“ Maaf, menyusahkan Encik Haikal aja ni,” kata Shikin sambil menutup pintu kereta Haikal . Haikal yang berada di tempat duduk pemandu cuma tersenyum memerhatikan Shikin.
“Tak susah mana pun.Kan awak kawan Fika. Kawan Syafika kawan saya juga,” kata Haikal sambil tersenyum.Keretanya dipandu perlahan meninggalkan perhentian bas.
Tanpa pengetahuan Syafika Shikin telah memaklumkan kepada Haikal tentang tawaran kerja yang diterimanya di Kuala Lumpur. Haikal yang menawarkan diri untuk menjemputnya di stesen bas memandangkan Shikin tidak ada kenalan rapat di Kuala Lumpur.
“Fika selalu bagitahu saya yang Encik Haikal selalu sibuk dengan kerja. Itu yang saya terkejut bila Encik Haikal tawarkan diri nak jemput saya dari stesen bas. Rasa betul-betul menyusahkan,” kata Shikin sambil memandang keluar.
Dia merasa seperti rusa masuk kampung. Shikin kagum dengan bangunan pencakar langit di bandaraya Kuala Lumpur.Dengan kenderaan yang bertali arus dan jalan yang bersimpang siur.Kalau di Kota Bharu taklah macam ini. Bisik hati Shikin.
“Tak payahlah berencik encik dengan saya. Panggil Haikal aja, “ kata Haikal tertawa kecil menampakkan barisan gignya yang teratur kemas.
Shikin tersipu malu. Dia masih tidak berani memandang ke arah Haikal. Takut jantungnya gugur.
“ Cik Shikin nak duduk mana di KL ni Dah ada rumah sewa ke?” tanya Haikal.
“Saya memang dah janji nak duduk sekali dengan kawan sekampung. Dia memang dah lama duduk di KLni.Hari ni dia kerja. Kalau Encik Haikal tak nak saya panggil encik, saya juga nak mintak Encik Haikal jangan bercik cik dgn saya,” kata Shikin
“ Deal. Haha” Haikal tergelak besar mendengar kata-kata Shikin.
Peliknya perangai mamat ni. Kelakar sangat ke kata-kata aku tu, Shikin berbicara di dalam hati.
“ Shikin nak saya hantar ke rumah sewa ke? Ada alamat? “ tanya Haikal sambil memperlahankan keretanya apabila melihat kesesakan jalanraya di depannya.
“ Tak apalah Encik Haikal.Kalau tak menyusahkan Encik Haikal boleh tak hantar saya ke KL Sentral aja sebab dah janji dengan kawan saya dia akan ambik saya kat KL Sentral lepas dia habis kerja nanti,” kata Shikin.
“ Eh, tadi kan dah janji tak nak berencik encik lagi dengan saya. Kalau masih nak panggil encik pada saya the deal is off. Saya pun panggil awak Cik Shikin . Boleh? Haha,” kata Haikal mengusik Shikin.
Tak sangka pulak mamat ni begitu mudah mesra. Padahal sebelum ini dia hanya pernah berjumpa dengan Haikal semasa Haikal datang ke Kelantan masa meninjau projek di Gua Musang dulu. Itu pun bukannya boleh berbual panjang sebab Syafika asik menjeling cemburu. Shikin tersenyum melayan kenangan semasa ke Gua Musang bersama Haikal dan Syafika dulu.
“ Janggal lah lagi nak panggil nama aja,” kata Shikin sambil menjeling kearah Haikal.
“ Kalau macam tu biar saya yang panggil awak dengan nama aja.Saya ni mudah mesra dengan orang,”kata Haikal tersenyum memandang ke arah Shikin.
Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Haikal menghampiri Kl Sentral dia mula memperlahankan kenderaannya.
“ Janji dengan kawan pukul berapa dia nak datang ambil awak? ,” Haikal bertanya.
“Dia tak cakap pukul berapa.Dia cuma suruh saya tunggu kat KL Sentral aja. Nanti saya telefon dia kejap,” Shikin membalas sambil tangannya terus mendail bombor telefon Izzati, kawan yang akan duduk serumah dengannya nanti.
Haikal memberhentikan kereta di tepi laluan menurunkan penumpang sambil menunggu perbualan Shikin berakhir.
“Dia cakap dia akan sampai dalam sekitar pukul 7 hingga7.30 nanti. Terima kasih Encik Haikal sebab sudi mengambil dan menghantar saya,” kata Shikin sambil cuba mencapai beg pakaian yang terletak di belakang tempat duduk penumpang.
“ Kejap, kejap,”Haikal memegang pintu kereta.
