Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 11

“ Ok. Kita semua dah setuju dengan apa yang kita bincangkan. Jadi kita semua bolehlah jalankan kerja masing-masing,” kata Hakim sebagai pengerusi mesyuarat.

“ Kejap-kejap.Aku nak mintak tukar boleh tak? Aku nak tukar ke biro apa pun tak kisah asalkan bukan biro jemputan,” kata Syafika separuh merayu.

Kata-kata Syafika  disambut dengan keluhan rakan-rakannya yang lain. Mereka sedang membincangkan seminar percukaian yang dianjurkan oleh kelas mereka. Mereka juga telah bersetuju melantik Syafika dan Shikin menganggotai biro jemputan.

“Alah Fika. Kita orang dah bagi kat kau dengan Shikin kerja paling mudah,” kata Atiqah. “ Kau pergi aja jumpa Prof Amri tu, serah aja surat jemputan. Kalau dia setuju kau bagitahu ajalah kita. Kalau dia tak setuju kita cari aja orang lain untuk merasmikan seminar kita tu. Susah sangat ke kerja tu?’” sambut pula Rina sambil menunjukkan wajah kurang senang dengan kerenah Syafika.

 

“Tolonglah Hakim. Kau bagilah aku kerja apa pun aku tak kisah asal jangan suruh aku jumpa Prof Amri tu,” suara Syafika seakan ingin menangis. Shikin yang duduk di sebelah Syafika pun merasa pelik dengan perubahan perangai kawan baiknya itu.

 

“Mengada-ngada betullah engkau ni Fika. Orang dah buat keputusan awal-awal dah. Dah bagi-bagi kerja. Kenapa kalau kau tak setuju tak bagitahu dari dulu lagi? Ni dah last minute baru nak mintak tukar,” suara Hakim sedikit meninggi. “ Lagipun kita orang bagi engkau dengan Shikin kerja paling mudah, “ sambung Hakim.

 

Pelajar-pelajar lain seramai 12 orang yang hadir dalam mesyuarat itu merasakan suasana hangat yang ditimbulkan  akibat oleh permintaan Syafika.Syafika dan Shikin cuma mendiamkan diri mendengar leteran dari Hakim.

 

Tiba-tiba Kamarul mencelah. “Biar aku tukar suka sama suka aja dengan Syafika. Boleh tak?. Biar aku aja yang jumpa Prof Amri tu. Bukan susah sangat pun,” kata Kamarul cuba menenangkan suasana.

 

“Engkau bukan tak ingat kenapa kita pilih Syafika dengan Shikin untuk jumpa Prof Amri tu.Engkau bukan tak tau perangai pensyarah lelaki kat universiti kita ni.Kalau pelajar lelaki yang datang jemput untuk rasmikan majlis jangan harap dia nak datang. Macam-macam alasan dia bagi. Tapi kalau siswi cantik-cantik macam Syafika ni senang -senang aja dia datang. Kau tak percaya ke cakap aku? Lagipun kan kita buat seminar ni sebagai satu pasukan. Takkan nak suruh kau buat semuanya.Engkau ada kereta. Lebih baik kau tumpukan biro publisiti. Nak pergi gantung banner, nak masuk radio. Tak ada kereta susahlah,” tegas Hakim dengan panjang lebar.

 

“Dah lewat ni.Takkan nak mesyuarat sampai pukul 1 pagi. Besok aku ada kelas pukul 8,” Wati yang mendiamkan diri semenjak dari tadi tiba-tiba bersuara.

 

Syafika yang merasa tertekan dengan rakan-rakannya akhirnya terpaksa beralah. “Oklah. Kalau dah semua orang tak nak tukar biar aku dengan Shikin ajalah yang pergi jumpa Prof Amri tu,” kata Syafika.

 

Rakan-rakannya yang lain lantas bertepuk tangan secara spontan. Mereka merasa gembira dengan keputusan yang diambil oleh Syafika. Ini bermakna mesyuarat boleh ditamatkan dan mereka boleh balik ke rumah sewa masing-masing.

 

“Kalau dari awal lagi cakap macam tu kan mudah kerja kita. Tak payah bertengkar lama-lama,”ujar Hakim. Kamarul memandang wajah Syafika dengan rasa simpati.Dalam hatinya berkata, kalaulah Syafika ni menjadi kekasih hatiku tak usahkan nak jumpa Prof Amri, nak jumpa Perdana Menteri pun dia sanggup.

