Oktober 2008
Jam di dinding menujukkan pukul 5. Suasana amat sunyi pada petang itu. Tiada bunyi kedengaran dari bilik seluas 120 kaki persegi kecuali ketukan keyboard dan deruan alat penghawa dingin yang sesekali memecah keheningan. Profesor Amri sedang sibuk mengadap keyboard sambil menaip sesuatu.
“ Assalamualaikum.Lewat balik prof?,” satu suara kedengaran. Tercegat di luar pintu bilik seorang lelaki berusia pertengahan tiga puluhan berdiri sambil tersenyum. “ Walaikumsalam. Hari ni lewat sikit bilik sebab nak siapkan abstract kertas kerja. Nak kena bentang kat conference di Bandung 14 Oktober nanti. You tak pergi ke Dr. Kamal? ” Profesor Amri mengalihkan pandangan dari monitor komputer ke arah pintu. “Taklah prof. Banyak sangat kerja yang saya kena selesaikan di kampus ini.Dengan test dan assignment yang bertimbun rasanya tak menang tangan,”profesor Amri tersenyum mendengar komen dari Dr. Kamal . “Kalau nak ikutkan kerja, sampai bila pun tak akan habiskan?.” Dr. Kamal mengiakan sambil tersenyum.
“ Oklah prof.Saya pergi dulu ye,” Dr. Kamal pun berlalu meninggalkan Profesor Amri meneruskan kerjanya. Pada usia yang menjangkau hampir separuh abad Profesor Amri telah berjaya mencapai sebahagian besar dari apa yang dia impikan. Berjawatan profesor, mempunyai anak-anak yang berjaya di dalam bidang akademik , mempunyai isteri seorang tokoh korporat yang dihormati. Anaknya yang sulung Aizat sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di universiti luar negara. Yang kedua Liza sedang dalam rangka persediaan untuk ke Ireland dalam bidang perubatan.Cuma yang bungsu baru berumur 10 tahun yang masih bersekolah rendah saja yang masih tinggal bersamanya di rumah.
Tiba-tiba telefon tangannya berbunyi. “ Bang, jangan lewat ambik Hada. Nanti mengamuk pulak dia nanti kalau abang ambik lewat,” pangggilan dari Zurina, isterinya yang telah dinikahinya lebih 23 tahun yang lepas,mengingatkan Profesor Amri untuk mengambil Syuhada, anak bungsunya dari sekolah. Syuhada yang dipanggil Hada adalah satu-satunya penawar sepi bagi keluarga Profesor Amri dan Puan Zurina apabila dua lagi anak mereka sudah tak tinggal bersama mereka lagi.
Memang menjadi kebiasaan bagi Profesor Amri untuk membuka Yahoo Messenger sambil menaip kertas kerja yang akan dibentangkan nanti. Bagi dia, celoteh chatters di dalam Yahoo Messenger menjadi teman penghibur menghilangkan rasa bosan menghadap kerja-kerja akademik yang memeningkan kepala.Dia jarang berchatting kerana baginya berchatting adalah aktiviti orang muda. Chatters juga kebanyakannya orang muda. Dia bukan orang yang sesuai untuk berchatting. Tambahan pula dia seorang profesor yang dihormati ramai.
Tiba-tiba matanya terpandang pada satu nick yang baru saja masuk ke dalam chatroom.Ika, satu nama yang unik.Hatinya tergerak untuk menegur. “ Salam. Ganggu ke? “ dia menegur. Kemudian Ika menjawab . Kebiasannya dia jarang memberikan maklumat yang tepat di dalam chatroom. Nick yang dia gunakan pun memberikan gambaran yang dia seorang yang amat serius dan tak mudah untuk didekati, abang pemikir
Ika: ASL please.
Abang pemikir: 50/m/KotaBharu. What about you?
Ika: Alahtuanya, hihi. Saya 22/f/Kota Bharu . Boleh panggil pak cik ke? Ke uncle?
