Sebaik sahaja melangkah keluar dari pesawat Syafika terus bergegas menuju ke balai ketibaan.Dia tidak menunggu di tempat bagasi kerana dia cuma membawa beg bimbit. Dia mencari-cari Haikal. Haikal telah berjanji untuk menjemputnya.
“Fika, Fika.Sini,” dari jauh kedengaran suara seseorang yang dia biasa dengar. Dia menoleh ke arah suara itu. Dari celah-celah orang ramai Syafika melihat Shikin dan Haikal sedang menunggu ketibaannya. Hati Syafika tertanya-tanya, kenapa pula Shikin ada sekali? Semalam masa bercakap di dalam telefon Haikal tidak pula menyebut nama Shikin.
Shikin terus menghampiri Syafika dan terus mendakap Syafika. Mereka berdua berdakapan dan mencium pipi satu sama lain. Haikal yang berdiri berhampiran hanya memerhati sahaja perbuatan mereka berdua.Syafika kemudian bergerak menghampiri Haikal dan bersalaman serta mencium tangan Haikal.
Haikal mengambil beg bimbit dari tangan Syafika. Mereka bertiga kemudiannya bergerak menuju ke kereta Haikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta .Sampai di kereta Haikal Shikin terus bergerak ke arah pintu sebelah penumpang depan dan membuka pintu kereta.Tiba-tiba dia baru teringat yang Syafika ada bersama dan dia terus bergerak masuk ke tempat duduk belakang.
Syafika yang hanya memerhatikan gelagat Shikin merasa hairan juga dengan perbuatan Shikin tadi. Dia terfikir mungkin selama Shikin tinggal di Kuala Lumpur ini dia sudah terlalu kerap naik kereta Haikal sehingga lupa yang Syafika adalah buah hati Haikal. Syafika berfikir tidak mungkin Shikin mengkhiantinya walaupun memang ada rasa cemburu di hati Syafika.Dia cuba melempar rasa cemburu itu jauh-jauh dari lubuk hatinya.
Laluan kenderaan menuju ke Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi pada pagi itu agak selesa.Tidak ada kesesakan jalanraya. Matahari bersinar cerah. Syafika hanya berdiam diri sambil memandang ke luar. Di dalam mindanya masih memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sepanjang Shikin mula mengenali Haikal dari dulu hingga sekarang. Melihat kepada kemesraan Shikin dan Haikal semasa menyambutnya di lapangan terbang sebentar tadi Syafika rasa macam ada sesuatu yang berlaku diantara Shikin dan Haikal. Naluri wanitanya cukup kuat mengatakan itu walaupun dia cuba sedaya upaya menolak perasaan syak wasangka dari hatinya.
“ Sayang, kenapa senyap aja ni? “ Haikal bertanya sambil memalingkan mukanya ke arah Syafika. “Tak sihat ke? “ Tanya Haikal.
“Sihat, cuma letih aja,” jawab Syafika ringkas. “ Pagi tadi kena bangun pukul 4.30 lagi sebab nak kejar flight tadi.”
“ Sayang ada bawakkan abang sikit buah tangan Ma kirim untuk abang,” kata Syafika.Shikin yang duduk ditempat duduk belakang hanya mendiamkan diri. Ada rasa cemburu di hati Shikin melihat Syafika dan Haikal berbual.
“ Menyusahkan Ma aja,” kata Haikal.
“Tak susah apa pun. Ma beli serunding untuk abang dan mak abang, “ kata Syafika.” Abang juga yang cakap yang mak abang memang suka serunding Kelantan. Tu yang Ma kirim untuk bakal besan dia,” kata Syafika tersenyum memandang Haikal.
Shikin semakin tidak selesa melihat kemesraan Haikal dan Syafika di depan matanya. Timbul rasa menyesal di hati Shikin melihat kemesraan diantara Haikal dan Syafika.Kalau tahu macam ni baik aku tak payah ikut Haikal ke lapangan terbang tadi, kata Shikin di dalam hati.Bilalah kereta Haikal ni nak sampai ke UKM. Terasa lambat sangat masa berlalu.
“Shikin tak kerja ke hari ni? “ Syafika berpaling kearah Shikin di belakang.
“ Aku cuti hari ni. Sebab nak ambik kau kat aiport.Lama dah tak jumpa,” kata Shikin sambil tersenyum. Shikin sendiri merasa dia tersenyum seolah-olah senyum yang dibuat-buat. Tidak ada lagi kemesraan seperti dahulu antara dia dengan Syafika.
