Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 13

Sambil mengetap bibir menahan kesejukan hawa  pagi yang menusuk ke tulang  Shikin mebebel memarahi Syafika.“ Kalau tak kenangkan kau ni kawan baik aku, dah tentu aku tak nak ikut kau pagi-pagi buta ni. Tidur lagi sedap,” kata Shikin merungut.

“Kalau aku tak mintak tolong dari engkau siapa lagi nak tolong aku, “ kata Syafika lembut memujuk Shikin.

Sebaik lepas solat Subuh mereka berdua telah tercegat di muka pintu rumah sewa menunggu kedatangan Haikal.Dengan beg kecil berisi pakaian masing-masing Shikin dan Syafika melihat kenderaan yang sesekali lalu melintasi depan rumah sewa mereka.Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Rakan serumah mereka semuanya masih lena diulit mimpi.

 

Semalam Haikal telah dihubungi oleh Encik Kamal, ketua jurutera di tempat dia bertugas agar segera ke Kelantan bagi menggantikan jurutera bertugas di satu projek di Gua Musang.

“ Haikal. Nak mintak tolong you ni. Boleh tak you pergi Kelantan hari ni sebab besok ada taklimat pada pihak Kementerian tentang projek kita kat Bertam Gua Musang.Projek Sekolah rendah Bertam tu. Mintak tolong you sangat-sangat ni sebab Ramzi terpaksa balik Seremban hari ni. Ayah dia meninggal pagi tadi,” kata Kamal melalui telefon.

 

“ Boleh tu boleh En Kamal, tapi short notice sangat ni. Nak mintak saya drive ke? Bukannya dekat Gua Musang tu,Encik Kamal,” kata Haikal seolah-olah keberatan untuk ke Kelantan. Dalam hatinya sudah berbunga untuk bertemu dengan Syafika.

 

“ You jangan risaulah Haikal.I dah mintak Yati arrange everything for you. Apa-apa hal you tanya Yati,”kata Kamal mematikan perbualan.

 

Haikal bergegas berjalan menuju ke kabin yang telah diubah suai menjadi pejabat. Peluh menitis membasahi bajunya. Sebaik melangkah ke dalam pejabat dia terus bertanya kepada Yati kerani yang bertugas dengan syarikat itu.


“Yati,saya  baru kejap terima call dari Encik  Kamal. Dia minta saya pergi Kelantan hari ni juga. Awak tau ke pasal tu?,” kata Haikal memandang kepada Yati. Yati seorang gadis manis berusia awal 20an adalah anak saudara Encik Kamal yang diambil bertugas di situ.

 

“ Dah tau Encik Haikal. Saya dah arrange semuanya. Encik Haikal ambil  last flight ke Kota Bharu malam ni. Saya dah bookkan hotel untuk Encik Haikal di Kota Bharu. Pagi besok ada orang akan ambik Encik Haikal dari hotel dan akan bawa Encik Haikal ke site di Gua Musang.Pemandu tu orang kita jugak. Dia tau kat mana site tu,” terang Yati dengan panjang lebar.

“Taklimat tu pukul berapa?” tanyaHaikal.

“Pukul 10 pagi Encik Haikal,”jawab Yati.

“Hah? Awak ingat Kota Bharu ke Gua Musang tu dekat ke?. Ni dah kes dera,” kata Haikal. Dalam hatinya mencongak-congak samada sempat atau tidak dia bertemu Syafika.

“Yang tu saya tak taulah EncikHaikal. Saya cuma ikut arahan bos aja,” kata Yati.

“Tak apalah Yati. Saya kena balik awallah sikit hari ni.  Nak berkemas ke Kelantan pulak. “

Senyuman terukir di bibir Haikal bila mengenangkan dia mungkin dapat meluangkan masa berjumpa dengan kekasih hatinya.

 

Kesunyian pagi dipecahkan dengan deringan telefon dari Haikal ke Syafika.

“Sayang, I dah dekat nak sampai ni, tapi tak berapa kenal mana satu rumah you. Boleh tak you tunggu tepi jalan,” suara Haikal menerjah ke gegendang telinga Syafika.

 

Syafika lantas mengajak Shikin keluar menuju ke jalanraya berhampiran dengan rumah sewa mereka. Selang beberapa minit kemudian kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda bergerak perlahan menghampiri tempat Shikin dan Syafika berdiri. Sebaik kenderaan berhenti, Haikal turun dan terus menghampiri Syafika sambil tersenyum lebar.Dia lantas menyambut beg  sandang yang ada di tangan Syafika untuk di bawa ke kenderaan.

“ Awak dah lama ke tunggu?Maaflah ye menyusahkan awak,” kata Haikal melihat Syafika dan Shikin mengambil tempat duduk belakang.

