Farisya tidak berpuas hati dengan apa yang
berlaku sebentar tadi. Dia dapat rasakan yang suaminya dengan perempuan itu ada
hubungan sulit. Ish, makin geram aku dibuatnya!
Aku ingat, kahwin dengan lelaki ni, bolehlah
hidup bahagia tapi sama je. Sakit juga hati aku ni. Makin membara rasa marah
Farisya.
“Kenapa you buat Qisha macam tu...?” soal Wan
Firaz. Wajah gadis itu berubah sedikit tetapi tetap cantik seperti dulu. Akhirnya
jumpa juga aku dengan kau, Qisha Delisa.
“You kenal dia?” Persoalan Wan Firaz
membuatkan hatinya sakit. Benci pada perempuan bernama Qisha itu bertambah.
“Mestilah I kenal dia. Dia orang kampung I
dulu...” jawab Wan Firaz. Ada rahsia yang disembunyikan.
“What? Dunia ni kecil sangat ke sampai jumpa
orang kampung you. Entah-entah itu bekas kekasih you...” Tengku Farisya Adilla
benar-benar terkejut.
“Okey. I jujur dengan you. Itu memang bekas
kekasih I dulu.”
“Bila you bercinta dengan dia?”
“Masa umurnya 18 tahun tapi dua bulan je kami
dan kami pun...” Wan Firaz teringat kenangan lalu.
“Berpisah? Sekejapnya...”
“Tapi dia cantiklah...” puji Wan Firaz.
“You!” geram Farisya. Dia menampar paha suami
yang dinikahinya semalam.
“Dah! You jangan nak tunjuk muka panda kat
sini. Tak comel langsung. Inikan majlis perkahwinan kita. Tak kan sebab bekas
kekasih I tu you nak rosakkan hari bahagia kita?” Wan Firaz tersenyum menggoda.
“You ni pandai betul pujuk I tau. Okey. I
senyum semanis manisnya.” Farisya tersenyum tetapi dalam hatinya, dia pasti
akan mencari perempuan itu nanti.
Qisha Delisa terus berlari. Dia kini di lobby
hotel.
“Qisha!” aku mengejar gadis itu.
Qisha Delisa tidak mempedulikan panggilan aku.
Dia terus berjalan pantas. Tanpa dia sedar, kasut tumit tinggi yang dipakainya
patah dengan tiba-tiba. Mungkin hentakan tubuhnya jatuh mengejut tadi.
Dia
hampir jatuh tetapi...
“Qisha!”
pantas aku selamatkan tubuh Qisha Delisa daripada jatuh menghempap lantai.
Tubuhnya
dipeluk kemas oleh aku. Dia nangis? Aku yakin yang aku nampak air matanya. Tapi
kenapa? Sebab lelaki yang di panggil abang Wan tu ke?
Pang!
Qisha Delisa menampar pipiku!
Hadif Fayyadh tersedar dari mimpinya. Dia
beristigfar berkali-kali.
“Awat aku mimpi si Qisha ni! Lepas tu kena
penampar pula. Rasa sakit macam betul-betul kena tampar. Itulah akibat tidur
lepas subuh.”
Hadif Fayyadh mengeliat. Dia akan mencari
perempuan bernama Qisha Delisa. Nahas kau!
Datin Marissa rasa senang hati melihat cara
anak lelakinya melayan Qisha Delisa dan semalam juga dia dapat mendengar
pengakuan anaknya sendiri.
“Mama kenal siapa lelaki tu?”
“Kenal tu tak la. Tapi tahu namanya aje...”
“Mama, Hadif cemburu. Hadif tak sanggup
tengok Qisha jadi milik lelaki lain. Mama kena kahwin Hadif dengan Qisha. Hadif
janji, Hadif akan menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Hadif takkan layan
perempuan lain dah. Hadif nak Qisha aje...”
“Kau ni dah kemaruk nak kahwin ke?” soal
Datin Marissa. Geram punya pasal. Over sangat rayuan anak aku ni...
“Mama, please. Hadif nak kahwin. Kahwinkan
Hadif dengan Qisha.”
“Mama bagi penampar baru nak sedar? Kamu kena
bersabar. Ingat senang ke nak pujuk Qisha kahwin. Hari tu pun hampir-hampir je
kamu dah nak kahwin. Tapi Qisha sempat lari.”
“Dia dapat lari sebab Hadif yang tolong. Masa
tu Hadif tak nak kahwin dengan dia.”
“Anak bertuah! Mama dah jodohkan kau dengan
perempuan tu, tak nak.”
“Mama, itu dulu. Sekarang Hadif dah
bersedia.”
“Tak apa. Nanti mama fikirkan...”
Datin Marissa suka jika anak lelakinya dapat
berkahwin dengan gadis itu. Dia cukup kenal gadis itu siapa. Walaupun rancangan
pertama gagal tapi aku yakin rancangan kedua akan buat mereka berkahwin.
Senyuman terus terukir di bibir.
“Apa yang disenyum tu Mar?” sapa Dato Malik.
“Senyum la bila tengak Hadif bersama Qisha
tu. Abang macam tak tahu Qisha tu menantu pilihan saya.”
“Yang tak cukup kain tu?” Dato Malik membuat
muka. “Kalau ye pun nak menantu,carilah yang elok sikit. Yang menutup aurat. Awak ni Mar. Tak malu ke ada
menantu macam tu sedangkan keluarga kita menitik beratkan tentang agama.”
“Abang, saya tahulah abang ni seorang ahli
perniagaan yang menjual produk islamik tapi saya nak juga si Qisha tu jadi
menantu saya.” Tegas Datin Marissa.
“Sudahlah tu Mar. Bercakap dengan awak pasal
ni memang tak syok langsung! Kita cakap pasal kita la.” Dato Malik ingin
menukar topik.
“Awak memang rasa tak syok. Feel mendapat
menantu tu tak ada langsung. Macam suka aje si Hadif tak kahwin.” Datin Marissa
berkata sambil dia berbaring lalu menarik selimut.
“Biarlah!” Dato Malik menyuapkan sekeping roti
bakar ke mulutnya.
Datin Marissa berdiri sedikit jauh dari Dato
Malik.
Dato Malik mengeluh.
“Merajuk la tu. Abang maafkan rajuk sayang tu
tapi satu je. Malam ni tidur, jangan lupa bagi tangan awak tu. Saya tak boleh
tidur tanpa pegang tangan awak tu.” Kata Dato Malik. Dia berdiri dan sudah
bersiap mahu ke tempat kerja.
“Nah!” Datin Marissa menghulurkan tangannya untuk
bersalama.
Dato Malik tersenyum. Dia menggengam kemas tangan
yang lembut itu.
“Abang pergi dulu.” Katanya selepas Datin
Marissa mengucup tangannya.
p/s: kisah hidupp qisha hampir terbongkar...tunggu bab seterusnya...