“ Betullah kan.Kita dah lama tak jumpa. Kau pun dah lama tak balik kampung, “ kata Syafika.
“ Kerja banyaklah Fika. Ni pun mintak cuti bos tak berapa nak bagi. Puas aku pujuk baru dia lepaskan bagi cuti, “ kata Shikin.
Haikal cuma berdiam diri sambil memandu.
“ Fika, dengar cerita Prof Amri tak berapa sihat. Betul ke? “ Shikin bertanya kepada Shafika.
Syafika tersentak sedikit mendengar nama Prof Amri disebut. Dia tidak mahu Haikal mengetahui cerita perhubungannya dengan Amri.Shikin ni betul-betul nak kenakan aku, kata hati Syafika. Syafika memandang kearah Haikal tapi dia tidak melihat sebarang reaksi dari Haikal. Mungkin Haikal tidak perasan pun topik perbualan antara Syafika dan Shikin.
“ Ye, dia kena serangan jantung hari tu. Nasib dia baik. Sempat dibawa ke hospital. Lepas tu dia kena buat pembedahan pintasan jantung, “ kata Syafika.
“ Kesiannya.Habis tu macam mana keadaan Prof sekarang ini? Dia ok ke? Siapa jaga dia? Tak boleh nak bayangkan perasaan isteri dan anak-anak Prof, “ kata Shikin.
“Amboi Shikin,sekali keluar kenyataan panjang berjela, “ kata Syafika ketawa kecil mendengar kata-kata Shikin. Rupa-rupanya Shikin masih tak berubah. Sama macam Shikin yang dulu juga.
“ Dia sekarang tengah berehat di rumah. Dengar khabar keadaanya semakin bertambah baik.Mungkin tak lama lagi boleh masuk ke pejabat semula. Aku ke UKM ni pun sebab uruskan kerja Prof juga, “ kata Syafika.
“ Ohh, “ kata Shikin ringkas sambil mengukir senyum dan memandang muka Syafika. Syafika menjegilkan mata pada Shikin, tanda isyarat agar memberhentikan percakapan tentang Amri. Shikin hanya tersengih melihat Syafika.
“ Sayang tak pernah cerita pun pada abang tentang Profesor tu.” Kata Haikal.
“ Dialah bos tempat sayang kerja sekarang ni, “ kata Syafika.
“ Oh. Muda ke tua? ,” tanya Haikal seperti menguji.
“ Dah tualah, “jawab Syafika ringkas.
“ Hensem ke tak?,” tanya Haikal lagi
“ Kenapa abang tanya macam tu? Abang ni. Dia dah tua. Tak hensem. Kalau banding dengan abang,abang lebih jauh hensem dari dia. Abang cemburukan dia ke?” Syafika bertanyas ambil mengetap bibir menahan geram.
Terlintas juga di hati Syafika mungkin Shikin telah menceritakan sesuatu kepada Haikal tentang hubungan dia dengan Amri. Tiba-tiba dia merasa gerun dan tak sanggup melihat wajah Haikal. Sesekali dia menjeling Haikal. Dari reaksi yang ditunjukkan oleh Haikal, Syafika boleh mengagak yang Haikal tidak tahu apa yang berlaku diantara dia dengan Amri. Lagipun Syafika amat yakin Shikin tidak akan tergamak mengkhianatinya. Bukan setahun dua dia kenal Shikin.
Shikin merasa jelik mendengar jawapan Syafika. Dia tak percaya kawan baiknya itu boleh berbohong dengan wajah yang begitu selamba. Baginya Syafika hari ini bukan lagi seperti Syafika yang dia pernah kenal satu masa dahulu.
“ Taklah. Abang bukan cemburu ke apa ke. Abang cuma tanya aja, “ kata Haikal. Kenderaan mula bergerak perlahan. Mungkin ada kemalangan jalanraya di depan sana.
“Risau pulak kalau sayang lambat sampai. Seminar tu mula pukul berapa? “ Haikal bertanya kepada Syafika.
“Patutnya pukul 9.” Syafika menjawab sambil melihat jam di dashboard kereta Haikal. Jam menunjukkan hampir 8.30 pagi.
“ Insya Allah sempat, “ kata Haikal.
