Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
899,538
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 49 full ; makan malam

Bab 49

Mula mengenali hati budi masing-masing

Awal bulan 11 tahun 2013… naik pangkat… tanggungjawabpun semakin bertambah. Hani semakin sibuk dengan tanggungjawab barunya. Tugasnya memerlukan Hani mengikut Dato dan Kak Qismah ke seluruh negara untuk melihat projek Dato. Hani perlu memantau dan membuat bayaran semua belian bahan mentah. Malah beliau juga dipertanggungjawab membantu pengurus besar kewangan memastikan kos projek sentiasa pada paras yang termaktub di dalam perjanjian. Gaji Hani telah dinaikkan kepada 2,500 sebulan… tetapi Hani masih lagi seperti Hani yang dahulu.. tetap bersederhana.

Abangnya pula telah mendapat kerja di Kilang Proton Shah Alam menjadi juruteknik mekanikal. Abangnya menyewa rumah di Shah Alam. Pagi itu Dato Z mesej supaya Hani masuk ke biliknya sebentar ;

“Ada apa Dato?”

“Malam ini jom makan malam bersama?” ajak Dato.

“Malam ini?”

“Iya.. malam ini.”

“Di mana?”

“Mandarin Hotel.. kita rasa masakan cina”

“Ok.. tapi Dato tak payah jemput di flat saya. Dato tahulah mulut jiran-jiran saya”

“OK… tiada masalah.. pukul 9 malam saya tunggu di lobi.”

“Ok.”

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 9.00 malam Hani sampai di lobi Hotel Mandarin, Dato Z segak berpakaian sut sedang menunggunya di situ…

“Assalaimualaikum” Dato Z memberikan salam.

“Waalaikumussalam.”

“Silakan tuan puteri,, cantik awak hari ini” puji Dato. Puji ada makna tu.

“Terima kasih” Hani berjalan beriringan dengan Dato ke restoran. Rupanya Dato sudah menempah sebuah meja yang agak tersorok. Dato menyorongkan kerusi keluar untuk Hani duduk.. kemudian dia pula duduk berhadapan dengan Hani.

“Jadi… my Hani. Awak suka makanan cina?”

“Saya tidak pernah makan Dato.”

“Oh! Awak jangan bimbang.. di sana semuanya halal. I double check. Waiter!” Dato memanggil pelayan. Menu diberikan kepada Hani dan juga Dato… Hani tidak tahu memilihnya yang mana;

“So… awak hendak makan apa?”

“Saya ikut Dato.. saya memang tidak pandai Dato” jawab Hani jujur.

“Ok” Dato memesan beberapa menu. Selepas pelayan berlalu pergi ;

“Saya sangat gembira hari ini. Sebab itu saya panggil awak datang.. saya hendak meraikan dengan orang yang saya sayang.”

“Ada apa itu Dato?” tanya Hani teruja.

“Pihak TV13 sudah bayar pampasan.”

“Really? Tahniah Dato.”

“Awak masih memanggil saya Dato di luar waktu pejabat.”

“Saya hanya memanggil sayang kepada suami saya Dato.”

“Really? Kalau begitu.. saya kenalah kahwin dengan awak.. baru awak panggil saya sayang. I Love you.. gitu.”

“Ya Dato… sebab dia sudah sah menjadi hak milik saya.”

“Nampaknya saya kena meminang awak secepat mungkin.”

“Maafkan saya Dato.. saya belum bersedia lagi. lagipun saya masih ada lagi cita-cita yang belum saya capai. Saya ingin membantu keluarga saya Dato. Adik-adik saya masih belajar lagi.”

“Tidak apa.. saya sanggup menunggunya. Walaupun 5-6 tahun lagi.”

“Boleh ke Dato menunggu saya. Mungkin pada tempoh jangkamasa tersebut.. ada artis baru yang cantik.. yang seksi. Cuba menggoda Dato” perli Hani.

“Awak ini tidak habis-habis kenakan sayalah.”

“Lelaki Dato.. bukannya boleh percaya. Lagi-lagi yang berduit seperti Dato”

“Baiklah.. berbalik kepada perkara yang mengembirakan saya tadi. Pagi tadi saya sudah mendapat cek dari pihak TV13. Cek bernilai RM 5 juta ringgit.”

“Tahniah Dato.”

