Sebaik sahaja Amri melangkah keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dia terus berjalan kearah Syafika yang sedang menunggu dengan senyum lebar.
Syafika terus memegang tangan Amri dan cuba menyambut beg yang sedang dibimbit oleh Amri.
“Eh, tak apa.Tak apa.Bukan berat sangat pun.Ini untuk sayang dan Aqil,” kata Amri sambil menghulurkan bungkusan coklat kepada Syafika.
“Alah sayang ni, susah-susah aja,”kata Syafika sambil menyambut coklat dari tangan Amri.Dia teringat Amri pernah memberinya coklat .Coklat itu dikongsi bersama dengan Shikin.Tiba-tiba hatinya tertanya-tanya bagaimanakah keadaan Shikin sekarang.Tentunya sedang berbahagia dengan perkahwinannya.
Syafika terus berpaut di lengan Amri sambil mereka berdua berjalanmenuju ke arah kereta Syafika.Amri melihat ke kiri dan ke kanan.Bimbang kalau-kalau ada mata yang melihat mereka berdua berjalan dengan lagak seperti sepasang suami isteri.
“Sayang tak risau ke kalau-kalau terserempak dengan orang kenal? “ kata Amri cuba menarik tangannya dari pegangan Syafika.
“Sayang, kalau orang nampak pun biarlah,” kata Syafika acuh tak acuh.
“Kalau orang tanya berjalan dengan sapa, sayang nak jawab apa?Kalau ada yang laporkan pada suami sayang macam mana? “ Amri bertanya sambil matanya mencuri pandang keadaan sekeliing.
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi itu agak tenang walaupun ramai orang kelihatan di lapangan terbang.Masing-masing dengan urusan sendiri dan tidak ada seorang pun yang berminat untuk campurtangan atau mengambil tahu tentang orang lain .Bukanlah sesuatu yang janggal melihat lelaki lebih separuh abad berjalan dengan perempuan yang layak menjadi anaknya.
Sebaik sahaja mereka sampai di kereta Syafika Amri terus masuk ke tempat duduk penumpang sementara Syafika terus ke tempat duduk pemandu.
“Dah selamat pun masuk kereta.Tadi nampak gaya Sayang bukan main takut lagi.Yelah, prof Amri orang terkenal.Banyak kali masuk televisyen, pelajar beribu orang.Mestilah takut orang nampak kan? Lainlah saya ini tak siapa pun yang kenal,” kata Syafika separuh menyindir sambil tangannya memulas stereng kereta.
“ Bukan macam tu lah Puan Syafika.Saya cuma beringat aja.Awak tu isteri orang saya ni suami orang.Kan tak manis kalau orang nampak jalan sampai berpimpin tangan,” kata Amri .
“Yelah tu.Dengan manusia tahu malu, tahu takut.Dengan tuhan tak takut pulak ye?” kata Syafika sambil mencuri pandang kepada Amri yang cuma tersenyum mendengar komen Syafika.
”Silap-silap awak masuk ruangan gossip dalam majalah hiburan.Sekarang profesor pun dah mengalahkan artis,”kata Syafika algi
“Sekarang Syafika dah banyak berubah.Sekarang Syafika dah pandai berhujah.Saya ingat lagi dulu masa kali pertama Fika masuk ke pejabat saya bukan main pucat lagi muka awak.Yelah masa tu kan awak pelajar lagi.Sekarang dah jadi akauntan bertauliah,” kata Amri memandang wajah Syafika.
Syafika kelihatan anggun pada pagi itu dengan baju kurung biru sedondon dengan tudungnya.
“Kita nak kemana ni? “ Amri bertanya kepada Syafika.
“Sayang nak kemana? Saya hanya menurut perintah aja.Kan hari ini saya bertugas menjadi pemandu rasmi awak wahai Profesor Amri.Hihi,” Syafika tergelak kecil.
“Flight Sayang ke Kota Bharu malam ni pukul berapa ? “ Syafika bertanya kepada Amri.
“Flight saya pukul 10.30 malam ni.Saya ambik flight terakhir sebab rasa macam tak nak tinggalkan Kuala Lumpur ini.Tapi abang faham kalau Fika kena balik awal tinggalkan aja abang di lapangan terbang nanti.Pandailah saya habiskan masa kat sana.Sambil-sambil tengok pramugari yang cantik-cantik kat lapangan terbang tu,” kata Amri tersenyum.
Sepantas kilat tangan Syafika mencubit peha Amri.
“Tak habis lagi perangai gatal awak ni ye?” kata Syafika .
Amri menjerit kesakitan apabila pehanya dicubit Syafika.Gelagat mereka berdua seakan anak remaja yang hangat bercinta.
“Tak habis lagi perangai cemburu awak ye Puan Syafika?” Amri bertanya sambil menggosok-gosok pehanya yang dicubit Syafika.
