Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 36

“ Mana kekasih baru awak? ‘Syafika bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di depan tempat duduk penumpang kereta Haikal.

“ Kekasih baru mana pulak.Sayanglah kekasih abang dulu, kini dan InsyaAllah selamanya, “ kata Haikal sambil memandu meninggalkan perkarangan bangunan di  kampus Universiti Kebangsaan Malaysia menuju ke Lapangan Terbang  Antarabangsa KualaLumpur.

Syafika mencebik bibir tanda tidak puas hati dengan jawapan Haikal

Haikal dapat mengagak yang Syafika mencemburui Shikin. Timbul rasa menyesal di hati Haikal membenarkan Shikin mengikutnya menjemput Syafika pagi tadi.

“ Macam mana dengan seminar tadi?“ Haikal cuba mengalih topik perbualan.

“ Tak tau,” jawab Syafika ringkas tanpa memandang ke wajah Haikal.

Haikal cuba memegang tangan Syafika namun sepantas kilat Syafika menarik tangannya.

“ Apa pegang-pegang. Orang tak suka, “ kata Syafika sambil mendengus kecil.

Haikal dapat merasakan perasaan cemburu yang melampau dari dalam diri Syafika.

“ Baik abang mengaku aja  yang abang memang ada hubungan dengan Shikin.Tak guna abang berselindung dengan sayang, “ kata Syafika sambil menyeka airmata yang mula membasahi kelopak matanya.

“Sayang tak sangka abang dan Shikin sanggup mengkhianati sayang. Sayang curahkan sepenuh kasih sayang kepada abang tapi itu pula balasan abang terhadap sayang. Shikin tu pun satu hal.Sayang dah anggap dia macam adik beradik sendiri.Sanggup dia buat sayang macam ni, “ kata Syafika sambil menangis teresak-esak.

“ Apa yang sayang cakap ni. Tak baik sayang tuduh macam-macam pada abang, pada Shikin.Tadi dia ikut abang ke airport sebab dia kawan baik sayang.Dia pun dah lama tak jumpa sayang. Niat baik dia sayang salah ertikan, “ kata Haikal cuba menenangkan Syafika.

“Fika bukan budak-budak. Fika ni seorang perempuan. Naluri perempuan abang jangan pandang rendah.Fika boleh rasakan yang abang macam ada sesuatu dengan Shikin,” kata Syafika memandang ke  arah Haikal yang sedang menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Lebuhraya menuju ke LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur agak sibuk dengan kenderaan.Suasana petang yang agak redup seolah-olah menggambarkan perasaan dua kekasih yang sedang bertengkar pada ketika itu.

“Entah. Abang tak tau pasal naluri-naluri ni, “ kata Haikal. “Abang jurutera.Apa-apa abang bersandarkan kepada benda yang nampak. Yang boleh dikira, yang boleh diukur.Perkara-perkara  yang ghaib, yang syak jangan dilayan sangat. Itu semua mainan perasaan. Syaitan yang menggoda kita.Syaitan yang cuba memecah belahkan kasih sayang kita. Apa perasaan sayang kalau abang tuduh sayang ada hubungan dengan profesor yang jadi bos sayang tu?Adakah sayang akan marah pada abang kalau abang kata naluri abang sebagai lelaki meyakinkan abang yang memang sayang ada perhubungan dengan profesor itu.Itu sebab sayang macam susah sangat nak berhenti kerja dari universiti itu,”kata Haikal sekadar menguji Syafika.

Tergamam sebentar Syafika mendengar kata-kata Haikal. Sekali lagi Syafika merasakan Shikin memang telah menceritakan kisahnya dengan Amri kepada Haikal. Nanti kau Shikin, bila kita jumpa nanti aku siat-siat daging kau, kata Syafika sambil mengetap bibir menahan marah terhadap Shikin.

Rileks Fika rileks, kata hatinya lagi. Mungkin Haikal hanya membuat serkap jarang  aja. Jangan mudah panik, jangan menggelabah.

“ Eh abang ni, ke situ pulak dia pergi. Kita yang marah pada dia, pandai pulak dia pusing tuduh sayang pulak yang curang. Abang ada bukti ke cakap sayang macam tu?” kata Syafika cuba menyembunyikan kegusaran di hatinya.Takut-takut Haikal telah berjaya menghidu hubungannya dengan Amri.

“Abang tau sayang takkan buat macam tu.Abang cakap macam tu supaya sayang boleh rasakan apa perasaan kita dituduh macam-macam atas perkara yang kita tak buat,” kata Haikal sambil tangannya cuba mengenggam tangan Syafika. Kali ini Syafika tidak melarikan tangannya atau menepis tangan Haikal.

Syafika menarik nafas lega mendengar kata-kata Haikal. Dia bersyukur sangat-sangat hubungan terlarang antara dia dan Amri masih tidak diketahui oleh Haikal.

Mungkin aku aja yang berburuk sangka terhadap Shikin.Tak mungkin Shikin ada hubungan dengan Haikal. Shikin kan tomboi.Ntah-ntah Shikin bernafsu songsang.Tidak sukakan lelaki tapi lebih suka sesama perempuan. Rasa geli geleman pula Syafika memikirkan kemungkinan itu.Tiba-tiba dia teringat kata-kata dan guraun Shikin yang meyakinkan Syafika yang memang Shikin dan Haikal tidak ada sebarang hubungan romantik.