Abang pemikir:Tak kisah. Apa salahnya. You dah kerja ke belajar lagi?
Ika: Saya study lagi. Kat Universiti Permata Timur
Abang pemikir:Ye ke?
Abang pemikir:Ika belajar di Fakulti mana?
Ika: FakultiPerakaunan. Pak cik kerja di mana?
Abang pemikir:Oh. Pak cik kerja biasa-biasa aja. Tapi di Kota Bharu jugak. Kira kita sekampunglah kan. Dah ada teman lelaki?
Ika: kenapa tanya macam tu? Nak jadikan saya menantu pak cik ke? Hihi.
Abang pemikir:Anak pak cik belajar lagi. Lagipun zaman sekarang ni orang lebih suka cari jodoh sendiri. Bukan macam zaman pak cik dulu, semuanya pakai match maker.
Profesor Amri terkejut sedikit dengan jawapan yang diberi oleh Ika. Mungkinkah dia berchatting dengan pelajarnya sendiri? Mungkin juga Ika hanyalah nama samaran dan bukan pun pelajar Universiti Permata Timur.Profesor Amri tau sebahagian besar yang berchatting takkan memberi maklumat sebenar tentang diri masing –masing.
Profesor Amri tersenyum. Tiba-tiba teringat pada Liza, anaknya yang kedua. Dalam hatinya terfikir, mungkin gadis yang sedang berchatting dengannya ini sama macam Liza anaknya itu. Seorang yang suka bercakap, tegas, dan sangat kuat belajar.
.Abang pemikir:Ika, pak cik kena keluar dulu. Boleh pak cik add?
Ika: Kalau sudi,apa salahnya
Abang pemikir:Bye Ika.
Ika: Bye.Assalamualaikum.
Profesor Amri mematikan komputer dan berkemas untuk pulang . Selang 10 minit kemudian dia sampai di depan sekolah Syuhada.
Syuhada dah bersedia menunggu di depan sekolah. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta dia terus berkata . “ Abah. Tadi cikgu Zabedah tak datang sekolah sebab dia masuk hospital,” petah mulut Syuhada bercakap. Bagi seorang anak yang baru berusia 10 tahun , Syuhada memang petah bercakap, seolah-olah seperti orang dewasa. “ Kenapa cikgu masuk hospital?,” tanya profesor Amri. “ Tak taulah tapi dengar-dengar cikgu bercerita sesama cikgu yang dia makan pil tidur lepas bergaduh dengan suami dia. Orang cakap suami dia kawin satu lagi,” terang Syuhada. “ Ish, tu masalah org tua-tua. Tak baik bebudak ambik tau,” balas profesor Amri sambil tangannya memegang stering kereta.Suasana petang yang penuh dengan hiruk pikuk di jalanraya memerlukan tumpuan penuh pada pemanduan.
“ Abah, tadi ada seorang cikgu tu komen. Dia kata apa yang jadi pada cikgu Zabedah adalah tandanya orang perempuan tak boleh menerima amalan poligami. Poligami tu apa abah?,” tanya Syuhada. “Poligami tu bermakna seorang lelaki yang mempunyai lebih dari seorang isteri,” jawab profesor Amri.
“Oh. Kenapa orang lelaki nak beristeri lebih dari seorang? Tak cukup ke dengan seorang isteri aja ?,” tanya Syuhada lagi. “Hehe. Hada ni, banyak betul soalan,” balas profesor Amri sambil tergelak kecil.“ “Abah jangan poligami yer. Kalau abah berpoligami, kesian kat mama, kat Hada,kat abang Aizat dan kak Liza. Abah tak buat macam tu kan?” ujar Syuhada. “ Takkanlah abah nak buat macam tu. Abah sayang semua. Abah sayang mama, sayang abang Aizat, sayang Kak Liza dan sayang Hada.”Syuhada kelihatan tersenyum puas mendengar jawapan dari Profesor Amri.
