Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 10 - Part 2

Sebaik sahaja Qisha Delisa menghilang ke bilik air, Hadif Fayyadh termenung. Dia teringat kata-kata Qisha Delisa.

“Aku setuju dengan game love kau!”

“Setuju?! Betul ni? Baguslah!”

“Tapi ada satu syarat!”

“Apa dia?”

“Aku tak nak si Wan Firaz tu ganggu hidup aku bila kita kahwin.”

Ketika itu muka Qisha serius sangat. Dia tak nak si Wan Firaz tu ganggu hidup dia? Macam Qisha benci pada mamat tu je. Ish! Pening aku fikir. Tai aku tengok si mamat tu banyak kali kacau Qisha.

Teringat pula muka serius Qisha Delisa semalam.

“Apa yang mereka bualkan....?” Hadif Fayyadh tertanya-tanya.

“Apa yang boleh aku buat supaya si Wan Firaz tu tak kacau hidup Qisha. Apa kata aku tengok telefon dia dulu...”

Hadif Fayyadh bangun dan mencapai telefon bimbit Qisha Delisa.

“Ada 10 misscall. Siapa ya?” Hadif Fayyadh tidak sabar mahu tahu siapa...

“Wan Firaz? Gangguan panggilan.” Dia cuba berfikir untuk mengatasi ganguan ini. Tiba-tiba telefon bimbit Qisha berbunyi.

Ting... Tong...

Ada mesej yang masuk.

“Wan Firaz? Mamat ni lagi. Jemu dah aku sebut nama penuh kau ni!” geramnya.

Dia membuka mesej tersebut.

Selamat pagi sayang... Suami kesayangan kau dah ceraikan kau ke? Dia mesti marah pada kau kan? Jangan risau, abang ada di sisi sayang... Muah! –Wan Firaz-

Menggeletar tangan Hadif Fayyadh kerana menahan marah membaca mesej yang dia rasa tak sepatutnya di hantar pada isterinya.

“Cerai? Mamat ni dah melampau ni....”

Hadif Fayyadh berfikir sejenak.

“Apa aku nak buat ye? Tukar nombor telefon? Okey gak... Game Love pertama dah jumpa...” Dia menarik nafas lega.

“Hadif! Hadif!” panggil Qisha Delisa dari bilik air.

“Kenapa Qisha?” Dia rasa pelik sebab tiba-tiba Qisha Delisa memanggilnya. Segera dia meletakkan telefon bimbit itu ke tempat asal.

“Boleh minta tolong tak?” Qisha Delisa gelabah sendirian dalam bilik air.

“Minta tolong apa? Mandikan Qisha ke?” usik Hadif Fayyadh. Dia lupa seketika mengenai mesej tersebut.

“Bukan!”

“So, what?”

“Tolong ambilkan tuala. Lupa nak ambil tadi...” perlahan suara Qisha Delisa. Salahnya juga, sebab terburu-buru masuk bilik air tanpa mengambil tuala.

“Kat mana? Dalam beg tepi almari ni ke?” matanya melihat sekeliling bilik.

“Ya! Ya!”

“Okey kejap!”

“Ambil baju sekali tau...”

“Okey!”

Beberapa seketika.

“Qisha buka pintu ni!” Hadif Fayyadh mengetuk pintu bilik air.

Qisha Delisa membuka pintu dan mengeluarkan tangannya. “Mana?” Tangannya tercari-cari pakaiannya dan tuala.

Sengaja Hadif Fayyadh memdekati mukanya di tangan Qisha Delisa lalu menggigit jari itu.

“Hadif!” Qisha Delisa terkejut. Dia menarik tangannya kembali dan menunjukkan mukanya sedikit.

“Hadif, kenapa ni? Sakit tau!”

“Itu balasan untuk orang cubit pipi suaminya di pagi hari. Bukan cubitan manja tapi cubitan sakit...” geram Hadif Fayyadh.

“Okey! Okey! Sorry! Sekarang bagi baju tu. Nanti saya selsema, awak kena bertanggungjawab...” ugut Qisha Delisa.

“Okey! Okey!” giliran Hadif Fayyadh pula mengalah. Segera dia berikan pakaian dan tuala tersebut.

Hadif Fayyadh tunggu Qisha keluar dari bilik air. Jam menunjukkan 6.30 pagi. Aku tak mandi-mandi lagi ni. Cepatlah Qisha. Sembahyang subuh belum lagi.

Qisha Delisa pun keluar.

Pantas Hadif Fayyadh masuk ke bilik air.

Qisha Delisa rasa pelik. Dia tengok atas katil.