“Mestilah cemburu.Awak kan dulu kekasih saya.Sekali saya jatuh cinta saya akan tetap mencintai orang itu seumur hidup saya,” kata Syafika sambil nada suaranya kembali serius.
“Tapikan kita dah lama terpisah.Saya ingat Fika dah tak ingat saya lagi. Lima tahun terpisah tanpa sebarang berita bukannya satu tempoh yang singkat. Macam saya selalu ulang-ulang pada Sayang , tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa saya mengingati Syafika,” kata Amri memandang wajah Syafika.
“Sayang tak pernah lupa pada abang.Kalau abang kata abang tak pernah lupakan Sayang setiap hari rasanya perasaan Sayang terhadap abang sepuluh kali ganda lagi. Tiap hari perasaan Sayang bercampur baur antara rasa rindu terhadap abang dengan rasa bersalah kepada Haikal, suami Sayang.Sayang cuba sedaya upaya menjadi isteri yang baik.Sayang jaga makan minum Haikal.Sayang cuba penuhi semua keperluan Haikal.Sayang akui Haikal seorang suami yang baik, tapi sayang telah mencurangi dia,” kata Syafika.
“Dulu Sayang ingat lepas Sayang bernikah Sayang boleh lupakan terus ingatan Sayang kepada abang tapi rupanya Sayang silap.Abang telah bertapak di hati Sayang,” kata Syafika.
Syafika memandu kearah Selatan sebaik sahaja keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Eh, kenapa ke selatan pulak.Bukan ke Kuala Lumpur? “ Amri bertanya dengan nada kehairanan.
“Dah jemu lah dengan Kuala Lumpur.Jom kita makan angin ke Melaka Bandraya Bersejarahlah pulak,” kata Syafika.
“Jauhnya. Kenapa tak ke Kuala Lumpur aja,” Amri bertanya lagi.
“Sayang takut terserempak dengan orang kenal.Haikal ada ramai kawan di Kuala Lumpur. Manalah tau nasib tak baik terjumpa dengan kawan dia apa saya nak jawab? “ kata Syafika.
“Tahu pun takut,” kata Amri. “Tadi bukan main berani lagi,”dia menambah.
“Wah wah cepat betul pulang paku buah keras Prof saya ni,” kata Syafika .
“Sayang nak abang pandu? .Jauh juga nak ke Melaka, “ Amri menawarkan diri untuk memandu.
“ Nak. Sayang boleh aja pandu kereta ni sampai ke Melaka. Tak usah kata Melaka sampai ke Johor Bahru pun sayang boleh pandu. Tapi sayang nak peluk abang. Nak tengok muka abang puas-puas. Nak cium pipi abang,” kata Syafika.
Syafika memberhentikan kereta di lorong kecemasan dan mereka bertukar pemandu.
Sebaik sahaja Amri memulakan pemanduan Syafika terus duduk dan mengenggam erat tangan Amri.Dia merebahkan kepalanya di bahu Amri dan mencuri cium pipi Amri.
“Sayang, bahaya ni. Kan abang tengah bawak kereta,” kata Amri terkejut dengan perbuatan Syafika.
“Biarlah, kalau kita mati pun kita mati bersama,” kata Syafika.
Syafika terus-terusan memandang ke arah wajah Amri.Biarlah di mata orang lain Profesor yang sedang menghampiri umur persaraan tidak ada apa yang istimewa namun bagi Syafika lelaki inilah yang pernah menjadikan dia angau dan gila bayang.Lelaki yang memperkenalkan kepadanya erti cinta sebenar walaupun dia bukan lelaki pertama yang pernah dicintainya.
“Tak baik cakap macam tu.Kata-kata kita kan doa,” kata Amri.
Pemanduan ke Melaka amat lancar.Tidak banyak kereta di lebuhraya pada pagi itu.Cuaca pun amat baik.
“Kita ke Melaka ni nak pergi mana? Nak lawat perigi Hang Tuah ke? Nak ziarah kubur Tun Teja ke?” Tanya Amri .
“Kemana pun tak apa asalkan kita berdua,” jawab Syafika.
“Nanti kalau lewat balik tak apa ke? “ Amri bertanya. “ Anak siapa jaga?”
“Untuk hari ini aja sayang dapat lesen besar.Dah bagitahu pada mak mertua pagi tadi hari ni Sayang ada mesyuarat.Mungkin balik lambat sikit,” kata Syafika.
“Oh, patutlah lewat balik.Mesyuarat sampai ke Melaka ye? Pandai pandai.Dah lama ke buat kerja macam ni Puan Syafika? “ Amri menoleh ke arah Syafika.
“Dulu Sayang tak pandai menipu tapi semenjak bercinta dengan abang Sayang jadi penipu tegar.Jahatkan kita?”kata Syafika sambil melentukkan kepalanya ke dada Amri.
