Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 4


Ika: Pak cik,boleh tolong Ika tak?

Abang pemikir:Tolong apa Ika? Kalau boleh pak cik tolong pak cik akan tolong. Kalau tak boleh tolong nak buat macam mana kan?

Ika: Nak mintak pak cik selesaikan misteri ni. Nak tau siapakah gerangan  Abang pemikir ni?

Abang pemikir:Haha. Mudahnya Ika ni berputus asa. Semalam bukan main lagi cakap besar.Alih-alih tak sampai satu hari aja dah giveup? Tak boleh jadi penyiasat persendirianlah kalau macam ni.

Ika: Pak cik tautak. Seharian hari ni berpinar mata saya tengok perut orang dengan jam tangan orang. Baru saya perasan yang kat universiti kita ni ramai betul lelak iberperut buncit. Harap pak cik banyakkan latihan fizikal, biar kempis sikit perut tu.Hihi.

Abang pemikir:Wah, sedapnya dia mengata kita. Masa pak cik umur baya Ika dulu  pun pak cik segak, tak ada perut  pun. Slim. Tapi sekarang umur dah mencecah hampir separuh abad memanglah tak boleh elak sikit sebanyak boroi ni. Selari dengan umurlah Ika.

Ika: Hihi. Saya nak tanya pak cik tentang sesuatu boleh? Tentang soal hati, tentang perasaan.

Abang pemikir:Nak kena charge consultation fee lagi ni. Nanti cukup bulan pak cik hantar bil ke alamat Ika. Boleh?

Ika: Alah, pakcik ni. Dengan Ika pun nak berkira ke?Nak merajuklah kalau macam ni. Tak nak dah berkawan dengan pak cik lagi.Hihi

Abang pemikir:Pak cik gurau aja. Janganlah marah. Ok, apa dia yang Ika nak tanya tu ? Besar sangat ke masalah tu sampai boleh menjejas keselamatan negara? Hehe

Ika: Taklah sampai menjejas keselamatan negara tapi menjejaskan juga kestabilan emosi diri saya. Dalam kelas saya ada seorang budak lelaki ni, dah lama dia sukakan saya.Dah puas saya beritahu dia yang saya dah ada kekasih tapi dia masih tak berputus asa. Dia baik. Pandai mengambil hati tapi hakikatnya saya kan dah berpunya.

Abang pemikir:Saya tak hairanlah kalau ramai lelaki sukakan Ika. Ika cantik.Semua orang sukakan yang cantik-cantikkan?

Ika: Cantik bukannya kekal. Sampai masa saya pun akan tua. Kalau lelaki tu sayangkan saya sebab saya cantik, nanti bila saya dah tua dia akan tinggalkan saya. Tak begitu pak cik?

Abang pemikir:Kasih sayang sejati merentasi paras rupa. Macam pak cik dengan mak cik. Dah 24 tahun berkahwin. Masa muda mak cik jadi rebutan kat universiti tapi dia pilih pak cik yang tak hensem mana pun.Pak cik pernah tanya kat mak cik kenapa pilih pak cik yang ibarat kata pepatah Melayu rupa tiada harta pun kurang.

Ika: Mak cikj awab apa bila pak cik tanya macam tu?

Abang pemikir:Dia jawab, dia seorang yang pentingkan diri. Dia tak suka berkongsi kekasih,berkongsi suami dengan orang lain. Kalau dia pilih lelaki yang terlalu kacak ramai perempuan yang suka, Jadi rebutan. Dia tak boleh terima keadaan macam tu.Kalau pilih pak cik perempuan tak pandang pak cik dua kali. Jadi, saya beruntunglah kan dapat isteri cantik sebab isteri saya tak suka berkongsi suami dengan perempuan lain.

Ika: Kalau macam tu beruntunglahkan isteri Mr. Os sebab dia tak perlu berkongsi suami dia dengan orang lain. Hihi.

Abang pemikir:Sapa kata Mr. Os tak ramai peminat? Ramai aja perempuan tergila-gilakan dia sebab orang macam Mr. Os tu masa marah ke, masa sedih  ke mesti senyum memanjang. Hehe

Ika: Hihi. Ok pakcik berbalik pada masalah saya tadi.Dulu saya memang anggap budak yang sukakan saya tu sebagai kawan semata-mata. Tapi kebelakangan ni perasaan saya sedikits ebanyak dah berubah terhadap dia.Bila saya melihat dia hati saya berdebar.Bila saya masuk kekelas wajah dia yang saya cari dulu. Bila dia lambat masuk kuliah saya tertanya-tanya kenapa dia tak masuk kelas lagi.Saya rasa bersalah pada kekasih saya seolah-olah membahagikan perasaan saya terhadap dua lelaki.

