Amri perlahan-lahan memberhentikan keretanya sebaik sahaja menghampiri pondok pengawal keselamatan.
“ Nak ke mana encik?” pengawal keselamatan menghampiri keretanya dan bertanya dengan sopan.
Setelah diberitahu alamat rumah Syafika, pengawal keselamatan membenarkan Amri masuk ke kawasan letak kereta di kawasan kondominuium mewah itu.
Hatinya merasa berdebar-debar.Seolah-olah seorang remaja yang baru mengenal cinta. Di tangannya ada sebungkus coklat. Dia tak pasti samada Syafika masih menggemari coklat yang dia pernah beli dahulu semasa kali pertama berjumpa Syafika.
Sebaik sahaja sampai ke depan pintu rumah Syafika dia mengetuk pintu sambil mengucapkan salam.
Selepas menunggu beberapa saat Syafika membuka daun pintu.
Sebaik sahaja memandang Syafika degup jantung Amri seakan terhenti. Wajah Syafika tidak begitu banyak berubah dari Syafika yang dia pernah kenali dahulu.Cuma garis-garis kecil di bawah mata Syafika menandakan peredaran usia.
Masa seakan terhenti. Lidah kelu untuk berkata. Mereka saling memandang sambil tersenyum.Di sebelah Syafika Amri melihat seorang anak berusia sekitar 5 atau 6 tahun.
Amri lantar menghulur salam dan menyapa “ Aqil?”kata Amri sambil menghulurkan bungkusan coklat kepada Aqil.
“Salam uncle,” kata Syafika sambil memandang ke arah Aqil.Aqil bersalam sambil mencium tangan Amri.
Sebaik sahaja Amri melangkah masuk dia sempat memerhati keadaan rumah syafika.
Susur atur perabut di rumah Syafika nampak begitu rapi membayangkan sifat Syafika yang begitu teliti.
“Prof, silakan. Makanan pun dah siap kat atas meja. Mudah pulak prof cari rumah saya ni,” kata Syafika tersenyum.
“Apa susahnya, waze kan ada,” Amri menjawab sambil tertawa kecil.
Di meja terhidang makanan.Ada tomyam, ayam masak halia, daging masak merah dan sayur-sayuran serta beberapa buah tempatan pembasuh mulut.
“ Masak simple-simple aja ni,”kata Syafika sambil duduk berhadapan dengan Amri.Aqil duduk di sebelah Syafika.Yanti, pembantu rumah Syafika sempat menjeling ke arah Amri ketika menuangkan air di gelas.Sudah tua tapi agak kacak juga pak cik ini, bisik hati Yanti.
Sebaik sahaja selesai makan malam Aqil masuk ke biliknya untuk tidur. Yanti pun masuk ke biliknya selepas siap berkemas, meninggalkan Amri dan Syafika berdua di ruang tamu.
Amri merasa serba salah untuk duduk lebih lama.Tidak manis baginya duduk berduaan dengan Syafika.
Dia meminta diri untuk balik ke rumah.Tambahan pula masa telah melebihi jam 10 malam.
“ Fika, saya minta diri dululah ye,” kata Amri sambil bangun dari kerusi.
“ Awalnya nak balik. Baru lepas makan aja dah nak balik,” kata Syafika dengan nada merajuk.
“Kan besok awak kerja. Nanti mengantuk pulak nak pergi kerja. Lainlah saya ni orang pencen.Nak sambung tidur sampai matahari naik pun tak apa,” kata Amri.
“Alah, sayang dah biasa tidur lewat. Lagipun abang tu bukannya selalu datang ke sini. Banyak sangat perkara yang sayang nak cakap pada abang,” kata Syafika sambil menghampiri Amri.
Amri terkejut dengan reaksi Syafika yang beria ia memintanya duduk semula.Dengan berat hati dia duduk semula di sofa panjang.Syafika duduk rapat di sebelah Amri.
