bawa. Ayah bagi tahu sahaja. Hadif tak kisah? Tapi kalau minta saya bawa ke hujung dunia, saya tak tahu la dunia ni ada penghujung atau tak…” Hadif Fayyadh membuat lawak.

“Hahahaha… Lawak la kamu ni, Hadif. Ayah pun tak tahu hujung dunia kat mana. Okey. Jomlah! Ayah dah lambat ni! Ini alamatnya.” Sempat Dato Darwish memberi surat temu janjinya yang ada tertulis alamatnya di situ.

Qisha Delisa menarik keras tangan Dato Darwish tetapi ayahnya itu tidak mengerti. Mereka masih di luar kereta Hadif Fayyadh.

“Ayah, apa khabar?” ramah Hadif Fayyadh. Tak nak naik kereta aku pun tak apa, aku masih boleh ramah. Dia melihat alamat klinik itu dan dia tahu klinik yang di maksudkan itu. Itu klinik sahabatnya. Jadi tiada masalah.

“Khabar baik. Kamu, Dato Malik dan Datin sihat?” Soal Dato Darwish. Rindu pula pada kawan-kawan lama. Apa khabar? Cucu dah berapa? Eh, lupa pula! Dia akan ada seorang anak je, si Hadif ni. Macam mana nak ada cucu. Ala aku pun tak ada cucu. Biarlah dulu.

Qisha Delisa yang mendengar perbualan mereka berdua mula menjadi bosan. Dia memang tidak akan layan Hadif Fayyadh dengan baik. Dia masih sakit hati. Walaupun dia cintakan Hadif Fayyadh tetapi untuk menyerah, itu tidak mungkin.

“Dahlah ayah. Nanti ayah lambat pula.” Dia menyampuk perbualan mereka. Dia menarik tangan Dato Darwish agar berjalan menuju ke perhentian bas.

“Ha’ah la! Ayah dah lambat. Hadif hantarkan ayah ye?” pinta Dato Darwish. Dia akan mencari kebahagiaan untuk anaknya. Jika Qisha Delisa bahagia di samping Hadif Fayyadh, dia akan usaha untuk menyatukan mereka berdua semula.

“Tak payah! Kami boleh naik bas.” Halang Qisha Delisa cepat-cepat. Dia tidak akan membenarkan Hadif Fayyadh menabur budi pada keluarganya. Tidak akan! Kerana budi, aku kena kahwin dengan dia? Tak nak! Tak Nak!

Dato Darwish hanya mengeluh. Anaknya benar-benar degil. Tak boleh mahu salahkan sesiapa sebab sikap degil itu diwarisi oleh sikapnya sendiri.

“Qisha, aku hantar kau…” Hadif Fayyadh berkata lembut. Dia merenung wajah Qisha Delisa.

“Aku tak nak. Kau jangan kacau aku boleh tak?” Geram Qisha Delisa. “Mari ayah!” Dia menarik tangan Dato Darwish.

“Ayah, masuklah ayah.” Hadif Fayyadh juga tidak mahu mengalah. Kini tangan kanan Dato Darwish dipegang oleh Qisha Delisa. Tangan kiri pula dipegang oleh Hadif Fayyadh.

“Ayah ikut Qisha!”

“Ayah, Hadif akan hantar ayah!”

Dato Darwish pening kepala.

“Qisha, mulai sekarang aku dah jadi anak angkat ayah kau. Biarlah aku nak hantar dia pergi hospital.” Ujar Hadif Fayyadh.

“Sesedap hati kau buat pengumuman nak jadikan ayah aku ni ayah angkat kau. Aku tak nak! Aku tak izinkan. Ayah, tak payah ada anak angkat macam ni. Menyusahkan diri je.” Pangkah Qisha Delisa. Sikit pun tidak mengalah.

“Eh, biarlah. Ayah tak payah minta izin dia pun. Ayah boleh anggap Hadif ni macam anak sendiri. Jangan risau. Hadif tak berkira pun dengan ayah.” Hadif Fayyadh memujuk Dato Darwish.

Qisha Delisa rasa geram.

“Kau kan dah ada ayah sendiri. Yang sibuk dengan ayah orang lain itu fasal apa?” Makin membara Qisha Delisa menahan rasa hatinya.

“Biarlah!”

“Sudah!” Jerit Dato Darwish. “Sakit tangan ayah tau!”

Serentak Hadif Fayyadh dan Qisha Delisa melepaskan pegangannya. Qisha Delisa rasa bersalah kerana dia telah menyakitkan pergelangan ayahnya. Hadif Fayyadh lagilah rasa bersalah. Siap tinggalkan kesan lagi.

“Macam ni la. Hadif hantar ayah. Qisha pula, jangan nak marah Hadif. Ayah dah lambat ni. Jom!” arah Dato Darwish.

Akhirnya mereka berdua terdiam. Qisha Delisa paksakan diri masuk ke dalam kereta Hadif Fayyadh dengan duduk di bahagian belakang. Dato Darwish duduk di depan bersama Hadif Fayyadh.

Hadif Fayyadh tersenyum dalam hatinya. Dia bersyukur kerana Qisha Delisa sudi naik keretanya.

Qisha, tunggu aku tawan hati kau. Dan masa tu, aku tak kan lepaskan kau walaupun apa saja kesalahan yang kau lakukan. Tidak akan sesekali aku biarkan kau jauh!

p/s: Berjaya ke Hadif ni tawan hati Qisha tapi bapak qisha macam dah bagi lampu hijau supaya Hadif mengorat anaknya...huhuh tunggu sambungannya lagi...ada dua bab lagi... bab 26 dan 27...lepas tu final update..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.