 

Sebaik mesyuarat bersurai Shikin, Syafika dan Kamarul berjalan menuju ke kereta Kamarul yang terletak tidak jauh dari bangunan Fakulti Perakaunan di mana mesyuarat tadi diadakan.Masing-masing diam. Air mata Syafika menitis. Tanpa ditahan-tahan airmata jatuh ke pipinya. Nasib baik suasana malam yang gelap melindungi wajahSyafika dari dilihat oleh Kamarul yang sedang memandu di sebelahnya. Tidak pernah dia merasakan tekanan sehebat ini. Walaupun Syafika pernah  berkecil hati dengan Haikal tak pernah sekalipun dia menitiskan air mata.

 

Masing-masing mendiam diri. Sebaik sahaja kereta Kamarul berhenti di depan rumah sewa Syafika menyeka air mata air mata di pipinya dengan lengan bajunya. Sambil menutup pintu kereta dia mengucapkan terima kasih kepada Kamarul.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 

Pagi itu seawal jam 7.30 Amri telah berada di pejabat. Malam ini Zurina akan sampai ke Kota Bharu. Amri melihat timbunan fail di atas mejanya. Dia merenung dengan pandangan kosong. Sudah dua hari Syafika tidak menghantar sebarang email mahupun offline messages kepadanya.Semasa dia menerima email dari  Syafika dua hari lepas dia tidak menyangka yang gadis itu membuat keputusan yang tegas untuk tidak berhubung dengannya lagi.

 

Amri merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya. Sepatutnya sekembalinya isteri selepas seminggu ditinggalkan disambut dengan perasaan gembira, tetapi kali ini perasaannya bercampur baur.Tidak pernah dia merasa keliru sebegini. Amri merasakan Zurina balik untuk merampas semula hatinya dari Syafika. Jika dulu Amri sentiasa menghitung hari menunggu kepulangan Zurina tapi kali ini perasaannya berbeza. Jika boleh dia ingin Zurina tinggal lebih lama lagi di Tokyo. Jika  boleh dia ingin berterusan berchatting dan berbual dengan Syafika setiap malam. Kehadiran semula Zurina  adalah penyebab dia kehilangan Syafika.

 

Tanpa pengetahun Amri di luar pintu biliknya tercegat dua orang siswi Universiti Permata Timur berkira-kira untuk mengetuk pintu biliknya. Syafika mengenakan sepasang baju kurung berwarna merah jambu hadiah dari Haikal. Tudungnya juga sedondon. Peluh menitis membasahi muka dan tapak tangannya. Lantas dia mengambil tisu dari beg sandangnya dan mengelap muka dan tapak tangannya. Shikin yang berdiri di sebelahnya kelihatan amat yakin dan mula mengetuk pintu bilik Profesor Amri. Syafika rasa ingin saja mengecilkan diri dan masuk kedalam beg sandang Shikin, kalaulah boleh.Dia merasakan degupan jantungnya semakin kuat.

 

“ Masuk,”kedengaran suara lelaki yang agak garau membalas ketukan pintu itu.Shikin memulas tombol pintu dan melangkah masuk diikuti oleh Syafika dibelakangnya.Pada ketika itu jugalah mata Amri terpaku melihat wajah Shikin dan Syafika. Serta merta wajahnya berubah.Amri tidak menyangka sama sekali Syafika, gadis yang setiap hari dirinduinya berdiri di depannya.

“ Sila duduk’”kata Amri sambil tersenyum.Shikin dan Syafika menarik kerusi dan duduk menghadap  meja berhadapan dengan Amri.Bau minyak wangi yang dipakai oleh Syafika dan Shikin sesekali menusuk hidung  Amri.

“ Kami datang ni bertujuan untuk menjemput Prof merasmikan seminar yang dianjurkan oleh kelas kami. Diharap Prof dapat sudikan diri,” kata Shikin sambil menghulurkan sampul surat berisi undangan. Amri membuka sampul surat dan membaca. Pada ketika itu mata Syafika sempat mencuri pandang pada wajah Amri.

Amri bolehlah tergolong sebagai lelaki yang agak kacak semasa mudanya. Dengan kaca mata dan rambutnya yang disulami uban memang Amri adalah seorang yang kelihatan sebagai seorang  Profesor. Kulitnya yang kuning langsat seakan-akan seorang berketurunan cina.Tiba-tiba Syafika membandingkan Amri dengan Haikal.

