“ Salam, morning prof,” kata-kata pertama yang diucapkan oleh Syafika sebaik sahaja dia membuka wassapp pada pagi.
“Walaikum salam Syafika.Semoga kehadiran hari baru membawa cahaya kebahagiaan kepada Syafika dan Aqil,” jawab Amri.
Amri bangkit dari katil untuk mengambil wudhu dan bersolat tahajjud. Sudah hampir seminggu dia bertandang ke rumah Liza.
Selepas bersolat sunat tahajjud dia bersiap-siap untuk ke surau berhampiran dengan kondominium kediaman Liza sekeluarga. Memang dia gemarkan suasana sunyi dikala menghampiri subuh.Liza dan Hezri menantunya masih belum bangun dari tidur.Amri tidak mahu menganggu mereka suami isteri yang sedang tidur lena. Hari ini Liza berjanji utnuk mengambil cuti.Sebagai seorang pegawai perubatan kerjayanya agak sibuk. Tambahan pula Liza dan suaminya tidak ada pembantu rumah. Setiap kali dia pergi bertugas anak kesayangannya Atirah ditinggalkan di rumah pengasuh.
Selesai solat Subuh di surau berhampiran Amri naik semula ke kondominium anaknya.Liza telah menyediakan kopi O kegemaran ayahnya bersama dengan karipap yang baru saja digoreng.
“Abah ada plan nak ke mana-mana ke hari ni?” Liza bertanya sambil menuangkan kopi panas ke dalam cawan.Berkepul asap keluar dari muncung teko, membuka selera Amri di pagi ini.
“Setakat ini tak ada perancangan apa-apa pun.Tengoklah kalau tengahari sikit ada kawan-kawan ajak jumpa mungkin abah nak keluar jumpa kawan lama,” kata Amri sambil menghirup kopi yang baru saja dituang oleh Liza.
“ Kalau abah nak bawa kereta tu bawaklah. Liza pun tak kerja hari ini,” kata Liza.
“Liza tak kerja baik abah duduk rumah aja. Boleh main dengan cucu, “ kata Amri tersenyum mengingatkan keletah cucunya yang masih kecil lagi.
“Ingat lusa nak balik ke Kota Bharu,” kata Amri.
“Alah, abah ni duduklah lama sikit di Kuala Lumpur ni. Balik rumah pun bukan ada sapa kat rumah,” kata Liza sambill mendukung anak perempuannya Atirah yang baru bangun dari tidur dan merengek minta susu.
“Memanglah tak ada siapa kat rumah tapi kucing tiga ekor tu mesti rindukan abah. Nanti kalau lama sangat di Kuala Lumpur ni abah balik dia tak kenal pulak abah. Nanti dia sesama dia tanya siapalah pak cik rambut putih ni. Hehe,” kata Amri sambil ketawa kecil atas lawak jenakanya yang tidak begitu kelakar.
“ Kan ada orang tolong jaga kucing tu.Abah janganlah risaukan sangat,” kata Liza.
“Budak Mamat tu bukan boleh percaya sangat. Selalu aja buat tak ingat.Kalau lupa bagi makan kucing-kucing tu nanti kebulur pulak kucing tu semua,” kata Amri.
Liza cuma mendiamkan diri sahaja sambil mendodoikan Atirah yang kembali lena di pangkuannya.Liza sedar semenjak pemergian ibunya ayahnya mungkin merasa kesunyian.Puas sudah dia memujuk supaya ayahnya berpindah dan menetap di Kuala Lumpur.Tambahan pula mereka tiga beradik sememangnya telah menetap di Kuala Lumpur. Tapi setiap kali mereka mencadangkan supaya ayah mereka berpindah dan menetap di Kuala Lumpur Amri tetap akan menolak.
