Amri terpegun melihat offline message dari Ika. Serta merta dia mendail nombor telefon Syafika yang telah disimpan di dalam telefon bimbitnya. Selepas beberapa deringan tidak berjawab Amri menerima sms dari Syafika menyatakan dia sekarang berada di dalam kuliah.
Amri melihat jam di dinding menunjukkan pukul 9.45 pagi. Kebiasaannya kuliah akan berakhir jam 10 pagi. Amri resah menunggu jarum jam bergerak ke pukul 10 pagi. Masa seakan tidak berganjak. Sesekali mata Amri melihat jarum jam di dinding. Terasa lambat benar masa belalu.
Sebaik jam menunjukkan pukul 10.05 Amri sekali lagi mendail nombor Syafika.Di hujung sana kedengaran suara Syafika menjawab. “ Assalamualaikum,” kata Syafika. “ WalaikumSalam,” jawab Amri.
“Ika ok ke?”Tanya Amri.
“ Saya ok aja. “jawab Syafika sambil melangkah meninggalkan bilik kuliah menuju ke arah kafetaria. Dia tidak sempat bersarapan pagi tadi.
“ Saya dapat offline message dari Ika pagi tadi. Tu yang saya telefon ni. Takut Ika tak sihat ke. Kalau tak sihat pergilah klinik. Ambik ubat,” kata Amri.
“Terima kasih Prof. Saya sihat , alhamdulillah,” kata Syafika.
Shikin yang dari tadi mencuri dengar perbualan antara Syafika dan Amri cuba memasang telinga.Menyedari perbuatan Shikin itu Syafika cepat-cepat berjalan menjauhi dirinya dari Shikin. Shikin berlari-lari anak mengejar Syafika dari belakang.
“Prof. Minta maaf saya tak boleh bercakap panjang ni. Nanti kita YM ye Prof.Assalamualaikum’ Kata Syafika mematikan perbualan .
Shikin yang termengah –mengah mengejar Syafika agak kecewa apabila melihat Syafika telah berhenti bercakap dengan Amri.
“ Wah. Bila tengok aku dekat kau cepat-cepat berhenti bercakap ye.” Kata Shikin sambil melabuhkan punggung di kerusi kosong di kafeteria itu. Suasana kafetaria yang hingar bingar menenggelamkan sedikit perbualan mereka berdua.
Syafika cuma tersenyum sambil mendiamkan diri. Dalam keadaannya yang sedang bercelaru Syafika lebih gemar untuk berdiam diri.
“ Aku tengok muka kau pucat. Kau tak sihat ni. Kita pergi klinik nak?” kata Shikin.”Fika,kau duduklah ye. Biar aku ambikkan makanan untuk engkau. Kau nak makan apa?”tanya Shikin sambil bangun .
“ Aku tak ada seleralah Shikin. Kau ajalah makan. Kau ambik mi goreng tu lebih sikit. Nanti aku rasa kau punya aja. Tak payah membazir sebab aku tak lalu nak makan pagi ni, “ kata Syafika.
“ Ok. Aku ambik lebih sikit tapi kau yang bayar ye.’ Kata Shikin selamba.
“Dengan aku pun kau nak berkira ke? Kata dah macam adik beradik’ “ kata Syafika sambil tersenyum ke arah Shikin.
“ Dalam soal lain boleh jadi adik beradik tapi dalam soal duit, adik beradik pun boleh bertetak berparang tau,” kata Shikin sambil bergerak menuju ke kaunter menghidang makanan. Barisan panjang pelajar-pelajar yang beratur menunggu giliran masing-masing untuk mengambil makanan mengundang rasa kurang sabar Shikin.Dalam hatinya bersungut, kalau tak kenangkan kawan, malas aku nak beratur untuk Syafika.
Sebaik mendekati semula meja tempat Syafika sedia menunggu Shikin terus meletakkan pinggan yang berisi mi goreng. Syafika menyuap dua tiga sudu mi goreng ke dalam mulut sebelum berhenti makan.
“ Jomlah kita gi klinik lepas ni. Aku tengok kau ni lain macam aja. ‘ kata Shikin.
“ Kau jangan risaulah. Aku ok,” balas Syafika.
“ Ikut kaulahFika.” Kata Shikin sambil menghabiskan mi goreng di dalam pinggan itu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Ika:Assalmualakum Prof
Abang Pemikir:Walaikum Salam. Ika dah lama ke online?
Ika: baru ajani. Saja tunggu Prof online sebab dah janji kan nak online malam ni
Abang Pemikir:Ika ok ke? Dah pergi klinik? Dengar suara pun macam tak berapa sihat tadi
Ika: Saya ok cuma stress sikit. Saya gaduh dengan boyfriend lagi .
Abang pemikir:kenapa pulak asik bergaduh aja ni. Kena banyak bersabarlah.