“ Sayang janganlah bawak laju sangat. Lewat-lewat sikit pun tak apa. Sayang cuma ditugaskan mencatat pembentangan oleh Prof. Wan yang mengambil tempat Prof Amri dalam pembentangan tu,” kata Syafika.
“ Nanti lepas hantar sayang ke UKM abang dengan Shikin nak pergi mana pulak? “ Syafika bertanya kepada Haikal.
“Shikin mintak abang hantar dia ke Sunway Pyramid. Dia kata nak pergi membeli belah, abang pulak nak ke pejabat.Ada kerja nak kena buat,” kata Haikal sebaik sahaja keretanya masuk menghampiri pagar ke UKM.
“Sayang ni betul-betul menyusahkan abang kan? “ kata Syafika menguji Haikal.
“ Eh, taklah.Kalau sayang datang sini tak bagitahu abang lagilah abang marah kat sayang, “kata Haikal sambil membuka pintu keretanya.Syafika bergerak keluar dari kereta dan menghulurkan bungkusan buah tangan kiriman ibunya kepada Haikal.
Mereka berdiri beberapa meter dari kereta Haikal.
“Sayang habis pukul berapa petang ni,” Haikal bertanya.
“ Kalau ikut program habis pukul 5. Flight sayang pukul 11 malam ni. Last flight. Saja nak luang masa dengan abang sementara tunggu penerbangan balik. Tapi sayang cakap betullah, sayang tak suka Shikin ikut abang. Taulah Shikin tu kawan baik sayang tapi dia mengekor kita aja, tak ada privacy pulak, “ kata Syafika sambil memandang kearah Shikin yang menunggu di tempat duduk penumpang di dalam kereta Haikal. Syafika terpaksa memperlahankan suaranya, takut-takut Shikin terdengar butir perbualannya dengan Haikal.
“ Nanti abang ambil sayang. Abang akan pastikan Shikin tak ikut abang petang nanti, “ kataHaikal.
Dia meninggalkan Syafika yang perlahan-lahan sedang beredar menuju ke dewan tempat seminar itu diadakan.
Sebaik sahaja Haikal memandu meninggalkan kampus UKM yang luas itu Shikin terus merapati Haikal dan memegang tangan Haikal.
“ Sayang, I tak tahan rasa cemburu tengok you dengan Syafika,” kata Shikin sambil merebahkan kepalanya ke bahu Haikal. Haikal agak rimas dengan perbuatan Shikin sambil cuba menolak. Dia merasa bersalah memikirkan apa yang dilakukannya tidak jauh dari tempat dia meninggalkan Syafika. Kalau dulu dia merasakan Syafika nun jauh di Kelantan tapi hari ini Syafika berada di sini dan dia merasa tidak tergamak untuk bermesra dengan Shikin.
“ Shikin, nanti I turunkan you kat Sunway Pyramid. Lepas tu I nak ke pejabat, “ kata Haikal tanpa memandang muka Shikin.
“ Haikal,semalam kan you kata you nak temankan I shopping kat sana lepas kita hantar Syafika di UKM. Hari ini dah berubah pulak aturcara you,” Shikin tertanya-tanya dengan perubahan mendadak dalam jadual Haikal.
“ Tiba-tiba bos telefon suruh masuk pejabat. Dia kata penting. Syarikat baru dapat projek baru. I kena tengoklah, “ kata Haikal kepada Shikin.
“ Nanti you balik naik teksi boleh?,” kata Haikal
“ Kenapa pulak?Kan dah janji semalam nak pergi hantar Syafika ke airport bersama-sama, “kata Shikin. Tiba-tiba semua janji-janji Haikal kepadanya berubah. Sebelum ini Haikal teramat jarang mungkir janji dengannya.
“Shikin, biarlah I berterus terang dengan you. Syafika tak selesa kalau you ada bersama. Kami nak luangkan masa bersama. Kami amat jarang berjumpa. Harap you faham perasaan I dan Syafika. “ kata Haikal.
“ Hujung minggu ni kita pergi Port Dickson yer? I janji,” kata Haikal.
“Ikut youlah,”kata Shikin sambil menunjukkan muncung yang panjang. “I pun bukan suka sangat tengok you dengan Fika depan mata I. Sakit mata I tengok, “ kata Shikin.
Sebaik sahaja kereta Haikal sampai ke depan Sunway Pyramid Shikin terus keluar dari kereta dan menutup pintu kereta tanpa memandang langsung ke arah Haikal, meninggalkanHaikal yang terkebil-kebil memandang ke arahnya