“ Abah bukannya tak nak menetap di Kuala Lumpur tu tapi abah selesa tinggal di Kota Bharu .Kalau duduk di Kuala Lumpr sayang nak tinggalkan rumah itu.Rumah tu banyak menyimpan kenangan abah,mama dan awak semua tiga beradik,” kata Amri. Ketika itu segala kenangannya membesarkan ketiga-tiga anaknya bersama arwah isterinya kembali semula di kotak pemikirannya.
“Betul apa yang abah cakap tu.Kami adik beradik faham perasaan abah.Cuma kami kesian tengok abah duduk rumah sorang-sorang.Sekarang masa abah sihat lagi tak apalah. Manalah tahu nanti masa abah kurang sihat macam mana?Siapa yang nak jaga abah. Masing –masing sibuk dengan kerja.Kami semua di KualaLumpur, abah kat Kota Bharu.Susah juga tu. Abah tak ada ke fikir nak cari pengganti mama? ,” Liza bertanya membuka topik perbualan yang memang telah dijangka oleh Amri.
Amri tertawa kecil mendengar cadangan Liza.
“Abah ni dah tua.Dah tak ada orang perempuan yang nakkan abah lagi,’’ kata Amri.Ketika itu juga dia membayangkan saat-saat manis ketika bercinta dengan Zurina semasa sama-sama belajar di luar negara dahulu.Masih jelas dalam ingatannya perbualannya dengan Zurina.Zurina mengungkapkan kata-kata kalau boleh ingin mati bersama. Takdir menentukan Zurina pergi meninggalkannya terlebih dahulu.
Hezri suami Liza keluar dari bilik dan mendekati Amri dan Liza.Perbualan dua beranak terganggu dengan kehadiran Hezri.Sambil meneguk kopi panas Hezri mengusap kepala anak perempuan kesayangannya yang sedang lena di pangkuan Liza.
“Abah, saya pergi kerja dulu ye,”kata Hezri sebaik sahaja selesai bersarapan.
Sebaik sahaja Hezri meninggalkan rumah Amri dan Liza menyambung perbualan mereka.
“Kami adik beradik selalu juga bincang tentang abah” kata Liza menyambung perbualan.
“Oh, adik beradik semua mengumpat abah ye,” kata Amri dengan nada bergurau.
“Eh, taklah.Kita bukan mengumpat tapi memikirkan tentang abah.Kami semua kasihan tengok abah.Kalau ada teman taklah sunyi sangat hidup abah,” kata Liza.
“Abah ada tiga teman sejati.Comel, Koko dengan Kiki.Haha,” kata Amri sambil ketawa besar.
“Abah ni. Kucing-kucing tu bukan boleh buat air kopi untuk abah.Bukan boleh picit badan abah bila badan abah sengal-sengal.Bukan boleh buat kawan berbual.Mana nak samakan kucing dengan manusia,” kata Liza. Agak kecewa dengan sikap ayahnya yang cuba mengelak bila diajak berbicara tentang perkahwinan.
“Nantilah abah fiikirkan.Buat masa ni abah lebih selesa duduk macam ni. Alhamdulillah setakat ini abah masih boleh uruskan diri abah.Seminggu sekali ada orang kampung abah bayar untuk cuci rumah.Makan pakai abah setakat ini abah boleh buat sendiri. Besok lusa tak tahulah,” kata Amri.
“Lagipun abah sayangkan sangat arwah mak kau tu.Rasanya susah nak cari pengganti sebaik arwah,” kata Amri.Sejenak itu juga fikirannya teringatkan Syafika.Dalam hati Amri berkata jika ada perempuan yang selayaknya menggantikan tempat Zurina, Syafikalah orangnya.Tapi Amri tidak pasti apakah perasaan Syafika terhadapanya. Amri tidak fikir Syafika masih menaruh hati kepadanya sedangkan dia bebas memilih lelaki yang jauh lebih tampan dan muda dari Amri.
