Dia bangun. Niat dihati untuk belajar. Jam dah menujukkan hampir pukul 1 pagi. Besok ada kelas pukul 8 pagi. Sehelai dua lembaran buku teks itu dibuka, fikirannya jauh mengelamun. Dia merenung gambar Haikal yang terletak di kepala katilnya. Dia merenung wajah lelaki berkulit cerah dan berkaca mata itu. Syafika tak faham kenapa semenjak dia mengenali AbangPemikir, dia merasakan sesuatu yang baru dalam hidupnya.
Syafika mencongak-congak dalam mindanya. Membanding-banding siapakah yang lebih hebat antara Profesor Amri dan Haikal. Dah lama dia kenal dengan Haikal. Walaupun mereka berjauhan tapi Syafika tak pernah merasakan itu satu penghalang. Cuma kebelakangan ini dia dapati Haikal kurang menghantar sms atau menelefon dia. Mungkin Haikal sibuk dengan tugas. Syafika faham itu semua. Haikal pandai memujuk.Kerap kali dia ingatkan Syafika agar sentiasa mendoakan agar mereka diijabkabulkan satu hari nanti.
Haikal muda,Profesor tu tua. Haikal masih bujang, Profesor itu dah ada keluarga. Haikal kacak,Profesor itu tidak kacak. Mungkin semasa mudanya dulu dia lelaki yang kacak. Syafika membanding-banding lagi antara Haikal dan Profesor Amri. Gila ke aku ni? Dalam hati Syafika berkata-kata.
Dia membaca semula sms dari Haikal yang tak pernah dia padam.Sesekali bila rindukanHaikal dia akan membaca semula sms itu.Sesekali timbul juga rasa cemburunya pada Haikal. Agak mustahil untuk lelaki yang berjawatan tinggi tidak dirapati oleh mana-mana wanita. Apabila dia membangkitkan rasa cemburu sebegitu, Haikal cepat-cepat menangkisnya. Dia sayang Haikal dan tak boleh membayangkan kasihnya berpindah kepada lelaki lain.
Tapi kebelakangan ini Syafika boleh merasakan yang hubungan mereka menjadi semakin hambar. Haikal baik. Haikal lelaki yang menjadi contoh suami idaman setiap wanita. Syafika tau itu semua. Tapi dia merasakan hubungan yang terjalin antaranya dengan Haikal sudah menjadi terlalu membosankan, terlalu mudah dijangka. Setiap sms Haikal kepada Syafika tidak ada kelainan.
Haikal akan bertanya sihat ke tak? Dah makan ke belum? Macam mana dengan study?
Setiap perbualant elefon Haikal juga mudah dijangka oleh Syafika. Hati Syafika memberontak inginkan kelainan. Abang pemikir mampu memberikan kelainan itu.
“ Ika, pukul berapa kau nak tidur ni?
“ Tiba-tiba suara Shikin kedengaran, mengejutkan Syafika dari lamunannya.
“Ko ni Shikin. Buat aku terkejut aja,” kataSyafika.
“Yelah, aku pun susah nak tidur kalau kau tak padam lampu. Besok kelas kita pukul 8. Baik tidur. Kalau tak nanti engkau tidur dalam kelas.” Ujar Shikin sambil menarik selimut menutup kepalanya. Mungkin nak menutup matanya dari sinaran cerah lampu meja Syafika.
“ Shikin, aku ada kenal dengan seseorang dalam YM. Suami orang. Lelaki tu dah berumur,” kataSyafika perlahan.
“Besoklah cerita. Aku nak tidur ni.” Shikin menjawab acuh tak acuh.
“ Kau ni kan Shikin. Tak boleh langsung bawak berbincang. Kata kawan sejati. Bila aku ada masalah, kau tak nak dengar masalah aku,” Syafika berkata sambil mendekati Shikin yang berselimut penuh menutupi tubuhnya.
“ Apa salahnya berkawan dengan lelaki tua, suami orang. Kau nak pasang sugar daddy ke? “ Shikin mengomel dari dalam selimut.
“ Shikin. Akugeramlah . Kau ni langsung tak boleh nak bawak berunding.” Ujar Syafika.
Shikin tiba-tiba duduk sambil merenung muka Shafika. Dengan matanya yang merah menyala danr ambutnya yang kusut masai dia merenung Syafika yang duduk di birai katilnya.
“ Dengar sini Cik Syafika sayang. Tak ada manusia buat perundingan pukul 1 pagi. Kau jangan nak mengarut. Baik kau tidur. Pagi besok, habis kelas kau ceritalah pada aku apa masalah kau. Aku nak tidur.Malas dah nak layan kau,” Ujar Shikin sambil merebahkan badannya semula dan menarik selimut hingga menutup seluruh tubuhnyadari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Di luar hujansemakin lebat, mencurah-curah. Syafika memadam lampu dan menuju kearah katilnya.
Akhirnya dia terlena ketika jarum jam menginjak hampir dua pagi.
