Hadif Fayyadh masih
rasa mengantuk. Semalaman dia tidak tidur memikirkan perkara yang berkaitan
dengan Qisha Delisa. Perasan lega selepas Qisha Delisa sudah boleh pulang ke
rumah petang semalam.
“Hadif, bangun la!
Qisha datang ni.” Datin Marissa menarik selimut anaknya itu.
“What? Qisha datang!”
Hadif Fayyadh benar-benar terkejut. Dia terus bangun dan menuju ke pintu
biliknya.
“Hadif!” geram Datin
Marissa. “Jangan la memalukan mama. Pergi mandi dulu la!” Selepas berkata
begitu, dia terus keluar dari bilik anak lelakinya itu.
“Ye tak Ye jugak!”
Hadif Fayyadh baru perasan keadaan dirinya yang amat buruk ini. Seluar pendek
dan tidak berbaju. Kalau Qisha nampak aku ni, pasti dia tak berani jumpa aku
lagi.
Hadif Fayyadh terus
menuju ke bilik air dan mandi secepat mungkin. Selepas lengkap berpakaian dia dengan
terburu-buru keluar dari biliknya. Apabila Datin Marissa memberitahunya yang
Qisha Delisa sedang menunggunya di ruang tamu, baginya setiap saat itu amat
berharga.
“Cepatnya kau mandi.”
Sindir Qisha Delisa. Kali ini dia lengkap berbaju kurung. Pinjam Qaseh punya.
Sangat manis di pandangan mata Hadif Fayyadh. Kali pertama Qisha Delisa
dilihatnya tidak mendedahkan badannya yang berkulit gebu itu.
“Aku mandi kerbau,”
jawab Hadif Fayyadh ringkas.
“Patutlah aku nampak
kerbau lalu tepi rumah kau tadi.” Qisha Delisa meloyar buruk. Dia tidak harus
terus memikirkan perkara itu. Keputusan sudah di buat. Dia harus lakukannya.
“Pasti kerbau tu
kacak kan?” Hadif Fayyadh tersenyum.
“Kerbau tu memang
kacak tapi kau tak!” pedas Qisha Delisa. “Aku datang ni bukan nak jadi loyar
tak bertauliah di pagi hari. Aku nak cakap pasal kita.”
“Pasal kita?” Hadif
Fayyadh teruja.
“Ya... Aku.. Aku...”
Qisha Delisa menarik nafas panjang lalu menghembuskannya. “Aku setuju dengan
game love kau!”
“Setuju?! Betul ni? Baguslah!”
Hadif Fayyadh gembira.
“Tapi ada satu
syarat!”
“Apa dia?”
“Aku tak nak si Wan
Firaz tu ganggu hidup aku bila kita kahwin.” Qisha Delisa berwajah serius. Dia
teringat segala perbuatan Wan Firas padanya. Ia terlalu kejam! Kejam! Hatinya
terasa sakit. Dia tidak mahu membalas dendam. Hidupnya akan bahagia tanpa
lelaki itu. Cukuplah dia derita.
Betul kata Qaseh. Aku
yang pilih sama ada mahu bahagia atau tidak. Dan aku memilih untuk bahagia. Semoga
itu yang terjadi dalam perkahwinan aku walaupun aku masih susah mahu terima
Hadif dalam hati ini.
Apabila khabar berita
Qisha Delisa setuju berkahwin dengan Hadif Fayyadh, Datin Marissa yang paling
gembira.
“Kalau boleh aku nak
secepat mungkin. Kalau boleh minggu depan?” kata Qisha Delisa. Dia takut mahu
tinggal seorang di rumah itu.
“Kenapa terburu-buru
ni?” soal Hadif Fayyadh.
“Please Hadif. Jangan
tanya. Kita buat yang wajib je. Kiranya macam kahwin koboi la...”
“Mama tak kisah. Tapi
sempat ke nak uruskan semua itu, periksa kesihatan, tempah tok kadi dan
sebagainya.” Datin Marissa rasa pelik dengan sikap Qisha Delisa yang
terburu-buru nak kahwin. Macam menyembunyikan sesuatu.
“Periksa kesihatan,
saya dah buat pagi tadi. Tunggu Hadif je mak cik...”
“Hadif akan buat
kejap lagi. Qisha teman Hadif ye...” lembut butir bicara Hadif Fayyadh di
pendengaran Qisha.
“Okey...”
Selepas selesai
membuat pemeriksaan kesihatan, mereka berdua keluar makan.
“Aku masih tak
percaya yang kau setuju nak kahwin dengan aku...” Hadif Fayyadh bersuara.
“Kau janji yang akan melindungi aku kan? Kau
janji...”
“Ya aku janji...”
pelik dengan desakkan Qisha Delisa.
“Terima kasih. Aku
janji akan sayang kau. Muah!” Qisha Delisa buat flying kiss.
