Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 16 - Part 1

Hadif Fayyadh terus mencapai tangan Qisha Delisa sebaik sahaja mereka masuk dalam shopping Complex. Digenggam erat tangan tersebut.

Qisha Delisa hanya membiarkan sahaja. Itu salah satu dalam game love. Dia termenung. Sempat dai menjeling Hadif Fayyadh yang asyik sekali berjalan memimpin tangannya.

Tiba-tiba fikirannya melayan pada Wan Firaz.

Lelaki itu tidak pernah pegang tangannya begini. Katanya malu. Tambahan pula kalau Julia ada bersama. Lelaki itu akan bersifat dingin.

“Qisha, pegang untuk aku!” Julia berkata.

“Baik puan.”

“Abang, kita nak pergi mana ni?” Julia berkata manja.

Wan Firaz tersenyum.

Betapa sakitnya hati melihat kemesraan lelaki yang dicintai bersama perempuan lain. Sedangkan dia kini di anggap sebagai orang gaji di situ.

“Abang, saya nak ke depan sana kejap!” kata Julia menuju ke satu sudut pakaian.

Wan Firaz berdiri di sisi Qisha Delisa. Dia berbisik sesuatu.

“Cukuplah abang. Abang dah ada perempuan abang. Jangan kacau saya, boleh tak? Kalau bukan kerana papa, saya tak kan berada di sini atau di rumah abang.” Qisha Delisa cuba mengelak.

“Kau tetap milik aku!”

“Saya ada perasaan, abang. Jangan buat saya macam ni!”

“Aku tak peduli. Kau tetap milik aku selamatnya.”

Rambut Qisha Delisa dibelainya sebelum dia meninggalkannya di situ dan menuju ke arah Julia.

“Qisha!” panggil Hadif Fayyadh.

Qisha Delisa tersentak. Hilang terus ingatan tentang Wan Firaz.

“Kenapa?”

“Termenung jauh. Fikirkan siapa?” soal Hadif Fayyadh.

“Tiada sesiapa pun.” Balas Qisha Delisa.

“Okey...” Hadif Fayyadh membiarkan sahaja. Dia menggenggam tangan Qisha Delisa lebih erat.

Qisha Delisa mula rasa cemas dengan sentuhan Hadif Fayyadh.

“Kau memang cepat geli bahagian leher dan pinggang kan?” soal Qisha Delisa.

“Bolehlah. Tambah-tambah kalau tak sedia. Lagi cepat deria tu aku rasa.” Hadif Fayyadh menjawab. Dia pelik kerana isterinya bertanya. “Kau tak geli ke?”

“Cuba test...”arah Qisha Delisa.

“Okey...” serentak itu Hadif Fayyadh mencuit pinggang Qisha Delisa tetapi gadis itu selamba. Dia mencuit leher isterinya pula. Tetapi selamba.

“Tak geli pun...” Hadif Fayyadh berkata.

“Kalau bersedia, tak geli la.” Qisha Delisa berkata.

“Oh, macam tu. Eh, Qisha! Kau tengok ni baju ni. Cantik tak?” Hadif Fayyadh tunjuk baju yang di letakkan dalam sebuah kaca. Elok terletak di batang tubuh patung perempuan.

“Baju ni cantik.” Qisha Delisa menghampiri butik tersebut. Baju itu di renung sedalamnya. Dia memang suka kalau dapat melihat fesyen-fesyen baru dan cantik.

Qisha Delisa fokus pada jahitan kain baju tersebut.

Serentak itu, Hadif Fayyadh mencuit pinggang Qisha Delisa di saat gadis itu leka melihat pakaian tersebut.

“Opocot!” terkejut Qisha Delisa. Dia memandang Hadif Fayyadh. Geram! Rupanya suaminya ada agendanya sendiri.

“Geli tu!” Hadif Fayyadh tersenyum. Dia gembira dapat kenakan Qisha Delisa.

“Kadang-kadang je tak geli. Tapi kawan saya ada ajar cara tak geli. Macam tadi. Saya tak geli pun kan.”

“Macam mana tu?” Hadif Fayyadh ingin tahu.

“Kita kena set dalam fikiran yang ia tidak geli. So kita akan dapat bertahan lebih lama.” Ajar Qisha Delisa.

“Ye ke? Boleh caya ke?” Hadif Fayyadh tidak percaya. Tak kan semudah itu.

“Cuba kau try...” pinta Qisha Delisa.

“Okey...” Hadif Fayyadh cuba kosongkan fikiran dan fokus yang ia tidak geli.

Serentak itu Qisha Delisa mencuit pinggang suaminya. Tiada tindakkan balas pun. Selepas itu dia mencuit untuk kali kedua. Barulah Hadif Fayyadh rasa geli.

Hadif Fayyadh mula mengelak. “Cukuplah tu!” Dia tersenyum kegelian.

“Tau pun...”

“Okey! Okey! Aku percaya. Nanti aku biasakan.” Hadif Fayyadh berkata.

“Kita datang sini, buat apa?” soal Qisha Delisa.

“Membeli-belah la...”

“Nak beli apa?”

“Baju pejabat yang baru...”

“Bukan baju yang lama masih boleh pakaikan?” soal Qisha Delisa lagi sekali.

“Biarlah saya nak beli. Bukannya selalu.” Kata Hadif Fayyadh. Dia teruja melihat pakaian kerja yang pelbagai gaya.

“Bosan la!”

“Eh, tadi teruja. Ini bosan pula.” Pelik Hadif Fayyadh. Bukan ke perempuan suka bershopping. Ini macam malas je.

“Bosan la sebab semua pakaian lelaki.”

“Kau tunggu kat sofa tu. Nanti dah siap, aku panggil kau.”

“Okey...”

Hadif Fayyadh menunggu Qisha Delisa yang pergi ke tandas. Katanya sakit perut. Nasib baik barang-barang yang hendak di belinya sudah penuh di tangan.

“Hey...” Tiba-tiba seseorang menegurnya.

“Wan Firaz...” terkejut Hadif Fayyadh dengan kehadiran lelaki itu.

“Kau ceraikan Qisha sekarang!” Wan Firaz berkata. Dia menarik kolar baju Hadif Fayyadh dan menarik ke satu sudut yang agak sunyi.

Barang-barang Hadif Fayyadh ditinggalkan di situ.

“Aku dah lama tak puas hati dengan kau. Aku tahan je tau!” geram Hadif Fayyadh pula. Sikap Wan Firaz yang talam dua muka benar-benar menyakitkan hati.

“Jadi, kau dah tahu aku siapa? Tunggu apa lagi! Lepaskan Qisha! Aku nak kahwin dengan dia!” jerit Wan Firaz kasar.

“Dia isteri aku. Mana mungkin aku ceraikan dia!” Balas Hadif Fayyadh. Sikit pun dia tidak takut dengan ugutan Wan Firaz.

Tiba-tiba satu tumbukan padu mengenai perut Hadif Fayyadh.

“Argghh!” Hadif Fayyadh mengaduh kesakitan. Perutnya terasa senak.

“Hari ni aku tumbuk perut kau. Esok lusa mungkin perut yang aku tumbuk tu berlubang pula.” Wan Firaz mengeluarkan pisau.

“Firaz!” jerit Qisha Delisa. Terkejut dia melihat kejadian itu.

Serentak itu Wan Firaz menikam perut Hadif Fayyadh dengan pisau tersebut.

“Hadif!” jerit Qisha Delisa.

p/s: tiba-tiba wan firaz jadi gila kan???hmmm kasihan...tunggu bab seterusnya..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.