“Hadif!” jeritnya. Habis anak-anak aku bertaburan atas katil. Buat malu je! Geram Qisha Delisa. Dia mengutip satu persatu masuk ke dalam beg pakaiannya. Dengan pantas dia memakai dengan lebih sempurna.

Hadif Fayyadh sudah siap mandi.

“Tak nak sembahyang subuh ke?” Hadif Fayyadh bersuara. Dia sudah lengkap memakai baju melayu dan kain pelekat.

“Qisha...” Qisha Delisa serba salah. Sejak ibu meninggal dunia, dia tidak pernah solat kerana terlalu marah dengan dugaan yang Allah jatuhkan ke atasnya. Rasa bersalah pula.

“Marilah. Pintu taubat sentiasa Allah buka untuk hamba-hambanya yang bersungguh-sungguh mahu berubah. Marilah!” pujuk Hadif Fayyadh. Lembut. Dia pun baru berubah. Dia mahu Qisha Delisa turut sama berubah.

“Tapi...”

“Tak ada telekung?”

Qisha Delisa angguk kepala.

“Ada dalam almari tu. Istimewa untuk Qisha Delisa.” Hadif Fayyadh tersenyum.

“Tunggu Qisha!” Qisha Delisa berlari ke bilik air untuk mengambil wuduk. Qaseh ajaknya banyak kali, ditolaknya tetapi Hadif Fayyadh ajaknya sekali, hatinya terus terbuka.

Qisha Delisa menghayati bacaan Hadif Fayyadh. Walaupun itu ayat mudah dan pendek, ia tetap mendamaikan hati Qisha Delisa apabila mendengarnya.

“Tak nak salam ke?” kata Hadif Fayyadh yang sedang merenung Qisha Delisa yang sedang termenung atas sejadah. Selepas aminkan doa, begitulah muka Qisha Delisa.

“Boleh gak...” lantas Qisha Delisa mencapai tangan Hadif Fayyadh dan menciumnya.

Tangan Hadif Fayyadh pula mengusap kepala tersebut. Perlahan mulutnya rapat di telinga Qisha Delisa lalu berbisik.

“Maaf sebab sepahkan pakaian sayang tadi...”

Terbeliak mata Qisha Delisa. Serentak dia menolak tubuh Hadif Fayyadh.

“Padam muka!” Qisha Delisa melipat telekung lalu bersiap untuk dapur. Jam pun sudah menunjukkan angka tujuh.

“Tudung?” Hadif Fayyadh bertanya.

“Ada. Tudung sarung je...” Qisha Delisa tersengih. Dia terus keluar.

Hadif Fayyadh sempat membalas senyuman isterinya. Sebaik sahaja Qisha Delisa menghilang, senyuman dia turut hilang.

Lepas sarapan, kami akan bincang soal game love. Harap Qisha setuju apa yang telah aku rancang. Dia menuju ke meja kerjanya. Dia menaip sesuatu.

“Hadif, jom makan!” Qisha Delisa muncul 15 minit kemudian.

“Kejap nak print ni...”

“Print apa?”

Hadif Fayyadh hanya diam.

Qisha Delisa memandang kertas yang sudah di cetak... Game love... Hatinya berdebar.

Hadif Fayyadh simpan kertas tersebut dalam laci.

“Okey! Joma!” Dia menarik tangan Qisha Delisa.

*****

Kehilangan Dato Darwish menjadi tanda tanya. Mujur ada seorang pekerjanya terjumpa Dato Darwish. Segera dihantar ke hospital.

“Siapa yang buat abang macam ni?” soal Datin Farhana. Mujur suaminya selamat.

“Abang pun tak tahu... Qisha dah kahwin ke?” soal Dato Darwish. Rasa terkilan sebab tak dapat jalankan tanggungjawab seorang ayah. Mesti Qisha sedih.

“Kahwin? Saya tak tahu pun anak abang tu nak kahwin? Dengan siapa?”

“Dengan anak Dato Malik, Hadif.”

“What? Bukan ke si Hadif tu bercinta dengan Farisya?” soal Datin Farhana.

“Mana saya tahu. Dahlah! Saya nak berehat.” Dato Darwish terus berbaring dan terlelap.

Datin Farhana tidak berpuas hati. Dia sudah berjaya menyingkirkan Qizaha tetapi si Qisha ni muncul semula. Tiga tahun dia tenang tanpa gangguan.

“Mesti Farisya sedih...”

Datin Farhana segera menghubungi Farisya tetapi tiada sebarang jawapan. Biarlah dulu...


p/s: Tak kan datin Farhana ni pun nak jadi jahat macam anak dia??hmmm nanti bosan juga mesti ada mak datin yang jahat....hmmm nanti cik penulis cuba buat kelainan...insya allah...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.