Shikin menghembus hidungnya dengan tisu di tangan. Hampir sekotak tisu telah lunyai digunakan untuk mengesat air mata.Semenjak semalam dia tak berhenti-henti menangis.Makan pun tak berselera.Puas Norli teman serumahnya memujuk agar menerima hakikat yang Haikal bakal menjadi tunangan orang dan akhirnya akan menjadi suami orang. Orang itu pun bukan orang lain tapi kawan baiknya sendiri,Syafika.
“Cukup-cukuplah tu menangis Shikin.Kau menangis keluar air mata darah sekalipun keadaan takkan berubah.Terima ajalah apa yang berlaku.Anggap aja semua tu sebagai Qada dan Qadar dari Allah. Bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor,” kata Norli memujuk.
“Mudah bagi kau cakap macam tu sebab kau tak rasa sendiri.Cuba kalau kena batang hidung sendiri, baru kau tahu,” kata Shikin.
“ Aku benci, aku benci, aku benci,” jerit Shikin sambil cuba ditenangkan oleh Norli.
“ Ikut kaulah Shikin. Dulu aku dah nasihatkan jangan menaruh hati pada hak orang lain. Kau degil. Sekarang rasalah akibatnya,” kata Norli meninggalkan Shikin.
Sebaik sahaja Norli meninggalkannya, Shikin perlahan –lahan mengutip semula cebisan gambarnya dengan Haikal yang telah dikoyakkannya berkali kali. Perlahan-lahan dia cuba mencantumkan semula cebisan gambar itu seolah-olah cuba menyelesaikan jigsaw puzzle.
Selesai sahaja gambar itu dicantum semula Shikin terus menangis teresak-esak.Tak sanggup dia melihat kemesraan Haikal dengannya di dalam gambar itu. Perasaan hatinya berbaur diantara sedih dan marah.Serentak itu juga dia menyelerakkan semula kepingan gambar yang telah tersusun di atas meja di depannya.
Dia terus menekup mukanya dengan bantal dan teresak-esak menangis.
Matanya mengerling ke arah jarum jam di dinding apartmen dua bilik itu.Jarum jam menunjukkan 5.30 petang.Dia membayangkan pada ketika itu Syafika sedang tersenyum apabila emak Haikal menyarungkan cincin ke jari manisnya.
“ Benci, benci,benci,” raung Shikin sekuat hati.
Norli yang berada di biliknya meluru keluar.
“ Kau ni dah kena rasuk ke.Macam tak ingat dunia. Bawak mengucap.Jangan ikutkan rasa kecewa itu.Semua yang berlaku ada hikmahnya,” kata Norli merapati Shikin.
Shikin mendakap Norli sambil teresak-esak.Norli merasa terkejut melihat tindakan Shikin.Dia tak sangka gadis yang berperwatakan lasak itu berjiwa sensitif. .Dia mengurut-ngurut bahu Shikin, cuba menenangkannya.
“ Hati aku pedih bagai dihiris-hiris. Rupanya selama ini aku sorang aja yang bertepuk sebelah tangan,” kata Shikin diselangi dengan sendu sedannya.
“ Aku dah lama bagi nasihat tapi kau tak nak terima nasihat aku. Kau bukan tak tau Haikal tu milik Syafika. Nak berkawan tak apa tapi janganlah ada menyimpan rasa.Tak baik merampas hak orang.Apa kau rasa kalau hak kau kena rampas,” kata Norli memujuk sambil menasihat Shikin.
“Yelah,yelah.Semua salah aku. Aku pun tak ada niat nak jatuh hati pada Haikal tapi kita manusia biasa.Ada rasa ingin mencinta dan dicintai. Cuma aku yang bodoh mencintai kekasih orang,” kata Shikin. Nada percakapannya semakin tenang.
“Shikin, nanti aku introducekan dengan sorang mamat kat pejabat aku ni.Mana tau kalau-kalau dia boleh mengisi kekosongan dalam hati kau tu,” kata Norli cuba memujuk.
“ Handsome tak mamat tu? “ tanya Shikin sambil riak wajahnya menampakkan keceriaan.
“Nak kata handsome sangat tu taklah tapi sedap mata memandang,” kata Norli.
“Mana lagi handsome,Haikal ke dia? “ Tanya Shikin lagi seolah-olah melupakan sejenak rasa sedihnya.
“Balik balik Haikal, balik balik Haikal.Macam tak ada lelaki lain aja dalam dunia ni selain dari Haikal,” kata Norli mencebik bibir.
“Mulai dari hari ini, kita haramkan nama Haikal disebut dalam rumah ini,” kata Norli dengan nada tegas namun bergurau.
“Yelah, yelah.Hihi, “ Shikin ketawa kecil mengiyakan kata-kata Norli.
“Sapa nama mamat tu? Ada gambar dia tak?” beria-ia Shikin bertanya. “Dia baru kerja ke kat pejabat kau?” Shikin bertanya lagi.
“Dah lamalah.Dia dah kerja sama pejabat dengan aku sebelum kau datang KL ni lagi,” kata Norli sambil membelek-belek majalah di tangannya.
“Kenapa lambat sangat kau nak kenalkan pada aku. Kalau awal-awal lagi kau kenalkan pada aku taklah aku jadi macam ni. Mengharap pada yang tak sudi,” kata Shikin dengan nada yang sedikit kendur.
