Bab
4
Johana
keluar dari tempat kerjanya pada pukul 6.30 petang. Disebabkan Johana lambat
datang ke pejabat… maka dia terpaksa memakirkan keretanya di parkir lorong
belakang. Tangannya mengapit beg plastik yang berisi roti garlic dan juga sup
cendawan hasil buatan tangannya bersama Amira. Johana bernyanyi kecil lagu
kesukaan menhitung hari dendangan Kris Dayanti. Suaranya saja
dilembut-lembutkan. Jalan agak sunyi maklumlah ramai yang sudah pulang ke
rumah. Apabila Johana ingin membelok ke lorong di mana keretanya dipakir.
Johana telah ditahan oleh 2 orang pemuda;
“Opsss…
nanti dulu” Johana rasa bahawa pemuda 2 orang ini tidak ada niat yang tidak
baik. Dia segera berlari ke belakang tetapi 2 orang lagi dari arah belakang dan
memegangnya. Mereka mengheret Johana ke dinding. Johana cuba meronta-ronta.
Tetapi pegangan mereka sangat kuat malah siap menutup mulut Johana supaya tidak
bersuara.
“Bagi
semua duit kau!!” kata salah seorang pemuda yang berambut botak. Dia segera
mengambil dompet Johana di poket belakang.
“Kunci
mana? Kunci!!!” Johana tidak dapat berbuat apa-apa. Dia serahkan kuncinya yang terdapat di dalam seluarnya.
Setelah Johana memberi kunci... tekupan di mulut Johana dilepaskan.
“Woi!
Merompak siang-siang hari dengan geng memang bukan anak jantanlah!” herdik
Johana. Si botak tersebut memandang Johana dengan pandangan menyinga.
“Oi!
Kau jangan banyak ceritalah! Dah jom belah. Kau
jangan nak buat apa-apa. Nanti nyawa kau melayang!!!” Si botak
mengacukan pisau yang ada di tangan. Cuba menakut-nakutkan Johana. Kemudian 3
orang yang memegang Johana melepaskan pegangan mereka. Pemuda botak masih lagi
mengacah-acahkan pisau dan mereka berempat mula beredar. Sebaik sahaja mereka
jauh sedikit daripada JOhana. Johana meludah ke tanah
“Puiii!
Sudahlah botak… pendek pula tu. Jantan tak guna” kata-kata Johana itu walaupun
perlahan tetapi didengari oleh pemuda botak tersebut. Telinga panas mendengar
kata-kata Johana dan berpaling kepada Johana.
“Kau
memang nak cari nahas. Apa lagi geng!!! Belasahlah!!!” arah pemuda botak
tersebut kepada kawan-kawannya. Johana kecut perut…
“Tolong!!!
Mak kena bantai!!!” jerit Johana.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Fatihah melihat jam
tangan… sudah menghampiri pukul 5.30 petang. Dia perlu segera sampai di IPK
kerana pada pukul 7 malam dia ada temujanji dengan si lembut Johari. Fatihah
kini berada Jalan Tun Razak. Dia
menunggang motor besar Kawasaki Ninja milik Polis kerana baru selesai
melakukan siasatan mencuri kereta di Jalan yang sama. Nampaknya jalan sudah
mula sesak… Fatihah mengambil keputusan untuk mengikut jalan pintas. Sampai
sahaja berhadapan dengan Hotel Casa… Fatihah lekas membelok mengikut lorong
sebelah kanan. Sebagai anak jati Kuala Lumpur dia tahu selok belok jalan
pintas. Sampainya di satu simpang lorong… Fatihah sempat memandang lorong ke
sebelah tangan dan dilihatnya beberapa orang pemuda seperti sedang bergaduh.
“Aduh!!! Jangan pukul
I. I Minta maaf” teriak seorang pemuda yang memakai baju Chef. Fatihah segera
memberhentikan motornya. Lalu bergegas turun dan menghampiri kekecohan yang
sedang berlaku.
“Jangan bergerak
Polis!!!” teriak Fatihah. Pistolnya dikeluarkan.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Pemuda botak itu
terperanjat apabila mendengar seorang perempuan menjerit polis. Mereka berempat
berhenti menumbuk Johana. Mereka melihat Fatihah sedang mengacukan pistol kea
rah mereka. Apa lagi cabut langkah seribulah mereka. Johana mengerang memegang
perutnya yang sakit ditendang oleh pemuda botak itu tadi.