Selepas mandi dan solat asar yang dah hampir ke penghujungnya, Profesor Amri membuka komputer riba. Walaupun jam dah hampir pukul 6.30 petang, belum nampak lagi kelibat Zurina. Dia memang sudah biasa dengan keadaan begitu. Isterinya memang seorang yang kuat bekerja. Perkenalan mereka semasa menuntut di Indiana State University di Amerika 25 tahun lepas membuahkan percintaan dan perkahwinan yang bahagia sehingga ke hari ini.
Dia bercadang untuk menyambung semula kerjanya sementara menunggu waktu Maghrib. Di dapur, Tini pembantu rumah Indonesianya sedang menyediakan makan malam. Rumah banglo dua tingkat itu agak sepi seolah-olah tak berpenghuni. Syuhada berada di dalam biliknya.Hanya Amri sahaja yang berada di dalam bilik bacaan.Hajat hatinya ingin menyambung kerjanya yang tertangguh di pejabat tadi.Timbul pula rasa malas dan dia membuka Yahoo Messenger.Ternampak Ika yang segera menegurnya
Ika: Assalamualaikum pak cik. Pak cik kat manani
Abang pemikir: Walaikum salam. Kat rumah ni.Baru aja sampai rumah.
Ika: Oh. Saya ganggu pak cik ke?
Abang pemikir: Taklah. Ok aja. Ika tak study ke? Kuatnya berchatting ni .
Ika: Tak ada moodlah pak cik. Baru gaduh dengan boyfriend. Dia keras kepala. Tension saya.
Abang pemikir: Adatlah orang bercinta. Ada masa merajuk, ada masa bergaduh. Nanti bila berbaik semula lepas bergaduh mesti lebih mesra lagi kan?
Ika: Hihi. Sukalah chatting dengan pak cik. Pak cik sporting. Pak cik bagitau lah pakcik kerja apa. Jangan risau lah. Saya tak cari pak cik. Saya tak ganggu keluarga pak cik. Saya pun tak nak bercinta dengan suami orang. Jangan marah ye pak cik. Hihi.
Abang pemikir: Mana boleh bagitau pak cikkerja kat mana. Nanti pecah rahsia saya nanti.
Ika: Alah, pak cik ni. Kalau macam ni nak merajuk lah. Tak nak kawan dengan pak cik. Hihi.
Profesor Amri tersenyum bersendirian. Kekadang dia merasa malu pada diri sendiri. Dia seorang yang amat dihormati dalam bidang akademik. .Diundang membentang kertas kerja di seminar-seminar di merata dunia.Menulis berbelas buah buku. Digeruni oleh pelajar-pelajarnya atas ketegasannya.Tapi bila berchatting dia seolah-olah kembali muda. Rambut dikepala nya hampir sama banyak antara putih dan hitam. buku. Tapi, bila berchatting, dia bertukar menjadi seolah-olah seperti remaja yang baru mengenal cinta.Seolah-olah dunia berputar 25 tahun kebelakang. Di mindanya bertanya, kenapakah internet tidak dicipta di zaman dia remaja dulu?.
Azan berkumandang dari masjid berhampiran.Amri bergegas meninggalkan komputer riba yang telah dimatikan untuk menunaikan solat Maghrib. Selepas berwirid dia ke ruang menonton. Memang menjadi rutin hariannya menonton Buletin Utama di TV3 sesambil menunggu waktu Isyak.Isterinya masih belum sampai di rumah.
Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi enjin kereta memasuki porch rumah Zurinabaru saja sampai. Sejurus kemudian bunyi enjin kereta dimatikan dan Zurina muncul di muka pintu dengan senyuman terukir dibibir.
“ Sorry bang. Lambat sampai. Jalan jammed.” Sebaik membuka kasut Zurina menghampiri suaminya dan mencium pipi Amri. “Alah, kan dah batal air sembahyang saya. Ingat nak simpan sampai Isyak.” Kata Profesor Amri sambil menunjukkan raut muka ala-ala merajuk. Zurina tersenyum saja melihat gelagat suaminya yang amat disayangi itu.
