Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
912,043
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2 ; temuduga yang hampas

Bab 2

Temuduga yang hampas

Masuk sahaja ke dalam bilik temuduga….. Hani duduk di kerusi yang disediakan. Dihadapannya kini 2 orang ahli panel… seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki itu Hani kenal… itulah dia Dato Zaffran yang artis muda yang baru hendak naik berlumba-lumba hendakkan. Orang persis angkasawan negara… Sheikh Muzaffar… badannya tegap,, ada otot… dan nampak berwibawa ( Hani kenal muka Dato ini kerana Dato Zaffran kerap keluar dalam rancangan hiburan digosipkan dengan artis sana sini ). Beliau hanya berpeluk tubuh dan memandang Hani seperti hendak menelannya... kemudian beliau tersenyum… senyuman yang bisa mencairkan mana-mana gadis. Hani membalas senyumannya. Kemudian penemudaga perempuan yang Hani rasakan seorang anak dara tua bercermin mata berhenti mencatatkan sesuatu dan memandang Hani;

“Nama awak NurHani Edora Bt Osman”

“Ya saya” jawab Hani yakin.

“Saya Cik Hayati Bt Khairul… saya adalah pengurus besar sumber manusia syarikat ini. Salam perkenalan” betullah dia ni anak dara tua…. Nampak macam sudah 40 tapi masih cik.

“Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk ditemuduga di syarikat yang gah ini” kata Hani berbasa basi.

“Ok kita mulakan dengan awak mempekenalkan diri awak dahulu” kata Cik Hayati.. jadi Hani pun mulalah menjual dirinya…. Hani awal-awal lagi sudah berlatih dihadapan cermin semalam. Hani menuturkan kata-kata dengan sopan dan kemas tapi penuh keyakinan. Sebaik sahaja beliau habis memperkenalkan diri Cik Hayati menyanyakan dirinya bertubi-tubi dari kemahiran berbahasa inggeris, pendidikan dan pengalaman. Dato Zaffran tidak menyampuk atau bertanya apa-apa semasa Cik Hayati bertanya…. Dia hanya melihat resume Hani dan sesekali memandang Hani. Setelah hampir 20 minit ditanya oleh Cik Hayati… Cik Hayati memandang Dato Zaffran;

“Ok Dato Z… I rasa sudah cukup I bertanya. Dato ada apa-apa soalan” Dato Zaffran mengangguk dan memandang Hani;

“U memang pakai tudung ker?” nampaknya benarlah kata-kata 2 orang ayun itu tadi…

“Ya.. dari sekolah saya pakai”

“Bukan fesyen?”

“Bukan.. saya pakai kerana tuntutan agama”

“Syarikat ini urban… metro… u tengok saya… urban.. metro. Kalau kamu dapat kerja ini.. boleh tak kamu buka hijab kamu?” wah! Ini sudah melebih…

“Maafkan saya kalau saya ini kurang hajar dengan Dato. Saya rela tidak menerima tawaran kerja dari syarikat Dato jika saya perlu ikut polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita bertudung”

“Kamon Nurhani.. kita sekarang sudah maju.. urban…. Kamu tahukan syarikat ini sudah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. So pekerja-pekerja di syarikat saya perlulah berpersonaliti yang world juga. Sebelum jumpa saya.. mereka akan jumpa awak dulu. Persepsi itu penting Nurhani”

“Baiklah.. jika itu tanggapan Dato.. saya rasa samapi disini sahajalah sahaja, saya tidak sanggup lagi Dato memperlekehkan saya” Hani mengemaskan fail-failnya.. dalam hatinya geram.

“Eh! Sabar dulu Cik Nurhani.. saya belum habis bercakap lagi” kata Dato Zaffran. Hani bangun;

“Saya rasa, saya tidak perlu meneruskan sesi temuduga ini Dato. Saya memang tidak menepati ciri-ciri yang Dato mahukan. Dato mahukan seorang Pembantu peribadi yang seksi, urban, tidak berhijab dan sosial. Saya tidak menepati ciri-ciri tersebut Dato. Jadi saya tidak mahu membuang masa saya. Maafkan saya” Hani mula meninggalkan ruang temuduga… apabila dia membuka pintu… Hani berpaling kepada Dato Zaffran ;

“By the way Dato…. Selepas saya ada dua orang calon yang saya rasakan sesuai untuk Dato. Saya tidak akan gadaikan agama dan maruah saya untuk Dato. Assalaimualaikum” Hani terus keluar dari bilik temuduga. Beliau melepasi 2 orang perempuan seksi yang tergelak-gelakkannya.. Hani bengang ;

“Oi! Kau 2 orang diamlah! Walaupun aku ini tidak dipandang mulia oleh Dato atau korang berua tapi aku berharap aku dipandang mulia di sisi Allah!” lantas meninggalkan bangunan Mega group.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.