Zurina melambai-lambai tangannya sebaik sahaja dia melihat wajah Amri dan Syuhada yang sedang berdiri menunggu di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Walaupun dia meninggalkan keluarganya cuma seminggu tapi dirasakan seperti berbulan lamanya. Seboleh mungkin dia tak ingin berpisah lama dengan suami dan anak tapi apakan daya tuntutan kerjaya memaksanya berpisah dengan keluarga beberapa kali dalam setahun.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalamkereta mulut Zurina becok bercerita tentang pengalamannya di Tokyo. Sesekali Syuhada mencelah bertanyakan soalan kepada Zurina. Amri cuma berdiam diri sambil menumpukan perhatian kepada pemanduannya.
“ Kenapa abang diam aja ni? Abang tak sihat ke?” tanya Zurina apabila melihat Amri seakan acuh tak acuh mendengar ceritanya.
“ Sihat. Kenapa pulak you cakap abang tak sihat?” kata Amri sambil berpaling menoleh ke arah Zurina dan tersenyum tawar. Tangan kirinya mengenggam tangan isterinya sementara tangan kanannya memegang stereng kereta.
“ Ina ada belikan sesuatu untuk abang dan Hada. Cuba teka apa? “ kata Zurina sambil tersenyum memandang wajah suaminya.
“ Sebab balik dari Jepun, rasanya Ina beli selipar Jepunlah tu. Betul tak?” jawab Amri sambil ketawa kecil.Syuhada yang berada di tempat duduk belakang kereta turut tertawa.
“Abang ni. Takkanlah pergi jauh-jauh beribu kilometer cuma beli selipar Jepun. Kalau setakat selipar jepun kat sini pun banyak,” kata Zurina.
“ Alah, abang gurau aja. Bagi abang hadiah tu tak penting mana. Ina dah balik dengan selamat tu pun dah kira hadiah paling berharga untuk abang dan Hada,” kata Amri sambil mengelak penunggang motorsikal yang secara tiba-tiba melintas jalanraya.
Kira-kira setengah jam kemudian mereka sampai di rumah. Kehadiran mereka disambut oleh Tini yang membantu mengangkat beg keluar dari kereta.
Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik tidur, Zurina membuka tudung dan mendakap Amri. Dia mencium pipi Amri. “Rindu kat abang,” kata Zurina. Amri membalas ciuman di pipi isterinya.
Selepas mandi dan selesai solat Isyak mereka bertiga mengadap makanan yang siap terhidang.
“ Sedap tom yam kamu ni. Di Tokyo mana ada makanan macam ni,” kata Zurina sambil menghirup tom yam masakan Tini.Tini tersipu -sipu dipuji Zurina.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih
Syafika menyanyi kecil mendendangkan lagu Dealova yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia Once sambil membelek kertas soalan yang sedang dipegangnya.Shikin yang baru masuk kedalam bilik menegurnya. “Senang hati nampak? Nak jumpa buah hati ke? “ tanya Shikin sambil merebahkan badannya di atas katil. “ Aku susah hati kau marah. Aku senang hati pun kau tak suka. Kau nak aku mcm mana?” kata Syafika sambil menoleh kearah Shikin.
“ Bila pulak aku kata aku tak suka kalau kau senang hati?Aku dah kenal kau bukan baru sehari dua. Dah berapa tahun ye?” soal Shikin pada Syafika.
“ Dah banyak tahunlah. Sebab tu aku percaya pada kau sorang aja Shikin” kata Syafika sambil memalingkan kerusi yang didudukinya menghadap Shikin yang sedang duduk di atas katil. “ Kau tau Shikin, ada sesetengah perkara tu aku lebih percayakan kau dari mak bapak aku sendiri. Ada perkara yang mak bapak aku pun tak tau tapi kau tau.” Syafika menutup buku yang sedang dibacanya sambil bergerak ke sebelah Shikin.
Shikin berganjak sedikit untuk memberi ruang kepada Syafika untuk duduk disebelahnya. “ Panaslah Fika,” kata Shikin apabila melihat Syafika duduk terlalu rapat dengannya. “ Aku nak bermanja sikit pun tak boleh? “ kata Syafika sambil memberikan pandangan mata yang redup kepada Shikin.
Shikin melompat dari katil sambil berkata, “Fika, kau jangan buat kerja tak senonoh. Kau ingat aku ni songsang ke? “ kata Shikin sambil merenung tajam kepada Syafika.
Safika tergelak besar melihat keletah Shikin yang kelihatan betul-betul panik. Mereka bedua seolah-olah bertukar tempat duduk. Syafika duduk di birai katil sementara Shikin pula duduk di kerusi menghadap Syafika.
“Kau ingat tak semalam aku ada cakap yang aku ada rahsia nak beritahu pada engkau?” kata Syafika.