Syafika merasa sedikit terguris dengan panggilan Haikal. Kenapa tak panggil sayang? Sejak bila pula kata sayang diganti dengan awak? Mungkin dia malu sebab ada orang lain. Aku tak kira, nak panggil dia sayang juga. Peduli apa dengan orang lain. Bentak hati Syafika.

 

“Sayang, inilah Shikin kawan baik I yang selalu I ceritakan pada you,” kata Syafika.

 

Haikal yang duduk di depan bersebelahan pemandu berpaling kearah Shikin sambil tersenyum.

“Cik Haikal dah biasa ke datang Kelantan?” tanya Shikin. Dalam hatinya sedikit mencemburui Syafika kerana mempunyai buah hati yang sempurna di mata wanita. Kacak, baik dan  berpelajaran tinggi.

“ Alah, tak payahlah berencik encik dengan saya. Panggil Haikal aja,” kata Haikal ketawa kecil. Syafika berpaling keluar tingkap melihat pemandangan susana pagi. Dia merasa cemburu melihat Haikal berbual dengan Shikin. Nantilah kau Encik Haikal, balik nanti aku nak merajuk seminggu, kata hati Syafika.

 

“Pok Ya. Kalau ada mana-mana tempat makan kita berhentilah sekejap. Saya belum bersarapan lagi ni,” kata Haikal memandang pemandu di sebelahnya. Pok Ya berkulit gelap berumur lingkungan awal 50an menganggukkan kepala.

 

“ Semalam I telefon Ma, bagitahu I datang Kelantan. Ma pelawa singgah rumah tapi dah lewat sangat. Sampai airport Kota Bharu pun dah pukul 11.30 malam. Pukul 12 baru sampai hotel.Letih.Pagi ni pukul 5 lagi Pok Ya dah tunggu kat hotel. Solat Subuh tengah jalan aja tadi,” kata Haikal.

 

Syafika berdiam diri. Shikin yang dari tadi melihat Syafika cuma berdiam diri menyiku Syafika sebagai isyarat untuk Syafika berkata sesuatu.Seakan terhenti dari lamunan, Syafika mengalihkan duduknya.

 

“ I pun terkejut masa you call semalam. Kenapa tak bagitahu awal-awal you nak datang sini,” kata Syafika.

 

“ Nak bagitau awal macam mana. I pun dapat tahu dah lewat,” kata Haikal.

 

Di kiri kanan jalan menuju ke Gua Musang suasana kampung amat ketara. Oleh kerana masih pagi tidak banyak kenderaan yang berada di jalanraya.Dari ufuk timur kelihatan matahari mula menyinarkan cahaya.

“Encik Haikal, apa kata kita sarapan di Kuala Krai. Ada kedai makan kat Kuala Krai yang jual nasi dagang special,” kata Pok Ya yang mendiamkan diri dari tadi.

 

“Pok Ya orang sini mestilah lebih tahu dari saya,” kata Haikal.

 

“ Encik Haikal pun tak lama lagi  nak jadi orang sini juga kan?” kata Shikin sambil disambut dengan ketawa dari Haikal dan Pok Ya. Cuma Syafika saja yang membungkan mendiamkan diri. Dalam hatinya berbisik, Shikin ni nak kena.Lebih-lebih pulak dengan kekasih aku.

 

Sebaik sahaja selesai bersarapan pagi mereka berempat memasuki semula kenderaan untuk menyambung perjalanan.

 

“Memang sedap nasi dagang tadi.Kalau di KL susah nak cari nasi dagang sesedap tu,” kata Haikal.”Saya sukalah dengan Kelantan. Tenang tak macam Kuala Lumpur. Orang-orangnya pun cantik-cantik. Makanan pun sedap-sedap,”Haikal berceloteh seorang diri. Sambil itu dia mengalih pandangan keluar tingkap. Kelihatan kehijauan menyejukkan mata memandang.

 

“ Saya dah lemas duduk KL tu.Dengan kesesakan jalanrayanya, kos sara hidup yang tinggi. Gaji besar mana pun tak cukup. Tadi masa saya nak bayar makan saya ingatkan orang tu salah kira sebab murah sangat,” kata Haikal.

 

“Nanti bila dah dapat orang Kelantan apa kata Encik Haikal bermaustatin aja di Kelantan,” cadang Shikin.

 

“Demi untuk orang tersayang, tak usah kata berpindah ke Kelantan, naik roket ke bulan pun saya sanggup asalkan berdua. Haha,” kata Haikal sambil cuba mengintai reaksi Syafika yang duduk dibelakangnya. Syafika kelihatan mencebik bibirnya. Dalam hati telah berbunga rasa kebahagiaan.