Amri merasa kurang selesa apabila Syafika merapatinya. Dia berenjak sedikit untuk memberi sedikit ruangan antaranya dan Syafika. Pada pemikiran Amri Syafika masih lagi isteri orang walaupun telah 2 tahun Haikal meninggal dunia.
Amri merasakan debaran jantungnya semakin meningkat. Kalau aku mati dalam rumah ini mestilah anak-anak aku akan menanggung aib nanti, bisik kata hati Amri.
Panggilan abang yang keluar dari mulut Syafika juga menambahkan lagi degup jantungnya walaupun di dalam wassapp dia tidak merasa begitu janggal dengan panggilan abang dan sayang.
“Abang nak minum kopi?” Syafika bertanya.
“ Tak apalah. Dah kenyang ni.Lagipun malam-malam minum kopi nanti susah nak tidur pulak,” kata Amri.
Syafika memandang muka Amri dan menatap wajah lelaki berusia awal 60an itu. Walaupun kedut-kedut di wajah Amri semakin jelas kelihatan namun bagi Syafika masih ada sisa-sisa kekacakan di wajah lelaki itu.
Mereka saling berpandang antara satu sama lain.Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulut Syafika dan Amri.
Syafika tiba-tiba membuka tudung. Rambutnya lurus melepasi bahu.
Tergamam Amri melihat tindakan Syafika. Amri bukan tidak pernah meilhat Syafika tidak bertudung tapi apa yang mengejutkan Amri wajah Syafika tidak banyak berubah dari dulu hingga sekarang.
“Kenapa pulak buka tudung tu? “Amri bertanya.
“Dah malam kan.Rimaslah pakai tudung dalam rumah sendiri ni,” jawab Syafika.
“Tak baik cakap macam tu, “ kataAmri.
“Yelah, biar saya pakai balik tudung ni ye ustaz Amri,” kata syafika seolah-olah menyindir Amri.
“ Sejak jadi orang pencen ni dah tukar dari prof jadi ustaz pulak ye,”kata Syafika sambil ketawa kecil.
Amri cuma tersenyum mendengar kata-kata Syafika.
“Yerlah, manusia kan berubah.Dari muda jadi tua. Dari nakal jadi baik. Sekarang saya jadi ahli jawatankuasa masjid tau,” kata Amri sambil tertawa kecil.
“Wah, patutlah sekarang ni prof Amri dah alim. AJK masjid rupanya, “ kata Syafika.
“Fika, sampai bila Fika nak berseorangan macam ni,” kata Amri mengubah topik perbualan.
“Kenapa? Salahkah kalau Fika nak terus-terusan berseorangan macam ni. Sayang dah biasa hidup macam ni bang” kata Syafika.
“Salah tu memanglah tak salah tapi awak tu masih muda. Perjalanan hidup masih jauh lagi.Aqil pun makin lama semakin besar.Tak baik kalau Aqil membesar tanpa ayah,” kata Amri memandang wajah Syafika yang kelihatan ayu tanpa bertudung.
“Fika faham. Abang bukan orang pertama yang cakap macam tu pada Fika,” jawab Syafika. Perkataan sayang dan namanya digunakan silih berganti.Syafika sendiri tidak tahu apakah perasaan Amri terhadapnya masih seperti dulu. Jarak masa mampu mengubah hati dan perasaan seseorang.
“Siapa lagi yang cakap macam tu selain dari saya? “ kata-kata Amri menunjukkan ada rasa cemburu di hatinya.Dalam pemikiran Amri mungkin kata-kata itu keluar dari lelaki yang cuba memikat Syafika.
“Ma selalu sebut macam tu.Shikin pun ada juga sebut.Abang ingat lagi tak Shikin? Kawan baik saya masa kat universiti dulu,” kata Syafika kali ini menggunakan gantinama saya pula.
“Ingatlah.Yang tomboi sikit tu kan, Kan kita jumpa masa wedding dia dulu“ kata Amri menjawab sambil menarik nafas lega.Sekurang-kurangnya belum ada lagi lelaki yang berjaya mencuri hati Syafika.