“ Ok. Apa rahsianya?” tanyaShikin.
“Sebelum aku bagitahu kau rahsia ni aku nak kau janji jangan sesekali beritahu pada sesiapa. Boleh?” kataSyafika sambil memandang kearah Shikin yang kehairanan.
“ Semenjak bila pulak kau tak percaya pada aku ni Fika? Kalau dah tak percaya sangat janganlah gatal mulut nak cakap pasal rahsia ke apa ke, “ kata Shikin dengan nada merajuk.
“ Shikin, kenapa sekarang ni aku tengok kau ni sensitif sangat?” Syafika cuba memujuk Shikin.
“ Yelah. Kalau nak cakap, cakap ajalah. Ni macam berteka teki pulak.Kalau kau nak berteka teki dengan aku, biar aku cuba teka apa rahsia besar kau tu. Kau dah mengandung kan sekarang ni?” kata Shikin.
“ Jangan nak mengarut lah Shikin,” bentak Syafika. Spontan tangannya mencapai bantal di atas katil dan melempar kearah Shikin yang pantas juga mengelak.
“ Hehe. Tau pulak marah,” kataShikin melihat muka Syafika yang merah padam menahan marah.Shikin faham marah Syafika takkan lama.
“ Kalau kau cakap macam tu lagi aku dah tak nak berkawan dengan kau sampai bila-bila,” kata Syafika sambil memuncungkan bibirnya.
“ Ok Ok. Aku bergurau aja tadi.Janganlah ambik hati sangat dengan aku. Kau ni macam tak kenal aku aja. Ok,sekarang aku nak dengar dari mulut kau sendiri apa rahsia yang kau nak bagitahu tu, “ kata Shikin.
Syafika membetulkan duduk sambil menelan air liur. Dia merasakan bagai ada sesuatu yang terbuku di dalam hatinya yang ingin diluahkan kepada Shikin.
“ Kau ingat tak aku pernah cerita tentang chatter yang aku kenal dalam YM hari tu? Yang aku kata dia pensyarah kat tempat kita ni,” terang Syafika.
“ Ingat. Kenapa? Kau dah kenal ke siapa chatter tu? Kau jangan percaya sangatlah pada chatters ni Fika. Ramai yang menipu,” kata Shikin.
“ Kalau kau nak tau Prof Amri tulah chatter yang aku kenal selama ni dalam YM tu, “ kata Syafika sambil menunggu reaksi dari Shikin.
Shikin tergelak besar mendengar kata-kata Syafika.
“ Kau ni mimpi ke apa? Kalau nak berangan pun janganlah guna nama Prof tu. Alang-alang nak berangan baik kau cakap aja yang berchatting dengan kau tu ialah Perdana Menteri ke Presiden Amerika ke,”kata Shikin seakan menyindir Syafika.
“ Betullah Shikin. Selama ni aku pernah ke berbohong pada engkau?” kata Syafika.
“Memanglah tak pernah tapi inilah kali pertama kau berbohong pada aku. Mati hidup balik pun aku tak percaya Prof Amri tu boleh berchatting dengan kau. Orang pangkat besar ni tak ada masa nak buat benda remeh temeh macam tu,” kata Shikin sambil menggelengkan kepala.
“ Cuba bagi aku rasa sikit dahi kau tu. Aku rasa kau ni demam panas kot. Sebab tu cakap pun merapu,” kata Shikin sambil tertawa terkekeh kekeh.
“ Terpulang pada engkaulah nak percaya ke tak apa yang aku cakap ni. Tapi apa-apa pun aku mintak sangat-sangat kau jangan bagitahu sesiapa rahsia ni. Setakat ni kita berdua aja yang tahu,”rayu Syafika.
Perasaan Shikin berbelah bagi antara ingin mempercayai Syafika atau tidak. Selama dia mengenali Syafika dia amat faham watak Syafika yang tidak pernah berbohong kepadanya. Tapi hatinya seakan sukar untuk percaya seorang yang berjawatan besar sanggup melayan seorang gadis yang layak dianggap sebagai anak untuk berchatting.Hati kecil Shikin berhujah bahawa tidak mustahil Profesor Amri jatuh hati dengan Syafika. Syafika cantik. Dengan wajah putih bersih,berambut ikal mayang dan senyuman yang menarik tidak mustahil lelaki berusia separuh abad terpikat pada Syafika.
“Tapi aku heran juga kan? Masa kita jumpa dia semalam dia tak kenal pun siapa kita. Siap tanya lagi yang mana satu Norashikin dan mana satu Syafika. Pelik tu” kata Shikin sambil mengerutkan dahi seolah-olah sedang berfikir.
“ Dia berlakon aja tu. Padahal dia kenal sangat sebab kita orang memang biasa berwebcam pun. Takkan dia tak kenal pada aku,” kata Syafika.
