Zurina menyuap makanan dengan sudu ke mulut Amri sambil diperhatikan oleh Liza dan Syuhada.Amri seolah-olah menolak makanan yang disuap Zurina ke mulutnya.Semenjak terkena serangan jantung dua hari lepas selera makannya tertutup.
“Abang kena makan. Kalau abang tak makan nanti abang tak ada tenaga. Ina nak abang cepat dapat semula tenaga supaya doktor boleh buat pembedahan dengan segera,” kata Zurina memujuk.
“Nanti bila abang dah sihat abang boleh balik ke Kota Bharu semula. Boleh berehat di rumah, “sambung Zurina lagi sambil diiyakan oleh Liza dan Syuhada yang memerhatikan dari tadi ibu dan ayah mereka berinteraksi.
“Tak ada selera nak makan.Tekak rasa pahit.Semua benda rasa tak sedap,” kata Amri dengan perlahan.
“Tak apa. Abang makan setakat mana yang abang boleh makan. Nanti kejap lagi Ina suapkan abang semula ye,” kata Zurina.
“ Hada tak pergi sekolah ke? Liza bila nak balik kolej semula,? “ tanya Amri kepada kedua-dua anak perempuannya.
Syuhada dan Liza saling berpandangan antara satu sama lain.Mereka berdua tahu yang ayah mereka amat mementingkan anak-anak tidak terganggu pendidikan mereka atas alasan apa sekalipun.
“Kan hari ni hari Jumaat, mana ada sekolah.Besok Hada kena balik semula ke Kota Bharu sebab hari Ahad nak sekolah. Liza balik ke kolej hari Ahad. Isnin nanti dia dah mula ada kelas” terang Zurina.
“Oh. Semenjak sakit ni, hari apa pun abang dah tak ingat,” kata Amri tersenyum tawar.
“Awak dengan anak-anak duduk kat mana? Duduk hotel ke?,” Amri bertanya kepada Zurina.Dia tahu Zurina terpaksa menjaganya di Kuantan. Zurina terpaksa meninggalkan kerjanya di pejabat di Kota Bharu.Satu pengorbanan yang besar bagi seorang isteri yang sentiasa sibuk dengan tugas.
“Ye, kami duduk hotel,” jawab Zurina ringkas.
“Mahal tu kalau duduk lama-lama,” kata Amri.Zurina faham sifat Amri yang amat berkira tentang duit.
“Abang ni,jangan risau soal duit.Yang penting Ina boleh jaga abang. Abang kena rehat cukup-cukup,”kata Zurina.Zurina tidak mahu Amri terlalu memikirkan masalah dia dan anak-anak sedangkan kesihatan Amri lebih penting baginya.
“Kalau boleh abang nak keluar hospital secepat mungkin. Rasa terkurung duduk kat sini. Macam dalam penjara,” kata Amri.
Syuhada dan Liza yang duduk di birai katil cuma berdiam diri .
Tidak lama kemudian doktor Rujhan masuk ke dalam bilik diiringi oleh seorang jururawat.
“Maaf Puan,menganggu.Saya nak buat pemeriksaan sikit terhadap Prof,” kata doktor Rujhan meminta izin.
Zurin dan anak-anaknya beredar ke tepi memberi laluan untuk doktor Rujhan dan jururawat menjalankan tugas mereka.
Selepas melakukan pemeriksaan doktor Rujhan mencatat sesuatu. Sebaik sahaja doktor Rujhan selesai melakukan pemeriksaan Zurina terus menghampirinya untuk bertanya tentang tahap kesihatan Amri.
“Alhamdulillah,keadaan kesihatan Prof semakin baik, “ kata doktor Rujhan disambut dengan perasaan lega oleh Zurina dan anak-anaknya.
“ Kita akan pantau tahap kesihatan dia untuk beberapa hari lagi. Kalau keadaan Prof semakin baik kita akan buat pembedahan dalam minggu depan.Tengok macam mana ,” kata doktor Rujhan.