 

“Macam ni lah kerja saya. Dah macam orang Badwi di tengah padang pasir. Bergerak berpindah randah. Ikut di mana ada projek di situlah saya ada. Kalau projek tu 3 tahun, 3 tahunlah saya berkampung di situ. Tapi kat Gua Musang ni saya datang sehari aja sebab menngantikan site engineer. Ayah dia meninggal semalam. Kebetulan hari ni ada lawatan pihak Kementerian Pendidikan nak tinjau progress sekolah tu. Nak tak nak kenalah datang,” jelas Haikal.

 

“Tak letih ke Encik Haikal kerja macam tu. Kalau sayalah tak larat kerja macam tu. Saya lebih suka kerja

di pejabat. Tak berpanas,berhujan,” kata Shikin.

 

“Dah kerja kita cik Shikin. Suka tak suka pun kita kena buat. Nak kena kumpul duit banyak-banyak nak masuk meminang. Lambat-lambat nanti kena sambar orang menyesal seumur hidup saya nanti,” kata Haikal sekali lagi menjeling kearah Syafika. Sedikit senyuman terukir di bibir Syafika. Nampak gaya tak jadi nak merajuk lama-lama dengan Haikal sebab dia ni pandai sangat memujuk, kata hati Syafika.

 

Melihat Syafika tersenyum hati Haikal sedikit lega. Dia faham sangat dengan perangai Syafika. Mudah merajuk dan berjiwa sensitif tapi jika kena caranya tidak susah untuk memujuk.

 

Setelah bersembang beberapa lama akhirnya ketiga-tiga mereka terlelap. Tinggal Pok Ya sahaja meneruskan pemanduan. Melihat papan tanda  di tepi jalan tinggal lebih kurang 50 kilometer sahaja lagi untuk sampai ke Bertam.Setelah hilang sedikit rasa mengantuk, mereka menyambung perbualan.

 

“Encik Haikal, nak tanya sikit.Macam mana boleh decide nak pilih bidang engineering dulu,” tanya Shikin.Syafika memandang Shikin dengan rasa sedikit meluat. Ada-ada aja Shikin ni,kata Syafika di dalam hati.

 

“Masa kita budak-budak dulu manalah tau nak jadi apa bila dah besar kan? Lepas SPM pun saya main mintak aja kursus yang saya rasa sesuai dengan kelulusan saya. Alhamdulillah lah dapat buat engineering,” kata Haikal.

 

“Tak menyesal ke?,” tanya Shikin lagi.

 

“Setiap pilihan kita ni tak boleh nak kesal. Lagipun bagi sayalah, apa jugak keputusan yang saya ambil saya tak toleh kebelakang. Lagipun kan Cik Shikin, setiap kerja kita buat ada kepuasan tersendiri.Kalau kerja cikgu atau pensyarah, mereka mesti rasa kepuasan melihat kejayaan anak-anak murid. Bagi tukang masak dia tentu rasa puas tengok orang lain menikmati hasil masakan. Bagi jurutera macam saya pulak, saya akan rasa puas hati melihat bangunan yang tersergam indah itu sedikit sebanyak disumbang oleh saya,” terang Haikal.

 

“Kerja pemandu macam Pok Ya ni pun rasa puas hati bila boleh bawa penumpang dengan selamat dari satu tempat ke tempat lain. Betul tak Pok Ya?” kata Haikal memandang Pok Ya  yang sedang tekun memandu.

 

“Memanglah puas Encik Haikal.Tapi kepuasan bergandalah kalau gaji pemandu sama besar dengan gaji jurutera,hehe,” kata Pok Ya sambil disambut derai ketawa dari Shikin dan Haikal.Syafika bersandar sambil cuba melelapkan mata.Dia langsung tak berminat untuk masuk dalam perbualan mereka. Haikal sedar keadaan itu dan akan berusaha memujuk Syafika.

 

Kira-kira setengah jam kemudian mereka menghampiri tapak pembinaan sekolah. Jalanraya bertar telah berganti dengan jalan laluan balak yang berlopak di sana sini. Mujur kenderaan pacuan empat roda itu mampu mengharungi jalan yang berlopak lopak itu. Haikal terfikir perlukah dibina sebuah sekolah di tengah-tengah tempat yang tiada penempatan manusia kecuali beberapa keluarga penduduk orang Asli. Walaupun tadi dia bercakap tentang seronoknya tinggal di kawasan pedalaman dengan tiadanya kesesakan jalanraya, tapi serta merta dia rasa bersyukur kerana penerbangan baliknya ke Kuala Lumpur pada malam  ini.Tak sanggup rasanya menghabiskan masa seumur hidup di sini.

 

Shikin juga menyumpah seranah Syafika di dalam hati. Sebab buah hati kau punya  pasal aku yang jadi mangsa. Habis lenguh-lenguh badan aku dilambung kenderaan pacuan empat roda, bentak hati Shikin.

