Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
912,028
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 41 ; Dato Seri berang

Bab 41

Dato Seri Zainal berang

3 hari selepas pendedahan penyelewangan oleh Hani… Dato Z memanggil Hani di pejabat.

“Hani.. hari ini ayah saya ada di pejabat… mari kita pergi jumpa ayah dan dedahkan hal ini pula” Dato Z menjelaskan tujuannya memanggil Hani.

“Rasa-rasa ayah Dato terima penjelasan kita?” tanya Hani.

“Kita Doakan agar ayah mendengarnya.. mari kita pergi sekarang” Hani mengangguk dan mengikut Dato Z ke bilik ayahnya.. selepas duduk di hadapan Dato Zainal ;

“Apa kehe kamu hendak jumpa ayah beria sangat ini? Ada masalah ke tentang projek kita ke?” tanya Dato Seri Zainal serius.

“Ayah…. Kita ada satu masalah yang besar sedang melanda syarikat kita ayah” Dato Z menceritakan penemuan Hani…

“Kamu jangan hendak buat cerita Hani. Hasdi itu anak saudara saya… takkanlah dia sanggup menipu. Mana buktinya?” tanya Dato Seri tidak percaya.

“Ini buktinya ayah” Dato Z memberikan dokumen yang Hani sediakan dan telah diselidiki olehnya Dato dahulu.

“Saya pada mulanya saya tidak percaya ayah. Tetapi selepas saya melihat semua dokumen ini dan juga pengakuan Pak Mat. Barulah saya percaya” Dato Seri memandang Dato.

“Maksud kamu.. Pak Mat juga terlibat?” Dato Zainal inginkan kepastian. Pak Mat merupakan orang paling dipercayai Dato Seri Zainal.

“Ia ayah.. beliau telah dipaksa oleh Hasdi. Disebabkan beliau tidak tahan lagi untuk bersekongkol dengan Hasdi.. beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan dan bekerja dengan syarikat lain” terang Dato Z.

“Patutlah… ayahpun hairan.. kenapa Pak Mat berhenti dan bekerja dengan syarikat sekuriti. Sedangkan gaji dia di syarikat ini besar… 3 ribu sebulan.. di sana di hanya dapat 1,500 sahaja. Ada hal lain rupanya….”

“Dan Pak Mat pulangkan kembali wang syarikat yang diambilnya lebih kurang 80 ribu ringgit kepada saya. salinan penyata bank ada saya lampirkan dalam dokumen tersebut” sampuk Hani. Dato mengambil cermin matanya di poket dan mula membaca dokumen yang Hani sediakan. Dato Z dan Hani menunggu dengan sabar Dato Seri membacanya… hampir setengah jam Dato Seri membaca dokumen tersebut ;

“Ok…. Berdasarkan dokumen ini terbukti memang betul Hasdi mengambil wang kita…. tak guna punya anak sedara. 8 juta dia makan duit syarikat. Zaffran!! Selama ini engkau tidak selidik dahulu sebelum menandatanganinya ke?” muka Dato Seri mula keruh menandakan dia dalam keadaan marah.

“Maafkan saya ayah.. saya percaya 100% apa yang Hasdi buat. Maka saya tidak memeriksanya betul-betul.”

“Apa hendak jadi dengan kamu ini? Tapi betul juga kata kamu. Hasdi banyak beri kita projek… banyak beri kita keuntungan. Maka kita dibutakan dengan kebaikkannya. Hasdi-hasdi… sanggup kau tikam aku dari belakang” Dato Seri mengelengkan kepala.

“Hani!! Panggil budak itu sekarang!!!” perintah Dato Seri… Hani tidak bersetuju…

“Dato…. Adalah lebih baik kita lapor kepada Polis senyap-senyap. Buktinya kita sudah ada. Cuma tinggal menangkap sahaja. Lagipun Hasdi ada hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.. saya takut jika saya, Dato dan keluarga Dato diapa-apakan.”

“Apa!!! Kongsi gelap… sejak bila dia jadi samseng???” bentak Dato. Hani memberi satu sampul surat kepada Dato Seri.

“Dalam surat itu ada gambar-gambar rakan sekongkol Hasdi dan juga gambar yang menunjukkan hubungan Hasdi dengan kumpulan kongsi gelap” kata Hani.. Dato melihat semua gambar yang ada di dalam sampul. Habis diseranahnya pekerja pejabat yang dia kenal bersengkongkol dengan Hasdi…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.