Episod 5
20 minit kemudian Pak
Mustarjo, seorang pembantu, anak Imam dan juga Siak sampai di rumah ayah Aqish.
Mereka berbincang di luar laman rumah ;
“Macamana Imam?” tanya
tok siak.
“Aku, anak aku, Bilal
dan ayah Aqish ke rumah arwah Tok Aki. Kamu Mustarjo serta siak dan juga
pembantu kamu tolong jaga Zainol. Dari tadi Zainol ini tidur mati. Aku takut
budak itu telah pergi ke alam sana. Alam syaitan” Pak Mustarjo mengangguk. Imam
dan kumpulannya berlalu ke rumah arwah Tok Aki. Sampai di halaman rumah,
keadaan gelap gelita. Sunyi dan sepi. Ayah Aqish mula berasa cuak ;
“Tok. Sunyi sangat
rumah ni? Si Amir ada ke dalam rumah ini? Saya balik ke rumah boleh Imam? Seriau
saya ni.”
“Apalah kamu ni?
Penakut bebenau. Tadi pergi dapurpun rumah kamu aku yang meneman. Kamu jangan
takut. Imam ada. Kalau kamu takut… Akupun takut sekali” kata Bilal pula. Bilal
memandang ke kiri dan kanan. Imam hanya tersenyum.
“Baca apa yang patut
Bilal. Wagiman. Baca Ayatul Kursi. Insya Allah selamat” Imam mengangkat tangan
dan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Setelah selesai
Imam mengaminkan dan menyapu mukanya.
“Jom kita masuk” ajak
Imam. Imam bergerak masuk ke dalam rumah.
“Gelap Imam” kata ayah
Aqish. Imam mengambil telefon bimbitnya dan membuka lampu yang ada.
“Mari” Imam berjalan
menuju ke muka pintu. Sampai di muka pintu. Imam mennyuluh ke ruang tamu. Amir
sedang duduk bersimpuh di tengah laman sambil memakai topeng barongan merah.
Matanya terpejam…
“Assalaimualaikum Amir”
Imam memberi salam. Amir membuka matanya. Merah menyala mata Amir.
“Aku bukan Amir! Aku
barongan! Kau hendak apa!” deram Amir.
“Aku hendak kau keluar
daripada badan budak ini. Kau tidak layak mengganggunya. Dia bukan tuan kau.
Tuan kau sudah mati” tegas Imam.
“Walaupun tuan aku
sudah mati. Tapi aku tetap hidup 100 tahun lagi. Hahahahahahahahahaha” Amir
berdiri. Kemudian dia membuka bunga
silat ;
“Ah sudah. Hantu ini
bersilat pula” sampuk Bilal.
“Kita hendak bersilat
juga ke? Saya sudah lama tidak bersilat Imam. Bunga-bunga silatpun saya lupa
Imam” sampuk ayah Aqish.
“Saya akan bersilat
dengannya” Anas anak Imam menawarkan dirinya.
“Lupa... Kamu dulu
bekas wakil daerah dalam pertandingan silat dulukan. Nasib baik ada kamu.”
“Kamu boleh Anas?”
tanya Imam kepada anaknya.
“Insya Allah ayah.”
“Ingat. Yakinlah kepada
Allah. Bila kamu dapat kunci pergerakannya. Ayah akan segera buang barongan
yang menumpang di dalam badan Amir.” Anas menangguk dan menanggalkan serban di
atas kepalanya lalu masuk ke ruang tamu.
“Ini amaran terakhir
saya. Saya mahu kamu keluar daripada badan anak muda ini secara baik” Amir
merengus.
“Hahahahahahahaha.
Marilah bertarung denganku anak muda” barongan yang berada di dalam Amir tidak
mahu menyelesaikan secara baik.