“Hah?Siap berwebcam? Kau ni kanFika. Mudah sangat percaya pada lelaki. Aku risau tengok kau ni,” ujar Shikin.
“ Aku ni bukan budak-budak lagilah Shikin. Taulah aku jaga diri aku,” kata Syafika.
“ Aku dah berkawan lama dengankau Fika. Dah macam adik beradik aku sendiri. Aku tak nak kau susah. Kau tak kurang segala-galanya. Ada rupa. Ada kekasih yang baik. Kau nak apa lagi?Janganlah cari penyakit. Kalau aku berleter pada engkau ni pun bukan sebab aku benci tapi aku tak nak kau susah kemudian hari nanti,” terang Shikin panjang lebar.
“ Aku terima nasihat kau sebagai kawan aku yang paling rapat. Aku pun dah buat keputusan untuk tak nak hubungi Prof tu lagi. Aku pun ada hati dan perasaan. Aku pun perempuan Shikin. Nanti bila aku dah kawin dengan Haikal, aku pun tak suka kalau ada perempuan lain yang kacau dia. Kalau ada siapa yang berani kacau laki aku, aku tarik rambut dia sampai botak.Hihi,” kata Syafika sambil tertawa kecil menampakkan barisan giginya yang putih teratur.
“ Tau pun cemburu kalau orang kacau laki dia. Dah tu janganlah kacau laki orang,” kata Shikin.
“ Patutlah aku tengok hari semalam kau lain macam aja masa nak masuk bilik Prof Amri tu. Rupa-rupanya ada cerita disebalik tu,” ujar Shikin tersenyum memandang Syafika.
Tiba-tiba Rina rakan serumah mereka terjengul di muka pintu.
“ Jomlah join kita orang kat luar. Kau berdua ni asik memerap aja dalam bilik,” kata Rina. “ Ayu bawak balik KFC Bucket ni. Rugilah kalau tak makan, “kata Rina menggamit Shikin dan Syafika untuk keluar dari bilik.
“ Wah belanja besar Ayu. Baru dapat duit PTPTN ke?” tanya Shikin sambil mula bergerak keluar dari bilik diekori oleh Syafika di belakangnya.
Di ruang tamu rumah sewa kelihatan Rita dan Ayu sedang duduk menghadap hidangan ayam goreng.Tanpa berlengah Rina, Shikin dan Syafika mengambil seketul ayam goreng dan meletakkan ke dalam pinggan masing-masing.Sambil makan mereka bersembang. Walaupun mereka tinggal serumah teramat jarang mempunyai masa terluang untuk bersama-sama .
“Sebenarnya hari ni hari jadi Ayu. Dia belanja kita semua ni,” kata Rita sambil berselera mengunyah.
“ Ye ke? Maaflah Ayu aku tak taupun hari ni hari jadi kau. Happy birthday ye Ayu. Kita semua ni dah salah konsep. Patutnya kita semua yang raikan harijadi Ayu. Kita yang patut belikan ni semua untuk dia,” kata Syafika.
“ Kalau kau nak sambut sekali lagi aku ok aja. Haha,” Ayu tertawa besar.
“ Tahun depan lah pulak. Tahun ni dah terlepas,” kata Shikin cuba memberi alasan.
“ Tahun depan kita semua dah habis belajar. Masing-masing dah bawak diri memasing. Entah-entah dah tak hubungi satu sama lain lagi. Kau tu aku dengar lepas habis belajar nak nikah terus,” kata Ayu.
“ Alah Ayu. Kita memang rancang macam tu tapi semua tu ketentuan Allah kan?” kata Syafika
“Manalah tau Fika nak ubah selera dari jurutera kepada Pensyarah pulak. Hihi,” kata Shikin sambil ketawa.
Rita, Ayu dan Rina memandang Shikin dan Syafika dengan wajah yang kabur. Mereka tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh Shikin.
“ Kau orang jangan percaya sangat cakap Shikin ni. Kuat sangat study kepala pun dah pening tu,” kata Syafika cuba mengelak dari perkara itu dipanjangkan.
“ Orang cantik macam kau tak susah Fika. Satu pergi sepuluh yang datang, “ kata Rita. Di antara mereka Ritalah yang paling kurang menarik dari segi penampilan fizikalnya. Dengan berat badan yang sedikit berlebihan dia sentiasa merasa rendah diri.
“ Semua orang ada jodoh masing-masing. Itu kan semua ketentuan Allah,” kata Ayu memujuk Rita.
“ Makan-makan juga. Kita tak nyanyikan pun lagu Happy Birthday untuk Ayu,” kata Syafika. “ Kejap ya. Aku cari lilin kat dapur,” kata Syafika sambil bergegas menuju kedapur.
Selesai menyanyikan lagu harijadi mereka berkemas dan masuk ke bilik masing-masing.