“Dan untuk awak.. saya dahulukan duit saya.. sebab awak tahulah kan.. cek clear dalam masa 3 hari. Ini bahagian awak… RM 500 ribu seperti dijanjikan” Dato Z mengambil sekeping cek dari poketnya dan diserahkan kepada Hani. Hani agak terketar-ketar mengambil.. beliau membelek cek tersebut.. tidak sangka di hadapannya kini tertulis amaun RM 500,000. Seumur hidupnya inilah pertama kali beliau memegang wang sebanyak itu ;

“Saya tidak percaya apa yang ada di hadapan saya ini Dato. Wang tunai RM 500,000 . setengah juta ringgit.. Alhamdulillah. Boleh saya gunakan untuk membayar wang membeli rumah untuk keluarga saya Dato.. terimakasih banyak-banyak.”

“Aik! Terimakasih sahaja? Kiss-kiss takde?” Hani menunjukkan penumbuknya;

“Hahahahahahahahaah.. saya bergurau sahajalah. Lagi satu.. duit 80 ribu yang dipulangkan oleh Pak Mat itu.. Hani pulangkan kembali kepada Pak Mat.. katakana itu saguhati dari syarikat kerana membantu membongkar kes ini” makanan tiba.. kami hanya diam sahaja.. Hani melihat apa yang dihidangkam.. itik premium peking, mi dan pelbagai lagi lauk pauk.. penuh meja.

“Banyak Dato pesan?”

“Bila saya gembira.. selera makan saya pun bertambah”

“Baiklah Dato.. pasal Pak Mat itu.. saya akan bereskan”

“Hasdi pula sudah mula dibicarakan.. 3 kes pula itu. Mungkin kita berdua akan menjadi saksi”

“Macamana hubungan ayah Dato dengan ayah Hasdi? Mereka itukan adik beradik”

“Renggang… ayah Hasdi tidak bertegur sapa dengan ayah saya. malah matahkan ayah saya sebagai tidak mengenang budi kerana anaknya banyak membantu syarikat ini berkembang”

“Biasalah seorang ayah mesti mempertahankan anaknya.. walaupun anaknya yang salah” mereka terus berbual-bual… sesekali Dato mengusik Hani. Semasa menunggu hidangan pencuci mulut… Dato memberikan satu bungkusan kecil kepada Hani,,, bungkusan cantik itu berbalut dengan cantik ;

“Apa ini Dato?” Hani membelek bungkusan tersebut.

“Bukalah… hadiah peribadi daripada saya” Hani membuka bungkusan tersebut cermat. Macam kotak jam… gumam Hani apabila pembalutnya dibuka. Hani membuka kotak tersebut.. sepasang Jam cantik jenama Tissot.. Hani memandang Dato ;

“Untuk apa Dato belikan saya sepasang jam ini? Harijadi saya lambat lagi” tanya Hani kehairanan.

“Itu sebagai tanda perkenalan kita” kata Dato…

“Tanda perkenalan?”

“Iya… terima kasih kerana sudi berkenalan dengan saya.”

“Dato… saya berkawan dengan Dato Ikhlas… bukan saya hendak harapkan apa-apa dari Dato. Jauh sekali harta Dato”

“Awak wanita yang lain dari mana-mana wanita yang pernah saya kenal. Mereka akan teruja dan menerimanya”

“Dan saya mengambil keptusan untuk menolaknya” tegas Hani.. hadiah tersebut diletakkan semula di atas meja…

“Kenapa?”

“Saya ikhlas berkawaan dengan Dato… bukannya mengharapkan material daripada Dato”

“Mahal saya beli tu… ambillah. Membazir.”

“Dato… perempuanpun.. kalau lelaki beri sejambak bunga sudah cukup Dato. Jika perempuan tersebut tidak pisau cukur seperti yang Dato pernah kenal sebelum ini… tolonglah Dato.. hormat maruah saya… perasaan saya.”

“Maafkan saya.”

“Tidak apa… Dato ambil baliklah jam tersebut. Dato simpan…. Jika kita ada jodoh.. jadikanlah hantaran” kata Hani pendek.. Dato Z tersenyum.

“Betul”

“Insya Allah Dato…. Jika kita memang ada jodoh berdua. Saya akan menerima… walaupun pada masa ini.. saya berterus-terang dengan Dato… saya memang tidak ada apa-apa perasaan terhadap Dato. Tapi manalah tahu 2-3 bulan lagi.. hati saya akan terbuka menerima Dato. Dan ingin saya tegaskan di sini.. bukan material yang saya mahu dari Dato.. tapi keikhlasan hati Dato untuk mencintai dan menyayangi saya” jelas Hani panjang lebar supaya Dato Z faham yang beliau bukan perempuan materialistik. Dato Z mengangguk… pelayan membawa pencuci mulut.. selepas pelayan beredar ;

“Bila agaknya awak akan menerima saya” Hani hanya tersenyum..

“Biarlah Allah menentukannya Dato,”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.