Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 49


Syafika memandu perlahan menuju ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sesekali matanya mengerling ke arah jam di dashboard keretanya.Dia bimbang kalau-kalau terlambat sampai dan Haikal terpaksa menunggunya. Aqil yang duduk di belakang bersama dengan Yanti memandang keluar tingkap kereta.

“Aqil suka nak jumpa papa? “ Syafika bertanya sambil matanya mengerling ke arah Aqil melalui cermin pandang belakang.

“Suka,” jawab Aqil ringkas.

“Mestilah sukakan.Kan semalam papa dah janji nak belikan hadiah untuk Aqil,” Syafika berkata sambil matanya terus memandang ke depan. Yanti mengusap-ngusap rambut Aqil yang lebat dan lurus. Ramai kawan-kawan Syafika yang melihat wajah Aqil mengatakan Aqil seiras dengan Syafika walaupun dari pandangan mata Syafika Aqil lebih mirip Haikal.

Semalam ketika menerima panggilan dari Haikal terdengar keceriaan pada suara Haikal.

“Abang rindu sayang, rindu pada Aqil.Nanti sampai rumah nak peluk sayang lama-lama.Nak peluk Aqil lama-lama,” Haikal bercakap dengan nada yang begitu teruja.

“Amboi amboi,rindu sangat-sangat ke.Kan baru seminggu aja,” kata Syafika membalas.

“Mestilah rindu.Mana pernah kita terpisah lama macam ni semenjak kita kahwin.Kenapa sayang cakap macam tu? Macam tak suka aja abang nak balik,” kata Haikal dengan suara seperti orang merajuk.

“Mestilah suka abang nak balik.Sayang rindu abang tau.Rindu sangat-sangat,” kata Syafika. Di hati kecilnya timbul perasaan bersalah terhadap Haikal. Peristiwa di Melaka bersama Amri masih segar di dalam ingatannya.

“Ingat tak suka abang balik. Kalau tak suka abang nak sambung seminggu lagi kat Bangkok ni.Haha” kata Haikal.Nada percakapannya kembali ceria.

“ Nak menggatallah tu,” kata Syafika. Kali ini nada suaranya pula seakan-akan merajuk.

“Alah sayang ni.Abang bergurau aja,” kata Haikal.

“Bye Bye sayang.Jumpa sayang besok.Love you,” kata Haikal menamatkan perbualan.

Kereta yang dipandu Syafika menghampiri lapangan terbang dia terus memandu ke kawasan tempat letak kereta.

Sebaik sahaja mereka bertiga meninggalkan kawasan meletak kereta Syafika membawa Yanti dan Aqil ke Balai Ketibaan di tingkat 1. Melihat kepada papan maklumat yang terpampang penerbangan MH 789 dari Bangkok ke Kuala Lumpur yang sepatutnya tiba pada pukul 5.25 petang ditangguhkan.Syfika mengeluh sediikit melihat kelewatan jadual penerbangan itu. Kalau boleh dia nak Haikal sampai awal supaya mereka boleh balik awal kerumah. Boleh berehat. Pagi besok nak pergi kerja pula, kata Syafika di dalam hati.

Sementara menunggu pengumuman masa ketibaan yang baru Syafika berserta Aqil dan Yanti makan di salah sebuah restoran makanan segera.Sambil Yanti melayan Aqil makan Syafika membaca mesej wasapp yang dihantar oleh rakan-rakan dalam pelbagai kumpulan wassappnya.

Sesekali tanpa disedari oleh Yanti dia membuka galeri gambar kenangan bersama Amri yan gdiambilnya tempoh hari. Dia tersenyum memandang gambar-gambar itu. Hajatnya pada kali ini dia takkan memadam gambr-gambar itu dari kad memori telefonnya.Walaupun sesekali timbul juga rasa risau kalau-kalau Haikal dapat menghidu kecurangannya tetapi Syafika tahu Haikal tidak pernah menaruh syak terhadapnya.

“Suami dah balik? “ tiba –tiba kelihatan mesej dari Amri terpancul di telefonnya.

“Ni tengah tunggu dia kat airportlah ni,” jawab Syafika ringkas.

“Oh. Saya tak nak kacaulah kalau macam tu,” balas Amri.

“Eh, tak apa.Dia belum sampai pun lagi.Flight dia lewat sampai ,” jawab Syafika.

“Sayang kat mana ni? “ Syafika bertanya.

“Baru habis kuliah,” Jawab Amri. “Tengah ambik nafas letih mengajar.Orang tua memang macam tu kan? “ tulis Amri.

“Tahu pun dah tua.Ada hati nak mengurat orang muda.Dahlah muda, isteri orang pulak tu,Hihi,”balas Syafika pula.

“Mama,”tiba-tiba Aqil memegang lengan Syafika.Menghentikan sementara perbualan wassapp antara Syafika dan Amri.

Syafika menoleh ke arah Aqil. Kelihatan muka Aqil comot terkena sos tomato dari kentang goreng yang sedang dinikmatinya.Syafika tersenyum melihat wajah comel anak lelaki kesayangannya.

“Sayang mama ni.Kenapa sampai comot macam ni,” kata Syafika sambil mengelap muka Aqil. Yanti kelihatan sedang menikmati burger seolah-olah tidak mahu diganggu.

“Yanti, tengok Aqil sekejap.Saya nak tengok pukul berapa bapak sampai,” kata Syafika menggunakan istilah bapak untuk Haikal apabila bercakap dengan Yanti.

“Baik Bu,” jawab Yanti ringkas.

Puas Syafika meneliti satu persatu jadual ketibaan penerbangan yang mendarat dari seluruh pelusuk dunia namun penerbangan MH 789 dari Bangkok tidak kelihatan.Syafika merasa tidak sedap hati.Dia melihat jam di tangannya telah pukul 6.30.Dah sejam lewat dari yang dijadualkan.