“Sekarang baru pukul 6.Saya rasa tak sedap hati nak tinggalkan awak sorang-sorang kat sini.Nanti jadi apa-apa saya pulak yang dipertanggungjawabkan. Biar saya temankan awak sampai kawan awak tu datang,” kata Haikal. Shikin yang hampir melangkah keluar dari kereta duduk semula di dalam kereta.
“Tak apalah Encik Haikal. Saya tak nak menyusahkan Encik Haikal. Encik Haikal ambik saya dan hantar saya ke sini pun dah cukup menyusahkan,” kata Shikin merasa serba salah dengan sikap Haikal yang terlalu prihatin.
Kalau Syafika tahulah aku dengan kekasih hati dia, mahu rasanya putus tali persahabatan seumur hidup, bisik hati Shikin.
“ Tak menyusahkan pun. Secara kebetulan saya ada kelapangan petang ni,” kata Haikal.
“Kalau Encik Haikal kata macam tu saya tak ada kuasa untuk membantah kan? “ kata Shikin tersenyum memandang Haikal.
Hati Shikin sedikit berdetak apabila buat pertama kali mata mereka bertentang. Seakan luruh jantung Shikin apabila Haikal memandangnya.
“Kalau awak dah setuju, nanti saya letak kereta dulu. Kalau letak kat sini nanti kena saman pulak,” kata Haikal sebelum memandu semula kereta ke arah tempat letak kereta KLSentral.
Sebaik sahaja Haikal meletakkan keretanya di tempat letak kereta mereka berdua keluar dari kereta.Haikal berkeras untuk membawa beg Shikin walaupun Shikin rasa amat janggal melihat Haikal membawa beg pakaiannya. Walaupun tidak besar mana tapi dia merasa bersalah, seolah-olah memperhambakan kekasih Syafika.
“Sebagai lelaki saya rasa maruah saya tercabar membenarkan seorang wanita membawa beg sedangkan saya sendiri jalan berlenggang,” kata Haikal.
Beruntungnya Fika dapat lelaki budiman macam Haikal. Sekali lagi hati Shikin berbisik.
Suasana petang di KL Sentral begitu sibuk dengan pelbagai manusia yang datang dari seluruh pelusuk menuju ke destinasi masing-masing.
Shikin merasa bertuah dia ditemani Haikal pada petang itu. Jika tidak dia akan merasa sedikit janggal dengan suasana serba baru bagi dirinya. Pada masa yang sama dia merasa bersalah terhadap Syafika kerana tidak memberitahu Syafika tentang janji Haikal menemaninya di KualaLumpur.
Haikal danShikin bergerak ke sebuah restoran makanan segera dan memesan makanan. Shikin cuma memesan kopi panas dan kentang goreng bersaiz kecil. Haikal pula makan burger, kentang goreng dan minuman ringan.
Melihat makanan di depan mereka hati Shikin bagai digeletek. Dia teringat beberapa hari lepas dia makan di restoran francais yang sama semasa di Kota Bharu . Pada masa itu dialah jaguh dalam bab makan. Tapi hari ini dia malu untuk memesan makanan yang banyak. Shikin, depan lelaki kena kontrol ayu. Jangan makan ikut selera,katanya dalam hati.
Sambil makan mereka berbual-bual. Sesekali shikin melihat jam tangannya. Terasa begitu lambat masa berlalu. Kalau boleh dia nak Izzati datang secepat mungkin. Terasa bersalah apabila dia dan Haikal berdua walaupun Haikal tidak mungkin ada sebarang niat serong terhadapanya
Sedang mereka asyik berbual telefon Haikal berbunyi.Haikal menjawab panggilan telefon dengan wajah ceria. Shikin dapat mengagak panggilan itu datangnya dari Syafika.Hatinya merasa cemburu melihat kemesraan perbualan telefon diantara Syafika dan Haikal. Pada masa yang sama timbul rasa simpati Shikin terhadap Haikal.
Selepas beberapa minit bercakap dengan Syafika Haikal mematikan perbualan.
“Syafika telefon,”kata Haikal dengan wajah berseri-seri. Kelihatan Haikal memang benar-benar mencintai Syafika. Kalau diikutkan hati, mahu saja Shikin menceritakan segala-galanya dari mula hingga akhir tentang perbuatan Syafika yang di luar pengetahuan Haikal.
Sabar Shikin sabar, bisik hatinya lagi.
“ Fika tahu ke Encik Haikal datang ambik saya? “ Shikin bertanya. Dia cuba mencuri dengar perbualan antara Syafika dan Haikal sebentar tadi, tapi dia tidak mendengar pula sebarang percakapan Haikal tentang Shikin .