“ Nanti saya tengok samada tarikh ni saya free ke tidak. Kalau saya free saya InsyaAllah saya akan hadir. Kalau saya tak free saya minta orang lain wakilkan saya. Nanti saya akan hubungi awak. Ni ada dua nama dalam kad jemputan ni. Yang mana satu Norashikin dan yang mana satu Syafika? “ tanya Amri pura-pura tak kenal. Pada masa tu mahu saja Syafika tergelak tapi dia cuma menahan tawa di dalam hati.Pandai pulak pak cik ni berlakon, bisik hati Syafika.


“Saya Norashikin dan yang ni Syafika,’ balas Shikin sambil menunjuk kepada Syafika.

Syafika cuba tersenyum tapi dia boleh rasakan senyuman dia hambar.

“ Ok. Dalam sehari dua nanti saya akan bagitahu samada saya boleh hadir atau tidak. Saya akan call Norashikin atau Syafika,” kata Amri.

 

“ Terima kasih Prof. Maaf menganggu Prof,” kata Shikin sambil berdiri untuk meninggalkan bilik.

 

“Tak ada masalah. Lagipun saya bukan ada kerja sangat pun pagi ni,” kata Amri sekalilagi berbohong. Melihat kepada timbunan fail di atas mejanya amat sukar untuk percaya yang dia tidak banyak kerja pagi itu.

“ Kenapa Syafika senyap aja? Tak dengar sepatah pun suara awak?’ kata Amri sambil merenung wajah Syafika. Syafika tersenyum sambil menjawab , “ Kawan saya ni dah bagitahu kepada Prof semua hajat kami. Jadi rasanya tak perlulah saya bercakap lagi,” kata Syafika sambil menundukkan muka. Dia rasa malu untuk menatap wajah Amri.Sebolehnya dia nak mengheret tangan Shikin keluar dari bilik Profesor Amri.

Tapi dari gerak geri Amri Shikin dapat merasakan yang Amri seolah-olah ingin memperlambatkan mereka berdua untuk keluar dari biliknya.Shikin lantas mengambil kesempatan bertanya kepada Amri.

“Prof, tu gambar keluarga Prof kan? Cantik-cantik dan hensem anak Prof.” kata Shikin.Sekali lagi hati Syafika memberontak ingin mengajak Shikin keluar dari bilik itu.

 

“Terima kasih.Itu ajalah harta yang saya ada. Keluarga saya adalah harta saya yang paling bernilai. Saya tak ada banyak harta,” kata Amri. Hati Syafika tiba-tiba diselaputi perasaan cemburu.

 

“Terima kasih Prof. Kami berdua minta diri dulu ye,” kata Shikin sambil berdiri meminta diri

“ Terima kasih sebab sudi mengundang saya,” kata Amri sambil berjalan ke muka pintu mengiringi mereka berdua keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja Amri menutup semula pintu biliknya Syafika menarik nafas lega. Terasa bagaikan satu bebanan telah dialih dari bahunya.

“ Baiknya Prof Amri tu kan?” kata Shikin sambil melangkah perlahan menuruni tangga. Syafika cuma mendiamkan diri .

“ Kau ni kenapa Fika? Dari malam tadi aku tengok kau macam moody aja,” kata Shikin.

“Tak ada apalah Shikin. Cuma aku rasa tak berapa sihatlah. Ingat kelas petang ni aku nak pontenglah", jawab Syafika ringkas.

“ Sejak bila pulak kau pandai belajar memonteng ni?” soal Shikin.

“Aku sakit kepalalah Shikin. Malam tadi aku tak tidur langsung,” balas Syafika.

“ Peliklah kau ni Fika. Dulu kat tak macam ni. Sekarang ni aku tengok kau ni lain macam aja.Kau gaduh dengan Haikal ye?” tanya Shikin sambil merenung wajah Syafika.

 

Di sepanjang laluan pejalan kaki kelihatan ramai siwa dan siswi dengan urusan masing-masing.Ada yang berkumpulan ada yang berseorangan. Sesekali Syafika dan Shikin tersenyum bila terserempak dengan rakan yang mereka kenali.

 

“ Sebenarnya aku ada rahsia nak cerita dengan engkau. Nanti bila ada masa lapang aku akan cerita,” kata Syafika.

 

“ Wah. Tak sabar aku nak dengar rahsia Cik Syafika ni. Kau nak suruh aku panggil wartawan ke untuk kita buat sidang akhbar berhubung dengan pendedahan rahsia Cik Syafika, “kata Shikin tertawa kecil.

“Mengarutlah kau ni Shikin,” kata Syafika memuncungkan bibir.Sedikit senyum terukir di wajahSyafika. Bila dia membayangkang wajah Profesor Amri dia merasa tenang. Sungguh bertuah isteri pak cik itu, bisik hati Syafika.


 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.