........................................................................................................................................................................................................................................................
Entah kenapa hati Syafika berdebar-debar sebaik sahaja dia menghampiri pagar kampus. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri pintu pagar. Shikin menyusul di belakang.Dia memegang erat payung di tangan kanannya. Hujan yang tak berhenti semalaman menjadikan suasana kampus seakan suram. Kampus yang terletak di lereng bukititu diselubungi kabus.
Syafika meihat jam di tangan menunjukkan hampir pukul 8. Dia mempercepatkan langkah diikuti di belakangnya oleh Shikin. Lopak-lopak air bertakung di sana sini cuba dielaknya. Sesekali tak sempat mengelak,terpijak lopak air dan air memercik membasahi kasut dan kain baju kurung yang dipakai Syafika. Mata Syafika meliar memerhati sekeliling. Malunya kalau terserempak dengan Profesor itu. Mana aku nak letak muka dengan keadaan kain baju basah kena tempias hujan, kasut yang basah terpijak lopak air. Syafika berkata-kata di dalam hati.
Beberapa langkah selepas itu Syafika menghampiri tempat pejalan kaki berbumbung. Dia masih meneruskan langkahnya secepat mungkin. Takut tidak sempat sampai sebelum pukul 8. Kalau lewat sampai Syafika tau dia akan dibebel oleh Mr.Lim yang digelar oleh pelajar-pelajar sebagai Bruce Lee kerana dia adalah juga guru taekwando separuh masa.
“ Ika, tutup tutupah payung tu. Kan tempat ni dah ada bumbung. Yang kau jalan bawah ni tak tutup payung tu apa hal?” jerit Shikin yang mengekori Syafika dari belakang.Serta merta Syafika menguncupkan payung yang dipegangnya sambil berpaling k earah Shikin. Sambil tersenyum Ika berkata ‘”Sorrylah Shikin, lupa. “
Shikin bergerak menghampiri Syafika dan mereka berjalan beriringan. Termengah-mengah mereka berdua memanjat tangga untuk ke bilik kuliah yang terletak di tingkat tiga Blok Fakulti Perakaunan.
“Cepat Ika.Nanti Bruce Lee tu akan perli kita ,” kata Shikin.
“Tengah cepatlah ni. Takkan kau nak suruh aku lompat dua anak tangga sekali gus? ,” Jawab Syafika.
Sebaik sampai di muka pintu bilik kuliah Syafika mengintai kedalam bilik kuliah. Memerhati jika ada kerusi kosong untuk dia dan Shikin. Sebaik sahaja dia telah mengenal pasti kerusi kosong untuk dia dan Shikin ,Syafika mengheret tangan Shikin masuk kedalam bilik kuliah. Dua puluh pasang mata memandang mereka berdua membuatkan Syafika dan Shikin merasa serba salah.
“ Wah. Awakb erdua ni, masuk kelas buat grandentrance.” Tegur Mr. Lim @ Bruce Lee dengan nada sinis.
“ Maaf Mr. Lim,hujan. “ balas Shikin pendek.
“ Ya, saya nampak memang hujan kat luar tu. Semua orang dalam kelas ni nampak kat luar sana hujan ke panas terik? “ Tanya Mr. Lim menyindir sambil disambut suara gelak rakan-rakan sekuliah Syafika.
Syafika dan Shikin duduk sambil membuka buku teks yang baru dibawa keluar dari beg sandang masing-masing. Mr. Lim meneruskan kuliahnya. Tak ada satu pun yang masuk dalamk epala Syafika.Dia mengelamun. Fikirannya jauh melayang memikirkan peristiw amalam tadi. Timbul juga rasa kesalnya meminta Abang Pemikir menunjukkan wajah sebenar. Kalau aku taulah Abang Pemikir adalah Profesor Amri takkan aku suruhdia tunjukkan muka dia dalam webcam,kata hati Syafika. Tiba- tiba timbul rasa malu di dalam diri Syafika. Kalaut erserempak dengan Profesor tu apa aku nak buat? Nak senyum ke? Nak buat tak tau ke? Semua itu bermain di minda Syafika.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Selesai kuliah Syafika dan Shikin bergegas menuju ke kafeteria universiti. Kalau lambat alamat susah nak dapat meja kosong. Maklumlah pelajar-pelajar semuanya menuju ke kafeteria yang sama untuk mengalas perut. Ramai yang tak sempat bersarapan pagik erana mengejar waktu kuliah.
Sebaik sahaja duduk di salah satu tempat kosong sambil meletak sepinggan nasi lemak dan air teh panas, Syafika terus mengomel.Shikin yang di sebelahnya hanya mendiamkan diri sambil menikmati mi goreng di pinggannya.
“ Ntah apa-apalah Bruce Lee tu tadi. Sepatah haram aku tak faham apa dia cakap dalam kelas.” KataSyafika.
