Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
901,756
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 17 ; Tasya menyatakan kebimbangannya

Bab 17

Tasya menyatakan kebimbangannya

Esoknya… hari Sabtu adalah hari berjimba-jimba dengan Tasya.. kali ini lokasi Jimba-jimba telah diubah… ke KLCC. Selepas menonton wayang seperti biasa, mereka memilih untuk duduk dan makan di Restoran Kelantan Delight.. Kali ini Hani membelanjakan Tasya makan…. Sambil mereka makan, mereka berbual-berbual ;

“Tasya… tak sangka betul.. memang tepat sangkaan aku.. rupanya ada orang dalam menjadi dalang dalam setiap transaksi kewangan” Hani membuka bicara.

“Iya.. siapa?”

“Encik Hasdi…. Pengurus besar kewangan syarikat” kata Hani perlahan… dia menoleh ke kiri dan ke kanan… takut siapa-siapa pekerja syarikat ada berhampiran”

“Yeke… kau teruskan penyiasatan?”

“Iya… buka itu sahaja.. aku minta tolong kawan aku seorang penyiasat persendirian untuk mengetahui siapa yang bersekongkol dengan Hasdi,”

“Engkau ni benar-benar serius hendak membongkar kes ini. Bahaya…”

“Memang bahawa… tapi takkan hendak menyiasat separuh jalan. Kau pun tahukan… aku ini sukakan cabaran. Lagipun takkan aku hendak biarkan si Hasdi terus menerus menelan duit syarikat.. bayangkan dalam masa sebulan hampir 20,000 dia makan.. setahun? 8 tahun? Mahu berjuta.”

“Kau taknak lapor Polis?”

“Polis? Aku tengah kumpulkan bukti… bukti cukup.. baru aku laporkan kepada Polis. Sebab itu aku buat kerja sesenyap yang boleh. Bila tiba masanya… skandal ini akan terbongkar bila Hasdi ditangkap. Kau tahu, aku sudah berjaya masuk kumpulan tender dia. Jadi senangnya aku untuk mengakses dokumen kewangan dan menyiasat siapa lagi yang terlibat”

“Iya… entahlah… aku bimbang dengan keselamatan kau.”

“Aku ok sahaja,,, relaks sahaja ok” kata Hani selamba.

“Ok.. berhati-hatilah.”

“Aku lihat engkau ini semakin lama semakin berserilah.. kenapa?” Tasya tersenyum…

“Aku dah ada orang baru” Hani terbeliak..

“Betul ker? Dah berapa lama?”

“Baru 6 minggu.. sejak dua menjak aku rasa tidak sihat. Loya pening… aku jumpa Doktor kelmarin. Dia kata aku sudah hamil 6 minggu.”

“Suami engkau dah tahu?”

“Belum.. aku hendak beri kejutan.. tapi aku bimbanglah.”

“Bimbang apa?”

“Anak aku semua dekat-dekat… kau tahulah kos susu, kos lampin… anak aku yang kecil dua orang inipun sudah dekat 500 ratus. Gaji laki aku sebagai kerani itupun berapa sen sangat.. 1500 sebulan… campur OT dapatlah dekat 2,000. Kalau bertambah anak lagi… kos makin meningkat. Pada masa yang sama… laki aku hendak menyewa rumah di luar.. katanya tiba masanya aku keluar dari rumah emak aku. Kita hidup sendiri pula.”

“Tasya… setiap anak yang lahir ada rezekinya. Kau jangan risau… Allah akan membantu kau.”

“Entahlah,”

“Tapi kau muda-muda sudah anak berderet.. besok kau juga yang senang. Boleh tutup kilang awal. Anak kau sudah kerja… anak aku entah-entah masih sekolah rendah lagi” mereka ketawa.

“Kau takde pakwe ker?” Hani mengelengkan kepala.

“Dato Z?”

“Tolong sikit. Kahwin dengan Dato? Oh plis. Dato gatal.. dasar mata keranjang” Tasya ketawa.

“Hahahahahahaha… kau dah kerja.. tunggu apa lagi”

“Nantilah dulu… aku baru kerja.. aku hendak bantu keluarga aku. Ayah aku siang malam bekerja. Lagipun adik-adik aku masih bersekolah lagi. lagi 3-4 tahun bila keluarga aku dah steady sedikit,…. Barulah aku fikir pasal hendak kahwin” kata Hani jujur.

“Yelah… betul juga kata kau tu” Hani menoleh ke luar restoran… beliau nampak kelibat beliau kenal. Hani memandang kepada Tasya semula ;

“Alamak… apa pulak dia buat dekat sini” kata Hani kepada Tasya.

“Asal kau ni?”

“Dia ada dekat sini” kata Hani.

“Dia? Siapa? Dato Z?” Tasya memandang ke luar restoran.

“Bukan…. Si Aisy dengan Encik Hasdi”

“Ha? Encik Hasdi? Yang mana satu?” Tasya menjenguk di luar semula..

“Baju kotak-kotak.. aweknya yang pakai baju macam singlet tu” Tasya mencari.

“Oh! Hensem juga Encik Hasdi… aweknya cun”

“Kau pandang aku sekarang takut Aisy perasaan aku disini” pinta Hani… Tasya menoleh semula kea rah Hani.

“Aisy ini tak silap aku perempuan gedik yang cuba mengurat Dato Z kan” Hani mengangguk.

“Alamak Hani… dia masuk ke dalam restoran inilah” Aduh! Bala-bala

“Buat tak tahu jer… buat normal” tapi malangnya Aisy dan Encik Hasdi lalu di meja mereka berdua.

“Eh! Hani… berjumpa lak kita disini” Hasdi menegur Hani… Hani menoleh dan bangun.. kelihatan Aisya memeluk tangan Hasdi.. geli!

“Eh! Encik Hasdi… tak sangka pula jumpa disini. Saya jejlan dengan kawan baik saya… Tasya”

“Darling… jom kita duduk… penatlah” manja Aisy.. gedik!

“Oh ! oklah… saya hendak duduk dulu. Enjoy your meal” katanya dan berlalu pergi.

“Jom balik”

“Aik… dah hendak balik”

“Sakit mata aku tengok perempuan gedik tu. jomlah”

“Tak jadilah hendak window shopping?”

“Kita pergi Sogo jer”

“Ikut engkaulah… jom” kami ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.