Lepas solat Isyak berjamaah Amri sekeluarga menikmati makan malam. “Macam mana dengan sekolah hari ni? Hada belajar apa kat sekolah? ” tanya Zurina “ Macam biasa aja.” Jawab Syuhada acuh tak acuh sambil menyuap makanan ke mulutnya. “ Cikgu suruh Hada masuk pertandingan bahas minggu depan, tapi rasa malas nak prepare.” “Janganlah macamtu. Bila cikgu dah suruh Hada masuk bermakna cikgu ada keyakinan pada Hada.Kalau Hada hampakan harapan cikgu mesti nanti cikgu akan kecewa,” Zurina menyampuk sambil merenung muka anak bungsunya. Hada tidak memberi sebarang reaksi. Zurina tau anak bungsunya memang berbakat tapi Syuhada perlu dipujuk. Kalau tak kena cara memujuk dia akan merajuk panjang. Dia terfikir, anak nya itu memang mewarisi sifatnya sendiri yang kuat merajuk. Dalam hatinya berbisik, dimanakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
“Bang. Next week Ina kena outstation ke KualaLumpur.” Zurina bercakap sambil matanya memandang tepat ke cermin meja solek di depannya. “Berapa hari?.” Tanya Amri sambil matanya terus menatap buku yang sedang dibacanya, sambil berbaring di katil. Memang menjadi tabiatnya semenjak dari kecil amat gemar membaca dan digelar ulat buku oleh rakan sekolahnya. Walaupun keluarganya orang susah tapi dia gigih belajar. Selepas SPM dia diberi biasiswa belajar ke luar negara. Di situ dia berjumpa Zurina. Walaupun pada mulanya diamerasa rendah diri tapi disebabkan galakan dari rakan-rakan serumahnya semasa di universiti memberikan dia dorongan untuk lebih mendekati hati Zurina.Dia sedar hubungan dia dengan Zurina umpama enggang dengan pipit tapi keluarga Zurina menerimanya dengan hati terbuka.
“ Empat malam aja. Pergi hari Selasa, balik hari Sabtu. Dah suruh staf book flight.CEO nak jumpa sebab nak discuss pasal product baru, nak launch bulan depan Nanti abang hantar Ina ke airport ye?, ” Zurina seolah-olah merayu sambil mendekatkan dirinya di samping suaminya yang masih tak berpaling dari buku yang sedang dibacanya. “ Flight pukul berapa hari Selasa tu? Kalau tak ada kelas abang hantar lah.Kalau ada kelas Ina kena mintak tolong Pak cik Omarlah,” Amri menjawab. Pak Cik Omar adalah jirannya, seorang persara tentera yang sudah dianggap sebagai bap asendiri oleh kedua pasangan itu.
“Abang nak baca buku lagi ke? Ina nak tidur dah ni.” Zurina berbaring di sebelah Amri yang masih mengenggam buku yang dibacanya. “ Ok. Abang padam lampu.Kalau tak padam lampu Ina susah nak lena pulak nanti.” Amri bingkas bangun dan memadam lampu.
Amri terkelip-kelip didalam kegelapan.Di sebelahnya Zurina telah berdengkur kecil. Dia tau isterinya keletihan. Bukan mudah menjadi seorang Ketua Jabatan yang terpaksa melayan kerenah puluhan orang bawahan. Dia amat mengkagumi isterinya yang begitu gigih dan melangkah setapak demi setapak sehingga kekedudukannya yang tinggi pada hari ini.