“Fika tak tahu.Saya saja tak nak beritahu dia.Awak pun tahu perangai Syafika tu.Kuat cemburu,”kata Haikal menyambung makan burger yang terhidang di depannya.
“Saya beruntung sebenarnya dapat Fika. Dia ada segala-gala yang saya harapkan dari seorang wanita,” kata Haikal.
“Dia cerdik,cantik dan berugama, “ Tambah Haikal
Dia juga pandai menipu, curang, ada perhubungan dengan suami orang dan pandai berpura-pura.Sekali lagi hati Shikin berbisik.Kesiannya Haikal, hati Shikin berkata-kata. Kalaulah kau jadi kekasih hati aku, aku akan jaga kau sepuluh kali lebih baik dari apa yang Fika buat.
Eh, berangan pulak aku ni.Tiba-tiba Shikin tersedar dari lamunan apabila Haikal menegurnya.
“Shikin, jauhnya awak termenung. Teringatkan orang yang jauh di mata ke? Alah, baru sehari tinggalkan kampung dah rindu ke? “ kata Haikal mengusik .
“Taklah Encik Haikal, “ kata Shikin tersipu malu.Shikin menjeling lagi kearah jam di tangannya.Kenapalah lambat sangat jarum jam ni bergerak.Dah tak tau nak cerita apa lagi dengan Haikal ni, kata Shikin di dalam hati.
Dah dekat pukul 7 ni. Bila-bila masa aja Izzati akan datang.Shikin rasa bersalah jika Haikal terpaksa menemankan dia.
“Encik Haikal,dah lewat ni.Kalau Encik Haikal nak balik dulu pun tak pa. Kejap lagi kawan saya tu akan sampailah,” kata Shikin.
“Tak apa, saya kalau balik pun bukannya ada apa nak buat.Duduk rumah bujang sorang-sorang,”kata Haikal.
“Encik Haikal tinggal seorang? “ Syafika bertanya dengan nada terkejut.Dia tahu tinggal di Kuala Lumpur bukannya murah. Untuk menyewa rumah seorang diri amat membebankan dari segi kewangan.
“Ya, saya memang duduk sorang.Saya ada beli apartment. Apartment kecik aja, “kata Haikal merendah diri.
Wow, belum kawin dah beli kediaman? Patutlah kedekut kekasih hati nak datang Kuala Lumpur pun tak belikan tiket kapalterbang. Rupa-rupanya dia mengumpul duit mengumpul harta.Hebat, hebat. Kata Shikin di dalam hati
“ Untuk masa depan saya dengan Fika. Saya bercadang bila kami bernikah nanti Fika cari kerja kat sini. Hari tu lagi saya dah minta dia cari kerja di sini sebaik aja habis belajar tapi dia macam keberatan aja.Macam- macam alasan dia bagi pada saya untuk terus menetap di Kelantan.Kadang-kadang saya terfikir juga, ntah-ntah dia ada kekasih hati kat sana,”kata Haikal.
“Encik Haikalj anganlah fikir yang buruk-buruk tentang Fika,” kata Shikin meyakinkan Haikal
“Saya dah kenal Fika bukan sehari dua. Dah bertahun saya kenal Fika. Semenjak dari sekolah menengah lagi. Encik Haikal jangan risaulah,” kata Shikin. Terasa bersalah kerana terpaksa berbohong demi mempertahankan kesetiaan terhadap seorang kawan rapatnya
Air muka Haikal seakan kurang yakin dengan kata-kata Shikin.
Tiba-tiba telefon Shikn bergetar.Shikin menyambut panggilan dari Izzati. Izzati bertanyakan di mana Shikin berada.
Selepas bertemu,Shikin memperkenalkan Izzati kepada Haikal.
“ Terima kasih Encik Haikal kerana sudi ambik saya dari stesen bas, hantar saya ke sini dan temankan saya berbual pada petang ni,” kata Shikin sambil memegang beg pakainnya.
“ Alah, itu perkara kecik aja berbanding pertolongan awak kepada saya. Kalau ada apa-apa nanti jangan segan telefon saya,” kata Haikal sebelum meninggalkan Shikin dan Izzati berdua.
“Sapa mamat hensem tu? Cepat kau dapat kekasih,” kata Izzati kepada Shikin sambil mereka berjalan menuju ke kereta Izzati.
“Dia bukan kekasih akulah.Panjang ceritanya. Nantilah bila-bila ada masa nanti aku cerita,“ kata Shikin sambil tersandar keletihan di dalam kereta Izzati
Shikin memandang bandaraya Kuala Lumpur yang dilimpahi cahaya. Bermulalah hidupnya sebagai warga kota Kuala Lumpur