Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 50

“Fika, kau banyakkan bersabar ye. Semua yang berlaku dugaan Allah kepada kita hambanya yang lemah.Aku tahu betapa sayangnya kau pada arwah tapi Allah lebih sayang padanya,” Shikin memeluk erat Syafika.

Syafika menangis teresak-esak.Airmatanya gugur dan membasahi tudung yang dipakai Shikin.

“Fika, aku minta diri dulu ye.Kau jaga diri baik-baik.Jaga kesihatan.Yang dah meninggal duniat takkan balik semula tapi kita yang masih hidup kena teruskan kehidupan ini.Ingat yang Aqil perlukan kau.Ramai lagi yang masih prihatin pada diri kau,” kata Shikin memujuk.

“Terima kasih Shikin. Kaulah kawanku dunia akhirat,” kata Syafika sambil melepaskan dakapannya.Zaine suami Shikin hanya memandang dan mendengar perbualan dua sahabat itu.

“Syafika, kami balik dulu ye,” kata Zaine sambil memimpin tangan Shikin meninggalkan rumah Syafika.

Tetamu yang hadir untuk kenduri arwah pada malam itu beransur-ansur meninggalkan rumah teres dua tingkat di pinggir kota raya itu.

Semakin sunyi hati Syafika apabila hanya tinggal dia, Aqil, Noraini ibu Syafika, Rahman ayah Syafika, Salmah ibu mertuanya dan Zamri bapa mertuanya sahaja yang masih berada di rumah. Di dapur beberapa orang jiran membantu mengemas dibantu oleh adik Syafika.

Mereka berenam duduk di ruang tamu sambil bersimpuh dan bersila di atas lantai.Semua sofa dan kerusi telah dialih ke bilik yang kosong untuk memberi ruang kepada rombongan dari masjid tadi.

“Fika, ayah nak tanya macam mana perancangan Fika lepas ni?” kata Rahman ayah Syafika membuka bicara.

Syafika yang duduk bersimpuh di sebelah ibunya cuma menundukkan muka sahaja.Mereka yang lain hanya mampu memandang dengan rasa simpati.

“Kalau Fika rasa Fika nak balik semula ke Kelantan pun ayah  suka.Boleh juga Ma tolong tengokkan Aqil.Sesambil tu bolehlah Fika cari kerja di sana,” kata Rahman lagi sambil menunggu reaksi dari Syafika.

Kenyataan Rahman mengundang rasa kurang senang Salmah, ibu mertua Syafika. Dia takut kehilangan Aqil. Semenjak Aqil dilahirkan sehingga sekarang dialah yang menjaga Aqil. Dia tidak dapat bayangkan hidupnya tanpa Aqil di sisi. Dia baru sahaja kehilangan anak lelaki kesayangannya. Dia tidak mampu kehilangan seorang lagi insan yang amat disayangi, cucunya.Anak yang lahir dari darah daging Haikal. Namun Salmah hanya mampu berdiam diri.Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan, menambah lagi kesedihan Syafika.

“Ye Fika, Ma pun dah tak kerja.Ma boleh aja jaga Aqil.” kata Noraini.Ini menambahkan lagi resah di hati Salmah dan Zamri, bapa mertua Syafika.

“ Ma, abah.Bagilah masa untuk Fika fikir dulu. Arwah baru aja tinggalkan kita tak sampai pun seminggu.Abah dengan Ma bagilah masa untuk Fika ye,” kata Syafika sambil mengelap airmatanya.

Dia mengusap-ngusap rambut Aqil yang terlena di pangkuannya.

Jawapan Syafika memberikan sedikit kelegaan di hati ibu dan bapa mertua Syafika. Memang mereka amat-amat berharap agar Syafika terus menetap di Kuala Lumpur.Walaupun Syafika hanyalah seorang menantu mereka berdua menganggap Syafika sebagai anak sendiri.

“Fika, mama balik dulu ye.Besok ayah nak kerja. Fika janganlah terlalu sedih.Kita perlu redha dengan ketentuan Allah., “ pesan salmah kepada Syafika.

Selepas bersalaman dengan kedua ibu bapa Syafika, ibu dan bapa mertuanya meninggalkan Syafika.

Ira adik bungsu Syafika datang menghampiri kakak dan ibu bapanya selepas selesai berkemas di dapur. Jiran-jiran yang membantu juga telah balik meninggalkan mereka.Suasana malam yang hening menambah lagi kesunyian di hati Syafika.

“Ira temankan akak nak? Kesian akak tidur sesorang.Mesti sunyi,” kata Ira .

“Tak apa.Akak ok aja .Aqil kan ada temankan akak,” kata Syafika sambil mengusap-ngusap lagi rambut Aqil.Aqil menggeliat sambil berpaling dan menyambung tidurnya semula.

Ira faham kakaknya perlukan masa untuk bersendirian. Dia tidak memaksa.

“Ira, tolong akak bawa  Aqil masuk dalam bilik boleh tak? .Akak lenguhlah Aqil baring atas riba akak ni,” Syafika meminta Ira membantu.

“Alah akak ni,Ira mana kuat,” kata Ira.