“Buat masa ini kita nak Prof banyak berehat. Kalau boleh kita kurangkan pelawat supaya Prof dapat rehat yang cukup,” kata doktor Rujhan.
Amri yang memejamkan mata hanya mendengar sahaja butir perbualan antara isterrinya dan doktor Rujhan. Dia tidak ingin mencelah perbualan antara mereka berdua.
Selang beberapa minit kemudian Amri terlelap.Zurina terus duduk di kerusi berhampiran katil Amri.Syuhada dan Liza leka menonton televisyen yang dipasang tanpa suara untuk tidak menganggu Amri
Kira-kira 10 minit kemudian ketika Amri lena tidur, Zurina juga terlelap terdengar ketukan di bilik. Syuhada yang sedang leka menonton televisyen berjalan membuka pintu.Berdiri di muka pintu Syafika dan Suriati menunggu untuk masuk. Syafika memegang sejambak bunga.
Sebaik sahaja Suriati dan Syafika melangkah masuk, Liza terus datang dan bersalaman dengan kedua-duanya.Syafika menghulurkan jambangan bunga yang dipegangnya kepadaLiza.Liza menyambutnya dan meletak jambangan bunga di tepi meja di sisi katil Amri.
Zurina yang terganggu tidurnya agak terpinga-pinga memandang dua orang gadis yang agak sebaya berdiri di hadapannya.Dalam hatinya siapakah dua orang perempuan muda ini? Kemungkinan besar pelajarnya, bisik hati Zurina.Dia merasa cemburu apabila melihat gadis-gadis yang muda datang melawat suaminya
Selepas bersalaman dengan Zurina, Syafika dan Suriati memperkenalkan diri mereka.Selama ini Zurina tidak pernah kenal siapakah pembantu Amri walaupun dia tahu sebagai Profesor Amri sememangnya layak mempunyai pembantu peribadi.
Sebaik sahaja melihat keadaan Amri yang sedang tidur hati Syafika terasa begitu hiba dan sayu. Lelaki yang selama ini sentiasa dekat di hatinya terlantar di depannya.Jika diikutkan hati mahu saja dia mendakap tubuh Amri pada ketika dan saat itu.Airmatanya mengalir deras di pipi.Cepat-cepat dia mengelap air mata yang mengalir seakan tidak mahu berhenti.Suriati yang berdiri berhampiran dengannya memerhatikan sahaja gerak geri Syafika.Dia bimbang jika isteri dan anak-anak Amri menyedari apa yang berlaku.Cepat-cepat Syafika memalingkan mukanya untuk melindungi dirinya dari pandangan Zurina dan Liza yang berdiri berhampiran dengannya.Syuhada masih leka menonton televisyen.
“Prof baru aja tidur. Nak saya kejutkan dia ke?,” tanya Zurina.
“Eh, tak payahlah puan.Biarkanlah Prof tidur,” kata Suriati.Syafika cuma mendiamkan diri, bimbang kalau-kalau Zurina perasankan perubahan pada dirinya sebaik melihat Amri.Syafika tertunduk dan seboleh mungkin cuba mengelak dari bertentang mata dengan Zurina.
Zurina mempersilakan mereka berdua duduk di sofa yang terletak beberapa langkah dari katil Amri.Zurina melayan mereka bedua berbual.Syafika lebih banyak berdiam diri.Suriatilah yang banyak bertanyakan kepada Zurina tentang hal keluarga dan pekerjaan Amri.Dari perbualan diantara Suriati dan Zurina , Syafika membuat kesimpulan yang keluarga Amri adalah keluarga yang ideal.Sesekali Liza menyampuk perbualan mereka.
“Syafika dah lama ke berkerja dengan Prof?” Zurina menyapa lembut ke arah Syafika yang sedang mengelamun.Tersentak dengan teguran itu Syafika menjawab ringkas “ Baru tiga bulan Puan,” dia menjawab sambil berharap Zurina tidak menyedari suara dia yang agak gugup.