“Baiklah” Anas membuka
bunga silatnya. Begitu juga dengan Amir. Jika Anas membuka langkah silat
gayung, Amir membuka langkah silat jawa. Amir menerpa…
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Setelah Imam dan
kumpulannya berlalu ke arah rumah arwah Tok Aki, Pak Mustarjo serta anaknya dan
siak naik ke atas rumah. Mereka duduk di ruang tamu di mana Zainol tidur dengan
lenanya. Pak Mustarjo cuba mengoncang bahu Zainol, tetapi tiada reaksi. Pak
Mustarjo merasa pergelangan tangan Zainol… ada nadinya lagi. tetapi bergerak
sangat laju.
“Hidup lagi ke budak ni
wak?” tanya Siak.
“Hidup lagi. Tetapi
nadinya laju. Aku rasa budak ini sudah masuk ke alam lain” jawab Pak Mustarjo.
“Alam lain tu, alam
barzakh ke Wak?” sampuk pembantu Pak Mustarjo.
“Hish kamu ni Iwan!
Bukanlah! Alam lain maksudnya budak ini telah masuk ke alam ghaib.”
“Apa kita hendak buat
Pak Mustarjo”
“Mari kita bacakan
Yassin. Ilmu aku tak setinggi Imam. Kita cuba sedarkan dia” mereka mengangguk
bersetuju. Pak Mustarjo meminta Surah Yassin kepada emak Aqish. Mereka mengambil
air sembahyang dan terus membaca Yassin. Baru ayat yang ke 8, Zainol mendadak
bangun. Ini menyebabkan kaum perempuan yang duduk di sofa terperanjat. Mereka
berhenti membaca Yassin dan memegang Zainol. Zainol meronta-ronta, akhirnya
pegangan mereka bertiga dapat dileraikan. Zainol berlari menuju ke tingkap dan
melompat. Pak Mustarjo dan yang lainnya cuba mengejar. Zainol berlari ke arah jalan
raya.
“Kau kejar Iwan. Aku
tak larat” kata Pak Mustarjo termengah-mengah. Kudaratnya tidak sebaik Iwan.
Iwan terus mengejar Zainol.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Pertarungan berlangsung
sengit. Kedua-dua belah pihak sering menyerang dan bertahan. Pada satu ketika
Amir berjaya menewaskan Anas… Tetapi Anas segera bangkit dan melawan balik.
Akhirnya, apabila Anas berjaya membaca Surah Yassin sehingga habis. Anas
menghembus ke arah muka Amir. Amir terjelepok jatuh… Di kesempatan ini Anas
mengambil peluang untuk mengunci pergerakan Amir ;
“Cepat walid!” Imam dan
yang lainnya segera mendapatkan Amir yang semakin kuat meronta untuk melepaskan
diri.
“Kamu Wagiman dan Bilal
pegang kaki dia” arahan itu dituruti segera Bilal dan ayah Aqish. Imam segera
memegang ibu jari Amir dan membaca sesuatu. Apabila habis sahaja Imam Baba
membaca, Amir tidak lagi kuat meronta.
“Aku sudah kata, jangan
ganggu budak ini. Kenapa kau degil?”
“Dia tuan aku!”
“Dia bukan tuan kau!
Tuan kau dah mati! Aku mahu kau keluar sekarang!”
“Hahahahahahahahahahaha”
Amir ketawa. Ketawanya garau. Imam memicit ibu jari Amir dengan lebih kuat.
“Aduh
sakitttttttttttttttt” raung Amir.
“Kau hendak keluar atau
tidak?” tegas Imam.
“Aku takkan keluar!”
“Baiklah” Imam
mengambil segenggam garam. Dibacanya sesuatu. Kemudian dilemparkan kepada tubuh
badan Amir.
“Aduhhhhhhhhhhhhh! Aku terbakar!
Sakit!” raung Amir. Dia meronta dengan kuat. Kemudian Imam mengeluarkan badik
kecil dari poket seluarnya. Dia menunjukkan badik itu kepada Amir.
“Engkau ingat badik ini
lagi barongan?” berubah air muka Amir apabila melihat badik tersebut.
“Tolong. Tolong jangan
bunuh aku!” rayu Amir.
