Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 21

“Boleh ke  Fika buka tengok sekarang?” tanya Syafika seakan tak sabar melihat hadiah yang dibawa oleh Amri dari tanah suci Mekah dan Madinah .

“ Bukalah, memang  abang belikan untuk Fika pun , “ balas Amri tersenyum memandang Syafika.

Sebaik sahaja Syafika mengeluarkan hadiah dari beg plastik yang di bawa Amri matanya terus tertumpu kepada jubah yang dibelikan oleh Amri pilihan Zurina.

“ Cantiknya.Terima kasih abang. Pandai pulak abang pilih corak jubah ni. Memang Fika suka sangat-sangat,” kata Syafika sambil membelek-belek jubah pemberian Amri.

“Akak yang pilih. Abang manalah tau nak pilih-pilih. Bagi abang semua jubah cantik. Semua jubah sama, “ kata Amri sambil matanya memandang keluar tingkap kereta. Mereka sedang  bersembang dalam kereta Amri yang diletakkan di pinggir pantai menghadap Laut China Selatan.Angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa menerjah masuk di dalam kereta yang terbuka tingkapnya.Dari  jauh berbalam pulau-pulau yang mengindahkan lagi pandangan pada petang itu.

“ Abang. Nanti bila sayang dah jadi isteri orang, semua ni jadi kenangan abadi antara kita berdua kan? “ kata Syafika sambil mengenggam erat tangan Amri.Air mata mula bermanik di penjuru matanya.

“ Abang pun tau satu masa nanti kita akan terpisah. Bukan abang tak sayangkan Fika tapi kita perlu hadapi realiti kehidupan, “ kata Amri.

 

Syafika merapatkan tubuhnya ke badan Amri. Semakin laju air mata yang mengalir membasahi pipinya . Amri menghulurkan tisu kepada Syafika. Syafika menangis teresak-esak sambil menekup mukanya ke dada Amri. Amri merangkul Syafika sambil memujuknya.

 

“ Sayang, kita nikah nak? “ kata Amri sambil tangannya masih berterusan mendakap Syafika.

Syafika tersentak dengan saranan Amri. Selama mereka berkawan rapat semenjak lima bulan yang lepas Amri tidak pernah menyebut soal nikah.

Syafika terus bangun dari dakapan Amri dan memandang terus wajah Amri.

“ Abang tak serius kan? Abang cakap ni untuk pujuk Sayang supaya jangan sedih kan? “ kata Syafika memandang tepat ke mata Amri.

“ Abang seriuslah. Sayang ingat abang main-main ke? “ jawab Amri.

 

Syafika menjarakkan dirinya dari Amri. Perlahan-lahan pelukan tangan Amri terungkai dari tubuh Syafika.

 

“ Kalau ditanya perasaan Sayang jika diberi pilihan antara abang dengan Haikal memang Sayang akan pilih abang. Itu kalau ditanya pada Sayang tentang hati Sayang. Tapi Sayang tahu semua tu mustahil akan berlaku. Kalau kita nikah kita akan melukakan banyak hati dan perasaan orang lain. Perasaan akak. Perasaan anak-anak abang. Itu sebelah abang. Sebelah Sayang pulak pun banyak juga yang sayang kena fikir. Perasaan abah. Perasaan Ma. Kalau kita nak nikah semua orang takkan setuju kecuali kita berdua aja, “ kata Syafika

 

Amri menarik nafas panjang mendengar kata-kata Syafika. Ternyata ada kebenaran kata-katanya itu. Jauh disudut hati Amri mengagumi kematangan pemikiran Syafika disebalik  usianya yang masih muda.

 

“ Kadang-kadang abang  terfikir juga. Kenapa Sayang sanggup memilih abang  yang tak ada apa-apa kelebihan. Abang dah berusia. Tak hensem pun,” kata Amri menguji Syafika.

 

“ Abang, ini soal hati. Kalau abang tanya Sayang berulang kali pun abang takkan dapat jawapannya sebab memang Sayang akui Sayang tak ada jawapan, “ kata Syafika sambil memandang jauh ketengah laut yang terhampar di depan mata. Kepulan awan tebal menandakan hujan akan turun bila-bila masa saja lagi.

 

“ Sebagai orang yang dah berusia kadang-kadang abang rasa malu dengan diri abang sendiri.Selama ini dah beribu pelajar yang abang pernah ajar. Bukan tak ada yang cantik-cantik. Yang jauh lebih cantik dari Sayang pun banyak, “ kata Amri.

“ Dah tu kenapa pilih Sayang pulak? “ kata Syafika sedikit cemburu mendengar kata-kata Amri.

“ Sama juga macam Sayang cakap tadi. Abang pun tak ada jawapan kenapa abang boleh jatuh hati pada sayang,” balas Amri.

“ Kita berdua ada banyak persamaan. Maksud abang bukan persamaan dari segi umur tapi persamaan yang lain, “ kata Amri.

“Maksud abang?”tanya Syafika.

