Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
912,028
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 11 full ; Berjimba-jimba dengan Tasya

Bab 11

Berjimba-jimba dengan Tasya

Hujung minggu tersebut Hani berjimba-jimba dengan Tasya ( anaknya tidak mengikut… hanya kami berdua.. setiap bulan ada satu hari dimana kami akan keluar berdua sahaja. Dan nasib baiklah suami begitu sporting dan sanggup menjaga anak-anaknya ). Selalunya mereka berdua akan menonton wayang gambar, makan dan membeli belah. Destinasi mereka pada hari itu adalah di Mid Valley.. mereka berdua ke sana dengan menaiki tren komuter. Mula-mula mereka berdua melihat cerita di panggung wayang dahulu, selepas itu barulah makan tengahari di MCD…. Semasa sedang menjamah makanan ;

“Aku tengok kau ni makin berisilah?” kata Hani memulakan bicara.

“Besok.. kau dah mengandung.. dah beranak 2-3 macam aku ni barulah kau tahu. Perempuan kalau sudah beranak.. semua dah naik.. semua dah lari. Inipun puas aku menjaganya” gomel Tasya.

“Iya… entahlah. Lelaki ini kalau tengok bini dia lain sikit mulalah mata keranjang.. terutama yang umur 40 ke atas.”

“Tapi laki aku lain.. dia sayang sangat dengan aku.. walaupun badan aku dah semakin montel” jawapan klise.

“Eh! Apa cerita kau dengan Dato tu?” sambung Tasya.

“Apalah kau ni Tasya… takde benda lain ke hendak tanya. Jiran aku pun tanya perkara yang sama. Satu flat dah tahu perkara yang sama. Ini kak Joyahlah punya mulut ni.. sampai ayah dengan emak aku pun bertanya.. hadoi…”

“Heheheheeheh.. engkau bukan tidak tahu Joyah tu.. memang kepohpun. Lagipun Dato Zaffran itu adalah duda terhangat di pasaran. Ramai artis baru… waima emak-emak janda yang tergila-gilakan dia.”

“Entahlah… sudahlah tu pasal dia. Kau hendak tahu… sekarang ni aku sedang menyiasat ke dalam syarikat dia.”

“Aik.. kenapa dengan syarikat dia?”

“Ada skandal kewangan yang besar… seseorang di dalam mega Group memanipulasikan data-data kewangan” jelas Hani sedikit perlahan.

“Kenapa tidak lapor sahaja ke Polis.. merbahaya kau buat kerja ini.”

“Aku ni menyiasat secara diam.. apabila sudah cukup semua bukti.. baru aku beritahu bos aku.. dan terpulang kepada Dato hendak mengambil tindakan.”

“Tapi” Tasya serba salah…. Beliau tidak mahu kawannya terjebak dalam kancah yang lain pula.

“Kau jangan bimbang… aku buat tanpa meninggalkan jejak. Aku buat secara diam-diam.”

“Kau Yakin?”

“Aku yakin.. aku bandingkan data aku dengan kawan aku Si Razlan…. Memang ada perbezaan harga di antara keduanya.”

“Takkan Dato tidak sedar.”

“Orang yang memanipulasi data kewangan adalah seorang yang berjawatan besar dan pandai dalam kira-kira. Jadi susah hendak kesan,”

“Entahlah.. aku tak tahu pasal konspirasi, manipulasi semua ini. Aku doakan kau berjaya dedahkan siapa dalangnya… dan aku harap kau selamat.”

“Jangan takutlah kawan… kau dah lupa ke aku ni ada tali pinggang hitam silat.”

“Ada silat pun kalau orang tu ada pistol takde guna juga.”

“Hahahahahahaha” mereka terus berbual.. selepas makan.. mereka berdua mengambil keputusan untuk membeli belah. Semasa sedang asyik menelek barang di Jusco.. Hani terlihat kelibat seseorang… eh! Macam kenal.. Hani mengajak Tasya berlindung di sebalik di sebalik pokok..

“Engaku ni apahal tarik-tarik aku ni?” marah Tasya.

“Kau cuba tengok depan kedai jam tangan Guess… baju belang hijau merah.. selalu pendek” Tasya menghulurkan kepalanya melihat apa yang Hani terangkan tadi.

“Dato Z? siapa perempuan seksi tu?” Hani memanjangkan lehernya untuk melihat siapa perempuan di sisi Dato… tidak Hani pernah kenal atau lihat.. tapi perempuan itu memaut dan bermanja dengan Dato Z. geli aku lihat… perempuan murah…

“Jom blah” Tasya menuruti sahaja apabila Hani menarik tangannya.

“Memang betullah Dato Z itu buaya darat.. di pejabat dia tidak tunjukkan.. tapi di luar” gomel Hani marah.

“Haahahahahahaha… biasalah… takkan dia hendak tunjukkan belangnya yang sebenar di hadapan kau.” sokong Tasya.

“Perempuan itu pun tergedik-gedik.. geli aku.. nak muntah.”

“Hahahahahaha.. biasalah tu.. tengah cucuk jarum suruh Dato belikan jam Guess lah tu.”

“Dato-Dato… dari kau beli jam mahal-mahal untuk perempuan mengikis baik kau derma ke anak yatim.. ada juga pahala.. bertambah rezeki.”

“Entahlah.. aku pun kekadang pelik dengan orang orang kaya kat Malaysia ini… berhabis duit untuk benda yang tak pasti.”

“Eh! Dahla.. jomlah balik…. Letih ar” ajak Hani.. lagipun moodnya sudah mati untuk berjalan-jalan

“Jom.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.