Abang pemikir: Ika  suka budak lelaki tu sebagai kawan atau kekasih? Pak cik nak jawapan jujur dari Ika

Ika: Mestilah sebagai kawan sebab saya kan dah ada kekasih.

Abang pemikir:Itu jawapan yang keluar dari mulut Ika.Ika bagitahu pak cik yang Ika anggap budak tu sebagai kawan bukan kekasih. Apa yang keluar dari mulut kita tak semestinya sama dengan apa yang ada di dalam hati. Ika boleh cakap pada pak cik seribu kali yang budak itu adalah kawan bukan kekasih tapi Ika tak boleh membohongi hati Ika. Dalam hati Ika, hanya Ika seorang aja yang tau jawapannya.Ika tak perlu bagi komen kenyataan pak cik ni. Pak cik nak Ika jawab secara jujur dalam hati aja ye?. Dari apa yang Ika cakapkan tu pak cik rasa Ika dah jatuh hati pada dia.Kalau setakat berkawan takkan sampai berdebar-debar tengok dia.Itu dah lebih dari kawan.

Ika: Pak cik ni.Kan saya dah ada kekasih. Pintu hati saya saya dah tertutup rapat untuk lelakil ain. Mana mungkin dia boleh masuk dalam hati saya ni yang saya dah kunci rapat.

Abang pemikir:Pak cik nak bagitahu pada Ika tentang kekuasaan Allah.Tidak semua yang Allah ciptakan ini perlu ruang. Ada yang ujud tanpa ruang. Ada ruang yang terhad, adar uang yang tidak ada had.

Ika: Tak fahamlah saya. Susah kan kalau bercakap dengan orang bijak pandai ni. Tak tercapai akal saya nak memahaminya.

Abang pemikir:Hehe. Kalau tak faham pak cik bagi satu contoh. Ika belajar tinggi-tinggi sampai masuk ke universiti untuk mencari ilmu kan?

Ika: Ya.

Abang pemikir:Ini bermakna ilmu itu ujud. Walaupun ilmu itu memang ujud tapi dia tak perlu ruang dalam otak kita. Saiz kepala orang kat Malaysia ni lebih kurang sam abesar aja kan? Kalaulah ilmu yang tinggi tu perlukan ruang yang banyak bermakna  orang yang saiz kepalanya besar dia banyak ilmu. Orang yang saiz kepala dia kecil dia kurang ilmu. Tapi hakikatnya tak macam tu kan? Hehe

Ika: Hihi. Kalau orang pandai macam pak cik ni mesti nak angkat kepala pun tak larat sebab kepala pak cik mesti terlalu besar.Kalau nak beli helmet pun kena cari saiz XXL. Hihi.

Abang pemikir:Haha. Dah fahamlah kan analogi yang pak cik bagi tu.Sama juga macam ilmu yang ada di dalam otak kita. Setiap ilmu yang baru kita pelajari tidak akan merendahkan nilai  ilmu kita yang sedia ada. Bila Ika memberi ruang di dalam hati Ika untuk budak yang sukakan Ika tidak bermakna kasih sayang Ika terhadap kekasih Ika berkurangan.

Ika: Peliksangatlah teori pak cik ni. Ini first time saya dengar teori macam ni. Kalau macam tu sudikah pak cik memberi sedikit ruang di dalam hati pak cik untuk Ika menumpang? Lagipun kalau Ika menumpang di dalam hati pak cik pun kasih sayang pak cik terhadap mak cik takkan berkurangan pun kan? Hihi

Abang pemikir:Haha. Cepatnya nak apply teori yang dia baru belajar. Bercakap tentang  ruang tu, saya kena tanya isteri saya dulu. Tengok dia izin ke tak untuk Ika diberi ruang di dalam hati pak cik. Haha.

Ika: Hihi. Mesti mak cik takkan bagi. Saya faham hati dan perasaan perempuan. Saya pun perempuan. Saya takkan buat apa-apa yang boleh menyakitkan hati orang perempuan lain.

Abang pemikir:Hehe. Baguslah kalau Ika berfikir macam tu. Saya anggap Ika macam anak saya sendiri aja.

Ika: Kalau dahanggap Ika sebagai anak, kenapa sampai sekarang Ika tak boleh kenal wajah sebenar bapa Ika. Boleh Ika panggil pak cik papa ke? Papa, anakmu yang bernama Ika ni teringin sangat melihat wajah papa. Hihi.

Abang pemikir:Pak cik malu nak tunjuk muka pak cik pada Ika. Pak cik dah layak jadi ayah Ika.Nanti bila Ika dah tengok muka pak cik mesti Ika tak nak dah berkawan dengan pak cik. Yang lebih  teruk kalau Ika sebarkan pada seluruh masyarakat Universiti Permata Timur yang pak cik ni menggatal dengan pelajar . Jatuhlah reputasi pak cik kalau Ika buat macam tu.