“ Kita sama-sama merasa sunyi.Fika sunyi sebab kekasih Fika jauh. Abang ada isteri tetapi isteri terlalu sibuk,” kata Amri.

“ Tapi itu bukan alasan untuk kita curang kan? “ tanya Syafika memandang Amri.

“ Ye. Kita sama-sama bersalah dalam soal ini, “ jawab Amri.

“ Abang, apa kata kita sama-sama perbaiki kesilapan kita. Kita sama-sama kembalikan diri kita kepada yang berhak. Abang balik kepada anak-anak dan kepada akak. Sayang balik kepada abah, mama dan Haikal. Kita tebus semula kesilapan kita. Masih belum terlambat kan abang? “ kata Syafika seolah-olah merayu.

“ Nanti Fika akan bekerja di Kuala Lumpur. Masa tu kita dah tak boleh berjumpa macam ni lagi. Fika takkan ganggu lagi keluarga abang, “ kata Syafika sambil memalingkan mukanya dari Amri.Air mata mula menitis membasahi pipinya. Dia cepat-cepat menyeka air mata dengan tisu di tangannya.

“ Abang tak boleh bayangkan macam mana nanti bila kita dah tak berjumpa. Bila Sayang dah jauh dari abang. Bila sayang dah jadi isteri orang. Dah jadi ibu kepada anak-anak Sayang nanti,” kata Amri.

“Walapun Sayang tak lagi jadi kekasih abang satu hari nanti Sayang tetap tak akan lupakan abang. Abang banyak mengajar sayang erti kehidupan. Abang banyak mendewasakan Sayang’ “ujar Syafika.

“ Sayang terlalu banyak berdosa kepada akak. Kepada anak-anak abang. Sayang seharusnya melutut memohon ampun dari akak kerana menumpang kasih sayang abang buat sementara waktu, “ kata Syafika lagi sambil teresak-esak.

 

Sekali lagi Amri memeluk Syafika sambil cuba menenangkan perasaanya. Tiba-tiba Syafika mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

 

“Abang, rasanya lepas ni kita takkan berjumpa lagi. Sayang nak bagi abang sesuatu. Biarlah tak mahal tapi Sayang nak abang simpan ini sebagai tanda kenangan kita.

“Ehh, apa ni.Tak payahlah sayang bersusah payah nak bagi abang apa-apa. Sayangkan belum kerja.Abang bagi hadiah pada Sayang bukan minta dibalas pun, “ kata Amri.

“ Tak kira.Abang kena terima juga. Kalau Abang tak nak terima hadiah ni Sayang amat-amat kecik hati pada  abang, “ kata Syafika sambil menghulurkan bungkusan kecil yang berbalut kemas. Amri tidak ada pilihan kecuali menerima hadiah itu.

“ Boleh abang buka sekarang?” tanya Amri.

“Bukalah” jawab Syafika ringkas.

Amri membuka balutan hadiah. Syafika menghadiahkan kepadanya sebatang pen yang terukir namanya.

“ Cantiknya.Terima kasih Sayang,” kata Amri tersenyum memandang Syafika.

“Alah, pen murah aja tu. Yang penting Sayang nak abang simpan pen ini sebagai tanda kenangan  kita berdua. Janji tu,” kata Syafika.

“Abang akan guna  pen ini setiap hari. Abang akan letak pen  ini dalam poket baju abang setiap hari. Biar  ia sentiasa dekat di hati abang,” kata Amri.

 

Syafika tersenyum mendengar kata-kata Amri. Kata-kata sebegitulah yang menyebabkan jiwanya rasa bahagia bila bersama lelaki berusia lebih separuh abad itu

 

Dari jauh kelihatan semakin tebal kepulan awan bergerak menuju kearah mereka berada.Guruh juga berdentum sekali-sekala menandakan hujan akan turun. Rintik-rintik hujan kelihatan di cermin kereta. Cuaca yang suram seolah-olah turut bersimpati dengan pertemuan terakhir dua pasangan kekasihitu.

 

“Sayang, jom balik’” kata Amri.

“ Ye. Dah lewat ni. Takut Ma risau tertunggu-tunggu di rumah,” kata Syafika sambil menaikkan cermin tingkap kereta yang mula dibasahi rintik-rintik hujan.

 

Dalam perjalanan pulang ke rumah Syafika mereka berdua tidak banyak berbicara. Masing-masing melayan perasaan. Tangan Syafika dan Amri tergenggam erat seolah –olah tidak rela dengan perpisahan yang akan berlaku.

 

Sebaik sahaja Amri memberhentikan keretanya di depan rumah Syafika, Syafika turun sambil mengucapkan terima kasih atas hadiah yang diberikan oleh Amri kepadanya.

 

Sebelum menutup pintu kereta Syafika sempat melempar senyum kepada Amri. Sebaik sahaja dia merasakan aira matanya seakan ingin mengalir dia cepat-cepat bergerak meninggalkan kereta. Dia tidak mahu Amri melihat wajahnya yang bercucuran airmata.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.