“Janganlah berpuan-puan dengan saya. Panggil aja Kak Ina,” kata Zurina tersenyum memandang ke arah Syafika dan Suriati.
‘Kalau aku kawin dengan prof, aku akan panggil awak kak Ina lah. Masa tu nak tengok periuk belanga terbang melayang ke tak’ fikiran nakal Syafika tiba-tiba datang menyelinap di mindanya.
Tiba-tiba kedengaran Amri terbatuk-batuk. Serentak itu juga Syafika dan Zurina bangun dari sofa yang mereka duduki.Setelah sedar bahawa Zurinalah orang yang selayaknya menjaga Amri, Syafika duduk semula.Rasa malu di dalam hati Syafika.Dia cuma berharap orang lain tidak sedar perbuatan janggalnya itu.
Sebaik sahaja mencelikkan mata Amri terus bertanya suara siapakah yang kedengaran melayan Zurina berbual. Zurina memberitahu Amri dua orang kakitangannya bernama Syafika dan Suriati ada dibilik itu.Amri merasa terkejut mendengar kata-kata Zurina. Kota Bharu ke Kuantan bukannya dekat.Siapakah yang membawa mereka ke Kuantan? Adakah kekasih Syafika pun turut sama? Amri merasa cemburu memikirkan kemungkinan itu.
Sebaik sahaja melihat Amri telah jaga dari tidurnya, Syafika dan Suriati bergerak menghampiri katil Amri.Sebaik sahaja Amri menatap wajah Syafika dia merasa gembira yang teramat sangat. Dia cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaan gembiranya itu.Takut-takut kalau Zurina dan anak-anak nampak perubahan di wajahnya.
“Macam mana awak berdua datang ke sini? Siapa yang bawak kereta? Atau awak berdua naik bas ke?”Amri bertanya dengan nada perlahan.
“Sayalah yang bawak kereta Prof,” balas Suriati sambil memandang ke arah Amri yang sedang duduk bersandar di atas katil.
“Jauh tu.Beraninya awak.Siapa lagi yang datang sekali dengan awak berdua?” tanya Amri menguji kalau-kalau Haikal turut serta.
“Kami berdua aja Prof, “ jawab Suraiti sambil tersenyum ke arah Amri.
Amri menarik nafas lega mendengar jawapan dari Suriati.Hilang perasaan cemburunya terhadap Syafika.
“Syafika, nak minta tolong awak, nanti awak hubungi beberapa pihak untuk batalkan temujanji saya dengan mereka.Semua ada dalam fail kan? Sepatutnya minggu depan saya nak ke seminar kemiskinan di Pulau Pinang tapi dalam keadaan macam ni tak usah kata nak ke Pulau Pinang, nak ke bilik air pun berpapah.
‘Baik Prof,”Syafika menjawab sambil anak matanya cuba megintai air muka Amri. Dia melihat rambut Amri yang sedikit kusut kerana baru bangun dari tidur.
Mahu sahaja Syafika meminta Zurina menyikat rambut Amri.Dia tidak suka melihat Amri dalam keadaan yang kusut masai.Amri dia adalah Amri yang kemas, Amri yang segak.
‘Kalau aku diberi peluang aku boleh jaga Prof Amri lebih baik dari apa yang Puan Zurinaini lakukan’bisik hati Syafika lagi.
Setelah meluangkan masa kira-kira sejam di bilik Syafika dan Suriati meminta diri meninggalkan Amri .
“Prof, jangan lupa ikut pesan doktor. Kami semua nak prof sihat semula.Bila prof sakit ramai yang sedih,” kata Syafika sambil memandang Amri.Zurina yang duduk di sebelah Syafika tidak mengesyakki apa-apa tentang hubungan istimewa Amri dan Syafika.
Sebaik sahaja Syafika dan Suriati melangkah meninggalkan bilik hospital Amri merasa satu kekosongan di jiwanya walaupun pada ketika itu Zurina sedang mengenggam erat tangannya.