Dia bertanya kepada petugas di kaunter pertanyaan namun jawapan yang diberikan agak kabur.

Di kaunter pertanyaan semakin ramai yang telah berhimpun dan bertanyakan soalan yang hampir sama.Bilakah penerbangan MH 789 dari Bangkok dijangka mendarat.

Kelewatan penerbangan adalah sesuatu yang lumrah. Namun kehilangan maklumat penerbangan dari papan kenyataan agak luar biasa.Kelihatan wajah-wajah kerisauan di muka masing-masing yang bertanya.

“Bersabar tuan-tuan dan puan-puan.Pihak kami sedang cuba menghubungi ibu pejabat.Sebarang perkembangan terkini kami akan maklumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua,”kata gadis manis yang bertugas di kaunter pertanyaan cuba menenangkan. Kelihatan peluh bermanik di dahinya walaupun penghawa dingin di lapangan terbang itu berfungsi dengan baik.

Jarum jam menginjak menghampiri pukul 8 malam.Ini bermakna penerbangan itu telah lewat melebihi dari masa penerbangan Bangkok ke Kuala Lumpur yang mengambil masa cuma dua jam  sahaja.Debaran di hati merekayang menunggu semakin meningkat.

Syafika berteka teki dengan apa yang berlaku.Jika berlaku kelewatan berlepas dari Bangkok semestinya Haikal akan memberitahunya. Syafika membuat kesimpulan sendiri. Ini bermakna penerbangan itu berlepas tepat pada masa tapi lambat sampai. Sejenak itu juga fikiran Syafika membayangkan sesuatu yang buruk tapi dia segera menepis anggapan itu. Tak mungkin, tak mungkin. Penerbangan adalah kaedah pengangkutan paling selamat berbanding dengan kenderaan darat.Syafika pernah terbaca kenyataan itu tapi dia tidak ingat di mana dia membacanya.

“Mama, mana papa? “ Aqil kelihatan resah dan letih. Dia nak berjumpa dengan papanya dengan cepat dan balik kerumah.Dia letih menunggu.

“Kejap lagi papa sampai.Sabar ye Aqil,” kata Syafika cuba menenangkan Aqil. Pada masa yang sama dia cuba menenangkan dirinya juga.

Sesekali matanya membaca mesej wasapp dari pelbagai kumpulan wassapp.

Terasa jantungnya seakan gugur membaca mesej wassapp ‘pesawat dari Bangkok ke Kuala Lumpur hilang’.Hampir kesemua kumpulan wassapp menyiarkan mesej yang sama.

“Ya Allah ya tuhanku, Kau lindungilah suamiku dari segala bencana,” air mata Syafika meniitis.Kumpulan yang sama-sama menunggu ketibaan ahli keluarga masing-masing juga semakin ramai berkumpul di kaunter pertanyaan.Masing-masing kelihatan kurang sabar dengan tindakan petugas.Mungkin mereka juga menerima mesej yang sama diterima Syafika.

“Sabar tuan-tuan, sabar.Jangan percaya sangat pada media sosial.Banyak maklumat yang dihantar tak boleh dipercaya,” kata lelaki separuh umur berjaket dengan logo syarikat penerbangan berkenaan.

“Selagi belum ada berita rasmi saya tidak mahu tuan-tuan semua terlalu cepat percaya khabar angin,” katanya lagi

“Ini bukan lagi khabar angin tapi dah masuk dalam berita TV.Tak nak percaya lagi ke? “ kata seorang lelaki sambil menunjukkan ke arah televisyen yang sedang menyiarkan berita tentang kehilangan peawat itu.

Ketika itu juga panggilan telefon bertalu-talu masuk ke telefon Syafika sehingga tak larat Syafika menjawabnya. Noraini ibunya,Salmah ibu mertuanya, rakan-rakan sekerja yang tahu tentang penerbangan Haikal menelefon Syafika bertanya khabar.

Perbincangan di dalam kumpulan wassapp juga  mengemukakan pelbagai teori dan cerita kehilangan peawat.Syafika memutuskan untuk menutup telefonnya.Dia tidak mahu diganggu.

Jarum jam menginjak ke pukul 10 malam namun pesawat yang ditunggu tak kunjung mendarat. Semua ahli keluarga penumpang ditempatkan di sebuah bilik khas dan dibekalkan dengan makanan dan minuman ringan.

Aqil telah tertidur di pangkuan Yanti.Rasa belas melihat anaknya yang begitu keletihan menunggu kepulangan ayah tersayang.

Menjelang hampir 11 malam kelihatan beberapa orang yang berpakaian jaket dengan logo syarikat penerbangan masuk ke bilik tempat mereka menunggu.Wajah-wajah mereka kelihatan letih dan di dalam tekanan.

Salah seorang dari mereka bergerak ke hadapan sambil diikuti mereka yang lain. Pada ketika itu semua mata tetumpu ke arah seorang lelaki yang mungkin pegawai atasan syarikat penerbangan itu.

Dengan nada perlahan dia bercakap.” Tuan-tuan dan puan-puan,berhubung dengan pesawat MH 789 telah disahkan hilang dari radar pada pukul 4 petang tadi disekitar laut Andaman.Usaha sedang dilakukan untuk mengesan pesawat berkenaan.Sebarang maklumat terbaru akan kami maklumkan dari semasa ke semasa,”

Sebaik sahaja Syafika mendengar pengumuman itu pandangannya berpinar-pinar dan dia rebah dipangkuan salah seorang ahli keluarga penumpang, mencetuskan keadaan panik.

Syafika dibawa ke bilik rawatan kecemasan  sambil diekori oleh Yanti  yang mendokong Aqil.

Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.