“Biar abah angkat. Ira ni makan aja kuat, angkat benda semua tak kuat,” kata Rahman cuba berseloroh.

“ Abahhh…” kata Ira mencebik bibir. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Syafika semasa muda membuatkan ramai lelaki di kolej tempat dia belajar menjadi gila bayang.

Syafika hanya mampu tersenyum melihat keletah anak dan bapa yang sering usik mengusik.Hilang sedikit rasa sayu di hatinya.

“Abah, Ma, Fika tidur dulu.Dah lewat ni,” kata Syafika sambil bangun sebaik sahaja Rahman keluar dari bilik selepas membaringkan Aqil di katil bilik Syafika.

“Ma, abah bilik tamu tu berselerak sikit. Tak sempat nak kemas. Ira tidur bilik satu lagi ye,”kata Syafika sambil melangkah naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik hatinya semakin sayu. Dia merenung wajah Aqil yang sedang tidur.Dia mengucup dahi Aqil. Airmatanya meniitis membasahi dahi Aqil.

Masih jelas ingatannya bergurau bersama Haikal  dimalam Haikal berangkat ke Bangkok. Senyum tawa Haikal tidak akan dia lupakan selagi hayat dikandung badan.

Syafika tiba-tiba teringat ada sehelai baju Haikal yang dipakai sehari sebelum bertolak ke Bangkok masih belum dibasuh.Dia membongkar bakul pakaian kotor yang terletak di sudut bilik tidurnya dan membongkar himpunan baju kotor, mencari baju yang dipakai oleh Haikal.

Sebaik sahaja dia menjumpai baju yang dipakai Haikal, Syafika terus mencium baju itu sepuas hatinya. Kesan peluh Haikal yang masih melekat di baju itu menambah lagi rasa rindunya kepada arwah suaminya.

“ Abang, kenapa abang tinggalkan sayang terlalu cepat?.Abang tak kesiankan sayang ke? Tak kesiankan pada anak kita ke? Abang, sayang anggap semua ni mimpi.Sayang nak terjaga dari mimpi ngeri ini,” kata Syafika teresak esak seorang diri.

Basah lencun lengan  baju kurung yang dipakai olehSyafika buat mengelap air matanya yang mencurah-curah.

Syafika mengambil baju Haikal yang belum dibasuh dan menggantung semula baju itu di dalam almari pakaian.Dia tidak bercadang untuk membasuh baju itu.Sesekali bila rasa rindu terhadap Haikal datang dia akan mencium baju itu.Mengingatkan semula kenangan manisnya bersama suaminya.

Selesai menyalin pakaian tidur Syafika berbaring di sebelah Aqil.Matanya tidak mahu lelap walapun waktu telah menginjak menghampiri dinihari. Segala ingatannya bersama Haikal kembali memenuhi kotak memorinya.Dari tarikh mula-mula berkenalan semasa melakukan lawatan ke tempat  Haikal berkerja sehinggalah ke saat dia mendapat tahu yang pesawat yang dinaiki Haikal terhempas.

Syafika merasa bersyukur disebalik kesedihannya.Dia bersyukur mayat Haikal berjaya ditemui tidak lama selepas usaha menyelamat dan mencari diteruskan. Dia bersyukur suaminya mati berkubur.Nanti bila Aqil dah besar dan faham segala-galanya dia boleh membawa Aqil menziarah kubur bapanya.

Syafika bersyukur dapat menatap wajah Haikal buat kali terakhir.Adalah satu keajaiban apabila Haikal salah seorang mangsa yang hampir sempurna dijumpai.Tidak ada kesan kecederaan di wajah Haikal selepas di kafan. Seolah-olah Haikal  sedang tidur apabila Syafika menatap wajahHaikal buat kali terakhir.

Andai dapat diundur masa Syafika tidak akan curang terhadap Haikal. Kekesalan yang amat sangat begitu dirasakan oleh Syafika apabila selama ini dia telah menduakan Haikal.

“Ya Allah ya tuhanku.Kau ampunilah dosa-dosa ku,” kata Syafika.

Waktu telah hampir pukul 4 pagi namun Syafika masih tidak boleh melelapkan mata.

Dia bangun danmengambil wudhu. Bersolat tahajjud. Bersolat sunat taubat. Air matanya tak berhenti-henti mengalir. Dia terasa seolah-olah Haikal berada di sisinya.Syafika berzikir, membaca quran.

Sayup-sayup kedengaran azan Subuh berkumandang dari masjid yang terletak tidak begitu jauh dari rumahnya.Syafika bersolat Subuh.Selesai solat subuh baru dia terasa mengantuk.

Sebelum dia meleelapkan mata, dia mencapai gambar keluarga yang diambil semasa mereka tiga beranak bercuti di Pulau Perhentian.Terserlah wajah Haikal yang begitu ceria memegang Aqil.

Syafika mengucup wajah Haikal.

“Sayang, semogakau tenang di sana,” kata Syafika.

Beberapa minit kemudian ketika matahari menjengah ufuk timur Syafika terlelap .


 

Previous: Bab 49
Next: Bab 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.