Ika: Entahlah.Saya yang salah agaknya. Saya terlalu pentingkan diri. Saya nak dia sentiasa dekat dengan saya. Sentiasa hubungi saya. Saya amat sensitif. Mudah merajuk.Mudah tarik muka masam. Semua salah saya kan prof?
Abang Pemikir:Ok biar saya minta sesuatu dari Ika boleh?
Ika: Apa dia?
Abang Pemikir:Pertama sekali jangnlah panggil saya Prof. Kalau Ika nak panggil saya Prof Ika kena bayar consultation fees. Kadar consultation fees saya RM300 sejam. Tak mampu awk nanti. Haha
Ika: Kalau macam tu tak apalah. Oklah Prof. Saya memang tak mampu. Saya nak keluar dah.Assalamualaikum.
Abang Pemikir :Eh, kejaplah. Tadi saya bergurau aja. Ika ni kan . Sensitifnya. Saya main-main aja tadi.
Syafika merenung layar komputer bimbitnya sambil tersenyum.Dia ingin melihat reaksi Amri apabila dia pura-pura merajuk. Dia ingin tahu setakat manakah Amri berjaya memujuknya. Adakah Amri sehebat Haikal dalam memujuk hati wanita?
Amri menunggu beberapa minit untuk melihat reaksi Syafika tapi kelihatan tidak ada jawapan dari Syafika. Memandangkan masa pun sudah hampir pukul 1 pagi, dia bercadang untuk berhenti setakat itu memandangkan dia perlu menghadiri satu mesyuarat penting pagi besok.
Tiba- tiba daun pintu bilik study terkuak sedikit.Kelihatan Zurina dengan wajah mengantuk menegur Amri.
“ Abang, dah dekat pukul 1 ni. Lewatnya abang tidur,“ nanti besok mengantuk nak pergi kerja.
Amri sedikit terkejut dengan kehadiran isterinya yang tak dijangka. Wajah Amri sedikit berubah kerana terkejut tapi Zurina tidak perasan perubahan wajah Amri tu.
“Abang tengah siapkan kertas kerja ni. Sikit aja lagi, “ kata Amri berbohong kepada isterinya.
“Banyak lagi ke?Tak boleh sambung besok?” kata Zurina seolah merayu agar Amri berhenti menulis dan masuk tidur bersamanya.
“ Sikit aja lagini. Sayang tidur dululah. Tak boleh tangguh sebab besok dateline kena submit dah’ “ kata Amri dengan wajah seakan serius.
“ Abang nak Ina buatkan kopi?” tanya Zurina.
“Tak apa. Nanti kalau minum kopi lagi susah abang nak tidur,” balas Amri.
“Ok bang. Ina tidur dululah, “ kata Zurina sambil mencium pipi Amri.
Amri membalas ciuman Zurina. Di dalam hatinya berharap agar Ika masih lagi online.
Sebaik sahaja Zurina meninggalkan bilik study, Amri terus membuka semula Yahoo Messenger.Kelihatan Syafika telah signout. Amri sedikit kecewa.
Dia mematikan komputer bimbitnya dan meninggalkan bilik study. Perlahan-lahan dia masuk kebilik tidur dan berbaring di sebelah isterinya . Niatnya untuk tidak menganggu Zurina tidur.
“ Eh. Kata tadi nak siapkan kerja abang. Dah siap ke?” kata Zurina.Rupa-rupanya Zurina masih belum lena.
“Tak apalah.Sambung besok aja. Benda tu bukan urgent manapun. Boleh aja sambung besok” kata Amri sambil menarik selimut
“ Pulak. Tadi dia yang kata urgent. “ Balas Zurina separuh sedar. Dia berpaling kearah Amri dan mendakap tubuh suaminya. Sebentar kemudian kedengaran dengkuran kecil menandakan Zurina sudah lena diulit mimpi.
Amri masih terkebil-kebil memandang siling bilik tidur. Matanya tidak mengantuk walaupun malam telah melangkau ke dinihari.Sayup–sayup kedengaran bunyi ayam berkokok memecah kesunyian.
Amri menutup mata tapi fikrannya melayang jauh mengenangkan Syafika. Terbayang-bayang di mata Amri bagaimana wajah gadis ayu itu apabila mereka bertentang mata. Bagaimana gemuruhnya kelhatan di wajah Syafika sebaik dia melangkah ke bilik pejabat Amri semasa menyerahkan surat jemputan untuk merasmikan seminar. Amri juga membayangkan sopan santunnya Syafika semasa melayan tetamu yang hadir termasuk Amri semasa seminar berlangsung. Malam ini Amri berasa amat kecewa apabila Syafika merajuk dan meninggalkanya.
Tak sabar rasanya menunggu untuk hari menjelang siang . Pekara pertama yang akan dia lakukan pagi besok ialah menelefon Syafika. Hati gadis itu perlu dipujuk. Amri melelapkan mata sambil bibirnya mengukir senyuman.