Ika: Pak cik janganlah berfikir macam tur. Saya berkawan dengan semua orang. Saya tak tengok pada paras rupa. Bagi saya berkawan kena ikhlas. Kalau saya kenal siapa pak cikpun saya takkan buat pengumuman di akhbar-akhbar tentang Ika dan pak cik. Tu janji  Ika pada pak cik. Pak cik tak percaya pada Ika ke?

Abang pemikir:Bukan tak percaya. Tapi rasa lebih selesa Ika tak kenal pak cik.Apa ada pada paras rupa kan?

Ika: Ika takmemaksa. Yang penting pak cik masih sudi melayan Ika bersembang. Itu pun Ika dah perlu ucap berbanyak terima kasih. Pak cik cuti pertengahan semester nanti Ika nak ke KL. Nak jumpa buah hati. Dah lama sangat tak jumpa dia. Rindu sangat-sangat.

Abang pemikir:Oh. Baguslah. Boleh juga melepas rindukan? Lama ke Ika kesana?

Ika: Mungkin 2 atau 3 hari aja. Mak Ika tu bukan bagi Ika ke KL lama-lama sangat. Dia mesti suruh balik cepat-cepat. Dia risau takut jadi apa-apa pada Ika. Padahal Ika bukan pergi kerumah orang lain pun.Duduk kat KL pun di rumah Mak Su Ika.Kalau nak jumpa pun dia datang kat rumah Mak Su  Ika. Kalau keluar dengan dia pun Mak Su dah bagi syarat kena balik rumah sebelum pukul 11 malam. Mak Su  Ika tu jaga Ika mengalahkan menjaga ana ksendiri. Padahal Ika ni bukan budak-budak lagi

Abangpemikir:  Mak Su  Ika jaga amanah yang mak Ika berikan pada dia. Bukan mudah nak pegang amanah orang ni. Semua emak macam tu kan? Tandanya dia ambil berat tentang Ika. Mak cik pun macam tu juga. Tiap kali anak pak cik yang perempuan tu telefon dia, dia bagi ceramah.

Ika: Anak pakcik belajar kat mana? Berapa umur dia?

Abang pemikir:Dia baru 19 tahun. Tengah buat kursus persediaan untuk ke luar negara.

Ika: Oh.Pandainya anak pak cik. Mesti dia secantik mak cik kan?

Abang pemikir:Terima kasih. Pak cik pun selalu ingatkan dia. Cantik rupa kena juga cantik budi pekerti . Kalau rupa aja cantik perangai tak elok nanti orang tak nak buat menantu. Hehe.

Ika: Alah, orangsekarang dah tak tengok perangai lah pak cik. Lelaki sekarang lebih pentingkan paras rupa aja. Nanti bila saya ke KL saya mungkin  saya jarang online. Kalau saya online nanti tinggalkan mesej untuk pak cik. Satu aja saya nak pesan pada pak cik. Masa saya tak online nanti pak cik jangan berchatting dengan mana-mana perempuan lain.Janji tu. Kalau pak cik berchatting dengan mana-mana perempuan lain saya ta knak dah kawan dengan pak cik lagi.

Abang pemikir:Amboi, siap letak syarat lagi. Kenapa Ika tak bagi saya berchatting dengan perempuan lain?Kalau Ika dah tak online apa salahnya saya berchatting dengan orang lain.

Ika: Saya pun macam mak cik juga. Saya tak suka berkongsi dengan sesiapa. Bagi saya pak cik adalah milik Ika. Ika tak suka perempuan lain berchatting  dengan pak cik.Nak tanya ni, selain dari dengan saya pak cik ada berchatting dengan perempuan lain tak? Kena jawab secara jujur,kalau tak nanti saya merajuk.

Abang pemikir:Adalah juga dengan seorang dua chatter yang lain. Kenalan lama. Lagipun pak cik bukannya selalu sangat berchatting ni.Jarang ada masa pun. Ini pun berchatting dengan Ika sebab mak cik tak ada di rumah. Kalau mak cik ada kat rumah mestilah pak cik banyak habiskan masa dengan dia. Malam besok mak cik balik. Lepas ni kita kuranglah berchatting malam-malam. Kalau siang masing-masing  sibuk kan?

Ika: Sedihnya.Saya akan rasa kehilangan pak cik.

Abang pemikir:Janganlah cakap macam tu. Banyak lagi cara untuk kita berhubung. Kan Ika ada email pak cik. Kalau tak boleh berchatting pun apa salahnya kita berhubung melalui email . Ika pun dah bagi pak cik nombor  telefon Ika. Nanti pak cik akan call Ika . Jangan lah sedih sangat.

Ika: Pak cik,saya nak cakap kat pak cik. Pak cik jangan marah. Pak cik jangan ketawakan saya. Boleh?