 

Sebaik sahaja sampai ke tempat yang dituju, mereka seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat di depan mata.Tersergam bangunan sekolah yang hampir siap. Terdapat blok akademik dan pentadbiran. Di sebelah kanan kelihatan bangunan 3 tingkat yang merupakan blok asrama.Seakan tidak percaya bangunan secantik ini terletak di tengah-tengah hutan.

 

Sebaik sahaja melangkah turun dari kenderaan beberapa orang menghampiri mereka. Seorang lelaki pertengahan umur yang memakai bush jacket datang bersalaman dengan Haikal dan Pok Ya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai wakil masyarakat orang Asli di situ. Haikal merasakan dirinya berkemeja T dan berseluar jeans tidak mengenakan pakaian yang sesuai. Dia tidak menyangka ada upacara rasmi pada pagi itu.

 

Setelah mempersilakan mereka berempat ke khemah tetamu jemputan, To Batin Dolah yang berbush jacket tadi berjalan munda  mandir menunggu pegawai dari Kementerian Pendidikan. Haikal meneliti nota catatan untuk taklimat yang akan diberikan sebentar nanti.

 

Taklimat selesai kira kira jam 1 tengahari. Sebaik sahaja tamat majlis, mereka berempat terpaksa bergegas balik kerana Haikal akan mengambil penerbangan Kota Bharu ke Kuala Lumpur jam 8 malam nanti.

 

Sebaik sahaja pintu kenderaan dibuka Haikal meminta Shikin duduk di tempat duduk depan bersebelahan pemandu.Shikin yang dah melangkahkan kaki untuk duduk di belakang terpaksa keluar semula dengan wajah kehairanan. Pok Ya Cuma tersenyum memandang.

 

“ Cik Shikin duduk depanlah ye.Saya tak boleh duduk depan lama-lama. Mudah mabuk, “ kata Haikal sambil tertawa kecil. Dalam hatinya merasa lucu kerana pandai pula mencari alasan.Shikin baru dapat menangkap maksud kata-kata Haikal tadi. Kenapalah aku ni bengap sangat,kata Shikin di dalam hati.

 

Barulah Syafika menampakkan wajah yang jernih. Kalau dalam perjalanan pergi tadi mukanya masam mencuka kali ini dia kelihata begitu ceria tadi. Kalau ikutkan hati mahu rasanya memeluk dan mencium kekasihnya.

 

Haikal menghulur tangannya kearah Syafika. Syafika menyambut tangan Haikal dan mengusap-ngusap tangan bakal suaminya itu. Walaupun timbul juga rasa malunya kepada Shikin dan Pok Ya tapi dia tak pedulikan itu semua. Pok Ya dan Shikin mungkin nampak mereka berpegangan tangan tapi mereka buat-buat tak tahu.

 

Perjalanan lebih dua  jam menuju kerumah sewa mereka dirasakan berlalu terlalu pantas. Sebaik sahaja sampai di depan rumah sewa Syafika dengan berat hati turun dari kenderaan. Kalau ikutkan rasa hati mahu saja dia mengikut Haikal balik ke Kuala Lumpur.

 

“Sayang jaga diri ya, “ kata Haikal sebaik Syafika mencium tangannya. Kelihatan air mata bergenang di kelopak mata Syafika.

 

 Sebaik meninggalkan kenderaan menuju ke rumah sewa Syafika tidak menoleh kebelakang. Dia tidak mahu Haikal merasa sedih melihat pipinya yang basah dengan air mata.Sayang, I am going to miss you a lot,kata hati Syafika.

 

Sebaik sahaja mendengar kenderaan pacuan empat roda bergerak meninggalkan mereka Syafika menangis teresak-esak.Shikin memeluknya sambil memujuk “ Fika , kau ni jangan jadi budak-budak. Malu orang tengok. Lagipu bukannya jauh sangat. Setakat Kuala Lumpur tu sejam aja dah sampai,” kata Shkin cuba menenangkan Syafika. Shikin mengusap-ngusap bahu Syafika.

 

Kelihatan dua orang pemuda yang menunggang motorsikal lalu berhampiran dengan mereka berdiri dan salah seorang dari mereka menjerit  ke arah Shikin danSyafika. “Wow, ada adegan drama minggu ini lah. Nak shooting drama pun cari tempat sesuailah dik, “ teriak pemuda itu lagi.

 

Dengan muka garang Shikin menunjukkan penumbuknya ke arah pemuda yang menunggang motorsikal itu. Syafika tak terdaya menahan gelak melihat telatah Shikin yang melucukan. “ Shikin,kaulah kawanku dunia akhirat, “ kata Syafika sambil mengelap air mata di pipi.


 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.