Terasa ingin sahaja Amri memberitahu kepada Liza tentang Syafika tapi dia merasakan terlalu awal untuk memberitahu anaknya tentang Syafika.Lagipun Amri bimbang tentang penerimaan anak-anaknya terhadap Syafika.Tentulah banyak perkara yang mereka akan selidik dan tanya tentang Syafika.Bagaimana berjumpa? Berkenalan di mana? Dan seribu satu macam persoalan lagi yang mungkin akan timbul.Yang paling merisaukan Amri takut-takut anak-anaknya tahu yang perhubungannya dengan Syafika telah berjalan sekian lama.Amri tidak mahu anak-anak merasa tertipu dengan imej yang digambarkan selama ini.Selama ini anak-anak berbangga dengan bapanya sebagai seorang bapa yang ideal.Suami yang penyayang.Alangkah hancurnya hati mereka jika mendapat tahu perangai sebenar bapanya.
“Kalau abah betul-betul serius nak cari pengganti mama Liza boleh tolong carikan. Tapi Liza cari yang tua-tualah ye. Kalau yang muda-muda nanti dapat anak kecik abah tak larat nak bela.Baik layan cucu aja.Hihi,” kata Liza separuh bergurau.
Amri tersenyum mendengar gurauan anak perempuan kesayangannya.Walapun anak sulungnya Aizat juga tinggal di Kuala Lumpur tapi Amri lebih selesa bertandang ke rumah Liza.Amri rasa kurang manis untuk dia tinggal berdua sahaja di rumah dengan menantu perempuan semasa Aizat bekerja.Kadang-kadang Aizat merasa berkecil hati juga dengan Amri yang seolah-olah melebihkan Liza dari dirinya.
“Abah nak rehat dulu.Mengantuk pulak lepas makan karipap ni,” kata Amri sambil bangun menuju ke biliknya yang memang disediakan khas oleh Liza .
Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Amri terus membuka wassapp dan membaca mesej yang ditinggalkan oleh Syafika.
“Kenapa prof mendiamkan diri?Buat saya tertunggu-tunggu mesej dari prof,” Itu mesej yang dihantar olehSyafika melalui wassapp.
Amri tersenyum sambil membalas mesej Syafika.
Amri: Tak nak ganggu orang tu.Takut nanti ada yang marah
Serentak itu juga Syafika menjawab.
Syafika: Siapa yang marah?Sebelah saya tak ada siapa yang marah.Di sebelah prof saya tak tahulah pulak
Amri: Sebelah saya sapa nak marah.
Syafika: Kalau macam tu tak ada siapa pun yang marah kan prof? Hihi
Amri : hehe
Syafika: Prof, can I call you sayang?
Amri terasa seperti bermimpi membaca mesej Syafika.
Amri: Are you serious?
Syafika: Kenapa? Tengok macam saya tak serius ke? Nak merajuklah kalau macam ni
Amri: Biar saya yang mulakan panggil awak sayang. Boleh ke?
Syafika: Hihi. Tak jadi merajuklah.Dari dulu sampai sekarang awak memang pandai memujuk kan?
Amri: Ye ke?
Syafika: Yelah. Sebab tu saya separuh nyawa mencintai awak
Amri: Kenapa separuh aja? Mana pergi yang separuh lagi?
Syafika: Separuh lagi untuk yang sorang lagi.Hihi
Amri: Hehe
Syafika: Sayang kat mana ni?
Amri: Kat rumah anak di KualaLumpur ni?
Syafika: Hah? Sampainya hati tak bagitahu saya.
Amri: Saja tak nak ganggu sayang.Sayangkan sibuk sepanjang masa
Syafika: Sesibuk mana pun saya kalau untuk prof Amri saya sanggup aja berkorban. Malam ni sayang free? Jom makan di rumah saya
Amri: Nanti tanya anak menantu dulu. Kalau-kalau dia orang ada perancangan lain malam ni.
Syafika: Ok. Nanti bagitahu ye.Sayang, saya nak masuk mesyuarat ni. Bye bye sayang