“Wei Qisha! Jangan
nak goda-goda aku. Aku ni tak sah lagi untuk kau tau...” Wajah Hadif Fayyadh
sedikit merah. Malu.
Qisha Delisa
tergelak. Comel juga muka mamat ni. Hatinya senang.
“Assalamualaikum...”
seseorang memberi salam.
“Waalaikumusalam...” Hadif
Fayyadh menjawabnya.
Ketawa Qisha Delisa
terhenti.
“Wan Firaz... Buat
apa kat sini?” Hadif Fayyadh yang juga terkejut. Mereka bersalaman.
“Makan la. Boleh I
join you all...?”
“Boleh je..” Hadif
Fayyadh bersetuju.
Qisha Delisa
benar-benar takut. Perlahan-lahan dia ambil tangan Hadif Fayyadh agar memeluk
bahunya. Dia mahu rasa selamat berada di sisi lelaki itu. Dia tidak peduli apa
yang orang nak kata. Yang penting dia rasa selamat.
“Qisha, kenapa ni?”
soal Hadif Fayyadh.
“Pening...” Qisha
Delisa pura-pura sakit. “Boleh kita balik tak?” pintanya.
“Sorry bro... Buah
hati aku pening pula. Lain kali kita makan bersama...”
Hadif Fayyadh dan
Qisha Delisa bangun.
Qisha Delisa rasa
lega apabila melihat Wan Firaz makin jauh darinya.
“Kau rehat la. Nanti
dah sampai rumah, aku kejut kau bangun...” Hadif Fayyadh terus memandu.
Qisha Delisa pula
hanya menurut. Tiba-tiba dia teringat peristiwa lalu bersama Wan Firaz.
Kenapa
malang sangat nasib aku. Kalau orang penat berlari sebab kena kejar oleh
anjing. Aku pula penat press motor sebab kena kejar anjing. Jalan berbukit pula
tu.
“Arrrghhh!”
Qisha Delia terjerit melihat anjing yang berlari macam tak cukup tanah.
Kalau seekor, aku rasa selamat lagi tapi ini tiga ekor! Duk main kuchi kuchi ho
ta ai dengan aku! Mak ai! Nak gugur jantung aku macam ni.
Tiba-tiba
seorang lelaki mencampak makanan ke arah anjing tersebut. Secara automatik tiga
ekor anjing itu berhenti mengejarnya.
“Kalau
la penyelamat aku. Terima kasih.” Qisha Delisa rasa selamat. Dia hentikan
motornya. Hati aku dah berbunga tengok mamat tu tapi macam kenal...
“Abang
Wan?” Hatinya terkejut. Kenapa dia sesat kat sini? Aku tak nak jumpa dia.
“Qisha
Delisa!” suara garau itu mula kedengaran. “Miss Delicious ku...”
Alamak!
mamat ni dah seru nama aku. Siap nama tambahan yang sedap-sedap dia letak. Kata
dia sebab nama aku Delisa hampir bunyi macam delicious. Dia ingat aku ni
makanan yang sedap ke?
“Miss
Delicious...” serunya lagi.
Lari!
Qisha Delisa press motor dengan tahap maksima. Lelaki ini lebih menakutkan
berbanding anjing tu. Anjing tengok dia pun takut. Apatah lagi aku....
Pantas
Wan Firaz memintas dengan motornya.
“Wei!
Nak mati ke?” marah Qisha Delisa. Nasib baik dia sempat brek.
“Kalau
Qisha yang langgar abang, abang tak kisah! Abang rela.”
“Gila
ke?”
“Qisha,
kenapa Qisha macam tak suka abang? Abang ada buat salah pada Qisha ke?” Wan
Firaz ingin tahu sebab Qisha Delisa mengelak dirinya darinya.
“Sebab
abang Wan ni menakutkan Qisha.”
“Takut
macam mana?”
“Asyik
panggil Qisha ni delicious je. Dah macam penjenayah muka abang tu...” jujur
Qisha Delisa.
“Sampai
hati Qisha kata muka abang yang kacak ni macam penjenayah.”
“Suka
hati lah!”
“Miss
Delicious....” Suara itu terngiang di telinganya berkali-kali.
“Tidak!”
Qisha Tersedar dari ingatannya. Ingat pun dia sudah rasa takut.
“Qisha,
kau okey ke ni?” TerkejutHadif Fayyadh apabila mendengar jeritan Qisha
Delisa. Tiba-tiba sahaja menjerit.
“Aku okey. Sorry...”
Mereka berdua kembali
sunyi. Pemanduan diteruskan.
P/s : mulanya nak buat Qisha ni nak balas dendam pada Wan Firaz tapi macam tak jadi...sebab ada kawan macam qaseh....last2 Wan Firaz yang menwujudkan perasaan dendam hatinya...tunggu bab seterusnya....