Sudah lebih seminggu Amri dan Syafika bertemu. Semenjak itu Syafika benar-benar membisu.Setiap sms yang dihantar oleh Amri tidak dibalas. Setiap panggilan telefon tidak berjawab. Amri seakan tidak betah duduk diam. Setiap panggilan yang masuk dia berharap panggilan itu datangnya dari Syafika. Setiap kali dia membuka email di pejabat dia berharap ada khabar berita dari Syafika namun semuanya hampa. Tiap kali dia membuka Yahoo Messenger dia berharap adanya offline message dari Syafika tapi masih tetap tiada sebarang berita darinya.
Tiba-tiba telefon di atas mejanya berdering. Amri pantas menjawab.
“ Prof, ini Su dari pejabat Naib Canselor. Nak maklumkan yang Prof diminta mewakili Naib Canselor di istiadat Konvokesyen Universiti Pemata Timur yang akan diadakan di Kuala Lumpur minggu depan,” suara lunak setiausaha Naib Canselor kedengaran di hujung talian.
“ Ini kira short notice ni. Kenapa tak beritahu awal-awal. Saya kena check dengan kalendar saya dulu, takut-takut saya ada temujanji. Minggu depan tu berapa haribulan,” tanya Amri.
“22 haribulan Prof. Ini arahan dari Naib canselor sendiri. Memang sepatutnya dia yang akan hadir tapi tiba-tiba ada mesyuarat dengan Menteri Pendidikan pulak. Itu yang kelam kabut mencari pengganti ,” kata Su seolah-olah merayu agar Amri tidak menolak arahan Naib Canselor itu.
Sambil itu Amri membelek-belek diarinya di atas meja.
“Rasanya masa tu saya free. Bolehlah kalau terpaksa,” kata Amri.
“ Terima kasih banyak-banyak Prof, “ balas Su sambil menghela nafas lega.Dia tau kebanyakan orang tidak suka diberitahu sebarang tugasan pada minit-minit terakhir kerana banyak perancangan yang perlu dilakukan sebelum bertugas ke luar daerah.
“ Prof nak saya tempahkan hotel dan tiket penerbangan ke?” tanya Su lagi.
“ Tak apa. Saya kena balik dan bincang dengan isteri saya dulu. Mungkin dia pun nak ikut sekali,” kata Amri.
“Kalau macam tu nanti Prof bagitahu saya apa –apa keputusan Prof. Terima kasih Prof,” kata Su.
Sebaik meletak gagang telefon tiba-tiba Amri teringat. Selepas mencongak-congak melihat tarikh yang diberikan oleh Su dia menjangka pada tarikh itu jugalah Syafika akan menghadiri istiadat konvokesyen. Tiba-tiba hatinya diselaputi rasa cemburu dan resah. Amri menjangka Haikal akan hadir pada hari bersejarah itu. Kalau boleh dia tak ingin melihat Syafika dan Haikal bersama-sama. Dia ingin lari dari keadaan sebegitu. Tapi dia juga tahu arahan dari Naib Canselor adalah tugas yang perlu dia laksanakan. Bukan mudah untuk berkata tidak terhadap sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pentadbir tertinggi Universiti Permata Timur.
Amri mendail nombor telefon Syafika. Dia tidak berharap sebarang jawapan dari Syafika tapi hatinya meronta-ronta bagaikan ingin mendengar suara gadis itu. Semenjak seminggu yang lepas dia tidak berhenti berharap agar Syafika menjawab panggilannya. Paling tidak pun membalas sms atau meninggalkan mesej di dalam Yahoo messenger.
Selepas beberapa deringan panggilan itu putus tidak berjawab.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Syafika memandang nama Amri yang tertera di telefon.Sudah lima kali Amri menelefonnya tapi dia tak menjawab kesemua panggilan itu walaupun hatinya terlalu rindu untuk mendengar suara lelaki yang telah bertakhta di hatinya. Tapi dia tahankan perasaan hatinya demi untuk mempertahankan kesetiaannya kepada Haikal. Syafika sedar dia telah begitu banyak berdosa kerana mengkhianati kepercayaan Haikal terhadapnya.
“Kenapa tak jawab telefon tu. Bergaduh lagi dengan Haikal ke? Ish budak-budak ni, belum kawin lagi dah bergaduh nanti dah kawin macam manalah pulak, “ Noraini menyapa Syafika yang bungkam tidak menjawab panggilan telefon.
Syafika cuba membisu mendiamkan diri.
Noraini bergerak perlahan menghampiri Syafika sambil memeluk bahu anak perempuan kesayangannya.
“ Ma bukan nak masuk campur hubungan kau dengan Haikal. Tapi sebagai orang tua yang dah lebih dulu makan garam Ma Cuma nak nasihatkan anak Ma. Tak kiralah dalam berkasih sayang apatah lagi dalam perkahwinan mesti ada sifat tolak ansur. Kena ada saling percaya mempercayai. Ma tengok kau dengan Haikal tu dah sesuai sangat-sangat kalau dijodohkan pun. Cuma Ma nak bagi nasihat pada Fika hidup berumahtangga tak semudah yang kita jangka.Terlalu banyak onak dan duri yang perlu kita hadapi. Kalau tak sabar-sabar memang susah nak kekal. Tengok Ma dengan abah ni,dah berpuluh tahun bernikah tapi masih bertahan. Bukan tak pernah bergaduh, tak pernah bertengkar tapi bila fikirkan balik kebaikan yang abah kau dah buat pada Ma dan anak-anak, Ma rasa Ma memang tak boleh hidup tanpa Abah. Kalau ditakdirkan satu hari nanti abah pergi lebih dulu dari Ma biarlah Ma hidup seorang sampai mati,” kata Noraini sambil mengusap-ngusap bahu Syafika.
