Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
899,560
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 30 B ; sinopsis dan skandal Dato
Sinopsis
mengisahkan NorHani Edora atau Hani seorang wanita yang baru menamatkan pengajian di peringkat diploma pengurusan pejabat dari UITM. beliau seorang yang tegas, berpendirian teguh dan tidak segan menegur sesiapa sahaja tetapi agak gila-gila juga. mendapat panggilan temuduga dari syarikat milik Dato Zaffran atau lebih dikenali sebagai Dato Z. Dato Z mempunyai reputasi sebagai seorang yang agak nakal dan buaya darat di media. beliau seorang duda dan baru berusia 40 an dan sering digosipkan dengan artis baru wanita yang meningkat naik.
Semasa sesi temuduga beliau telah berseteru dengan calon temuduga yang cantik, bermekap tebal dan seksi iaitu Aisy. Malah Hani juga telah menimbulkan kekecohan semasa sesi temuduga apabila Dato Z mempertikaikan cara beliau berpakaian. Beliau rasa tidak mempunyai harapan lagi untuk dipanggil bekerja dengan Mega Group akibat perselisihan faham tersebut.
Tetapi seminggu kemudian beliau menerima surat tawaran bekerja dengan Mega Group sebagai pembantu peribadi DAto Z dengan gaji sebanyak 2 ribu ringgit. tapi malangnya semasa melapor diri, Aisy juga turut diterima bekerja disitu.. maka sejak hari pertama pelbagai konflik melanda mereka berdua. selain konflik diantara Hani dengan Dato Z.
Tapi secara tidak sengaja... satu invois yang dijumpai di dalam sebuah fail kewangan yang dijumpai oleh Hani telah merungkai satu konspirasi kewangan yang besar sedang berlaku di Mega Group... Hani menyiasat secara diam-diam untuk mengetahui siapakah dalang dan pihak yang terlibat. penyiasatan ini menyebabkan nyawanya di dalam bahaya......... nak tahu lebih lanjut kena baca ya....hehehehehehe... masih panas.. baru semalam saya siapkan jalan cerita dan plotnya... ilham dari FB rakan saya tq

Petang itu Hani ke rumah Tasya untuk melawat anaknya yang baru keluar daripada hospital semalam. Setelah berpelukan dan bersalaman ;

“Mana anak kau?” tanya Hani apabila melihat Apit tiada di ruang tamu.

“Ada dalam bilik.. tidur.. baru lepas susukan dia. Jomlah masuk” Hani mengikuti Tasya masuk ke dalam biliknya.

“Laki kau?” senyap sahaja rumah ini.

“Macam biasalah… ambil OT” mereka berdua duduk di atas katil. Hani mencium dahi Apitt.

“lena tidur,” Hani mengusap rambut Apit.

“Makan ubat… lenalah tidurnya.”

“Alhamdulillah.. semuanya selamat.”

“Terima kasihlah atas bantuan engkau.. kalau tidak tak tahu aku apa jadi dengan Api.t”

“Ah! Hal kecik je tu. Lagipun aku ada lubang.. aku tolonglah kau.. anak kau hendak segera dibedahkan?”

“Cakap mengenai Dato Zaffran.. glamour kau tengahri tadi. Keluar TV lagi” aku dah agak dah.. ini mesti pasal rancangan Irama.

“Berapa saat je keluar TV… takkan sekejap aku keluar TV aku dah popular. Yang popular adalah Dato Z dan Wiwi. Kau pun tengok rancangan itu?”

“Mestilah tengok. Rancangan kegemaran aku tu… kalau ada kenduri hari ahad.. gamaknya lepas habis rancangan itu baru aku pergi. Dato Z memang buaya darat yek?”

“Memangpun… tapi di pejabat takdelah dia tunjukkan perangai buaya dia tu… di luar sahaja. Hendak muntah aku tengok aksi manja dan tergedik Wiwi.”

“Hahahahahahahahahahaha. Biasalah… Dato Zkan duda yang terhangat di pasaran. Duda.. hensem… banyak duit… siapa yang tidak terpikat.”

“Murahnya maruah wanita sekarang” Hani mengelengkan kepala.

“Mesti malu gila keluarga Wiwi.. yelah… yang mengajak Dato buat perkara tidak senonoh dia. Bukan Dato.. dunia hendak terbalik gamaknya.”

“Entahlah.. malas hendak cakap lebih-lebih.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.