((((((((((((((((((((((((((((((((
Apabila melihat keempat-empat pemuda itu tadi sudah melarikan diri. Fatihah mendapatkan pemuda
yang terbaring di jalan setelah teruk dikeroyok tadi.
“Encik takde apa-apa?”
tanyanya. Pistol masih kejap di tangan. Manalah tahu yang kena belasah itu tadi
juga merupakan gangster juga yang dibelasah oleh kumpulan lain.
“Auw!!! Minta nyawa…
minta nyawa. Putus nyawa mak” Johana mengaduh. Suara ini seperti pernah di
dengarinya. Fatihah mengamati wajah pemuda… MasyaAllah… inikan Encik Johari.
“Encik Johari” tegur
Fatihah. Pistolnya disimpan semula di pinggang. Johana memandang wajah polis
wanita yang memanggilnya tadi. Dia berasa pelik kerana ada polis yang
mengenalinya. Baru dia perasaan selepas memandang wajah Fatihah.
“Cik Inspektor” balas Johana.
“Kenapa ni? Kena ragut
lagi ker?” tanya Fatihah yang ingin tahu perkara sebenar.
“Ya Cik. Apalah malang
nasib saya ini. Sudahlah semalam kena ragut. Hari ini kena samun pula. Letih
mak. Nasib baik Cik ada tadi… kalau tidak tahulah apa yang terjadi kepada saya”
keluh Johana. Badannya masih sakit lagi.
“Entahlah. Tiba-tiba
tergerak hati saya nak ikut Jalan Short Cut. Tengok ada pergaduhan. Saya ingat
ada pergaduhan kumpulan gangster. Mari saya dudukkan Encik Johari” Johana
mengangguk. Fatihah memegang bahu Johana untuk membantunya bangun dan duduk di
tepi jalan. Johana merasakan satu perasaan yang lain apabila memegang bahu
Fatihah. Harum bau Fatihah menjentik perasaan lelakinya.
“Aduh.. sakitnya”
Johana memegang perutnya. Sakitmya masih lagi tidak tertanggung. Setelah Johana
duduk… Fatihah segera memanggil bantuan. Sementara menunggu bantuan tiba…
Fatihah duduk di sebelah Johana.
“Apa yang mereka
samun?” tanya Fatihah.
“Mereka samun beg duit
dan kunci kereta saya. Tapi kunci saya dapat balik masa bergelut dengan si
botak tu. Tapi beg duit mereka ambil. Habislah saya dokumen penting semua ada
dalam dompet tu” Johana memegang mukanya. Dia berharap mukanya tidak cedera
teruk.
“Itu plastik apa pula
tu?” Fatihah mengambil satu beg plastik. Bekas plastik yang bertaburan jauh
sedikit turut diambilnya. kelihatan kuih supnya telah tumpah.
“Itu ada sedikit roti garlik
dengan sup cendawan pekat. Saya bercadang untuk beri kepada Cik Fatihah sebagai
ucapan terimakasih saya atas bantuan semalam. Tapi dah tak elok. Mungkin sudah
berderai… Maklumlah roti france yang telah dibakar” jelas Johana sayu. Fatihah
berasa kasihan apabila melihat reaksi Johana. Dia membuka bekas plastik yang
mengandungi roti itu…
“Elok lagi ni” walaupun
berderai tetapi masih boleh dimakan.
“Jangalah makan. Benda
dah jatuh” Johana menghalang Fatihah memakannya. Fatihah dengan selamba
mengambil satu dan memakannya
“Sedap”
“Tapi”
“Awak sudah bersusah
payah masakkan untuk saya. Takpe… saya ambilnya juga. Awak jangan risau.
Lagipun tak baik bazirkan makanan. Kan benda ini elok lagi. Cuma berderai
sahaja sedikit. Roti garlic awak ini sedaplah” Fatihah mengambil sekeping lagi.
Memang dari tengahari tadi dia tidak sempat makan apa-apa. Sebentar kemudian 2
buah motorsikal polis datang. Fatihah cepat-cepat menutup bekas plastik dan
bangun. Johana tersenyum dengan gelagat Fatihah. Terutama melihat wajah comel
Fatihah meniup biskutnya sebelum memasukkan biskut ke dalam mulutnya. Fatihah!!! Awak comel!!!