“Nak kenalkan kau dengan dia macam mana? Kau siang malam pagi petang asik sebut Haikal,Haikal. Haikal,” balas Norli. “ Aku ingat Haikal tu pakwe engkau. Manalah aku tahu yang Haikal tu bukan pakwe kau tapi pakwe Syafika.Bila dah rapat sangat dengan Haikal baru kau cerita hal sebenarnya. Masa tu kau dengan Haikal aku tengok dah macam belangkas. Dah melekat. Guna gam cap gajah pun rasanya tak boleh nak dipisahkan , “ jelas Norli panjang lebar.
“Hihi.” Shikin tergelak kecil.
“ Malam ni lepas Maghrib kita keluar makan. Aku belanja,” kata Norli.
“Baiknya hati kau nak belanja aku. Dah banyak sangat duit ke,” kata Shikin tersenyum memandang Norli yang bergerak menuju ke dapur membawa bekas minuman yang tidak dibasuh oleh Shikin dari malam tadi lagi.
“Bukannya banyak duit tapi nak pujuk hati orang yang tengah sedih putus cinta tu,” jawab Norli sambil ketawa kecil.
“Bercinta ke?”Shikin berpura-pura bertanya sambil matanya mengekori pergerakan Norli.
“ Entah. Rasanya cinta sebelah pihak aja kot. Hihi, “ kata Norli.
Syafika melempar bantal di tangannya ke arah Norli tapi Norli sempat mengelak.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Semenjak balik dari majlis pertunangannya di Kota Bharu tempoh hari, usaha Haikal untuk menghubungi Shikin gagal. Panggilan tidak berjawab. Sms yang dihantar tidak berbalas.Haikal dapat mengagak Shikin rasa kecewa apabila dia mengikat tali pertunangan dengan Syafika.
Haikal rasa bersalah. Mungkin layanan baiknya selama ini terhadap Shikin telah disalah ertikan oleh Shikin. Haikal menganggap Shikin sebagai kawan rapatnya kerana Shikin adalah kawan baik Syafika.Sepanjang dia bekawan dengan Syafika tumpuannya hanya kepada Syafika seorang selain dari kerjanya.Haikal tidak pandai bersosial.
Kehadiran Shikin dalam hidupnya sedikit sebanyak mengubah perspektif Haikal tentang kehidupan. Hidup bukannya semata-mata untuk berkerja sahaja.Hadirnya Shikin dalam hidupnya menjadikan Haikal lebih menghargai kehidupan. Kalau dulu hujung minggu pun dia ke pejabat tapi semenjak Shikin hadir dalam hidupnya mereka berdua kerap keluar bersama.Menonton wayang, berjoging, melepak di kompleks membeli belah.Perbuatan yang amat-amat tidak digemari oleh Haikal pada satu ketika dulu.
Shikin mengajar Haikal cara berpakaian yang sempurna yang berjaya mengubah penampilannya. Kalau dulu dia berpakaian cukup ringkas, kemeja T dan berseluar jean tapi sekarangini dia lebih pandai bergaya persis seorang model.Dengan ketinggian yang ada padanya Haikal memang layak menjadi seorang model.
Kadangkala Haikal terlupa yang dia masih ada Syafika dalam hidupnya. Shikin sentiasa mengambil berat tentang makan minumnya. Sentiasa mengeraknya untuk bersolat Subuh.Hujung minggu Shikin menjadi peneman sejati kepada Haikal sedangkan Syafika tinggal beratus kilometer dari sisinya.
Lamunan Haikal terhenti apabila telefonnya bergetar menandakan ada sms yang masuk. Dia melihat sms. Agak terkejut apabila nama Shikin tertera sebagai penghantar sms itu.Haikal telah berputus harap menunggu sms dari Shikin.Dengan rasa teruja Haikal membaca sms dari Shikin.
‘Selamat Bertunang. Semoga menjadi suami yang baik.Sampaikan salam saya pada Syafika,’
Haikal terus membuat panggilan kepada nombor Shikin tapi panggilan Haikal tidak berjawab sehingga talian putus.
Selang beberapa minit kemudian Haikal menerima satu lagi sms dari Shikin
‘Tolong jangan hubungi saya lagi.Saya tidak mahu jadi perampas hak orang lain.Terima kasih atas segalanya’.Mesej dari Shikin membuat Haikal menghela nafas panjang.
Dia membalas mesej Shikin. ‘Terima kasih. Semoga awak akan bertemu lelaki yang baik yang akan menjadi pelindung awak di dunia hingga ke akhirat nanti’
Haikal merenung keluar jendela. Fikirannya berkecamuk. Dia sendiri keliru dengan perasaan hatinya pada ketika ini.Haikal dapat merasakan Syafika seolah-olah tidak begitu gembira dengan hubungannya . Pada majlis pertunangan itu juga Haikal dapat melihat wajah Syafika agak keruh.Seolah-olah ada sesuatu yang sedang bermain di mindanya pada ketika itu.
Haikal cuba menepis perasaan ragunya terhadap Syafika. Mungkin itu semua hanya hasutan syaitan sahaja.Walau apa pun terjadi tidak ada apa yang boleh menganggu gugat hubungannya dengan Syafika.Cuma dia keliru kenapa dia patut merasa sedih apabila Shikin membuat keputusan menjauhkan diri darinya.Sedangkan tindakan Shikin itu adalah wajar.
Haikal cuba menumpukan perhatian kepada kerja-kerja di depannya tapi dia gagal memberikan tumpuan.
Langsung dia mengambil kunci kereta dan keluar dari biliknya. Dia berhasrat untuk ke pejabat Shikin untuk menyelesaikan kekusutan di hati.