“ Ma ni kan memang layak bagi ceramah dalam tv. Buah fikiran ma memang bernas. Kalau Ma jadi penceramah motivasi pun mesti ramai yang nak datang dengar. Biar Fika jadi pengurus Ma. Mesti kaya kita nanti,“ kata Syafika sambil tersenyum melihat wajah ibu kesayangannya.
“ Eh budak ni,kita cakap betul-betul dia main-main pulak. Haikal dah banyak kali telefon Ma ingatkan Ma janji Fika pada dia. Dulu janji nak bertunang lepas habis belajarkan? Semalam dia cakap sebaik aja lepas Fika konvo minggu depan dia nak hantar rombongan meminang,” kata Noraini sambil bangun menghala ke dapur meninggalkan Syafika keseorangan di ruang tamu rumah mereka.
Berderau darah Syafika mendengar kata-kata ibunya.
“Alah Ma, tak boleh ke tangguh dulu pertunangan tu sampai Fika dapat kerja. Fika pun nak rasa juga perasaan bebas tak jadi tunang orang masa masuk kerja. Mesti ramai orang pejabat yang hensem-hensem yang nak ngurat Fika nanti. Kalau masa tu Fika dah bertunang jatuhlah saham Fika, “ kata Syafika sambil tertawa kecil.
Noraini berpaling kearah Syafika sambil menjegilkan matanya kepada Syafika.
“ Tak baik Fika cakap macam tu tau. Ma tau Fika bergurau tapi kata-kata kita ni adalah doa.Kalau selalu diulang-ulang nanti jadi betul-betul. Ma dah berkenan sangat dengan Haikal tu. Budaknya baik. Keluarganya pun dari golongan baik-baik. Fika nak cari orang macam mana lagi? “ kata Noraini dengan suara yang sedikit tinggi.
Syafika berjaya mengesan kemarahan ibunya.
“Alah Ma, Fika gurau aja. Takkan gurau pun tak boleh,” kata Syafika sambil bangun menghampiri ibunya.Dia tau cara memujuk ibunya. Syafika mencium pipi Noraini sambil mendakap ibu kesayangannya. Serta merta hati Noraini menjadi lembut .
“ Ada perkara boleh buat gurau tapi ada sesetengah perkara tak boleh buat bergurau Fika, “kata Noraini sambil tangannya pantas mengelap pinggan-pinggan yang tersusun di rak di dapur.
“ Minggu depan masa Ma ke KL Fika masaklah apa-apa yang patut. Abang Fika tu kalau Fika tak masak laparlah dia. Dia tak suka makan kedai,” kata Noraini berpesan kepada Syafika.
Noraini, Rahman dan Ira adik bungsu Syafika akan bertolak beberapa hari lebih awal ke Kuala Lumpur untuk menghadiri konvokesyen Syafika kerana ingin bertandang ke rumah adik Noraini yang telah lama menetap di sana. Syafika tidak ikut sama kerana telah berjanji dengan Shikin dan beberapa orang lagi rakannya untuk ke Kuala Lumpur dengan bas.Mereka telah pun membeli tiket bas untuk ke Kuala Lumpur.
“ Nanti sampai Kuala Lumpr nak mintak Pak Su ambik Fika kat stesen bas ke?” tanya Noraini.
“Tak payahlahMa. Dah janji dengan Haikal. Dia akan ambik Fika nanti” jawab Syafika.
“ Nanti balik terus ke rumah Mak Su.Jangan melencong kemana-mana pulak,” pesan Noraini.
“Alah Ma ni,Fika taulah jaga diri. Dah besar-besar macam ni pun Ma nak kawal Fika macam Fika ni budak-budak,” kata Syafika dengan nada merajuk.
“Sebab dah besar ni lah yang susah nak jaga. Kalau kecik lagi macam Ira tu mudah pulak. Ma paksa aja naik kereta sekali dengan abah dan Ma. Baru senang hati Ma. Ini nak pergi dengan kekawanlah. Adalah tu tujuan dia yang tak nak bagitahu pada Ma’” kata Noraini menguji Syafika walaupun jauh di sudut hatinyanya dia tahu anak gadisnya itu pandai menjaga diri.
“ Ma ni. Kan hari tu bila Fika cakap Fika nak ke Kl dengan Shikin, Ayu dan Rita naik bas Ma yang izinkan. Ni Ma pulak yang ungkit,” kata Syafika merajuk.
“Yelah, yelah.Tapi ingat pesan Ma, jangan merayap ke mana-mana berdua. Suruh aja Haikal hantar Fika terus ke rumah Mak Su bila sampai KL nanti’” kata Noraini sambil mengelap tangannya .
“ Ya. Fika janji’ “ balas Syafika sambil bergerak menuju kebiliknya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………