“Abang tau? Dulu lepas aja Sayang berhenti kerja dari pejabat abang Sayang macam orang gila.Tiap hari menangis.Sayang tak lalu makan.Hidup berendam air mata.Sampaikan Ma pun perasan perubahan diri sayang.Ma kata orang nak kawin patutnya rasa gembira tapi sayang makin dekat nak kahwin makin nampak rasa sedih. Ma pernah tanya sayang ada kekasih lain ke? Rasa ringan dah mulut pada masa tu nak ceritakan hal yang sebenar.Tapi Sayang kuatkan hati untuk tempuhi semua tu.Sayang fikir kalau Sayang dedahkan apa sebenarnya yang berlaku tentulah banyak hati yang terluka.Rumahtangga abang pun nanti akan jadi porak peranda. Hidup abang tentu takkan tenteram.”
“Tak ada ke kawan-kawan sayang yang tahu tentang kisah kita? “ Amri bertanya.
“Hanya Shikin seorang aja yang tahu.Sayang betul-betul hargai kesetiaan Shikin sebagai kawan sejati Sayang.Dialah kawan Sayang dunia dan akhirat,” kata Syafika.
“Sampai satu hari sayang tekadkan hati Sayang untuk putuskan terus sebarang ingatan Sayang terhadap abang.Sayang buang semua hadiah yang abang pernah beri pada Sayang.Jam yang abang beri Sayang saya bagi pada adik.Jubah yang abang bagi pada Sayang semasa abang pergi umrah Sayang berikan pada Ma. Sayang padam semua email abang.Sayang padam semua mesej abang. Pada masa itu rasa separuh nyawa Sayang hilang, “ terang Syafka panjang lebar.
Amri rasa tersinggung juga mendengar segala hadiah pemberiannya seoalah-olah tidak dihargai oleh Syafika. Tapi Amri faham Syafika cuba sedaya upaya untuk melupakannya pada ketika itu.
“Abang minta maaf berbanyak-banyak kerana melukakan hati Sayang.Membuat sayang sengsara.Kita tak boleh melawan takdir” kata Amri.
Jam 1 tengahari mereka sampai di bandaraya Melaka.
Mereka singgah makan tengahari di salah sebuah restoran di bandaraya Melaka
“Senyumlah sikit. Masam aja muka,” kata Syafika sambil sebelah tangan memegang kamera dan merapatkan mukanya ke muka Amri.
Syafika terus mengambil gambar mereka berdua dengan telefonnya .Perbuatan Syafika membuatkan Amri merasa gelisah.Dia risau kalau-kalau gambar mesra mereka berdua tersebar dan sampai ke tangan orang lain.Pada ketika itu terbayang wajah-wajah kesayangannya.Zurina isteri tersayang, Aizat anak sulungnya yang sekarang menetap di Amerika, Liza anak keduanya yang bertugas sebagai doktor dan Syuhada anak bungsu kesayangannya yang baru sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysa.
“Sayang jaga baik-baik gambar kita berdua itu.Kalau lepas ke tangan orang lain nanti kita sama-sama susah.”kata Amri separuh merayu.
Orang lain yang sedang makan di restoran itu tidak menghiraukan gelagat merek berdua.
Selesai makan tengahari mereka berdua berjalan sekitar bandaraya Melaka.
Di Tugu A Famosa yang dibina oleh Portugis pada tahun 1511 Syafika dan Amri turut bergambar bersama-sama.
“Macam mana kuatnya kubu itu yang dah lebih 500 tahun begitulah cinta abang pada Sayang,” kata Amri sambil memegang aiskrim yang dijual penjaja di sekitar kawasan pelancongan itu.
“Tapi sekuat mana pun kubu lambat laun akan roboh juga kan?” kata Syafika.
“Biarlah roboh di luar tapi tetap kekal di hati,” kata Amri sambil memandang wajah Syafika yang kemerah-merahan terkena sinaran cahaya matahari terik.
“Senyum, senyum,” kata Syafika sambil mengklik kamera telefonnya berulang-ulang kali.
“Banyaknya sayang ambik gambar,”kata Amri.
“Sebagai mengembalikan semula kenangan yang Sayang telah hapuskan lebih lima tahun yang lepas,” kata Syafika.
“Nanti kalau dah tak suka abang Sayang hapuskan juga gambar-gambar ini semua ye.Biar simpan apa yang ada didalam ingatan kita aja,” kata Amri.
“Kali ini Sayang nak simpan semua gambar kenangan ini sampai Sayang mati,” kata Syafika.
Malam itu Syafika sampai ke rumah hampir pukul 10 malam selepas menghantar Amri ke lapangan terbang.
Sebaik sahaja masuk ke rumah dia melihat wajah Aqil yang sedang lena tidur.Timbul rasa bersalah di hati Syafika melihat wajah anak kesayangannya itu.