Atau mungkin Syafika menyembunyikan sesuatu darinya? Bisik hati Amri.
“Dulu aja tomboi, sekarang dah jadi wanita melayu sempurna. Hihi,” Syafika tiba-tiba teringakan Shikin.
“Yelah, kan saya dah cakap tadi manusia berubah dengan masa,” kata Amri.
“ Tapi perasaan saya terhadapa bang tak pernah berubah, “ kata Syafika.
“Bukan tidak ada lelaki yang cuba menghampiri saya.Yang muda-muda, yang berjawatan tinggi. Yang kacak. Semua ada tapi hati saya tak pernah terbuka untuk menerima mereka,” kata Syafika.
“Seumur hidup saya , saya pernah jatuh cinta kepada dua lelaki sahaja.Arwah suami dan kepada prof Amri,” kata Syafika.
“Arwah dah pergi meninggalkan saya dan Aqil. Tinggal seorang sahaja lelaki yang saya sayang yang masih boleh hilangkan rasa sunyi di hati saya. Awak tahu kan siapa lelaki itu? “ kata Syafika merenung ke dalam anak mata Amri.
Amri amat-amat faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Syafika.Syafika ingin dia kembali ke pangkuannya.Tapi Amri sedar pada penghujung usia dia bukanlah lelaki yang boleh diharapkan olehSyafika untuk menggantikan Haikal.
“ Prof, saya perempuan. Kalau saya lelaki dah lama saya pinang prof untuk menjadi suami saya,” kata Syafika.
Amri tidak tahu samada ingin ketawa atau bersimpati dengan Syafika.
“Biarlah orang kata perigi mencari timba tapi kalau saya tidak ambil peluang ini mungkin peluang yang sama tidak akan datang lagi. Saya berharap jawapan yang terbaik tapi saya dah bersedia menerima jawapan sebaliknya. Prof Amri, will you accept me as your wife? “ Syafika memandang ke arah Amri sambil menanti jawapan.
Amri benar-benar terkejut dengan tindakan Syafika. Ini dah betul-betul dunia tunggang terbalik,bisik hati Amri.Terasa seolah-olah berada di dalam mimpi pula, kata lagi Amri di dalam hati.
“Fika, berilah saya masa untuk buat keputusan. Perkara sepenting ini tak boleh dibuat keputusan terburu-buru.Saya memang sayang Fika dari dulu sampai sekarang tapi saya kena hadapi realiti hidup.Saya orang pencen,Fika seorang wanita yang berkerjaya.Sekarang ini jarak kita macam langit dengan bumi,” kata Amri.
“Saya tak pandang rupa, tak pandang harta. Kalau saya nak cari lelaki yang berharta dan jauh lebih muda dan kacak dari awak dah lama saya kawin. Tapi hati dan perasaan tak boleh dipaksa-paksa,” kata Syafika.
“Yerlah, mentang-mentanglah saya ni dah tua. Terasa saya,” kata Amri dengan nada sedikit merajuk.
“ Alah-alah, janganlah macam tu sayang, “ kata Syafika sambil mencuri satu ciuman di pipi Amri.Amri cuba mengelak namun Syafika bertindak pantas.
“Batal dah air sembahyang saya,”kata Amri.
“Hihi,” Syafika ketawa.
“Sayang, saya kena balik dulu.Dah lewat malam ni. Takut anak-anak saya risau kemana pulak abah dia menghilangkan diri.Pagi besok nak balik ke Kota Bharu. Dah rindukan rumah,”kata Amri bangun dari sofa.
“Abang, saya amat-amat berharap abang beri jawapan yang membahagiakan saya.Sangat-sangat berharap.Tapi kalau abang tak sanggup terima saya sebagai isteri harap abang sudi terima saya sebagai kawan dunia dan akhirat,”kata Syafika sebaik Amri melangkah ke muka pintu,
Amri cuma mengangguk perlahan sambil meninggalkan rumah Syafika di kala malam semakin menginjak ke pagi.