“Aku akan bunuh kau
jika kau tidak mahu keluar daripada tubuh budak ini. Aku mahu kau keluar dan
masuk ke dalam bekas ini” Imam menunjukkan botol kaca bekas minuman yang
dibawa.
“Tolong. Tolong. Jangan
bunuh aku. Jangan bunuh aku menggunakan badik milik wali Allah itu. Baik. Aku
keluar. Bantulah aku keluar” Imam Bab mengangguk.. kemudian mulutnya
terkumat-kamit membaca sesuatu. Tangan kanannya melurut dari ibi jari hingga
membawa ke dada seterusnya ke mulut. Sebaik sahaja sampai di mulut Amir, asap
hitam keluar dan Imam memegangnya lantas dimasukkan ke dalam botol kaca.yang
ditutup dengan kain. Imam lekas membalutnya setelah botol ditutup. Amir batuk.
Matanya tidak lagi memerah. Wajahnya mempamerkan kehairanan apabila melihat
Imam dan yang lain mengelilinginya.
“Saya kena rasuk ke
Imam?”
“Iya. Alhamdulillah
kamu telah pulih. Berehatlah” Imam bangun.
“Aku hendak ke rumah
kamu Wagiman. Hendak lihat keadaan di sana pula. Kalau ada apa-apa, kamu jangan
bimbang. Anak aku ada” mereka bertiga mengangguk. Imam keluar rumah menuju
rumah ayah Aqish.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Sampai di rumah ayah Aqish,
Imam diberitahu oleh Khadeeja apa yang berlaku terhadap Zainol. Imam lantas
menelefon Pak Mustarjo. Kata Pak Mustarjo Zainol berada di laman rumahnya. Imam
Baba bergegas ke rumah pak Mustarjo. Sampai di sana Imam Baba terkejut apabila
melihat Zainol memanjat ketapang yang menjulang tinggi.
“Macam mana ni Imam?
Kita nak kena panjat juga ke?”
“Tak silap aku, tanah
kamu duduk ini dulu hak milik Tok Aki ye?”
“Iya Imam. Saya beli
sebaik sahaja Tok Aki meninggal. Kenapa?”
“Masya Allah. Inilah tempat
tinggalnya selama ini.”
“Jadi kita hendak buat
apa Imam?” tanya pembantu Wak Mustarjo. Imam mengambil sebungkus garam. Beliau
membaca sesuatu kemudian menaburkan beberapa genggam garam di sekeliling pokok
ketapang tersebut.
“Apa kau buat itu Imam!
Kau musnahkan rumah aku!” Zainol melompat dari atas dahan pokok ketapang yang
menjulang tinggi ke bawah tanah. Pak Mustarjo dan pembantunya terkejut apabila
melihat tidak ada apa kecederaan dialami oleh Zainol. Zainol menerkam Imam dan
Imam menepisnya lalu dikeluarkan badik. Zainol menjauh ;
“Mana kau dapat badik
tu?” kata Zainol terketar-ketar.
“Dari arwah Imam Deli.
Dia bapa saudaraku.”
“Apa! Kau menjauh dari
aku!”
“Kalau tadi adalah
barongan. Kau siapa pula” tanya Imam.
“Aku semangat kuda
kepang. Aku penghuni pokok ini. Dulu tuan aku adalah Tok Aki.”
“Kenapa kamu ganggu
budak ini?”
“Barongan kata, budak
ini tuan aku.”
“Barongan telah aku
masuk ke dalam botol” Imam menayangkan botol kaca yang berisi asap hitam. Itulah
barongan.
“Kau berjaya
menangkapnya?”
“Kalau kamu tidak mahu
mati di tangan badik milik wali Allah ini. Silakan masuk ke dalam botol” Amir
menunduk.
“Baiklah” serta merta
Amir duduk seperti bertapa. Seketika kemudian dia jatuh terbaring. Imam membuka
botol dan asap hitam masuk ke dalam botol. Imam segera menutup botol dan
membaca sesuatu. Kemudian dia memandang Pak Mustarjo dan pembantunya.
“Angkat budak ini ke
rumah Wagiman.”