Fikiran Amri mengimbau kenangannya pertama kali menatap wajah isterinya. Pada ketika itu Persatuan Pelajar Malaysia di Indiana State University di Terra Haute, Indiana, Amerika Syarikat menganjurkan majlis meraikan pelajar-pelajar Malaysia yang baru mendaftar di universiti itu.Sebagai salah seorang pelajar senior di situ dia turut hadir di malam itu.Samada suratan atau kebetulan, dia dipasangkan dengan Zurina yang merupakan salah seorang pelajar junior dalam acara berbalas pantun. Semenjak itu hubunganmereka menjadi semakin rapat. Mereka belajar bersama, pergi membeli barangan dapur setiap hujung minggu pun bersama. Zurina sebagai pelajar junior semestinya amat bergantung pada Amri untk bergerak ke sana kemari. Dengan kereta Chevy Impala buruk yang dibeli dengan harga empat ratus dollar itulah dia kesana kemari dengan kekasih hatinya itu sehingga digelar belangkas oleh rakan seuniversiti.
Cunningham Memorial Library di universiti itu banyak menyimpan kenangan mereka berdua. Menelaah pelajaran bersama-sama.Bersengkang mata menghadapi musim-musim peperiksaan akhir. Perpustakaan yang buka 24 jam sehari 5 hari seminggu menjadi rumah kedua mereka. Penat menelaah pelajaran mereka mengalas perut di Cup and Chaucer café yang terletak di foyer perpusakaan itu.
Amri merasakan semua itu seolah-olah baru berlaku semalam. Masih jelas di mindanya bagaimana mendalam cinta mereka berdua.Pernah sekali semasa di Cup and Chaucer Café Zurina berkata sesuatu kepada Amri yang memberi kesan yang begitu mendalam hingga dia tak lupa setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Zurina kepadanya pada hari itu.
“ Ina, nanti bila kita kawin, saya nak ramai anak. Baru meriah rumah kita nanti.” Kata Amri . “ Wah, awak ingat saya ni macam production line kat kilang kereta ke?,” ujar Zurina sambil tertawa kecil. “ Awak tau kan Prof. Smith yang mengajar subjek econometrics meninggal dunia sebab kemalangan jalanraya sekali dengan isteri dia?,” tanya Amri kepada Zurina. “ Ye, ada baca dalam the Indiana Statesman,” jawab Zurina. The Indiana Statesman adalah akhbar dalam kampus yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar universiti itu sendiri. “ Itulah orang kata hidup bersama,mati pun bersama. Nanti saya pun kalau boleh nak macam tu jugak, hidup berdua dan mati bersama dengan awak, “ kata Zurina.
“ Ish, awak ni. Tak baik cakap soal mati. Umur kita kan muda lagi. Insyallah kita akan sama-sama panjang umur,” kata Amri sambil mengunyah sandwic yang terhidang di depannya. “ kenapa awak cakap nak mati bersama? “ tanya Amri. “ Kalau saya mati dulu dari awak, nanti awak akan kawin lain. Saya tak sanggup memikirkan kemungkinan yang awak akan bersama dengan perempuan lain walaupun pada masa itu saya dah tiada di dunia ini .Kalau awak mati dulu pulak, saya akan sengsara seumur hidup hingga ke akhir hayat saya,” Zurina merenung tepat ke mata Amri. Nampak wajahnya serius ketika meluahkan kata-kata itu.
“ Soal jodoh, ajal dan maut bukan kita yang tentukan. Awak ni kan terlalu memandang jauh ke depan. Masa depan kita cuma boleh rancang tapi Allah yang tentukan,” ujar Amri. “ Memang saya fikir jauh kedepan sebab saya sayang pada awak dulu, kini dan selamanya. Awak pun mcm tu juga ye? Janji tu, “ Zurina tersenyum menampakkan barisan giginya putih dan teratur
Amri tersenyum bila teringat zaman dia dialam percintaan lebih 20 tahun yang lepas. Perlahan-lahan dia berpaling kearah isterinya yang sedang lena dan mendakap isterinya. Hari esok menjanjikan seuatu yang indah untuk Amri sekeluarga.