Abang pemikir:Cakaplah dulu apa dia.

Ika : Semenjak kita berchatting ni saya sentiasa teringatkan pak cik. Di kampus pun saya meneka setiap lelaki yang saya jumpa itu adakah itu pak cik? Kalau di rumah pun saya sentiasa teringat pada pak cik. Dah lama saya tak alami perasaan macam ni.Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan pak cik. Keterlaluan ke saya ni kalau saya cakap yang saya dah mula sayang ada pak cik? Bukan sayang sebagai kawantapi sayang sebagai kekasih. Biarlah pak cik nak ketawakan saya ke, nak perli saya ke, saya nak cakap juga sebab mungkin malam besok, malam lusa atau sampai bila –bila saya tak boleh berchatting lagi dengan pak cik. Kalau pak cik tolak permintaan saya untuk berkasih dengan pak cik, saya akan delete pak cik dari friend list saya. Saya akan anggap perkenalan kita ini tak pernah berlaku. Apa yang saya alami sehari dua ini cuma mimpi yang indah aja. Biarlah pak cik kekal sebagai lelaki misteri dalam hidup saya

Abang pemikir:Ika serius ke? Ke sengaja nak menguji pak cik. Kalau nak menguji,pak cik takakan gagal dalam ujian Ika ni. Hehe.

Ika: Saya seriuslah pak cik. Soal hati dan perasaan boleh buat main-main ke?

Abang pemikir:Mustahil Ika boleh jatuh hati pada saya sedangkan Ika tak pernah tengok pun muka saya. Kita baru kenal tak sampai seminggu. Apa yang Ika rasa ni bukannya cinta tapi cuma perasaan yang bersifat sementara aja. Nanti sehari dua hilanglah perasaan tu.

Ika: Perlukahkita melihat wajah seseorang itu untuk jatuh cinta pada orang itu? Saya nak tanya satu soalan kepada pak cik. Adakah pak cik fikir orang yang buta, yang cacat penglihatan tak pernah merasa nikmat cinta? Adakah orang yang cacat penglihatan tidak berhak untuk bercinta hanya kerana dia tak pernah dapat melihat wajah orang yang dicintainya? Tadi pak cik bercakap tentang kekuasaan Allah dan sekarang saya juga bercakap tentang kekuasaan Allah. Perasaan orang buta yang sedang dilamun cinta tak sedikit pun berbeza dengan manusia yang celik.Pak cik anggap sajalah saya sebagai insan buta yang telah jatuh cinta kepada pak cik.

Abang pemikir:Ika, perkara cinta, kasih, sayang bukan boleh dibuat main-main. Ika ni sebayadengan anak saya. Ika ada kekasih hati. Saya suami orang. Dah berumur pulak tu.Bukannya muda lagi. Rumah kata pergi kubur kata mari. Mustahil untuk kita bercinta

Ika: Tak apalah kalau pak cik kata macam tu. Inilah kali terakhir kita berchatting. Terimakasih atas nasihat pak cik pada saya. Kita kenal dalam masa yang terlalu singkat tapi saya rasa saya macam dah mengenali pak cik lebih dari kekasih hati saya sendiri. Lepas ni saya nak delete pak cik dari friend list saya.Assalamualaikum. Selamat malam pak cik

Abang pemikir:Ika, janganlah macam tu.

 

Belum sempat Amri menghabiskan ayat yang terakhir Ika telah signout dari Yahoo Messenger. Amri merasa sedikit terkilan dengan cara Ika menamatkan perbualan pada malam itu.

Amri mematikan komputer dan memadam lampu bilik tidurnya. Waktu yang telah melampaui tengah malam menjadikan suasana malam begitu hening.Amri terkebil-kebil memandang siling bilik tidur dalam suasana yang kelam itu. Mindanya memikirkan semula apayang dia bualkan dengan Ika sebentar tadi. Setiap patah perkataan yang diungkapkan oleh Ika melalui layar komputernya menjelma semula di minda Amri. Dia akui terselit rasa cemburu di dalam hatinya apabila Ika memberitahu yang dia akan ke Kuala Lumpur untuk bertemu kekasih hatinya. Kenapakah perasaan cemburu itu tiba-tiba datang? Apakah haknya untuk berasa cemburu terhadap seorang perempuan yang dia tak kenali? Ika bukan anak perempuannya. Ika juga bukan kekasih hatinya. Ika cuma seorang gadis yang baru dikenali kurang dari seminggu. Adakah aku sendiri tidak bersikap jujur terhadap perasaanku? tanya hati Amri. Adakah mulutku menyatakan tidak cinta kepada gadis itu sedangkan jauh di sudut hati, aku sebenarnya sudah jatuh cinta kepada gadis yang bernama Ika?, fikiran Amri jauh melayang.

Akhirnya dia terlena sewaktu jarum jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.


 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.