“ Kau nak faham macam mana , kalau fikiran jauh melayang. Cuba kau concentrate apa yang dia cakap. Barulah tak ada masalah.” BalasShikin
Syafika tersenyum tawar sambil menghirup teh panas dari cawan. Suara mereka berdua ditenggelami oleh hingar bingar suara puluhan pelajar yang berada di kafetariaitu. Masing-masing dengan gelagat yang tersendiri. Syafika merenung jauh kearah mak cik petugas kafetaria yang sedang sibuk melayan pelanggan. Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan wajah emaknya yang berada di kampung. Mungkin mak cik ni sebaya umurnya dengan mak, fikir Syafika.
Bunyi deringa ntelefon tangannya mematikan lamunan Syafika. Syafika mengeluarkan telefon tangan dari beg sandang dan melihat siapkah pemanggil. Haikal rupanya.
“ Sayang, kat mana ni?’ tanya Haikal dihujung talian
“ Tengah breakfast dengan Shikin. Baru abis kelas ni. Pagi tadi tak sempat nak breakfast,terkejar-kejar nak ke kelas.”
“ Oh. I kat site ni. Tak boleh nak cakap lama, Bye sayang. Love you,” kata Haikal
“Love you too,” jawab Syafika sambil mematikan talian .
Syafika tunduk menghadap pinggan berisi nasi lemak yang baru luak sedikit saja. Tiba-tiba seleranya hilang bila mengenangkan kekasih hatinya yang jauh dari mata. Tak sabar rasanya dia ingin disatukan dengan Haikal menjadi pasangan suami isteri yang sah. Mereka berdua telah berjanji akan mendirikan rumahtangga sebaik sajaSyafika tamat pengajian dan telah beroleh pekerjaan. Haikal selalu mengingatkanSyafika agar bersabar menunggu hari bahagia dimana mereka berdua akan disandingkan .
Selesai makan,Syafika dan Shikin bergerak menuju kearah perpustakaan. Sementara menunggumkelas berikutnya pada pukul 12 nanti mereka berdua bercadang untuk menyiapkanmtugasan yang diberikan pensyarah .
Tiba-tiba langkah Syafika terhenti. Kira-kira 10 meter dimdepannya dia terpandang ProfesorAmri bersama seorang kawan berjalan kearah bertentangan. Jantungnya seakanmmberhenti berdegup. Terasa sempitnya dunia pada masa itu. Ingin rasanya diammengecilkan tubuh badannya dan bersembunyi di belakang Shikin. Shikin yang sedang berjalan di sebelahnya langsung tidak menyedari langkah Syafika yang terhenti sehingga dia berpaling dan melihat Syafika ditinggalkan beberapa langkah dibelakang.
Sebaik sahaja Syafika berselisih dengan Profesor Amri seakan gugur jantungnya. Dia sempat menundukkan muka mengalih pandangan dengan harapan Profesor Amri tidak perasankan dia. Tapi dari riak wajah Profesor itu Syafika dapat melihat wajahProfesor Amri yang seakan terkejut bila ternampakkan wajah Syafika. Tapi sepantas kilat juga Profesor Amri mengalihkan pandangan dari Syafika danberjalan menuju ke arah kafeteria.
“ Kenapa kau ni Ika? Kau ok ke? “ tanya Shikin sebaik sahaja memandang muka Syafika yang pucat ditoreh pun tak berdarah.
“ Tak ada apalah Shikin. Aku ok, “ jawab Syafika sambil melajukan langkah kearah perpustakaan.Hujan telah agak reda. Sambil berjalan Syafika mengimbau semula apa yang berlaku beberapa minit lepas.
Terbayang-bayang di minda Syafika wajah Profesor Amri yang terkejut bila terserempak dengannya tadi.
Hensem jugaProfesor tu. Kalau masa muda dulu mesti jadi rebutan wanita, bisik hati Syafika. Tiba-tiba timbul rasa cemburu di hati Syafika . Cepat-cepat dia memadamkan api cemburu itu.
Dia merasakan seolah-olah dirinya berada didalam mimpi. Semalam baru melihat orang itu di webcam, hari ini seolah-olah macam berjanji dia dipertemukan dengan tuan punya badan walaupun cuma untuk beberapa detik. Adakah semua yang berlaku ini suratan atau kebetulan? Semua ini bermain di minda Syafika.
Sedar tak sedar masa telah menginjak menghampiri 12 tengah hari. Syafika dan Shikin bergegasmenuju ke bilik kuliah untuk 2 jam lagi kuliah yang membosankan. Dalam hatinya dia ingin cepat-cepat balik ke rumah dan meninggalkan offline message ke Profesor Amri@Abang Pemikir.
Dia nak tanya kepada Abang Pemikir pelbagai soalan yang ketika ini sedang bermain di minda Syafika.Apakah perasaan Abang Pemikir ketika berdepan dengannya tadi? Terlalu banyak yang Syafika ingin tanyakan pada Abang Pemikir. Lambatnya nak habis kelas ni,kata hati Syafika sambil mencatat sesuatu di atas buku nota di depannya.