“Abang, Sayang minta maaf atas perangai Sayang tadi. Mungkin sebab letih sangat emosi pun jadi tak stabil,”kata Syafika sambil mencium tangan kiri Amri.

“ Ntah ntah sebab bulan tengah mengambang kot, Haha, “ Haikal ketawa besar.Dia merasa kelegaan apabila Syafika memohon maaf kepadanya. Dia juga merasa lega kerana Syafika tidak berjaya menghidu hubungannya dengan Shikin yang semakin hari semakin rapat.

“Abang ni........” Kata Syafika sambil mencubit peha Haikal.Haikal menjerit kesakitan.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Sayang, bila abang boleh hantar rombongan masuk meminang? “ Haikal bertanya kepada Syafika.

Mereka berdua sedang menunggu penerbangan Syafika balik ke Kota Bharu pada pukul 11 malam nanti. Mereka baru sahaja selesai menikmati makan malam di salah sebuah restoran di lapangan terbang.

“Abang serius ke nak masuk meminang ni? “ kata Syafika memandang Haikal.

“Yer. Sampai bila kita nak berterusan macam ni sayang,” kata Haikal.

“Kalau boleh abang nak kita mendirikan rumahtangga secepat mungkin.Kita bukan makin muda.Abang tak nak nanti dah tua-tua baru dapat anak.Bila hantar anak pergi sekolah orang tanya ni hantar anak ke hantar cucu,” kata Haikal ketawa kecil.

“Abang, jauhnya angan-angan,”kata Syafika sambil tersenyum memandang Haikal.

“Ini bukan angan-anganlah sayang tapi cita-cita dan perancangan. Hidup ni kita kena rancang. Semuanya tidak terjadi dengan sendirinya kan? “ kata Haikal.

“Sayang tahu tu semua,” kataSyafika.

“Nanti bila kita dah nikah sayang ikut abang duduk di Kuala Lumpur yer sayang? Boleh kan? “ kata Haikal seolah berharap.

“ Itu sudah semestinya. Bukankah memang tanggungjawab isteri sentiasa berada disamping suami.Tak usah kata ke Kuala Lumpur, ke Kutub Utara pun sayang akan ikut abang,” kata Syafika.

“Jauh sangat tu. Abang pun tak ada niat nak ke Kutub Utara,” kata Haikal tersenyum.

Tiba-tiba telefon Syafika bergetar menandakan ada sms yang masuk. Syafika membaca sms yang dihantar oleh Amri.Sms tertulis ‘Sehari Fika tiada terasa bagai sebulan lamanya. Sayang cepat balik . I miss you so much,’.Cepat-cepat Syafika memadam sms itu, bimbang kalau-kalau Haikal sempat mengintai apa yang ditulis oleh Amri.

Haikal melihat wajah Syafika yang tiba-tiba berubah.

“ Kenapa sayang tiba-tiba nampak macam ada sesuatu,” Haikal bertanya.

“Tak ada apa-apa. Tadi tu prof tu yang sms. Tanya pasal seminar tadi.Tak sabar-sabar nak tahu pasal seminar tu.Padahal besok pun sayang dah masuk pejabat” kata Syafika sambil menunjukkan mimik muka yang seolah-olah tidak suka menerima sms dari Amri.

“Biasalah orang yang kuat bekerja memang macam tu.Siang malam asik ingatkan kerja aja,” kata Haikal.

“Macam abang tu lah. Kerja kerja kerja.Tak kira siang malam pagi petang,” kata Syafika memuncungkan bibir.

“Eh, saya pulak yang disalahkan”kata Haikal ketawa kecil.

Tiba-tiba dia teringatkan Shikin yang mungkin pada ketika ini sedang memendam perasaan seorang diri.

Timbul juga rasa kasihan di hati Haikal terhadap Shikin. Haikal sendiri tidak jelas apakah perasaanya terhadap Shikin.

“Abang, sayang dah nak masuk ni.Tak nak kelam kabut nanti, “ kata Syafika.

“Ye. Nanti kalau kelam kabut salah naik kapalterbang pulak. Nak ke Kota Bharu langsung ke Kota Kinabalu,”kata Haikal sambil tertawa.

“Ada pulak macam tu.Macamlah kita ni tak biasa naik kapalterbang,” kata Syafika sambil kedua mereka bergerak menuju ke arah pintu perlepasan.

Terasa seakan tidak mahu berpisah sebaik sahaja Syafika menghampiri ke tempat pemeriksaan masuk.

Syafika amat-amat berharap perasaan itu kekal walaupun kakinya akan menjejak bumi  Kota Bharu lebih kurang sejam dari sekarang.Dia dah nekad tidak lagi melayan Amri melebihi hubungan sebagai bos dan kakitangan sahaja. Itu tekad Syafika sebelum dia berpaling dan melambai tangannya kepada Haikal.

Sebaik sahaja Syafika hilang dari pandangan Haikal terus mendail nombor Shikin namun setelah beberapa kali mencuba panggilan itu langsung tidak berjawab.


 

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.